TERKINI :

Wednesday, June 10, 2015

Najib, bebaslah daripada sindrom penafian



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa segala kontroversi yang melanda kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada perdana menteri itu sendiri.

Beliau berkata, Najib perlu sedar dari sindrom penafian dan berhenti menyalahkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik kepimpinannya sekarang.

Katanya, masalah utama Najib adalah sikap degilnya yang enggan menerima nasihat daripada negarawan yang merupakan mentornya sendiri.

"Adakah benar masalah yang melanda pentadbiran PM Najib ini berpunca daripada Tun Mahathir?

"Bukankah yang memegang kuasa, yang membuat keputusan dan pengarahan adalah PM Najib sendiri?

"Sungguh hairan apabila seorang perdana menteri sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran menjadi begitu lemah dan takut kepada suara kritikan daripada orang yang sudah pun tidak berjawatan dalam kabinet," katanya dalam kenyataan hari ini.

PAS-UMNO...Kerana berdua lebih baik dipersilakan....

oleh Farhan Haziq Mohamed
Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur.
(Salah satu kain rentang yang pernah dinaikkan di Kuala Lumpur)

Senario terkini politik negara adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ramai yang meramalkan akan ada sesuatu untuk menggugat Pakatan Rakyat ini.

Akhirnya, perkara yang dibimbangi itu menjadi kenyataan. Betapa caca-marbanya keadaan PAS kini pada era pascamuktamar 2015. Perhimpunan yang sepatutnya mengukuhkan PR menjadi medan serangan bertali arus ahli parti itu kepada rakan sendiri.

Pada masa sama, PAS sebagai parti pembangkang, tiada sekelumit pun serangan khas buat agensi 1MDB atau perdana menteri.

Mana lutut, siku kamu PAS?


Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 10 JUN: “Mana siku dan lutut sekarang?” tanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di parlimen hari ini.

Guan Eng menjawab soalan daripada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan kerajaan Pulau Pinang bersikap terbuka jika PAS melakukan pusingan U berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Komen spontan Guan Eng itu kemudian disambut dengan ketawa oleh wartawan dan beberapa ahli parlimen DAP yang hadir.

Kata Guan Eng, beliau enggan membuat sebarang komen berhubung keadaan yang belum berlaku.

Dalam muktamar tahunan PAS minggu lalu Ahli Parlimen Temerloh yang diketahui penyokong kuat kumpulan konservatif, Nasruddin Hassan meminta DAP tidak memandang rendah kumpulannya.

11 faktor kenapa 'geng jebon' kalah dalam muktamar Pas 61

11 faktor kenapa prolib kalah

ULASAN PETANG                                                                                              

Seperti mana dijanjikan di sini saya kemukakan ulasan dan pandangan luaran saya mengenai kekalahan teruk golongan Prolib dalam pemilihan Pas minggu lepas. Alasan yang saya beri ini adalah semata-mata dari sudut pandangan saya dan apa yang saya lihat sendiri.

Sebelum saya menurunkan ulasan atau posmortem kekalahan mereka, saya nak jelaskan; saya sudah menyebut beberapa perkara kepada beberapa orang pimpinan prolib dan cadangankan agar mereka jangan bertanding. Mereka hendaklah serahkan jawatan itu kepada golongan sinu, yang mengakui mereka ulama dan ustaz itu. Saya membuat cadangan itu kerana arus yang berlaku saat itu begitu kencang sekali dan perancangan untuk menumbangkan golongan prolib sangat tersusun.

(Saya nak jelaskan kenapa saya sering menulis dan menyebut mereka menganggap diri mereka ulama, sebab sesetengah daripada mereka tidak pun layak untuk mendapat gelaran itu, baik dari segi ilmu, amalan dan juga saksiahnya. Sebahagian daripada mereka hanya menumpang naungan sahaja atau pakai name tag ulama atau ustaz. Atau setakat hafal juz amma, seperti juga yang boleh dilakukan oleh puak prolib. Bahkan dalam prolib ada yang ilmua agamanya lebih tinggi dan mendalam).

Pergi sekarang PAS, atau jangan bising-bising lagi

Oleh Hazlan Zakaria

http://2.bp.blogspot.com/-mfAyirR2bGE/VXeMcjXUMuI/AAAAAAAABxI/0DVjB_J7HIc/s1600/Leave-now-PAS-or-forever-hold-your-peace-malay-1024x576.jpg 

Cakap sekarang atau diam selama-lamanya," adalah ungkapan terkenal yang diucapkan oleh paderi sebelum menjalankan upacara perkahwinan.

Dalam majlis-majlis perkahwinan, pegawai agama atau kerajaan akan bertanya jika ada sesiapa yang merasakan bahawa pasangan itu tidak sepatutnya berkahwin dan jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.

