TERKINI :

Thursday, June 11, 2015

Bocor | Pegawai eksekutif Pas semua geng ad Din

TERKINI                                                                                           

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa Pas malam kelmarin tidak mengumumkan nama-nama yang mengisi jawatan pegawai eksekutif parti seperti Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.

Katanya pengumuman lantikan itu akan dibuat pada 21 Jun depan. Serentak itu juga akan dibuat enam perlantikan sebagai AJK tambahan dari kalangan mereka yang tewas dalam perebutan jawatan pada muktamar lalu.

Bagaimana pun dari apa yang difahamkan, nama-nama untuk mengisi jawatan ekskutif berkenaan telah pun dibuat ataupun dikenal pasti. Untuk jawatan Setiausaha Agung seperti mana yang dispekulasikan, Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan telah dilantik untuk mengisi jawatan berkenaan.

Penyandang jawatan itu sebelum ini Mustapa Ali yang dianggap sudah lapok dan tidak relevan lagi tidak dibiarkan begitu sahaja. Beliau yang menjadi mentor politik kepada Abdul Hadi Awang masih lagi diperlukan. Mustapa dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas.

Perlantikan Mustapa sebagai mengganti Dr Mohd Hatta Ramli itu dilihat bagi membolehkan Mustapa berada dalam Dewan Eksekutif Pas, Dewan Harian yang terlibat dengan membuat dasar dan polisi baharu serta meletakkan Pas pada hala tujuan semasa. Mustapa dilihat akan menjadi penasihat eksekutif politik kepada Abdul Hadi dan dewan eksekutif itu sekali.

Putus hubungan : PAS tak faham konsep ‘bercerai’?


PAS sekarang faham yang “anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama”, kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka “tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan” selepas usul itu diluluskan kerana “suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik” bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan.

Putus hubungan: Pilihan di Selangor, PAS sekutu "longgar" PR


Meskipun para ulama PAS bersilat lidah pura-pura parti itu tidak memutuskan hubungan dengan DAP namun pengamal undang-undang dalam parti itu sendiri mengesahkan hubungan telah putus berdasarkan Perkara 7, Perlembagaan PAS yang menetapkan Muktamar adalah kuasa pemutus tertinggi.

Sebaliknya, ulama PAS yang meniru dengan pendekatan Umno melanggar undang-undang dalam mentadbir negara, menegaskan Majlis Syura Ulama adalah pembuat keputusan tertinggi. Penyelewengan fakta oleh pemimpin PAS ini menyebabkan rakyat biasa dan penyokong bukan ahli semakin menjarakkan diri.

Mereka menilai PAS tidak jauh berbeza dengan Umno kecuali memakai serban dan jubah. Hipokrasi dan membelakangkan peraturan hampir serupa. Sekiranya PAS memerintah kerajaan Pusat, sebagaimana yang dibayangkan oleh ahli strateginya Dr Zuhdi Marzuki maka tentulah banyak urusan akan dilakukan secara pintu belakang, berbeza dengan pendekatan PKR dan DAP yang lebih telus.

Akhirnya saham FGV 'mati pucuk' sebab kena gantung

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Jun, 2015.
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memohon dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung mulai 9 pagi esok, sehingga satu pengumuman penting dibuat.

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata, sehubungan itu dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama.

Saham FGV ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan hari ini. – Bernama, 11 Jun, 2015.

Wakil Rakyat BN tak puas hati jawapan Mat Bashah dalam parlimen bab #GST

 Wakil rakyat Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan jawapan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai 'syok sendiri' kerana tiada pendekatan turun padang dilakukan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Jun, 2015.
Jawapan seorang timbalan menteri hari ini, berhubung laporan peningkatan dan penurunan harga barangan asas yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), membangkitkan kemarahan seorang ahli Parlimen Barisan Nasional.

Wakil rakyat Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan jawapan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai 'syok sendiri' kerana tiada pendekatan turun padang dilakukan beliau.

"Kita sekarang ini ada isu serius, jangan kita jadi syok sendiri sahaja...

"Bila kita turun padang, sebelum kita sampai, jangan umum seluruh dunia mana kita nak pergi, memang kedai akan turun harga," katanya di Dewan Rakyat hari ini, mencelah Bashah yang sedang membuat ucapan penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi pihak kementeriannya.

PAS masih belum sedar diri

 
  Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden bersama timbalannya yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man. Keputusan ini tidak mengejutkan dan tidak pula menunjukkan perubahan mendalam PAS.

Perubahan besar ini tidak akan difahami jika kita hanya meneliti sikap PAS setakat krisis Selangor tahun lalu atau pergeseran apa yang dinamakan kumpulan "profesional" berdepan geng "ulama".

