TERKINI :

Tuesday, June 9, 2015

Bagaimana rupa bentuk kabinet baru Pas, masih ada peluangkah buat yang kalah

MERUNGKAI IDEA                                                                                           

Malam esok Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa yang pertama dipercayai untuk menyusun kabinet dan melantik pegawai parti untuk sessi 2015 hingga 2017. Mesyuarat iti dijangka akan membuat perlantikan Setiausahaka Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pas dan lain.

 Kemungkin juga mesyuarat itu akan turut membuat perlantikan Pesuruhjaya negeri-negeri yang baru, sementara pengisian lujnan dimasa yang lain.

Sesuai dengan semangat kepimpinan baru yang menjadikan "mendapat keredhaan Allah" sebagai motto, sudah tentu mereka yang bakal dilantik nanti mempunyai daya istiqamah dan zuhud yang tinggi. Jika berdasarkan kepada motto berkenaan sudah tentu para pemimpin yang dibuang menerusi muktamar dua tiga hari lepas yang dibuat secara pukal, tidak akan dilantik mengisi jawatan-jawatan berkenaan.

Salahuddin: Pengarah SPR
Husam: Bendahari.
Alasannya, kalau mereka mempunyai daya istiqamah, zuhud serta wala' yang tinggi, pasti mereka tidak terpelanting dan syid dalam pemilihan itu. Hampir semua mereka yang digolongkan sebagai, golongan prolib, dan tidak menunjukkan wala' dan taksub kepada presiden, kalah dalam perebutan atau pertahankan jawatan.

Terdapat lebih 100 pimpinan yang diklasifikasikan sebagai anti ulama dan digelar dengan pelbagai nama-nama jelek, kalah yang boleh disifatkan disepak keluar dari hirearki Pas.

Apakah mereka itu akan teru dihilang dan dilupakan daripada hirerki Pas dibawah pimpinan baru ini atau tidak, ia akan terjawab apabila pembentukan kabinet Pas itu dibuat nanti. Sekiranya pimpinan baru Pas khasnya Presiden Abdul Hadi Awang, berasakan pemisahan kumpulan dalam Pas menerusi muktamar itu membahayakan Pas, sudah pasti pelantikan pegawai parti nanti akan mengambil kira mereka yang kalah.

Carilah ustazah, kenapa cari jebon ni..!!!

 Status penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin yang jelas tidak menyenangi barisan pimpinan terbaharu PAS. – Gambar Facebook, 9 Jun, 2015.
Kumpulan pro ulama yang menang besar dalam pemilihan PAS baru-baru ini mula terasa kesannya apabila ramai aktivis mula menjauhkan diri daripada parti Islam itu dan menolak tawaran untuk bersama, termasuklah para artis yang menyertai mereka sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", antara mereka yang mula menjarakkan diri.

"Hai la ustazah nak cari gak jebon-jebon parasit PAS buat apa... ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu... hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni," tulis Aishah dalam Facebooknya semalam, penuh dengan sindiran.

Aishah dan rakan aktivis lain, digelar jebon, parasit, barua dan anai-anai sebelum ini oleh kumpulan penyokong ulama, khasnya melalui “penulis hantu” mereka di media sosial, menyertai kempen "Say no to pelantikan."

Beliau yang kini sedang sakit dan menerima rawatan doktor, menulis dalam Facebooknya: "Dalam tengah-tengah sakit I terima message mohon bertemu dengan kepimpinan dewan muslimat baru untuk bincang-bincang pasal lajnah kesenian kebudayaan dan rekreasi (LKKR)."

Pimpinan baharu PAS bertanggungjawab selesaikan kemelut PAS-DAP, kata Guan Eng

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan keadaan terumbang-ambing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.
Kepimpinan baharu PAS bertanggungjawab menyelesaikan kemelut PAS-DAP serta mengambil tindakan sewajarnya susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan keadaan terumbang-ambing.

