SESUSAH SUBUH
Saya berkereta kira-kira lebih 300 km dari Kuala Lumpur ke Gua
Musang semalam bukan untuk menyaksikan pengistyharan Sasterawan Negara A
Samad Said menyertai DAP, tetapi untuk melihat satu upacara penyerahana
70 buah rumah mangsa banjir yang dibina dan dibaiki pulihkan oleh Gerak
Impian Kelantan (GIK), Cakna UT dan DAP
 |
Pak Samad menerima kad keahlian DAP daripada Kit Siang. |
Tetapi tidak sangka pula, dicelah majlis itu berlangsung satu majlis
ringkas lain yang penuh bersejarah dan sedikit mengejutkan,
pengistyharan SN A Samad Said sebagai ahli DAP.
Terus terang saya nyatakan sebagai sorang Melayu yang tebal juga dengan
semangat nasionalis, tidak begitu baik bagi saya untuk menyaksikan
majlis pengistyharan Pak Samad sebagai ahli DAP itu. Walaupun peristiwa
itu ada signifikan, tetapi sebak juga untuk menyaksikanya. Tersisih dan
terkilan juga jiwa.
Kalau mengikut aluran dan denai pemikiran saya, Pak
Samad tidak perlu menyertai DAP, cukup dia berdiri di atas panggung
kesenimanannya sahaja. Panggung kesenimanannya itu sudah cukup gah dan
kuat baginya untuk melaungkan suara menghentak jiwa rakyat. Panggung itu
juga, yang menjadikan Pak Samad milik Pakatan Rakyat, atau rakyat
amnya, menjadikan dia dilihat sebagai seorang wira tanpa ada dicap
dengan ideologi politik. Kini apabila di bajunya sudah ada lencana dan
cogan "Roket" maka ia tidak lagi dapat dirasai dirinya sebagai hak
rakyat sebebasnya.