Krisis yang pada asalnya kabur ini bermula daripada beberapa persoalan: (a) wajarkah PAS bekerjasama dengan parti lain, (b) jika bekerjasama, wajarkah PAS meleburkan idealismenya dan menjadi rakan kongsi yang sama rata atau dominan, dan (c) kerjasama yang bagaimana dapat meningkatkan idealisme Islam ala PAS.

'Cukup-cukuplah.. Bagi orang lain pula' - Dr Siti Mariah


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud  
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud

KUALA LUMPUR - "Cukup-cukuplah... Saya sudah pegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selama lima tahun. Bagi orang lain pula," kata AJK Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Selain mengakui banyak menyumbang ketika diberi amanah memegang jawatan tersebut, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sudah tiba masa bagi beliau untuk menumpukan usaha dan fokusnya kepada rakyat.

"Setakat ini tak ada apa-apa lagi, saya pun tidak fikir yang saya akan ditawarkan (jawatan dalam AJK Pas Pusat).

"... Kalau saya ditawarkan pun, saya rasa saya tidak akan terima," katanya lagi sambil ketawa kecil.

Pas akan mengumumkan pelantikan AJK Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21 Jun depan.

Harun Din kata beliau bukan lagi Mursyidul Am, tetapi perlembagaan PAS mengatakan sebaliknya..!!


Hala tuju PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila'

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

“Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya,” katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

Khalid Samad - Tiada sebab nak masuk parti lain, saya nak lihat dulu apa yang pimpinan baru ni nak buat


Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR - Khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang tewas dalam pemilihan muktamar lalu akan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) disangkal individu berkenaan.

Antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berkata, beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menyertai Pasma buat masa ini.

"Setakat ini tak ada sebab untuk saya fikir masuk ke parti lain, lagipun Pasma itu NGO, kita adalah parti politik.

"Saya nak lihat dulu apa yang pimpinan baru ni nak buat, tentang saya masuk ke parti lain, kita tunggu dan lihat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, seorang lagi yang namanya turut disebut akan menyertai NGO itu, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan Pas.

Mat Sabu sudah serah surat perletakan jawatan - Guan Eng

'Mujurlah masih ada pemimpin PAS yang mulia'

 
Kerajaan Pulau Pinang memuji tindakan anggota PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri itu susulan keputusan muktamarnya memutuskan hubungan dengan DAP.

“Ini adalah pemimpin PAS yang berprinsip, yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bukan kerana jawatan tetapi kerana iltizam mereka untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata telah menerima surat peletakan Mohamad sebagai pengarah PBA Holdings pada 8 Jun.

Beliau juga telah menerima peletakan jawatan daripada ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain daripada kedudukannya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.

Angota Jawatankuasa Pusat Mujahid Yusof Rawa juga mengambil tindakan sama sebelum ini, menyebabkan kelihatan timbul keadaan panik di kalangan pemimpin kanan sedia ada PAS, yang dikuasai golongan ulama.

Kira-kira 1,000 anggota PAS dikatakan memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

PR pecah : Siapa Untung Siapa Rugi?

Suhaizan Kayat


Keputusan Pilihanraya DUN Kota Damansara dalam pilihanraya umum ke 13 yang lepas wajar dijadikan panduan :

BN - 16,387
PAS - 7,312
PKR - 14,860
Bebas 1 - 116
Bebas 2 - 57
Bebas 3 - 39

Terbukti BN tidak kuat, tetapi menang kerana PR pecah. Apa jadi jika semua tempat mengalami trend pengundian yang sama? Siapa untung siapa rugi? BN tak perlu kuat untuk menang tetapi perpecahan PR mampu mengekalkan kemenangan mereka. 

Jika perpecahan PR menjadi realiti, hasrat BN mencapai majoriti 2/3 di parlimen mungkin tercapai dalam PRU akan datang. Selamat berfikir dengan akal dan bukan emosi....

Asmuni Awi menolak sebarang tawaran jawatan dari PAS, kepada pemfitnah, tunggu surat saman dari beliau..!


Kesemua pihak yang gugur ketika Muktamar PAS baru-baru ini telah mengambil tekad untuk tidak kembali menerima jawatan lantikan semula Pas Pusat dan Negeri.

Di antaranya termasuklah Asmuni Awi yang kini mempunyai masa lapang yang lebih terluang di pejabat. Kepada pemfitnah, tunggu surat saman dari beliau..!