Menyifatkan PAS cuba 'berbelit-belit' berhubung kemelut itu, Lim berkata PAS seharusnya berani mengambil tindakan bagi memastikan maruah parti dan kepimpinan baharu PAS terpelihara.

"Saya rasa kesal bahawa ada pemimpin baharu PAS masih nak menyalahkan DAP untuk keadaan ini. Yang putuskan hubungan dengan parti DAP bukanlah DAP, PAS sendiri yang buat usul untuk putuskan hubungan kemudian diluluskan dalam muktamar.

"Saya tidak salahkan anggota biasa PAS, hanya kepimpinan baharu PAS harus bertanggungjawab kerana mereka membuat keputusan sedemikian. Maka mereka harus mengambil tindakan susulan. Janganlah cakap bahawa kita boleh buat 'u-turn', nak bincang balik... itu tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran NEPCON Malaysia 2015 di Arena SPICE di George Town hari ini.

Najib: Yang buat serabut ialah Dr M sendiri

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "berserabut" yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Najib berkata, keadaan "berserabut" yang dirujuk Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah dan pembohongan pembangkang.

"Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet," kata Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi.

Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.

"Hanya kerana satu pembohongan disebarkan  seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar," katanya Najib

Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian, tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih besar hari ini.

PAS cabar DAP bubar DUN Pulau Pinang sekarang

PETALING JAYA: Pas Kuala Terengganu mencabar DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuktikan parti itu boleh menang tanpa sokongan ahli Pas.

Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim berkata, DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri jika tiada bantuan dan sokongan Pas.

“DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan Pas, cuba lah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang.

“Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang! dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.

“Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?,” tulisnya di Facebook rasmi Dewan Ulama Pas Pusat.

Ahmad Amzad juga menasihatkan ahli Pas di Pulau Pinang yang memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan negeri supaya tidak meletak jawatan.

Katanya, jawatan itu hasil kerja keras mereka bukan kerana simpati DAP.

“Untuk masa ini, ahli ahli Pas yg pegang jawatan, teruslah pertahankan jawatan masing masing. Patuhi arahan pimpinan dan jangan memandai-mandai.

“Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yg bantu naikkan mereka,” katanya.

Ahmad Amzad juga membangkitkan persoalan adakah keputusan DAP memutuskan kerja sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersetujui akar umbi parti itu.

“Adakah DAP meluluskan melalui mesyuarat agong mereka untuk keputusan besar memutuskan hubungan dengan Pas? Usul dari bahagiankah? Usul dari sayapkah? Usul dari siapa? Dari mana?

“Apakah DAP tidak perlu meminta pandangan akar umbi untuk tujuan ini? Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ong Ka Ming punya kuasa sesuka hatikah tak perlu bermesyuarat melibatkan akar umbi DAP?

“Di mana hak bersuara ahli DAP dari Kelantan atau Terengganu? Adakah itu kemahuan akar umbi DAP?, soalnya.

Katanya, berbanding DAP, Pas masih belum membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP walaupun usul itu telah diterima pada muktamar baru-baru ini.

Katanya, terdapat seksyen tertentu dalam Perlembagaan parti yg menentukan hanya Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa dalam soal hubungan melibatkan organisasi luar.

Bibit penyatuan dua Umno-Pas kian jelas


Mustapha Yaakub 
 Mustapha Yaakub
SHAH ALAM - Bibit penyatuan antara Umno dan Pas semakin jelas apabila kedua-dua kepimpinan parti itu positif untuk menjalin kerjasama.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuatkan masyarakat Melayu khas meletakkan harapan agar kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama yang lebih rapat.

“Kami veteran Umno menyambut baik jika kedua-dua parti menjalin kerjasama untuk kebaikan ummah.

“Telah lama kami nantikan saat ini, perkembangan akhir-akhir ini cukup positif kita percaya keakraban kedua-dua parti membuatkan Melayu dan Islam semakin kuat,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri yang berada di Jeddah menegaskan Umno bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan kepemimpinan baharu parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau turut meletakkan harapan untuk kepimpinan baharu Pas ke arah kerjasama itu.

