TERKINI :

Friday, June 12, 2015

Dr.M suruh letupkan lebuh raya PLUS

Letupkan saja lebuh raya Plus, sindir Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata Putrajaya patut “meletupkan” Lebih Raya Utara-Selatan (Plus), sebuah projek penting ketika era pentadbirannya.

Beliau mengulas dakwaan terdapat cubaan merosakkan legasinya melalui kempen buruk terhadap pengeluar kereta nasional Proton, sebuah cetusan ilham beliau.

“Ramai kata saya buat banyak benda buruk, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, sepatutnya kita letupkan saja,” katanya disambut gelak ketawa pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, menara berkembar Petronas, semua ini tidak baik kamu tahu,” sindirnya lagi.

'Hamba yang setia'

Sebelum itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membangkitkan sama ada stesen televisyen cuba memburuk-burukkan Proton semata-mata ia legasi Mahathir.

Zainuddin mendakwa dimaklumkan kawan-kawannya bahawa “kami hanya hamba setia yang menurut perintah, kami terima arahan dari penasihat-penasihat di JPM”.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, itu bagaimanapun sinis berkata mereka tidak harus malu kerana ia langkah paling berkesan, penuh etika dan nilai baru profesionalisme.

Semuanya, sindir tokoh wartawan itu lagi, demi “membangunkan maruah 1MDB sebagai legasi teragung Datuk Deri Najib”.

Ia, kata Zainuddin juga, akan mengatasi kehebatan Putrajaya, menara Petronas, KLIA, lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang yang menjadi kenyataan di era Mahathir dulu.

“Syabas pahlawan Bugis teragung di abad ini,” katanya lagi.

Cabaran kepimpinan baharu PAS

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


KEPUTUSAN pemilihan kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 telahpun sedia dimaklumi. Kalangan yang dikatakan pro ulamak dan kuat mempertahankan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kedudukan Presiden; menyapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan. Hal yang sama berlaku dalam Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Alhamdulillah, semua pihak yang bertanding dan yang menyokong dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Tiada bantahan ala ‘Blackout 501’ kerana membantah kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia selepas PRU13 lalu.

Tiada juga kedengaran ada pihak yang mahu kemuka petisyen. Semua pihak berpuashati bahawa pemilihan telah berlaku dengan sempurna. Nampaknya tuntutan perlembagaan PAS untuk memilih kepimpinan Pusat dalam Muktamar telah ditunaikan.

Cuma bagi pemerhati politik di luar PAS agak terkejut kerana keputusan seolah-olah satu tsunami kalangan pro-ulamak menyingkirkan habis individu yang dianggap profesional yang secara peribadinya mereka sudah sinonim dengan kepimpinan PAS.

Sebahagian besar mereka mula menapak dalam kepimpinan PAS sejak zaman Almarhum Haji Yusof Rawa dan Almarhum Dato’ Fadzil Noor.

A Samad Said dijangka masuk DAP esok

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dijangka menyertai DAP esok.

Desas desus bertiup kencang bahawa penyertaannya dalam parti itu akan diumumkan dalam sebuah acara di Kelantan esok.

Beliau dijadual hadir dalam Majlis penyerahan rumah oleh Gabungan Impian Kelantan (GIK) kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.

Pemimpin kanan DAP sendiri Lim Kit Siang dijadual hadir dalam acara itu selain anggota parlimen PAS Dr Hatta Ramli.

Kemungkinan besar penyertaan Samad akan diumumkan dalam acara ini.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, penyertaan Samad memang dirancang diumumkan esok tetapi tidak akan didedahkan sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Seorang pemimpin kanan DAP ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata perkara itu “mungkin” berlaku esok.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi novelis dan penyajak itu.

Pengkaderan orang Melayu

Samad seorang pengagum pemimpin Tun Dr Mahahir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Beliau mula terlibat aktif dengan aktivisme melalui kempen menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.

Beliau terus mendapat sanjungan NGO apabila memimpin gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH bersama bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga.

Sejak itu beliau aktif dalam gerakan masyarakat sivil dan sentiasa diundang membacakan sajak-sajaknya, yang kini jelas kritikal kepada pemerintah.

Penyertaan Samad ke dalam DAP dilihat bakal memberi nafas baru kepada parti yang dilihat sinonim dengan kaum Cina itu, sekali gus membantu pengkaderan orang Melayu menyertainya.

DAP sekarang amat memerlukan sokongan Melayu untuk melangkah lebih jauh dalam politik negara, terutamanya apabila hubungannya dengan PAS kini retak menanti belah.

Samad atau lebih mesra dengan panggilan A Samad Said, terkenal dengan novelnya Salina yang pernah menjadi teks sastera rasmi di sekolah-sekolah.

Umno - dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat

Oleh Lanh


Kerana GST (cukai barangan dan perkhidmatan) peniaga tolak kerajaan BN - demikian lapor seb uah akhbar alternatif menarik perhatian saya. Antara lain laporan itu menyatakan selepas dua bulan GST diperkenalkan kini ramai peniaga berazam tidak mengundi Umno-BN pada PRU ke-14.

