TERKINI :

Tuesday, June 16, 2015

Hancurkan Pakatan, DAP jangan konfiden sangat


http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/01/mole-DAP-3.jpg


Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi. DAP malam tadi dalam mesyuarat tertingginya telah membuat keputusan Pakatan itu sudah tidak wujud lagi. Sehubungan itu Guan Eng menyerahkan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyusun semula kerajaan Selangor.

Guang Eng jangan agah.
Jangan tekan Azmin.
Memahami makud Guan Eng itu, DAP sudah tidak mahu lihat muka Pas lagi dalam kerajaan Selangor. Perkara utama yang diigin diberesi ialah kedudukan tiga orang Exco daripada Pas. Dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pas mempunyai tiga orang Exco, Dr Ahmad Yunus, Mohd Zaidy Abdul Talib dan seorang lagi.

 Selain itu wakil Pas juga menduduki timbalan spekaer DUN Selangor. Hasil daripada pertukaran MB daripada Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali, Pas kehilangan satu jawatan Exco.

Sudah tentu gesaan Guan Eng itu merupakan sesuatu yang berat kepada Azmin. Orang paling delima waktu ini ialah Azmin. Azmin harus bijak melayani gesaan DAP itu, tanpa tidak melihat kepada Pas yang sudah dijauhi DAP. Apun pun keadaan Azmin harus sedar yang perhubungan antara partinya dengan Pas masih wujud. Yang putus hubungan dengan Pas, DAP bukan DAP.

Apakah Chegubard Sudah Jadi "Lim Kok Wing Kedua" Kepada Najib?

Shahbudin Husin,


Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dipimpin oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard. Beliau adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah bertanding di kerusi Parlimen yang sama pada pilihanraya 2008 tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin.

Pada pilihanraya 2013 lalu beliau lari daripada Rembau dengan bertanding pula di Dun Sungai Acheh atas tiket PKR tetapi turut tewas berikutan wujudnya pertelingkahan dalaman yang menyebabkan Pas juga bertanding di kerusi tersebut.

Dalam PKR, Chegubard difahamkan masih lagi digantung keahliannya sejak Mei 2014 lalu atas kesalahan membuat kenyataan terbuka bahawa proses pemilihan parti itu yang didakwanya berjalan dengan kotor dan tidak telus.

Sejak digantung keahliannya, Chegubard lebih banyak bergerak melalui SAMM yang diasaskannya.

Walaupun secara realitinya SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dirinya juga masih ahli parti itu ( cuma kini digantung keahlian saja ), namun Chegubard nampaknya tidak mahu ketinggalan daripada masuk campur dalam kemelut yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan Tun Mahathir sekarang.

DAP letak semua jawatan lantikan di Kelantan berkuatkuasa esok

Tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti parti akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok, demikian menurut Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.
DAP Kelantan meletakkan semua jawatan lantikannya selaras keputusan DAP Pusat yang memutuskan Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud, kata Lee Chin Chen hari ini.

Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu itu berkata, tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti parti akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok.

Mereka ialah Penghulu Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas, Irene Tan; Penghulu Tanpa Mukim DUN Kota Lama, David Ng Yang Seng; dan Penghulu Kampung Pulai, Tan Chee Hung.

"Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP bagi Negeri Kelantan dan Terengganu menyokong sebulat suara keputusan Jawatankuasa Pusat DAP.

"Memandangkan kerajaan negeri Kelantan yang dinaungi PAS tidak lagi merupakan kerajaan negeri pimpinan PR, maka tindakan untuk meletak jawatan sebagai ketua kampung diambil dan akan berkuatkuasa tanpa berlengah lagi.

"Tindakan ini mustahak bagi mempertahankan maruah parti serta memberikan sokongan padu kepada Jawatankuasa Pusat DAP," katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin ke-4 PAS lepas jawatan dalam k'jaan PP

Seorang lagi pemimpin PAS telah meletak jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mhd Nasir Yahya, seorang daripada dua orang yang dilantik dari PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menghantar surat peletakan jawatannya, berkuatkuasa 15 Jun.