Seperti yang saya diberitahu, ia adalah sama dalam kebanyakan agama dan budaya. Frasa atau sesuatu seperti ini akan diucapkan, yang bertindak sebagai perlindungan untuk memastikan bahawa perkahwinan itu dilakukan secara rela dan tidak melibatkan isu-isu rumit.

Walau apa pun, ia juga bertujuan untuk mengelakkan apa-apa pertikaian atau rasa tidak puas hati yang mungkin timbul lama selepas perkahwinan itu dilangsungkan. Kerana setelah perkahwinan itu disempurnakan, ia perlu dihormati dan diterima oleh semua pihak.

Begitu juga, ia mungkin juga apa yang ditanya sebelum prosiding perceraian, sebelum pegawai agama atau negeri mengesahkan perkara itu, jadi peguam perceraian dipanggil untuk membantu mempercepatkan proses itu.

Apakah kesalahan besar DAP sampai Ulamak & Muktamar PAS membuat keputusan memutuskan tahaluf syiasi


Jika kita lihat akhlak TGNA melayani dan menyantuni orang bukan Islam dengan baik budi bicaranya, lemah lembut tingkah lakunya...inilah sebenarnya Akhlak Rasulullah s.a.w...



berlainan sungguh dengan olamak2 jadian yang ada dalam pas yg bertindak menghina mencaci bahkan dgn dendam kesumat didada terus memutuskan hubgn dgn mereka...uslub dakwah apa yg digunakan oleh olamak2 jadian ini? Lalu menjawab slh seorang pewalak tegar...

katanya ada keadaan kita perlu berkeras dan tegas dgn mereka ini...soalku pula...apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh mereka sehingga mewajibkan kita berlaku kekerasan terhadap mereka...yang kulihat ada 2 shja kesilapan dap terhadap pas:

1) menolak hudud
2) menegur tghh yg kerap kali ponteng mesyuarat

Apakah berdosa besar jika kafir ini menolak hudud? 

Apa dosa besar kafir ini menegur olamak ponteng mesyuarat? 


PAS bakal bentuk kabinet ‘pro Hadi’ malam ini

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentuk kabinetnya dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat malam ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.
PAS akan membentuk kabinetnya malam ini dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat kurang seminggu selepas berakhirnya muktamar ke-61, Sabtu lepas.

Ia dipercayai akan menyaksikan kumpulan pro Hadi memonopoli semua jawatan penting parti selepas kumpulan profesional yang tewas enggan menerima sebarang pelantikan.

Ia akan diadakan di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut jam 8.30 malam dan akan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat tersebut akan melantik setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya PAS yang baharu.

Yang pasti, PAS akan mendapat bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya yang baru kerana jawatan itu sebelum ini dipegang kumpulan profesional yang dikatakan enggan dilantik semula.

"Isunya, apakah Datuk Mustafa Ali akan dikekalkan sebagai setiausah agung atau tidak? Dalam mesyuarat lepas, Hadi cuba menukarnya dengan Datuk Takiyudin Hasan tetapi ditolak oleh naib-naib presiden ketika itu," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Jangan heret saya dalam ‘permainan kanak-kanak’ PAS-DAP, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan masuk campur perbalahan antara DAP-PAS dan hanya akan memilih mengikut apa yang dikehendaki rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta parti sekutu mereka DAP dan PAS untuk tidak memaksa beliau mencampuri krisis antara kedua-dua parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "permainan kanak-kanak".

Azmin memberikan reaksinya berhubung desakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua semalam yang meminta beliau memilih di antara PAS atau parti sekular itu.

"Saya dah cakap semalam. Jangan paksa saya dalam permainan kanak-kanak, peranan PKR adalah untuk menguatkan Pakatan Rakyat (PR) dan kita mesti penuhi aspirasi rakyat termasuklah dalam Selangor ini," katanya kepada pemberi di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekali lagi mengenai pendirian beliau mengenai parti yang akan dipilih, Azmin hanya memberi gambaran akan memilih apa yang dikehendaki rakyat.

"Kita pikul amanah rakyat. Saya akan buat pilihan apa yang dipilih oleh rakyat. Itu tanggungjawab saya," katanya.

'Kalau TG Nik Aziz masih ada...'

 
Sekiranya bekas mursyidul PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, parti Islam itu mungkin tidak akan memutuskan hubungan dengan DAP, kata bekas naib presiden, Ahmad Awang.

“(Tidak berani putus) kerana masa itu (Nik Aziz masih ada) mereka (pimpinan PAS) tidak berani dengan Nik Aziz.

