TERKINI :

Monday, June 15, 2015

Dua ujian besar buat pimpinan baru Pas

Baru seminggu pimpinan baru Pas yang terdiri daripada golongan yang menganggap mereka sebagai ahli agama, (ad Din) yang cuba dipamerkan berada di birai syurga diberi amanah memikul tanggungjawab memimpin parti, kini sudah berhadapan dengan ujian pertama yang boleh dianggap getir. Ujian ini terlalu pantas menimpa barisan kepimpinan baru Pas ini.
Sesuai dengan ujian ini datang bagaikan kilat, sekiranya barisan kepimpinan baru ini dapat mengatasinya ia akan dihormat, dan sepuluh kali tabik harus diberikan kepada mereka. Semua orang kena berterima kasih dan berbangga atas kejayaannya nanti.
Kenapa dikatakan begitu, kerana ujian atau masalah yang berlonggok dalam Pas kini adalah besar, yang akan menentukan nasib dan masa depan Pas. Ujian atau masalah ini timbul ekoran daripada pemilihan kepimpinan yang dibuat secara kumpulan atau pun mengikut mazhab.

Dari beberapa ujian itu ada dua ujian besar Pas waktu ini, pertama ialah mengenai pepercahan dalam kalangan ahli Pas gara-gara perebutan jawatan tempoh hari. Puak yang mendokong golongan Prolib kecewa dengan apa yang berlaku dalam pemilihan itu. Kekecewaan itu menyebabkan mereka kehilangan semangat untuk menggerakkan aktiviti parti dan menjadi lemah semangat untuk berjuang.

Nazri Aziz Silap Besar, Jawatan Kabinetnya Kini Terancam

Shahbudin Husin, 

Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz mengkritik Tuanku Mahkota Johor dengan cara yang dianggap kasar lantaran terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib Razak yang sedang diserang dari pelbagai sudut, kini semakin hampir mengundang malang kepada dirinya.

Beliau bukan saja bakal berhadapan dengan siasatan pihak polis, bahkan juga mulai menerima kecaman yang semakin meluas daripada pelbagai pihak.

Pemimpin politik, NGO dan rakyat biasa, tidak saja daripada Johor tetapi nampaknya di seluruh negara turut mengecam tindakan Nazri yang dianggap tidak sopan terhadap teguran baik daripada golongan diraja itu.

Difahamkan juga suatu perhimpunan mengecam tindakan Nazri sambil menyatakan sokongan terhadap TMJ akan turut diadakan petang esok di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dengan ini, tentulah Nazri akan menerima kesan penolakan yang lebih meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat, tambahan pula beberapa kenyataan dan tindakannya sebelum ini turut membuatkan beliau merupakan antara menteri yang memang menjadi sasaran kebencian ramai.

'Pahlawan Bugis' ponteng parlimen untuk sessi pergulungan Kementerian Kewangan siang tadi

 Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Jun, 2015.
Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.

Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.

Dengaq kata YB AMIRUDIN tolak perlantikan beliau sebagai PJ Kedah..!!

Datuk Amirudin Hamzah who is believed to be part of the 'progressives' in PAS rejects the top post in Kedah PAS. – Photo courtesy of Malaysiaaktif.my
Datuk Amirudin Hamzah is the next PAS leader to relinquish his post as the Islamist party's chief in Kedah.

According to sources, Amirudin turned down the appointment in a letter sent to the party headquarters.

He is a former central committee, having lost at the recent party elections earlier this month when PAS delegates voted in candidates from the pro-ulama faction.

Amirudin and others who lost were appointed to positions at the first meeting of the PAS central committee after the elections and muktamar, or annual congress

He was given the leadership of Kedah PAS, replacing Datuk Mahfuz Omar.

This makes him the second person to reject a leadership position in the party, after Mazlan Aliman announced earlier today that he would let go of his seat in the central committee.