Sebelum nie salahkan 'JEBON' suka buat U-Turn, jadi kali nie MSU pun kena tegas dan jangan U-Turn

 JOHOR BAHRU - Majlis Syura Ulama digesa tampil lebih berani bagi mengambil ketetapan tegas membatalkan kerjasama politik bersama DAP secara rasmi.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sekijang, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, usul tergempar yang diluluskan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat telah mengemukakan Sembilan hujah syarie yang kukuh agar hubungan berkenaan dibatalkan.

“Amat penting untuk Majlis Syura Ulama mengambil ketetapan yang tegas dan tidak ‘liuk-lentok’ seperti sebahagian ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat sebelum ini.

“Ketegasan prinsip menjadi cerminan keberanian Pas dan Majlis Syura Ulama perlu tampil berani mencapai keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, usul yang dibentangkan telah memberikan alasan yang relevan dan tepat untuk membatalkan hubungan dengan parti berkenaan sehubungan itu ketetapan segera perlu diambil bagi membela maruah Pas yang diperkecil.

Hukum kebenaran terus berjalan - Usul sudah diluluskan tanpa bahas, kini terjerit pula 'ia bukan muktamad'..!!

ULASAN GreenBoc


Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.

Berdasarkan kenyataan dua orang peguam di atas, Asmuni dan Hanipa, muktamar perlu diadakan semula jika mahu usul itu ditarik balik atau jika hendak diubah.

Kuasa mutlak ada pada Majlis Syura Ulama - Peguam Pas


Pas
SHAH ALAM – Usul memutuskan hubungan dengan DAP yang dibawa dalam muktamar Pas lalu, belum muktamad selagi tiada kata putus daripada Majlis Syura Ulama.

Peguam Pas, Wan Rohimi Wan Daud berkata, perlembagaan parti menunjukkan Majlis Syura adalah badan tertinggi yang boleh memberi kata putus dalam soal tahaluf siyasi.

Menurutnya, kenyataan dikeluarkan beberapa pemimpin Pas sebelum ini mengecewakan apabila konsep perlembagaan parti masih belum difahami walaupun sudah berpuluh tahun berada dalam parti itu.

“Malangnya segelintir bekas pimpinan Pas yang berpuluh tahun bernaung di bawah Perlembagaan Pas, tidak mampu menghayati roh dan semangat kepimpinan ulama sebagai benteng akhir untuk mempertahankan Hukum Tertinggi Pas sebagaimana Fasal 7,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, rasional di sebalik pembentangan usul di Dewan Ulama Pas Pusat yang kemudiannya dilulus tanpa bahas, hanya sebagai pencetus peringkat akar umbi, dalam keadaan sudah mengetahui hal tahaluf siyasi adalah di bawah bidan gkuasa Majlis Syura.

Salahuddin pilih untuk jadi ahli biasa

Mutiara Pengalaman 41


Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka.

Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini.

Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemia, budayawan dan non muslim.

Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini bukan sekedar menjadi pimimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi pimimpin ummah negara bertuah ini,

Ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara.

Salahuddin Hj Ayub
10 Jun 2015

Disebalik dang ding dong Usul Dewan Ulama PAS, apa tersirat apa terjerat..mohon pencerahan..!



USUL BATAL HUBUNGAN DGN DAP: MOHON PENJELASAN

"MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat" - Matan asal Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54.

Fakta:

1. Bahawa Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ini adalah usul yg datang daripada Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat (JK DUPP) sendiri yg dibacakan oleh ust Mokhtar Senik, bukannya daripada perwakilan ulamak kawasan;

2. Bahawa matan asal usul tergempar tersebut bukanlah meminta agar MSU dan JKPP utk membuat kajian terhadap hubungan kerjasama politik PAS dgn DAP sebaliknya mencadangkan (baca mengusulkan) agar MSU dan JKPP membatalkan kerjasama politik dgn DAP;

3. Bahawa 8 daripada kesemua JK DUPP itu merupakan ahli Majlis Syura Ulamak yg mana Mursyidul Am adalah salah seorang daripadanya;

4. Bahawa bilamana usul tersebut datang daripada JK DUPP sendiri, sudah tentu ia mendapat endorsement dan persetujuan daripada seluruh JK DUPP termasuk Mursyidul Am;

5. Bahawa usul tergempar tersebut telah diterima tanpa bahas;

Muktamar PAS membangkitkan krisis Perlembagaan



Sejarah krisis Perlembagaan di Selangor pada tahun 2014 yang menyaksikan isu penukaran Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali berlarutan beberapa bulan setelah PAS gagal memberikan persetujuan kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Bantahan PAS bertitik tolak daripada ketidakpuashatian beberapa pemimpin tertinggi terhadap langkah Kajang walaupun ia adalah strategi politik yang bijak. Muktamar Pas yang ke-60 secara majority tanpa usul dan undian mendesak PAS supaya tidak campurtangan dalam isu penukaran Menteri Besar. DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa budibicara baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 (Perlembagaan Selangor) telah melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