Ini telah disahkan oleh Exco bagi kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow.

Seorang lagi ahli majlis, Yacoob Omar, belum menghantar surat peletakan jawatannya.

Chow, yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang berkata Mhd Nasir (gambar) datang ke pejabatnya di Komtar untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih Mhd Nasir atas sumbangan dan perkhidmatannya ahli Majlis," kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.

Akan ada majlis ahli Pas Kedah keluar beramai-ramai - Presiden Pasma

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mendakwa ahli PAS Kedah akan meninggalkan parti Islam itu secara beramai-ramai dalam masa terdekat dan akan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Rakyat (PR) itu.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, ahli PAS yang keluar parti akan memberi sokongan kepada PasMa dan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi.

“Nanti akan ada majlis keluar parti PAS beramai-ramai dan saya akan maklum kepada pihak media,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

sebuah parti baharu yang menyokong perjuangan pakatan pembangkang juga merupakan satu alternatif kepada rakyat.

“Kita tidak boleh tuduh penubuhan parti politik baharu ini membuatkan rakyat berpecah belah kerana ia merupakan satu proses dalam negara demokrasi,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu berkata, ahli PAS kini terbuka untuk menyertai PasMa memandangkan selepas muktamar, parti Islam itu diwakili pemimpin yang bercirikan autokratik.

“Kita lihat selepas Muktamar Tahunan ke-61 baru-baru ini, PAS dikuasai pimpinan ulama yang pimpinannya bercorak autokratik.

“Sekarang terpulang kepada ahli sama ada mereka mahu kekal bersama PAS atau menyertai sebuah parti baharu dan bersedia untuk bersama-sama pakatan pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.

Sementara itu, Dewan Ulama PAS berkeyakinan parti Islam itu akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli yang berhijrah ke parti baharu anjuran PasMa.

Ketua penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata penubuhan parti baharu yang akan digerakkan PasMa selepas Hari Raya Aidilfitri ini, tidak akan menggugat langsung kedudukan PAS.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS). Dalam perjuangan Islam, kita yakin seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

Mengenali 6 tokoh dalam menentukan hala tuju PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG


Muktamar Tahunan PAS ke-61 awal bulan ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila pemimpin konservatif menyapu bersih semua jawatan tertinggi, menyingkirkan mereka yang dikatakan daripada "puak profesional" dalam satu pemilihan yang penuh kontroversi.

Pemilihan itu diadakan di tengah-tengah perselisihan dalaman terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketidaktentuan hala tuju PAS dalam mengimbangi antara agenda Islamnya dengan pragmatisme politik.

Ramai yang terpilih mengisi barisan kepimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bagi sesi 2015-2017 ini merupakan muka baharu.

The Malaysian Insider menilai 6 muka utama dalam kumpulan baharu ini yang selama ini tidak berapa dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana mereka naik secara tiba-tiba dalam parti Islam itu.

Melanggar persepsi selepas muktamar

Oleh Timmy Say


Melihat persepsi yang cuba dibentuk di minda rakyat selepas Muktamar PAS ke-61, di sini saya ingin memberikan beberapa hujah balas terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Pakatan Rakyat (PR) retak kerana barisan kepimpinan PAS yang baru?

Tidak. Hakikatnya, PR sudah retak berkecai di bawah kepimpinan PAS yang lalu yang kononnya mempunyai majoriti AJK yang pro-PR.

Kepimpinan PAS yang lama juga tidak berjaya menghalang DAP daripada membuat atau menarik satu keputusan janggal untuk memutuskan hubungan dengan presiden PAS, tetapi masih mengekalkan hubungan dengan PAS.

Berdasarkan keputusan DAP, sepatutnya mereka yang dikatakan bermaruah dan berprinsip di dalam PAS (meminjam kata terhangat minggu lalu) sudah pun meletakkan jawatan dari kerajaan Pulau Pinang atau PAS. Mereka perlu memilih antara satu.