Tunggu arahan Pas Pusat sebelum lepas jawatan


Pas
GEORGETOWN - Empat pemimpin Pas yang menjadi ​Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meletak jawatan sehingga ​menerima ​surat rasmi ​yang ​dikeluarkan pimpinan Pas Pusat.

Ahli Majlis MBPP, Mhd Nasir Yahya berkata, sehingga semalam masih tidak menerima sebarang arahan dari pimpinan tertinggi parti untuk meletak jawatan atau sebaliknya.

​Beliau yang juga Koordinator Markas Induk Pas Kawasan Bukit Gelugor berkata, setakat ini belum ​menerima apa-apa (arahan) lagi.

​"​Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat oleh parti.

“Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen. ​Bagaimanapun, saya bersedia untuk meletak jawatan ​jika Pas Pusat mahu saya berbuat demikian,” katanya.

Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet?


Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein, menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini, hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Zuhdi : Dengan saf pimpinan yang baru ini baru PAS berada dilandasan yang betul

PAS kini berada di landasan yang betul

Selepas Muktamar ke 61 yang berlansung di Kuala Selangor, Selangor, minggu lepas, PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia. Saf kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar. Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan yang betul:

1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini. Segmen pengundi Melayu adalah segmen terpenting untuk dikuasai oleh mana-mana parti atau gabungan kerana mereka adalah teras politik Malaysia, malah faktor kestabilan politik Malaysia terpenting.

2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak. Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan PAS (DHPP) menjadi semakin penting, di samping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP hari ini.

3. PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti (multi parties system) seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun. Diyakini dalam beberapa tahun mendatang tiada parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan yang stabil tanpa sokongan parti atau gabungan yang lain. Dalam konteks Malaysia, situasi ini menjadi lebih rencam disebabkan ada dua lapis kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan. Oleh sebab itu, PAS seharusnya menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai dengan 'Islam sebagai rahmat kepada semua'.

4. PAS semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini. Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang Sains dan Teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan.

Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli PAS diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu. PAS akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat. Pendek kata, para pendukung PAS perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru untuk menjadikan PAS sebagai pencatur utama (king Maker) kepada politik Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

9 Jun 2015 Masehi 22 Syaban 1436 Hijrah

Perbalahan Pas - DAP, Azmin pening kepala?

Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

Mohd Sayuti Omar, 
RENUNGAN T/HARI                                                                       


Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.

Manakala dalam masa sama Pas berkenan agar Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor sehingga Pas sedia menerima Khalid menjadi ahli Pas sekiranya perlu atau ditolak oleh PKR. Begitu sekali Pas tergila-gilakan Khalid. Satu perjumpaan separa rasmi antara Khalid dengan pimpinan tertinggi Pas termasuk presiden dan setiausaha agung juga telah diadakan.

Tolak DAP - PAS tiada pilihan, kena laksana usul

 
Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Apabila ‘pahlawan Bugis’ dimalukan di gelanggang sendiri


Oleh Amin Iskandar

Siapa menyangka akan tiba harinya, anak kepada Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua yang mempunyai legasi besar di Malaysia akan menjadi bahan lawak terbesar negara.

Datuk Seri Najib Razak, kini digelar “pahlawan Bugis” berikutan ucapannya dalam beberapa siri jelajah negara, dilawakkan kerana kegagalannya untuk hadir dalam dialog “Nothing to Hide” pada Jumaat lalu yang turut dihadiri musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan, dialog anjuran SukaGuam itu dianjurkan atas arahan kumpulan Najib sendiri.

Di Sarawak baru-baru ini, Najib berkata: "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,” kata Najib menjawab serangan Dr Mahathir.

Namun apabila Najib gagal hadir ke dialog yang seharusnya menjadi medan untuk menjelaskan berkenaan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), presiden Umno itu diperlekehkan.