Setiausaha PAS PP pertimbang saman kerajaan negeri P/Pinang

 
Setiausaha PAS Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi yang ditamatkan perkhidmatan dalam pentadbiran kerajaan negeri berkuatkuasa Jumaat lepas, sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan pegawai penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin PAS pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.
   

Nilai RM jatuh: Yang patut kita ketahui

SEJAK belakangan ini, mata wang Malaysia jatuh teruk berbanding dengan matawang asing yang lain. Pada 1 Januari, 1 USD bersamaan RM3.49, kemuncak kejatuhan pada bulan Jun kepada RM3.77 pada 8 Jun. Manakala Pound Sterling UK pula GDB1 bersamaan RM5.44 dan kemuncak kejatuhan kepada RM5.84 pada 10 Jun. Dolar Singapore pula, pada 1 Januari 2015, SGD1 bersamaan RM2.64 dan kemuncak jatuh kepada RM2.79 pada 14 Jun.

Graf matawang Malaysia sejak sebulan dua ini bagi saya agak membimbangkan justeru kita semua banyak bergantung kepada import. Pakaian kita banyak made in China. Kereta kita made in UK atau Japan. Makanan kita seperti lada, kelapa dan lain-lain daripada Indonesia.

Dagingan kita daripada Australia. Ayam sekalipun reban dan prosesnya di Malaysia, tetapi sebahagiannya diimport dari USA dan China. Makanan ayam yang direbankan di Malaysia pula seperti jagung diimport daripada Mexico?

Ikan? Walau laut di sekeliling kita, tetapi ikan kita tidak mengcukupi dan terpaksa import sebahagianya daripada Yaman dan Thailand. Kalau duit kita jatuh, maka pada masa itu semua barang kita guna dan pakai akan naik.

Kalau import kereta yang harga asalnya RM40,000, jika matawang kita jatuh RM0.10, maka harganya di Malaysia dah naik RM4,000. Itulah kesannya kepada perbelanjaan kita. Harga barang naik sebab duit kita jatuh, tambah lagi GST, akhirnya rakyat Malaysia tinggal gigi dan tulang sahaja.

Semua naik kecuali air hujan sahaja yagn turun di negara kita. Jangan sampai jadi begitu kerana kita masih ada ruang dan peluang yang banyak untuk berubah.

Senarai penuh ahli jawatankuasanya Dewan Ulamak Pas Pusat bagi sesi 2015-2017.



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan senarai penuh ahli jawatankuasanya bagi sesi 2015-2017.

Yang berikut senarai penuh tersebut.

Ahli Jawatankuasa Harian:

1. Ketua: Ustaz Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
2. Timbalan Ketua: Ustaz Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
3. Naib Ketua: Ustaz Datuk Dr. Johari Mat

4. Setiausaha: Ustaz Nazri Zin
5. Penolong Setiausaha 1: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
6. Penolong Setiausaha 2: Ustaz Ismail Osman
7. Penolong Setiausaha 3: Ustaz Mohd Azwan Baidawi

8. Bendahari: Ustaz Mohd Asri Daud
9. Ketua Penerangan: Ustaz Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
10. Pengarah Pilihanraya Ulamak: Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi

Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Ustaz Datuk Hussin Awang
2. Ustaz Dr. Badruzzaman Yusof
3. Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman
4. Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah
5. Ustaz Abdullah Husain
6. Ustaz Zulkifli Ismail
7. Ustaz Mokhtar Senik
8. Ustaz Khirul Muntanazar Ismail
9. Ustaz Dr. Azhari Yaakob
10. Ustaz Nazmi Nik Din
11. Ustaz Mustafa Shaari
12. Ustaz Mohd Ismi Taib
13. Ustaz Dr. Zuridan Mohd Daud
14. Ustaz Mohd Kamal Osman
15. Ustaz Dr. Ahmad Nadzri Mansor
16. Ustaz Mohd Fauze Husain
17. Ustaz Abu Sinan Muhammad Alghaazi
18. Ustazah Mastura Ismail – HARAKAHDAILY 15/6/2015

Menteri suruh Hj Hadi ambil persetujuan Agong dahulu sebelum bentang RUU

Nazri: Hadi perlu persetujuan Agong

 
Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuka jalan kepada pelaksanaan hudud, tidak akan dibincangkan di persidangan Dewan Rakyat tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata mana-mana RUU yang berkaitan dengan agama mesti mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam di peringkat persekutuan.