"Jadi bila Nik Aziz dah tiada (hubungan diputuskan),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya mengapa keputusan ini diambil secara terburu-buru, beliau mendakwa ia kerana golongan tersebut sudah lama menginginkan ia berlaku.

Ahmad berkata, persidangan Multaqa Dewan Ulama dua tahun lalu, turut menunjukkan tanda-tanda awal PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat apabila golongan ulama itu mengadakan perbincangan ‘perlu dikaji hubungan PAS dalam Pakatan’.

Bagaimanapun, dakwanya, selepas dikritik hebat, golongan ulama itu menukar kenyataan - dari ‘perlu dikaji kepada mahu dikaji - bagi tujuan memperbaiki hubungan dalam Pakatan.

Ahmad merupakan pencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan minggu lalu.

Gua Eng - PAS nie putus atau tidak dengan DAP?


DAP membangkitkan persoalan sama ada PAS akan mengubah keputusan memutuskan hubungan dengan parti itu.

“Adakah ini yang PAS mahu?

"Adakah mereka akan buat pusingan u selepas itu?” soal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.

“Saya rasa mereka acah-acah saja sekarang,” katanya menjawab soalan pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

DAP sebelum ini menggesa kumpulan itu berundur bagi diisi orang Melayu yang lain setelah muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Sekarang kami pun tidak pasti sama ada PAS akan kekalkan keputusan itu atau tidak,” kata ketua menteri.

Kenapa Umno gembira keputusan pemilihan PAS..!!??


Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.

"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.

Selepas muktamar, pengarah pilihan raya PAS Sarawak keluar parti

 Pengarah Pilihan Raya Sarawak mengambil tindakan keluar daripada PAS beberapa hari selepas kumpulan profesional dibersihkan daripada parti Islam dalam muktamar baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.
PAS menerima tamparan hebat selepas muktamar ke-61 baru-baru ini apabila Pengarah Pilihan Raya Sarawak Mohd Fidzuan Zaidi mengambil tindakan keluar daripada parti itu menjelang pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

Fidzuan keluar PAS beberapa hari selepas kumpulan profesional dibersihkan daripada parti Islam dalam muktamar paling sengit itu.

"Saya juga mendengar mengenainya tetapi saya akan semak perkara ini dengan pesuruhjaya PAS negeri sebelum dapat mengesahkannya," kata Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus kepada The Malaysian Insider.

Abang Ahmad sebelum ini dalam tulisannya juga menolak sebarang pelantikan dalam PAS di peringkat pusat dan negeri selepas ditewaskan secara "block" oleh kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, Fidzuan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada setiausaha agung PAS secara pos selain menghantar salinannya melalui faksimile Isnin lepas.

Mangsa Banjir kata K'JAAN KELANTAN & PKINK tipu mengatakan mangsa banjir enggan pindah.

Kepada PKINK, Dr. Zawawi, dan wartawan Harakahdaily... dari mangsa banjir yang dikatakan enggan berpindah tu..

Marah betul nampaknya pembaca Harakahdaily dengan satu laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily mengenai rumah untuk mangsa banjir di Kelantan dengan tajuk "Rumah sudah siap, mangsa banjir enggan pindah".

Menurutnya laporan dari Harakah itu membuatkan dirinya merasa terhina kerana rentetan dari laporan itu rakyat lain yang tidak tahu apa-apa menghina dan menganggap mereka tidak mengenang budi dan tak sedar diri..

 Sedangkan laporan tersebut langsung tidak tepat..

Berikut adalah apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily
KOTA BHARU: “Kami sudah siapkan sebanyak 10 rumah kekal di Desa Rahmat, Machang malangnya mangsa banjir tidak mahu tinggal di situ, sebaliknya mereka ingin kembali ke tapak asal. 
“Hanya seorang yang tinggal di kediaman baru diberi percuma kerajaan negeri, sebaliknya sembilan keluarga lagi balik semula ke tepi sungai. 
“Inilah masalahnya sekarang. Sebaliknya ada pihak pula menuduh kerajaan negeri tidak menyediakan penempatan kepada mereka. Apa yang berlaku rumah sudah siap mereka enggan duduk pula,” kata Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail. 

Benarkah Pas sudah tidak relevan lagi untuk bersama PKR dan DAP?

Mazhar Yusof II


Sebagaimana yang sering kali di ungkapkan pemimpin tertentu di dalam Pas lebih baik bersendirian di dalam PRU, maka pada ketika ini eloklah Pas memutuskan semua hubungan dengan rakan komponen PR iaitu PKR dan DAP setelah pelbagai isu dan pemasalahan yang melanda.

Rasanya Pas sudah tidak relevan lagi untuk BERSAMA PKR dan DAP terutamanya selepas Muktamar membuat keputusan menerima sebulat suara untuk memutuskan hubungan.