2015 menyaksikan sekali lagi kelicikan pemimpin baru PAS membangkitkan krisis Perlembagaan di Selangor apabila Muktamar ke 61 meluluskan usul menamatkan hubungan politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat diterima tanpa bahas. Walaupun terdapat perwakilan mendesak untuk dibahaskan usul tersebut, ia adalah satu tuntutan yang sia-sia kerana keputusan telah dibuat oleh pimpinan tertinggi. Di sinilah letaknya kelemahan apabila kuasa dipusatkan kepada pemimpin dan bukan jemaah samaada Presiden atau Mursyidul Am, sedangkan Allah mengarahkan bermesyuarat bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan bertanya kepada yang pakar. Apatah lagi Muktamar adalah badan tertinggi dalam PAS, sudah pasti keputusan penerimaan usul tersebut tanpa bahas dan undian tidak boleh diubah dan telah menafikan hak ahli melalui perwakilan. Inilah yang boleh berlaku sekiranya Perlembagaan party sendiri gagal difahami dan diamalkan oleh pimpinan tertinggi.Keadaan menjadi celaru apabila usul aneh tersebut kini cuba diubah dengan penolakan perletakan jawatan ahli di dalam Kerajaan Pulau Pinang.

Apabila DAP 'jual' sekupang dua Presiden dan Ulama PAS..!!!


Cuba anda lihat kecerdikan berpolitik DAP... kenapa mereka buat keputusan cuma putus hubungan dengan PRESIDEN PAS sahaja bukannya PAS.....

Dan lihat pula kecerdikan berpolitik PAS... dimana mereka memutuskan hubungan dengan DAP bukannya dengan Guan Eng atau Kit Siang..

Inilah dinamakan kecerdikan berpolitik dimana presiden PAS dan Ulamak PAS di jual sekupang dua sahaja oleh DAP dengan perkara ini.. dan sekarang lihatlah PAS sudah terperangkap dengan kenyataan mereka.

Inilah pentingnya jika hendak pilih pemimpin dimana pilihlah yang otak dan akal ada di KEPALA bukannya di SIKU & LUTUT 

'DAP hanya putuskan hubungan dengan Hadi, bukan PAS' - Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya parti itu sendiri.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka tidak pernah memutuskan apa-apa hubungan dengan PAS dan Abdul Hadi itu tidak mewakili parti itu secara keseluruhan.

“Anda perlu tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya terdiri dari Hadi, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia terdiri dari PAS, PKR dan DAP… adakah anda ingin katakan Pakatan Rakyat terdiri dari ketiga-tiga individu ini?

"Jika PAS tidak memahami prinsip asas ini dan saya tak boleh buat apa,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelas Guan Eng, DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi sebagai individu dan bukannya sebagai parti.

Tolak DAP : PAS perlu jaga ‘AIR MUKA’, biarpun “Nasi sudah menjadi bubur”


PAS tidak akan undur ke belakang lagi. Sekiranya undur parti PAS tidak akan dihormati lagi oleh sesiapa pun, walaupun oleh ahli PAS sendiri. Mungkin yang masih ‘berpaut’ kepada parti ini ialah kumpulan ulama, yang kini merupakan teras parti tersebut sedangkan yang bukan ulama sudah mula merasakan terpinggir. Dan sudah ada yang merasakan bahawa golongan bukan ulama dianggap sebagai anak tiri dikalangan ahli PAS.

Kini PAS akan berpisah dengan DAP. Itu keputusan yang telah dibuat oleh Muktamar PAS. Tanpa bahas. Muktamad. Yang agak menghairankan ialah mengapa TG Presiden semacam undur ke belakang apabila beliau mengatakan bahawa keputusan muktamar itu bukan merupakan keputusan muktamad. Keputusan Syura yang akan menentukan segala-galanya. Secara kebetulan pula kenyataan TG Presiden ini dilafazkan setelah ‘mendengar’ yang kerajaan DAP Pulau Pinang mengalu-alukan peletakan jawatan anggota PAS yang memegang berbagai jawatan dalam agensi kerajaan di negeri itu. Dan perlu diingat bahawa kesemua jawatan berkenaan adalah merupakan pelantikan yang ada kaitan dengan parti.