Katanya, bagaimana boleh membincangkan RUU mengenai hudud apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri tidak diberi penerangan.

"Itu kurang ajar," kata Nazri, yang juga bekas menteri undang-undang dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen, kepada Malaysiakini dalam satu wawancara pada hari Sabtu.

Hendak pertahankan Najib, baru Nazri sedar Undang-Undang negara padangnya tak sama-rata..!!

'Saya pertahankan Najib, saya pula yang kena panggil' - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau bersedia untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

"Saya seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang.

"Setakat ini saya tidak dipanggil... belum dipanggil lagi," kata Nazri sepertimana dipetik daripada portal Malaysian Insider.

Nazri berkata kenyataannya mengingatkan TMJ agar tidak mencampuri urusan politik adalah demi mempertahankan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun beliau melahirkan rasa kecewa apabila tindakannya itu hanya mengundang siasatan daripada pihak berkuasa.

“Semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Apabila Tunku Mahkota Johor serang Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.

"Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya pula kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” katanya.

TMJ pulang paku buah keras kepada Nazri - Kamu hanya menteri, bukan tuhan

 
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri.

Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia.

Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Kaji semula kerjasama dalam Pakatan, kata Wan Azizah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud masalah dalaman Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Jun, 2015.
Ketua pembangkang hari ini menyatakan kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) itu.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR mengakui, wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

"Wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama dengan tujuan memperkukuh gabungan parti politik yang progresif dan berpegang kepada Dasar Bersama PR, sehaluan dengan aspirasi rakyat yang terus menuntut perubahan.

"Maka PKR dengan ini mencadangkan perbincangan perlu diteruskan dengan parti politik dan juga badan bukan kerajaan dalam kerangka besar masyarakat madani lainnya demi merangka hala tuju dan masa depan untuk membina Malaysia yang gagah," katanya dalam satu kenyataan.

Mengapa orang miskin cari Arul PSM, tak cari ulama, soal Mat Sabu

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Jun, 2015.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam.

Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

"Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.

"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.

Sampai bila kita nak dihidangkan dengan cerita salahguna kuasa sebegini..??

Dua projek Universiti Pertahanan diluluskan tidak ikut spesifikasi, dedah Ketua Audit

Menurut laporan Ketua Audit Negara Siri 2, dua projek Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Kongkoi, Negeri Sembilan ialah projek pembinaan bangunan dan kerja penyediaan fasiliti serta kemudahan untuk lapang sasar. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Jun, 2015.
Laporan Ketua Audit Negara 2014 hari ini mendedahkan dua projek Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Kongkoi, Negeri Sembilan bernilai RM801,800 dilaksanakan sebelum melalui proses perolehan.

Dua projek tersebut ialah projek pembinaan bangunan dan kerja penyediaan fasiliti serta kemudahan untuk lapang sasar di kem tersebut.

"Projek pembinaan bangunan yang mengandungi klinik, kedai cenderamata dan bilik jurulatih bernilai RM496,800 dan kerja-kerja menyediakan fasiliti dan kemudahan untuk lapang sasar di International Pistol Shooting Centre bernilai RM305,000 dilaksanakan sebelum proses perolehan," kata laporan Ketua Audit Negara Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, satu lagi projek bernilai RM277,884 di kem sama dijalankan tanpa melalui proses perolehan.

Inilah dia "PARASIT, JEBON, BARUA, BROKER" yang masih berkeliaran dalam PAS




SUMBER : KLIK SINI

Mazlan Aliman letak jawatan AJK Pusat PAS

 
Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa PAS meletak jawatan tersebut serta merta hari ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan bersama PAS sebagai anggota parti.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu, Mazlan berkata beliau meletakkan jawatan itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.