Pemasalahan Pas bersama rakan PR

1. PKR
Bermula dengan isu Tengku Razaleigh sebagai PM, Kajang move, isu MB Selangor, PRK Permatang Pauh, isu Hudud dan pelbagai lagi masalah.

2. DAP
Isu Hudud, Pilihanraya PBT, pelbagai kenyataan media saling serang menyerang antara satu sama lain dan pelbagai masalah lain lagi.

Kesemua yang berlaku itu menunjukkan perlunya Pas memutuskan hubungan dengan rakan kongsi. Daripada terus bersama tetapi menghadapi masalah lebih baik sendirian menguruskan hal sendiri.

Persoalannya beranikah Pas yang di katakan berpegang dengan perinsip, sanggup untuk membuat kenyataan terbuka secara terang-terangan memutuskan hubungan..?

Letak Jawatan : Adakah PAS akan dilakukan seperti mana SEMANGAT 46 kena dahulu


PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN S46, TERPAKSA LUCUTKAN JAWATAN TMB II DAN TIGA EXCO YANG DEGIL MELEPASKAN JAWATAN

Sekadar renungan dan mengutip iktibar kisah Pas pimpinan Ustaz Fadzil Mohd Noor memutuskan hubungan dgn S46 pd 14 Julai 1996. Waktu itu TMB II, Dato Rozali Isohak dan tiga Exco Kjaan Kelantan drpd S46 enggan letak jwt dgn alasan ia mandat rakyat dan pekenan Sultan dlm Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri. Pd 23 Julai 1996, Kjaan Pas Kelantan telah melucutkan potfolio Exco2 dari S46 berkenaan dan ia dipangku oleh Exco2 Pas yg sedia ada. Amacam?

Dato' Tarmizi Mohd Jam

Ahmad Awang rancang pertemuan penyandang yang kalah

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, Ahmad berkata beliau menolak untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) walaupun ditawarkan jawatan tertinggi.

“PasMa elok jadi NGO saja, saya tidak boleh komen mengenai ini, saya tidak akan sertai PasMa,” katanya.

Zuhdi ajak ahli bersiap sedia sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.

Pas sasar jadi 'king maker' politik

KUALA LUMPUR - AJK Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyeru semua ahli Pas agar bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan yang baharu dalam rangka menjadikan parti itu sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.

Menurutnya, Pas akan menjadi gerakan Islam yang lebih terbuka dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam.

"Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli Pas diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu.

"Pas akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat. Pendek kata, para pendukung Pas perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru bagi menjadikan Pas sebagai pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau menyebut bahawa Pas kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.

"Saf kepimpinan Pas yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, Pas akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

"Dalam konteks ini, Presiden Pas menjadi orang terpenting mengemudi Pas kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar," katanya.

Menurutnya, terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan Pas berada di landasan yang betul termasuk kesediaan parti Islam itu menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti.

"Pas kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.

"Pas semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak.

"Pas semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini. Saf kepimpinan baru Pas didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains dan teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan," katanya.

Lebih 1,000 jawatan dipegang ahli PAS di Pulau Pinang

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon (foto), Pulau Pinang telah

melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya.

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya.

"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya.

"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya.

Jawatankuasa masjid

Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu.

Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalam muktamar PAS pada hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Walaupun beberapa pemimpin PAS mendakwa perkara itu belum muktamad, yang lain berpendapat bahawa ia adalah fait accompli, kerana majlis syura dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dalam Dewan Ulama, yang meluluskan resolusi yang sama.

Setakat ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang.

Berikutan itu, bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Senarai panjang

Ahli PAS juga memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Pulau Pinang. Ini termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, setiausaha Mohd Fadzil Kemi, ketua pilihan raya Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan timbalan ketua muslimat Aida Yusof Rawa.

Mohd Salleh (gambar), yang juga ADUN Permatang Pasir dan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai sekurang-kurangnya empat jawatan dalam kerajaan negeri.

Beliau mempengerusikan Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi Hub Halal Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Mohd Salleh tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dihantar oleh Malaysiakini. Beliau sedang mengerjakan Umrah. Mohd Fadzil merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan dilantik sebagai pegawai media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun lepas, menggantikan Rosidi Hussain, seorang lagi ahli PAS.

Rosidi, seorang peguam, kini menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan menjadi ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

Afnan adalah ahli MAIPP dan menganggotai lembaga KITAB.

Aida adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

PAS mempunyai dua orang ahli yang menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dua lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Empat lagi ahli PAS adalah penyelaras bagi pembayaran dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihan raya BN di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Bay an Lepas.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...