Bagaimana seseorang boleh duduk di dalam kerajaan Pulau Pinang tatkala mereka mengaku Presiden PAS masih ketua mereka sedangkan DAP sudah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS? Jika mereka bersetuju dengan DAP pula, bagaimana mereka masih boleh terus bersama PAS sedangkan PAS masih diterajui presiden PAS?

Ulama PAS pasti tidak akan U-Turn, jika tidak...Memalukan!!

ULAMA PAS PASTI TIDAK AKAN MENGUBAH PENDIRIAN


Hasil pemerhatian ke atas Muktamar PAS yang baru lalu memberikan gambaran bahawa Parti PAS kini adalah ‘milik’ golongan ulama. Yang bukan golongan ulama semacam tidak layak untuk menjadi ahli parti berkenaan. Yang bukan dari golongan ulama adalah seperti ‘melukut di tepi gantang’. Ada pun tidak mencukupkan ‘segantang’ dan jikalau tidak ada pun tidak merugikan. Begitulah ibaratnya.

Para perwakilan telah memberikan isyarat jelas bahawa golongan bukan pro-ulama tidak diperlukan. Ini dibuktikan dengan keputusan pemilihan kepimpinan yang telah mengenepikan hampir kesemua golongan bukan ulama dari majlis pimpinan. Dan yang menyedihkan ialah hampir keseluruhan golongan lama yang bukan sedikit jasa dan sumbangan mereka kepada perjuangan PAS juga ‘terpelanting’. Memberikan gambaran bahawa ‘habis manis sepah dibuang’.

Kini PAS dikuasai oleh golongan ulama yang boleh dianggap sebagai golongan bijak pandai dalam segala hal apatah lagi ramai diantaranya yang terdiri dari para pemegang Phd. Sudah barang tentu sekali golongan ini dapat menerajui PAS dan membawa perjuangan ke suatu tahap yang tidak dapat dipastikan lagi ke mana arahnya. Pasti ke suatu tahap yang boleh dibanggakan oleh mereka.

Hentikan era politik lama, kita mulakan lembaran baru...

Oleh Syed Ahmed Najib Syed Abdul Rahman


Senario politik hari ini semakin membimbangkan. Rakyat hari ini lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.Kita dapat lihat media sosial memainkan peranan dengan lebih agresif untuk menyampaikan sesuatu berita mahu pun maklumat kepada rakyat.

Ketidaksefahaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin meruncing.

Najib dilihat semakin rapuh di mata rakyat walau pada hakikatnya beliau masih lagi utuh di kalangan ahli Umno. Ini dilihat berdasarkan majoriti ketua bahagian dari 191 bahagian adalah rakan seperjuangan Pemuda Najib ketika beliau sebagai ketua Pemuda Umno 1987-1989.

Apa yang dibimbangkan adalah sokongan rakyat terhadap beliau. Bukan sokongan ahli Umno.

Saya tidak pelik seandainya ada di antara mereka boleh bertukar angin menyokong kem Dr Mahathir kerana di dalam Umno sering ada kumpulan atau pakatan politik untuk menjatuhkan seseorang.

Contohnya adalah “Team Wawasan” yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pemilihan Umno 1993 dan memenangi jawatan timbalan presiden tanpa bertanding oleh sebab Tun Ghafar Baba menarik diri.

Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

Sampai bilakah Pas dan DAP mahu bermasam muka?

Oleh Shahbudin Husin


Hubungan antara Pas dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) barangkali sukar dipulihkan kembali. Perselisihan pendapat antara mereka tidak ubah ibarat suami isteri yang bergaduh setiap hari tetapi masih ingin tinggal serumah.

Keadaan ini amatlah malang kerana ia berlaku ketika PR disebut-sebut sebagai bakal menerajui kerajaan selepas pilihanraya akan datang.

Tidak saja rakyat atau pengundi biasa yang semakin ramai berkata bahawa BN akan kalah, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga menjadikan alasan kekalahan itu sebagai asas kritikan dan tindakannya mahu menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.