Benarkah Malaysia tiada gempa bumi?

SUATU ketika dahulu, kerapkali disebut orang bahawa negara kita aman, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi. Itu tanda Allah redha kepada rakyat negara ini. Namun, bukan sesuatu yang luar biasa jika sesekali ibu kota Kuala Lumpur dinaiki air bah, lokasi utama ditenggelami banjir, lalu lintas menjadi lumpuh di era pengangkutan awam masih belum banyak seperti hari ini.
  
Namun tak mengapa, kita menggali terowong pintar sepanjang 9.7 km yang terpanjang di Asia. Kecanggihan teknologi kejuruteraan ini mendapat liputan National Geographic dan Extreme Engineering dari awal hingga akhir, bahkan projek mega ini meraih anugerah UN Habitat Scroll of Honour Award.

Selain dijadikan laluan alternatif di waktu puncak kesesakan lalulintas, terowong ini juga berfungsi mengalihkan laluan air dari tengah bandar. Tujuan utama pembinaannya adalah bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di ibu negara.

Maka diwar-warkan pula bahawa selepas ini tiada lagi bencana banjir di Kuala Lumpur. Benarkah begitu? Selepas saliran airnya mula beroperasi pada Januari 2007 dan laluan kenderaan mula dibuka pada 14 Mei tahun yang sama, didapati banjir besar masih berlaku dan melumpuhkan lalu lintas.

Benarlah firman Allah dalam Surah al-‘Alaq, ayat 6-8 (yang bermaksud): “Ingatlah! Sesungguhnya manusia itu tetap melampaui batas. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Pakatan boleh menang Selangor tanpa PAS jika ada pilihan raya, kata NGO

 Tindakan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak akan merencatkan gabungan yang distrukturkan semula untuk terus maju. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.
Gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan DAP sahaja, tanpa PAS, boleh kekal memerintah Selangor jika pilihan raya kecil negeri diadakan, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kuasa.

Ini kerana jenama PR itu diakui pertubuhan sivil sebagai "mengagumkan", kata Ketua Pegawai Eksekutif Kuasa, Praba Ganesan , memetik laporan pertubuhannya berhubung janji yang ditawarkan kerajaan Selangor dan Perak sewaktu pilihan raya umum dua tahun lalu.

"Tindakan PAS keluar PR tidak akan merencatkan gabungan yang distrukturkan semula ini untuk terus maju.

"Kami percaya ada sebab-sebab kukuh mereka akan berjaya melepasi garisan penamat," kata Praba kepada wartawan hari ini.

PAS, dalam muktamar minggu lepas, menerima pakai usul untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal dalam PR.

DAP dan PAS Selangor ‘cerai talak tiga’, kata exco kanan

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menegaskan jika PAS berhasrat terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.

“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.

"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Senarai Perlantikan Kabinet Dewan Pemuda PAS Malaysia

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Sya'ban 1436 / 9 Jun 2015


"Kabinet DPPM Sesi 2015 - 2017"

1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 - 2017 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 8 Jun 2015 bersamaan 21 Sya'ban 1436H di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berlangsung dalam suasana mahabbah dan penuh ukhuwah.

2. Kami pada mesyuarat tersebut telah menyempurnakan perlantikan Jawatankuasa Harian DPPM dengan taklifan seperti berikut:

2.1. Ketua Pemuda:
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

2.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

2.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

2.4. Setiausaha:
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat))

2.5. Bendahari:
Engr. Muhtar Suhaili

PAS oh PAS : Masa lulus Usul dok pikiaq pertahan prinsip, masa nak laksana usul dok pikiaq jawatan

USUL YANG BERDASARKAN SENTIMEN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Sentimen benci DAP satu hal. Apabila sesuatu perkara diusul berdasarkan sentimen, sememangnya ia tak akan dibahas. Perbahasan memerlukan fakta dan hujah yang kukuh dan waras, sedangkan sentimen adalah berdasarkan emosi dan amarah.