Beliau yang sebelum ini mempertimbangkan akan meletakkan jawatannya itu, mendapat sebanyak 593 undi dan berada ditangga ke 14 daripada 18 jawatan dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Menurutnya lagi, beliau turut terkesan dengan krisis yang dihadapi PAS pada ketika ini yang dianggapnya sangat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

Sebagai pemantau kepada kegiatan Felda, Mazlan turut sedih apabila ramai rakan seperjuangannya tewas dalam pemilihan yang menyaksikan kumpulan proulama menyapu bersih jawatan dalam kepimpinan parti.

Polis siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan - KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekodkan kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi, lapor Malaysiakini.

Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.

Dalam perkembangan sama, ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan dalam satu kenyataan semalam menasihati Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya tidak bersikap “kurang ajar.”

Adakah seluruh perwakilan Dewan Ulamak PAS akan dimalukan oleh Majlis Syura?



Malaysiakini melaporkan:
Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya - Ibid.
Itu pendapat Asmuni Awi, walaupun dia seorang peguam senior yang tak kurang hebatnya, yang sebelum ni pernah dilantik oleh TG Hj Hadi sebagai Pengerusi Lajnah Guaman PAS sebelum di lantik sebagai Bendahari Agung untuk sessi lepas, tak semestinya perndapat dan hujjah dia diterima pakai.

PAS Terkedu, Azmin Kata Keputusan Muktamar Perlu Dihormati


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan dicapai dalam muktamar Pas perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP Pas bahawa keputusan Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar Pas adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".

FGV Bayar Mahal Kepada Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib

A Kadir Jasin

PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.

EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).
Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.

Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.

Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.

Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.

1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.

2. FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.

Azmin kata keputusan Muktamar Pas harus dihormati


Azmin Ali  
Mohamed Azmin Ali

KUALA SELANGOR - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan dicapai dalam muktamar Pas perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP Pas bahawa keputusan Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar Pas adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".

Kenyataan Lim susulan keputusan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 baru-baru ini.

Nasharudin Mat Isa selesa sebagai ahli biasa PAS

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
14 Jun 2015


BANGI - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa akui selesa dengan kedudukannya sekarang sebagai ahli biasa tanpa sebarang jawatan dalam parti.

Menurutnya, beliau akan membantu Pas setakat yang mampu tanpa aktif kembali sebagai pemimpin.

"Saya masih ahli Pas. Pada ketika ini, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang saya libatkan diri ini sudah cukup untuk menyibukkan saya. Saya lebih senang (selesa) dengan kerja yang saya buat ini. Tugas dan tanggungjawabnya banyak.

"Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa...(bukan sebagai pemimpin?) Bukan. Ramai orang yang lebih layak. Jadi, mana yang saya boleh bantu Pas, saya bantulah tapi untuk aktif sebagai pemimpin dan sebagai petugas utama parti, itu mungkin tidak," katanya ketika ditemui di Kenduri Perpaduan Ummah Komuniti, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Mahfuz : Saya masih tunggu surat lantikan, lepas itu baru boleh komen


Mahfuz Omar    
 
SHAH ALAM – “Kita tunggu surat lantikan tersebut dahulu, lepas itu baru boleh komen,” kata bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mengakui menunggu surat lantikan tersebut, Mahfuz berkata, beliau sekarang masih meneruskan perjuangan Pas sebagai seorang ahli Parlimen.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa, saya tidak tahu apa-apa.

“Saya masih Ahli Parlimen Pokok Sena sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Khidmat saya terhadap Pas akan diteruskan menerusi saluran tersebut,” tegasnya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, pihak Pas Pusat masih belum menghubunginya untuk apa-apa makluman.

“Setakat ini tidak ada apa-apa lagi. Mereka pun masih tak (tidak) hubungi saya,” katanya lagi.

Pas pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengesahkan akan  melantik beberapa pemimpin Pas bagi mengisi jawatan dalam lantikan lajnah dan jawatankuasa tambahan yang diperuntukkan dalam Pas.

