TERKINI :

Saturday, June 13, 2015

Pemain T-Team meninggal dunia dalam padang malam tadi

KOTA BHARU - Pemain import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II serta-merta oleh paramedik.

AKAN MENYUSUL.

Marilah, TMJ beri isyarat

Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.

Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri (gambar) tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Dapat reaksi segera

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.

Pos berkenaan juga mengundang banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: "Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali."

Syahriman Paparock pula menulis: "Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt".

Bagi Hakeem Neils, video itu mendorongnya menulis: "ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang lagi tu...xD"

Ashhabu Rayati Suud: "Senyum lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor batang pisang."

PASMA kekal NGO, namun parti baru perlu ditubuhkan untuk kesinambungan peranan Pas dalam PR

Parti baru pro-Pakatan selepas Aidilfitri

Sebuah parti baru dijangka ditubuhkan selepas Aidilfitri ini ekoran keputusan diambil Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata parti itu bukanlah peralihan daripada pertubuhan berkenaan, sebalikya sebuah entiti lain.

Katanya, parti baru itu nanti ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat, manakala PasMa kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Phahrolrazi berkata parti baru itu akan dbentuk melalui sebuah jawatankuasa penaja yang dianggotai oleh pelbagai NGO proPakatan.

"PasMa hari ini mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini ialah untuk memastikan kesinambungan peranan PAS dalam komponen Pakatan," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini

Phahrolrazi berkata PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan tidak akan menjadi parti politik.

"Kami kekal dengan peranan terdahulu," katanya.

Phahrolrazi menambah, urusan penubuhan parti baru itu akan diambil oleh sebuah jawatankuasa penaja untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

Empat pelancong 'bogel' tinggalkan Sabah hari ini

KOTA KINABALU - Empat warga asing yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana berkelakuan tidak sopan dengan berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, meninggalkan Sabah hari ini.

Rakyat Britain, Eleanor Grace Hawkins, 23, rakyat Belanda Dylan Thomas Snel, 23, dan dua beradik warga Kanada, Lindsey Peterson, 23, dan Danielle Anne Louisa Peterson, mendaftar masuk bagi penerbangan ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Dean Wayne Daly semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga hari atau denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda ke atas setiap tertuduh selepas mereka mengaku bersalah berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Hukuman penjara berkenaan berkuat kuasa dari tarikh mereka ditahan pada 9 Jun lalu.

Bagaimanapun kesemua tertuduh membayar denda berkenaan melalui peguam mereka Ronny Cham selepas hakim menjatuhkan hukuman. - Bernama

Kronologi konflik Najib, Mahathir

18 Ogos 2014 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dasar dan tindakan Najib dilihat tidak berkesan daripada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

21 Ogos - Najib hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Dr Mahathir mengenai pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah.

11 Mac - Dr Mahathir terus menyerang kepimpinan BN dengan mendakwa perikatan itu bakal berhadapan kehilangan undi pada PRU akan datang sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus dilaksanakan.

4 April 2015 - Dr Mahathir menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

20 April 2015 - Dr Mahathir terus mengkritik Najib, termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai kegagalan pemimpin nombor satu negara itu.

10 Mei 2015 - Najib dalam lawatannya ke Sabah buat pertama kali mengeluarkan kenyataan menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

17 Mei - Najib menyatakan pandangannya berhubung 13 persoalan dan isu yang dibangkitkan pihak tertentu. Menerusi laman web rasminya, najibrazak.com, Perdana Menteri menjawab perkara dibangkitkan, termasuk isu Altantuya Shaariibuu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB); BR1M; ‘Jambatan Bengkok’; dakwaan 1Malaysia sama seperti ‘Malaysia Malaysia’ serta pembelian pesawat kerajaan.

9 Jun 2015 - Najib berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau telah menimbulkan ‘masalah lebih besar' terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.

TMJ Jangan campuri politik atau kena 'belasah' - Nazri Aziz

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Kamu memegang jawatan penting di negeri... kalau kerajaan "belasah" kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.

Pak Samad diumum Perwira Ubah DAP

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kini sah menjadi ahli DAP selepas kemasukannya diumum pemimpin veteran parti itu Lim Kit Siang sebentar tadi.

Menyatakan Samad sebagai "Perwira Ubah" Lim juga menyerahkan kad keahlian kepada penulis sajak Tetamu Senja itu.

Sementara itu Samad berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP tetapi tidak pernah dizahirkan.

Katanya, sebagai penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tidak ada makna jika karyanya langsung tidak mendekati rakyat.

Mengenai reaksi pihak lain terhadap keputusannya menyertai DAP, beliau yang mesra dipanggil Pak Samad memberitahu, memang ada orang yang kurang bersetuju.

"Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej Sasterawan Negara, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," kata Samad.

Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS minggu depan


Ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

"Sentimen pasaran untuk dolar AS itu masih kukuh berikutan data ekonomi negara itu yang positif serta rasa optimis mengenai kemungkinan pihak Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah. Ini akan terus memacu permintaan terhadap dolar AS berkenaan," katanya.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Cadang naikkan tol: Cukup-cukuplah susahkan rakyat


CADANGAN kadar baharu tol yang dikatakan membabitkan 16 lebuh raya utama negara merupakan satu tamparan terkini untuk rakyat setelah disusuli pelbagai bebanan kewangan melibatkan kos sara diri dan percukaian. Sekalipun Perdana Menteri menyatakan bahawa ia hanya di peringkat perbincangan dan dibocorkan oleh pihak yang tidak beretika, namun ia sekaligus mengesahkan bahawa ada perbincangan serius ke arah menaikan kadar tol di pihak kerajaan.

Terbukti kerajaan gagal mencari penyelesaian terbaik untuk memuktamadkan isu konsesi lebuh raya ini dengan syarikat terbabit walaupun mencatat keuntungan mewah atas kadar tol yang dikenakan.

Setiap kali kajian atau semakan dilakukan ke atas konsesi, pengumumannya berakhir dengan kenaikan walaupun di saat rakyat terhimpit dengan pelbagai kos lain. Ini menunjukkan tahap keprihatinan sangat lemah kerajaan terhadap kepentingan rakyat. Akhirnya, kekal untung adalah syarikat pengendali lebuh raya tersebut yang diungguli oleh kroni politik kerajaan memerintah.

Dalam situasi realiti khususnya di Lembah Klang iaitu di mana terdapat kebanyakan lebuh raya terbabit, penggunaannya tidak dapat lagi dielakkan pada masa ini. Ia telah menjadi keperluan dalam urusan harian umum. Dalam masa yang sama, penambahan tinggi kenderaan menjadikan ia seolah-olah jalan raya utama di mana kesesakan lalu lintas di atas lebuh raya terbabit adalah pemandangan biasa.

Kedah dapat PJ PAS yang baru menggantikan Mahfuz Omar

PAS lantik PJ baharu negeri 2015-2017
WAN NORDIN WAN YAACOB | 13 Jun 2015.


KUALA LUMPUR: PAS telah selesai melantik Pesuruhjaya Negeri-negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PAS melalui Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan kesemua negeri.

Lima negeri bertukar Pesuruhjaya iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.

Berikut adalah senarai pelantikan Pesuruhjaya Negeri:

1. Kelantan - Datuk Ahmad Yaakob (kekal)
2. Terengganu - Satiful Bahari Mamat (kekal)
3. Perlis - Shukri Ramli (kekal)
4. Perak - Razman Zakaria (kekal)
5. Selangor - Datuk Iskandar Abdul Samad (kekal)
6. Sabah - Paumin@ Aminuddin Aling - (kekal)
7. Sarawak - Adam Ahid (kekal)
8. Wilayah Persekutuan - Haji Mohammad Nor Mohamad (kekal)
9.- Melaka - Ustaz Kamarudin Sidek (baharu)
10.- Kedah - Datuk Ir Amirudin Hamzah (baharu)
11.- Johor - Datuk Dr Mahfodz Mohamad (kekal)
12.- Pulau Pinang - Ustaz Mohd Fauzi Yusof (baharu)
13.- Pahang - Ustaz Rosli Jabar (baharu)
14.- Negeri Sembilan - Ustaz Mustafa Daharun (baharu) – HARAKAHDAILY 13/6/2015

Najib selar menteri sebab kantoikan dia bab kenaikan Tol....


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan anggota Kabinet yang membocorkan maklumat mengenai kenaikan tol yang tersebar di media sosial dan menegaskan ia masih belum dimuktamadkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan berita kadar kenaikan tol didedahkan media arus perdana semalam yang mengatakan sebanyak 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka menaikkan kadarnya.

Najib berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan keputusan mengenainya akan diputuskan dalam masa terdekat ini.

"Kami bincang tentang tol tapi maklumat dan pelaksanaan akan diputuskan dalam minggu berikutnya," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC malam tadi.

Mengenai laporan yang dipetik daripada Berita Harian semalam, Najib menegaskan keputusan muktamad belum dibuat lagi seperti didakwa akhbar itu.

Semakin banyak kenderaan guna semakin mahal TOL...!!