Nik Amar - Usul putus hubungan PAS-DAP belum muktamad dan hanya cadangan


Mohd Amar
KOTA BAHARU - DAP perlu mendengar penjelasan terperinci Pas sebelum terburu-buru menggesa anggota Pas meletakkan jawatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, DAP tidak seharusnya melontarkan sebarang pandangan tanpa memahami usul yang dibawa Dewan Ulama parti itu mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan DAP, semasa Muktamar Tahunan Pas ke-61 minggu lepas.

Beliau berkata, ini kerana Majlis Syura Ulama Pas belum membuat sebarang keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

"Itu masalah dia (DAP yang mengambil serius usul putus hubungan), bukan masalah kita.

"Dia sepatutnya kena faham dulu kerana keputusan itu (putus hubungan) belum muktamad dan hanya cadangan. Malah, Majlis Syura Ulama belum bermesyuarat lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Islam di sini malam tadi.

Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia


Najib 
 Najib Tun Razak - Foto Bernama
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Myanmar, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM18,716) sebulan.

'Jebon" yang kalah di muktamar akan dilantik semula dalam j/kuasa pusat

6 yang kalah dilantik ke dalam CC, tapi adakah mereka akan terima?

 
Enam yang tidak berjaya dalam pemilihan PAS baru-baru ini akan dilantik ke dalam jawatankuasa pusat.

Pengumuman rasmi akan dibuat pada 21 Jun, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sesi 2015-2018.

Parti itu perlu melantik setiausaha agung dan ketua penerangan sebagai sebahagian daripada enam yang akan dilantik itu. Kemudian mereka akan memilih ketua 24 pihak biro. Ketua-ketua PAS negeri juga perlu dilantik.

"Ya, biasa begitu, setiap kali muktamar, yang tak menang pun ada diberi jawatan," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada kelewatan dalam membuat pengumuman rasmi itu bagi memastikan pelantikan itu diterima terlebih dahulu, Tuan Ibrahim berkata, bukan begitu kesnya.

"Tidak, itu prosedur biasa," katanya.

Bagaimanapun, ia telah disahkan bahawa Mohd Zuhdi Marzuki adalah antara enam yang dilantik.

Lulus usul tanpa bahas arahan Presiden PAS


 Mahfuz Omar  
Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Gurun - Mai pakat tolong 3 beradik nie sat..!!


Tiga beradik jaga ibu sakit saraf
Tiga beradik jaga ibu sakit saraf Anak-anak sentiasa menjaga keperluan Zaharah.

GURUN - Seorang ibu tunggal bukan sahaja terpaksa menghabiskan masa atas kerusi roda, malah terpaksa bergantung harap kepada tiga anak perempuan yang masih kecil untuk membantu menguruskan kehidupannya.

Zaharah Mohd Nor, 37, dari Taman Ria Mesra II, Gurun, mengidap penyakit saraf sejak melahirkan anak kedua kira-kira 11 tahun lalu.

Penyakitnya masih berlarutan biarpun selepas melahirkan anak ketiganya, setahun kemudian.

Saban hari, Zaharah hanya menghabiskan masa di atas kerusi roda sementara menunggu ketiga-tiga anaknya, Nur Shuhada Ishak, 14; Nurina, 11, dan Nurani, 10, pulang dari sekolah untuk menguruskannya.

Menurutnya, dia bertuah memiliki anak-anak yang tidak banyak kerenah, malah sentiasa menitikberatkan kebajikan dirinya biarpun masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap pelajaran.

“Saya sentiasa berpesan supaya mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Malah, setakat ini saya amat berpuas hati dengan sikap dan pencapaian mereka,” katanya.

Difahamkan, dia dan suami berpisah kira-kira lima tahun lalu.

Kedah - Jalan mini tar kampung rosak siapa nak perbaiki nie?


Tidak tahan guna jalan rosak  
Mohd Idris (kiri) bersama Husaim (dua, kanan) dan Mat Pisol melihat keadaan penunggang motosikal yang terpaksa melalui jalan rosak berkenaan.
KUALA KEDAH - Kira-kira 1,000 pengguna di beberapa kampung di Kubang Rotan, di sini, menggunakan jalan rosak setiap hari.

Difahamkan, antara kampung terlibat berdepan masalah kerosakan berkenaan adalah Kampung Pekan Hilir, Kampung Masjid dan Kampung Telaga Juan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Hilir, Mohd Idris Mahmud berkata, pihaknya bimbang kejadian tidak diingini berulang.

“Ada kalanya, kemalangan kecil berlaku. Terbaru, ada penduduk luar mengalami kecederaan di bahagian muka apabila motosikal dinaiki terjatuh sewaktu melalui jalan rosak itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...