2) Apabila usul diterima tanpa bahas, maka usul tersebut menjadi sesuatu yang mesti dilaksana. Karena ia adalah usul dalam muktamar. Muktamar menurut perlembagaan adalah heiraki tertinggi parti.

3) Mohamad Sabu letak jawatan semua posisinya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana mahu menurut kehendak ususl yang diterima tanpa bahas itu, walaupun ada yang menuduhnya sebagai "aksi orang kecewa, merajuk".

4) Dr Mujahid menyusul kemudiannya turut meletakkan jawatan dalam GLC Pulau Pinang. Malah DAP juga bersuara menyindir pemimpin PAS yang belum meletakkan jawatan sebagai moral etika.

Mustahil Pas akan dengar rayuan Anwar ini, takan Pas nak tolak usul Ulama mereka

Anwar rayu PAS jangan berpisah

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan perdana menteri itu menyatakan rasa kesal dan bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

“DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.

“Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara mengirim kenyataan tersebut melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP Padang Serai.

Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, katanya.

Bekas MP Permatang Pauh itu juga berkata, PAS perlu menilai harapan penyokong Pakatan yang berharap agar gabungan parti itu akan dapat menyelesaikan masalah politik dan ekonomi bawah BN.

“Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda,” katanya.

Penangan Usul Ulama........!!!!

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Muktamar ke 61 Pas telah berakhir dengan pelbagai kenangan kepada perwakilan dan pemerhatinya.

Antara isu yang masih hangat 'diikuti' masa ini adalah Usul Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, setelah mengikuti pelbagai komen dari pimpinan dan pemerhati politik, saya simpulkan :
1. Usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam muktamar ulama untuk mendesak MSU dan JK Pusat supaya memutuskan hubungna dengan DAP.

2. Atas kesedaran bahawa 'sifat' sesuatu usul itu hendaklah tepat dan kukuh dan peranan Muktamar sebagai kuasa tertinggi, maka JK Usul telah menerima usul tersebut untuk dibahas dalam muktamar dengan sedikit pindaan ayat supaya menepati sifat satu usul.

3. JK Pusat dalam mesyuarat khasnya juga bersetuju untuk usul tersebut dibahas dalam muktmar.

4. Pengerusi JK Usul telah diarah oleh Murshidul Am dan Presiden untuk menerima usul tersebut TANPA BAHAS.

5. Susulan dari penerima usul tersebut TANPA BAHAS telah menimbulkan pelbagai insiden sampingan, antaranya :

Biar putus dengan DAP, bukti PAS parti bermaruah

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata usul di Dewan Ulama tersebut perlu dilaksanakan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2015.
PAS perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk kepada parti sekular itu dan memperlihatkannya parti yang bermaruah, kata Khalid Samad.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti juga perlu melaksanakan usul berkenaan bagi memperlihatkan perbezaan di antara kepimbinan baru dan lama.

“Untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

“Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata keputusan pemilihan parti kali ini disifatkannya satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya sudah lama diusahakan pimpinan yang menggelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Katanya, dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama.

Punca Akta 355 yang dibawa Hj Hadi tidak boleh dibahas di parlimen didedah..!!

Injunksi difail untuk halang RUU hudud

 

  Empat individu memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud, dibentangkan di parlimen.

Permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu berhujah bahawa langkah itu bercanggah dengan perlembagaan.

Individu-individu itu ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Mereka juga memohon Injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang itu.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini untuk pengurusan kes dan 18 Jun bagi pendengaran, kata peguam Siti Kassim.

Mereka juga telah menyerahkan salinan notis itu kepada ke pejabat speaker Dewan Rakyat.

BN boleh menang dengan sokongan bawah 50%

 
Ketika hubungan PAS-DAP suram, seorang penganalisis meramalkan bahawa pilihan raya umum akan datang  boleh menyaksikan kecenderungan pertembungan tiga penjuru, dengan BN
menang dengan sokongan kurang 50 peratus.