Bagi Tun Mahathir, kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang hanya dapat dielakkan jika Datuk Seri Najib dapat diundurkan terlebih dahulu kerana menurutnya pelbagai isu yang melanda negara ketika ini seperti 1MDB, GST, Altantuya, kepimpinan yang lemah dan sebagainya telah menyebabkan kerajaan semakin hilang cengkaman dan tidak lagi bertakhta di hati rakyat.

Pak Samad Said mengorak langkah...kenapa DAP...bukannya PAS atau PKR?

PAK SAMAD SAID MENGORAK LANGAH


Kemasukan Pak Samad menyertai DAP bukan kecil erti dan kesannya. Bagi yang memahami dan mendalami perkembangan politik negara, ‘trend’ yang telah diperkenalkan oleh Pak Samad ini merupakan satu ‘watershed’ dalam sejarah perkembangan politik tanah air, sesuatu yang belum pernah dialami. Dan kebiasaannya sesuatu perubahan yang besar itu pastinya dilakukan oleh tokoh-tokoh berjiwa besar yang yakin kepada perjuangannya.

Rakyat yang matang cara berfikirnya akan dapat melihat tentang perbezaan antara tindakan yang dilakukan oleh DAP jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh PAS. Ramai yang mengatakan bahawa PAS kelihatan ‘undur’ ke belakang sedangkan DAP bergerak menuju kehadapan. Ramai juga yang menyesali melihat tindakan PAS yang sudah agak terkehadapan pada suatu ketika dahulu tetapi dengan keputusan muktamar yang baru diadakan baru-baru ini seolah-olah PAS mahu ‘menyekat’ perkembangan demikian dan masih mahu undur kebelakang. Dan tindakans sedemikian merupakan keyakinan dan peganngan kebanyakan ahlinya, mungkin.

Banyak perkara yang boleh diperkatakan apabila DAP sanggup menerima Pak Samad ke dalam organisasinya dan kesanggupan dan kerelaan Pak Samad pula untuk menyertai parti berkenaan yang sudah sekian lama dikategorikan sebagai parti ‘milik’ orang Cina.

Sesuatu yang boleh kita belajar dari Singapura


Singapura
1. MAJORITI masyarakat di dunia menginginkan negara mereka menjadi sebuah negara maju khususnya negara-negara miskin dan negara yang sedang membangun.

Malaysia juga tidak terkecuali. Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang objektif utamanya adalah untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk kita sama-sama merealisasikan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Dengan kepimpinan Najib yang sentiasa dikritik oleh pelbagai pihak kini, sokongan daripada rakyat terhadapnya dilihat menurun dan kepimpinan beliau turut mendapat kritikan hebat dari Dr Mahathir.

Jika kepimpinan Najib ini terus pincang, cita- cita untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju 5 tahun lagi hanya akan tinggal mimpi semata-semata. Dengan kepimpinan yang betul, cita- cita untuk menjadi negara maju ini boleh menjadi realiti kerana sudah banyak pemimpin negara luar telah membuktikannya.

3. Antara negara maju yang paling dekat dengan Malaysia ialah Singapura. Jika dilihat dari sudut geografi dan persekitaran di sana, ianya tidak jauh keadaannya dengan Malaysia.

Sejarah menunjukkan Singapura juga dahulunya adalah merupakan sebahagian Malaysia sebelum keluar membentuk negara sendiri.

RInggit Jatuh : Kenapa Rakyat Cakap Lain, Tapi menteri Cakap Lain??

Peniaga terkesan ringgit jatuh

Wang
KEJATUHAN nilai ringgit yang berlaku sejak akhir-akhir ini mengakibatkan peniaga yang menggunakan produk import terpaksa menanggung rugi.

Pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, hal itu menyebabkan peningkatan kos pada bahan mentah yang mana terpaksa diserap bagi tidak membebankan pembeli.

Menurutnya, tahun 2015 sangat mencabar kerana berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu apatah lagi selepas GST dilaksanakan.