  

Inilah kecerdikan yang ditinggalkan warisan demi warisan
nak buat ambik duit rakyat... bila siap suruh rakyat bayaq semula...
yang tahu NAIK.. NAIK.. NAIK... tak adakah rasa nak TURUN kan Tol...
Setakat servis menyelenggara sahaja...hutang semakin berkurang
Jadi kenapa harus dinaikkan memanjang...

Jika Perbalahan Mahathir - Najib Berterusan Hingga PRU 14, Apa Pilihan Yang Wajar?

 Shahbudin Husin,


Sudah tak terhitung berapa kali banyaknya Tun Mahathir Mohamad sudah mendesak agar Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya sejak berlaku kemelut antara kedua mereka

Setiap kali beliau bersuara, mengkritik dan menyerang Najib, saranan perletakan jawatan itu jarang benar tercicir daripada butir bicaranya.

Daripada semua isu dan masalah berkaitan Najib yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu, beliau yakin ia akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana dakwanya, semua kaum tidak lagi memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpinnya.

Hanya dengan Najib meletakkan jawatan saja, kekalahan BN dapat dielakkan, gesa Tun Mahathir berulang kali.

Beliau juga mengingatkan Najib sekiranya BN kalah, semua kesalahannya akan dicungkil oleh kerajaan baru dan akhirnya terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah yang panjang, kalau pun tidak menghuni penjara akhirnya.

Tun M buan saja suruh letupkan PLUS tapi juga KLIA & KLCC..!!

'Letupkanlah semua termasuk KLIA, KLCC'

'Letupkanlah semua termasuk KLIA, KLCC' 
Bekas Perdana Menteri merangkap Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity' di Muzium Kesenian Islam hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Susulan dakwaan ada cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kereta nasional Proton yang menjadi legasinya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat menjawab dengan nada sinis agar semua kegemilangannya itu dihapuskan.

Ini termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

"(Cubaan jatuhkan Proton) sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan. Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya, Lebuhraya Utara Selatan. Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya secara sinis kepada pemberita pada sidang media Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II: Crime Agains Humanity' di sini, hari ini.

Bantuan Kemanusian - Pejabat KERAJAAN NEGERI, PUSAT, JKM & ZAKAT di Selangor buka dak..??

'Mana nak cari RM220,000...'

'Mana nak cari RM220,000...' 
Nur Syafikah Dalili menderita biliary atresia perlukan RM300,000 untuk kos pembedahan hati dan ubatnya di China.
SHAH ALAM - “Allahuakbar...hanya ALLAH sahaja tahu perasaan kami bila lihat Dalili menangis setiap kali muntah dan berak berdarah. Darahnya akan hilang 30 peratus,” rintih Zalina Abdul Rahim, 35, mengenangkan derita ditanggung anaknya, Nur Syafikah Dalili Mohd Razali, 2.

Susulan pendarahan serius sejak 30 Mei lalu, Dalili dimasukkan ke Wad Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hingga hari ini, namun doktor nasihatkan pemindahan segera hati kerana tahap kesihatannya sangat kritikal.

“Saluran hati Dalili membengkak. Doktor nasihatkan dalam tempoh terdekat ini kena buat segera pemindahan hati.

“Suami saya Mohd Razali Samsudin, 39, nak dermakan hatinya. Malangnya kami tak mampu sediakan duit lebih RM300,000 untuk pemindahan hati di China,” katanya.

Pelbagai ikhtiar dan usaha dilakukan pasangan suami isteri ini bagi mencukupkan dana pembedahan Dalili termasuk menerima sumbangan orang ramai, namun masih kurang jumlahnya.

Kuala Kedah - Aset bernilai jadi bangunan terbiar

Aset bernilai jadi bangunan terbiar  

Premis restoran dalam keadaan tidak terurus selepas ditutup.
KUALA KEDAH - Bangunan terbiar di Kuala Kedah, di sini, sebenarnya boleh dijadikan aset bagi menarik pengunjung meneroka destinasi indah di daerah ini.

Penyelaras Dun Kubang Rotan, Datuk Abdul Mutalib Harun berkata, bangunan dahulunya dikenali sebagai Restoran Bahtera Nelayan di Kampung Keluncur di sini, sememangnya memiliki beberapa produk tempatan berpotensi untuk dikomersialkan.

Menurutnya, restoran terkenal dengan keenakan makanan laut itu terbiar tanpa berpenghuni hampir dua tahun apabila ia ditutup sekitar 2013.

“Jika dimanfaatkan sebaiknya, Restoran Bahtera Nelayan sebagai contohnya berpotensi menjadi destinasi untuk menikmati makanan laut serupa seperti Kuala Perlis.

“Lagipun, kita memiliki sumber laut sendiri. Maka, penduduk tidak perlu bersusah payah ke sana, sebaliknya makan makanan laut di Kuala Kedah sahaja,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...