Pengarah pusat kajian Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata dalam keadaan pilihan raya Malaysia “yang bebas tetapi tidak adil", pembangkang perlu bekerja keras bagi memastikan perlawanan satu lawan satu.

"Memandangkan parti Islam itu memutuskan tidak bekerjasama dengan DAP dan menyebabkan pakatan pembangkang tidak berfungsi lagi, tiada lagi pakatan pembangkang yang berwibawa bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di pelbagai kerusi,” katanya.

Justeru, katanya, banyak kawasan berpotensi berlaku pertandingan tiga penjuru seperti di Sabah yang akhirnya menyaksikan BN menang bawah sokongan 50 peratus.

Ibrahim berkata pertembungan mungkin berlaku antara Umno, PAS, PKR atau parti lain.

Ibrahim berkata demikian dalam dalam persidangan dua hari berkaitan pilihan raya umum ke-13 di ibu negara hari ini.

PAS dalam muktamarnya baru-baru ini menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan.

Pemuda Pas dakwa DAP semakin angkuh


 http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/Khalil_Abdul_Hadi.jpg
Muhammad Khalil Abdul Hadi

SHAH ALAM - DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat Pas menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malah katanya, DAP tidak menyenangi agenda perjuangan Islam yang dibawa Pas dan menyerang pimpinan Pas setiap hari.

“Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa Pas adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang Pas, termasuk masuk mencampuri hal ehwal pemilihan Pas.

“DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat Pas seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-ALLAH kepimpinan baru Pas akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam,” katanya melalui satu kenyataan.

Sejak muktamar Pas yang lalu, hubungan Pas-DAP dilihat semakin meruncing apabila persidangan tersebut menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa dibahaskan.

'PAS yang dulu bukanlah yang sekarang'

 
Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini

Lepas jawatan: Salleh Man tak beri jawapan


Salleh Man Mat Aji  
Salleh Man
 
GEORGETOWN - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man tidak dapat memberi jawapan sama ada akan mencontohi bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri pada masa ini.

Dalam jawapannya melalui pesanan ringkas (SMS), beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, beliau kini berada di tanah suci.

"Saya di tanah suci dan sedang mengerjakan umrah," katanya sebagai menjawab pertanyaan Sinar Harian.

Sementara itu, usaha Sinar Harian menghubungi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melalui telefon gagal kerana tiada sebarang respon

Walaupun SMS dihantar namun tiada sebarang respon daripadanya yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Rohingya: Rela Kedah hulur bantuan RM7,000


rohingya

ALOR SETAR - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kehormat Kedah menyerahkan bantuan berjumlah lebih RM7,000 kepada Jabatan Imigresen Kedah untuk diagihkan kepada 1,109 pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di Depoh Belantik, Sik.

Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela Bersekutu Kedah, Datuk Ahmad Mansor berkata, bantuan berbentuk pakaian dan lampin pakai buang itu bagi membantu meringankan beban ditanggung mereka.
  
"Banyak yang terpaksa ditempuh mereka semasa cuba masuk ke negara kita. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjwab kita cuba membantu mengikut kemampuan dengan harapan dapat mengurangkan bebanan dan kesedihan yang mereka alami," katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.
  

Geng samun 7 Eleven sekitar Kedah Penang tumpas


PDRM

ALOR SETAR - Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita di sekitar Pendang yang disyaki terlibat dalam aktiviti samun kedai serbaneka 24 jam 7 Eleven, di beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya berkata, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang antara 5 Jun jam  3.30 pagi dan 6 Jun jam 11.30 malam.
  
Mereka berusia lingkungan 15 hingga 22 tahun.
  
Keenam-enam suspek yang berasal dari Pendang tidak bekerja dan tidak bersekolah, manakala seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampaumelibatkan penyalahgunaan dadah, katanya menerusi kenyataan hari ini.
  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...