Mereka meluahkan kehadiran GST benar-benar membebankan kerana dipaksa membayar sehingga RM10,000 bagi membeli 'software' ditetapkan kerajaan. Keluarga seorang peniaga yang diwawancara merupakan penyokong kuat Umno-BN. Malah semasa kempen pilihan raya keluarga ini turun menyumbangkan tenaga bagi memenangkan calon BN.

Tanpa segan silu peniaga ini berkata beliau dan keluarganya akan mengajar Umno pada PRU ke-14 nanti kerana banyak menyusahkan rakyat. Ya, sejak akhir-akhir ini Umno 'semakin banyak' menyusahkan rakyat malah pemimpin semua peringkat termasuk tertingginya saling bercakaran dan tuduh menuduh manakala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa seperti dalam kes 1MDB menyebabkan rakyat termasuk pegawai kerajaan semakin tertekan. Malah organisasi kepercayaan rakyat seperti Tabung Haji 'mahu dirembat mereka'.

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu


Ahli akademik Dr Maszlee Malik bercakap pada forum 'Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS' di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.
Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.

Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Adakah akan wujud dua barisan pembangkang?

ANALISIS PAS berada dalam kemelut besar selepas muktamar minggu lalu. Kemelut dalamannya itu merebak menjadi sebahagian dilema utama Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman itu pula termasuklah di kalangan barisan baru kepemimpinan PAS dan juga golongan "profesional" yang tewas.

Mereka yang menang terpaksa memikirkan bentuk kerjasama "baru", yakni hanya bersama PKR tetapi tidak bersama DAP.

Seolah-olahnya PAS ingin kembali ke era menjelang pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan dua barisan pembangkang, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

Satu gabungan parti Melayu-Islam (misalnya PAS dan Parti Semangat 46) dan satu lagi gabungan parti bukan Melayu-Islam (seperti DAP dan PBS).

Kelihatannya PAS sedang membayangkan PKR dan Anwar Ibrahim sebagai penghubung dua gabungan ini seperti mana Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengetuai kedua-dua APU dan Gagasan Rakyat.

Lagi pula, seperti Tengku Razaleigh, Anwar juga bercita-cita menjadi perdana menteri. Maka kedua-dua tokoh ini nampak hanya gabungan parti pembangkang boleh mendekatkan imaginasi mereka itu dengan Putrajaya.

Teori junaman 'nosedive' rungkai misteri MH370 yang masih tidak dijumpai


KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terus merancakkan pelbagai teori dan konspirasi yang tidak pernah suram.

Kali ini sepasukan pakar matematik daripada Texas A&M University mendakwa pesawat Boeing 777 hilang tanpa kesan adalah kerana ia terjunam di Lautan Hindi pada sudut 90 darjah.

Teori junaman sempurna yang dinamakan sebagai 'perfect nosedive' itu mengakibatkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu jatuh dengan keadaan tidak terjejas sekali pun.

Teori ini juga menjelaskan mengapa tiada serpihan atau sebarang limpahan minyak dijumpai sejak pesawat itu hilang pada Mac tahun lalu, kata pasukan matematik ini.

Dalam satu laporan media Australia, Sydney Morning Herald pada Khamis, ahli matematik Texas A&M  University di Qatar, Goong Chen berkata bahan bukti bagi menyokong teori “vertical nosedive” (junaman muncung) menegak adalah sangat kukuh.

Berdasarkan simulasi dinamik cecair pasukan penyelidik ini, satu junaman laut secara menegak hanya mengakibatkan kadar rintangan paling minimum.

DAP tolong jadi jantan, ceraikan PAS secara terbuka, kata ketua Pemuda


Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz cabar DAP isytihar 'cerai' secara rasmi terhadap parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.
PAS sekali lagi mencabar parti sekutunya DAP untuk mengisytiharkan secara terbuka memutuskan kerjasama antara mereka secara rasmi, sama seperti apa yang dilakukan parti Islam itu.

Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa DAP tidak berani membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama apabila dilihat sering kali menekan parti Islam itu.

"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"'Come on' lah DAP, jadilah jantan juga. Pilih, 'be gentleman, cool' macam PAS atau berterus terang je.. tolak PAS," katanya seperti yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Malah Nik Abduh juga dilihat menyindir keras DAP dengan mengumpamakan krisis yang berlaku antara mereka seperti keadaan pasangan suami isteri yang ingin bercerai.

"Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. tak pasal-pasal si anak dara @PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tu kena kutuk.

"Saya jadi perasaan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh tu," sindir anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman.

Buat muktamar cerai talak 3, bila tanya bila nak keluar rumah dia pula kata kalut

Aduhai Nik Abduh...masa bermuktamar bukan main sampai nak siku nak lutut...last buat ketetapan terima tanpa bahas cerai talak 3...

Apabila Dap tanya bila nak keluar rumah boleh pula dia kata Dap kalut... Awat tak kalut mana bokeh duk serumah dah bila cerai...sila keluarlah.....takan itu pun nak kena beritahu...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...