Pelantikan tersebut akan diumum pada 21 Jun lepas.

Insaflah, jangan terlalu beretorik dan dikutuk bangsa Melayu

RIDHUAN TEE ABDULLAH


SEORANG profesor Melayu pencen begitu marah apabila saya mengingatkan Melayu. Katanya, jangan dikutuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu pernah menjadi hebat ribuan tahun yang lalu.

Kasihan sungguh, berbangga dengan masa lalu, tetapi tidak pernah risau dengan masa kini dan akan datang. Apakah tidak sedar bangsa Melayu hanya menjadi hebat apabila menerima Islam sebagai cara hidup, lebih kurang 600 tahun lalu, bukannya 70,000 tahun dahulu?

Melayu pertama mengelilingi dunia pada zaman bila? Tanpa Islam, Melayu tidak ada apa. Lagi pula, masa lalu tidak penting lagi, kerana ia telah berlalu. Apa yang lebih penting adalah masa hadapan anak cucu-cicit kita.

Retorik masa lalu tidak menguntungkan kita, kerana ia tidak akan kembali semula. Baca buku fiqh memahami keutamaan pada usia pencen ini untuk menaikkan martabat Melayu, bukan beretorik.

Ingatlah gurindam ini. Wahai Melayu, cepatlah bertaubat, sebelum terlambat. Masa semakin singkat. Tak banyak yang boleh dibuat. Sebab, orang lain dah banyak rembat. Sehingga Melayu rengkat. Tak ada lagi tongkat. Ada yang dah patah semangat, sebab dah naik meluat. Cakap, tetapi tak buat.

Makluman susulan berkenaan Kes Kapal Tangki hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi

'Saya sedih dengan berita kehilangan itu'

Najib Tun Razak 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menzahirkan perasaan sedih beliau terhadap berita kehilangan sebuah kapal tangki petrol milik rakyat Malaysia.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan segala keringat dan bantuan yang diperlukan bagi menyelamat mereka.

“Saya sedih dengan berita rampasan sebuah kapal tangki milik rakyat Malaysia. Saya berdoa untuk keselamatan 22 anak-anak kapal di mana 16 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Fikiran saya dengan keluarga mereka.

“Kerajaan akan memberi segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Terdahulu laporan menyebut sebuah kapal tangki  membawa petrol  milik rakyat Malaysia dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

Laporan terbaharu menyebut bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan ia diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.

TM Kedah rugi RM1.5 juta disebabkan kes curi kabel


TM Kedah rugi RM1.5 juta  
Noor Lela (duduk, enam kiri) dan Zamri (duduk, tujuh kiri) sempena Program Rakan TM bersama PDRM Kedah semalam.
SUNGAI PETANI – Telekom Malaysia Bhd (TM) Kedah terpaksa menanggung kerugian mencecah RM1.5 juta akibat kecurian kabel tahun ini di mana daerah Kuala Muda dan Kota Setar antara yang paling teruk terjejas.
 
Pengurus Besar TM Kedah Perlis, Noor Lela Baba berkata, angka itu menunjukkan kerugian yang terpaksa TM tanggung melibatkan 485 kes yang dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini bermula Januari sehingga Mei.
 
Menurutnya, langkah pencegahan telah diambil selain sistem kawalan keselamatan dipertingkatkan di samping menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Rakan TM dalam usaha menangani kejadian berkenaan.
 
“Melaluinya, kita akan menggalakkan orang ramai menghubungi polis segera sekiranya ternampak kegiatan mencurigakan melibatkan kecurian kabel selain mengedarkan talian hotline PDRM dan talian Pusat Kawalan Keselamatan TM menerusi kempen.
 
“Dalam masa sama, kita menghargai sokongan semua pihak terutama PDRM dan masyarakat yang sentiasa membantu mengurangkan kadar ini,” katanya ketika hadir ke Program Rakan TM Bersama PDRM Kedah, di sini, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...