“Sejak saya mulakan perniagaan pada 1998, tahun ini (2015) paling terkesan kerana tidak pernah nilai ringgit jatuh seteruk ini.

“Apatah lagi, batu kristal swarovski yang digunakan syarikat kami diimport dari Austria dan harga itu meningkat setiap tahun,” katanya.

Haliza berkata, adalah tidak sesuai untuk pihaknya menaikkan harga ketika ini disaat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan lain.

KEDAH.. penjejak awang import terbaik..

Too many legends in one picture
Jika sebelum ini saya pernah bercerita akan cerita kehebatan Terengganu class of 98-01 survive dengan tenaga kerja tempatan. Sehingga kini Terengganu adalah antara pasukan yang memiliki unit pemain tempatan yang bagus. Bayangkan jika Terengganu dan Kedah bergabung kepakaran.

Kedah adalah kuasa bolasepak tempatan pada lewat 80-an ketika kegemilangan Fandi Ahmad, Lim Tiong Kim dan Shebby Singh bersama Kuala Lumpur Kuala Lumpur. Antara rempah utama resipi pasukan Kedah ialah sumber import yang sentiasa reliable.

‪#‎KUALITI‬ ERA 90-AN

Antara nama yg mekar pada awal 90-an adalah seperti Olubunmi Adigun. Sebelum itu Kedah memiliki nama seperti Stankovic dan V. Sundramoorty membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.

DNA kualiti import diteruskan pada 1993, antara gandingan import terbaik pernah dimiliki di dalam sejarah Liga Malaysia. Olubumi Adigun - Tibor Szababan-Niketien. Gandingan yang membuatkan malam bolasepak di Kedah meriah. Trio yang memberikan big Double kepada Kedah pada 1993 , menjuarai Piala Malaysia dan Liga Malaysia. Pada 1994 Kedah memulakan tahun dengan menjulang Piala Sumbangsih.

JPS Kedah ada masalah, kena tegur dengan jabatan Audit Negara


Audit 2014 
Laporan Audit 2014
ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2 mengesyorkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah meningkatkan pengawalan pencerobohan rizab sungai dengan menyediakan jadual pemantauan berkala berikutan terdapat kelemahan dalam program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.

Menurut laporan itu, JPS juga perlu menjalankan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

Melalui pengauditan mulai Februari hingga Mac tahun ini, antara kelemahan tersebut ialah perakuan siap kerja dikeluarkan sebelum kerja disempurnakan dan pencerobohan terhadap rizab sungai.

Semakan audit mendapati kerja menanam rumput jenis cow gross secara close turf di sepanjang 840 meter dan kerja merata tapak, membekal dan memasang 'interlocking paver block' belum disempurnakan sepenuhnya.

Kehebatan penerima Anugerah Khas Hari Bapa bagi negeri Kedah


Bapa OKU, didik lima anak OKU  
Dari kanan, Mohd Hussin, Konjoramah dan A Hamid bersama hadiah
masing-masing sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan
di Amanjaya Mall semalam.

SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri berstatus orang kurang upaya (OKU) yang turut mempunyai lima anak OKU teruja apabila ketua keluarga itu dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Khas Hari Bapa, semalam.

Mohd Hussin Ooi Abdullah, 51, yang juga merupakan mualaf, cacat di kaki, begitu juga dengan lima daripada enam anaknya yang lain turut mempunyai masalah sama, ditemani isteri, Mazlina Mansor, 48, cacat di tangan, yang hanya mempunyai pergelangan tangan menerima anugerah itu.

Mohd Hussin dari Desa Keda Bukit Tukang Jusoh, Kota Kuala Muda berkata, kekurangan diri yang dihadapi tidak menghalangnya untuk mendidik anak-anak sehingga mereka berjaya ke peringkat lebih tinggi.

“Biarpun anak-anak berhadapan kekurangan, sejak kecil kami mendidik mereka tanpa mereka rasa rendah diri malah perlu bersaing dengan masyarakat luar bahawa mereka juga boleh berjaya,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...