TERKINI :

Monday, June 8, 2015

Kesombongan, Fitnah dan Tuduhan Palsu di sebalik tendangan maut terhadap golongan progresif dalam PAS

KESOMBONGAN, FITNAH DAN TUDUHAN PALSU DI SEBALIK TENDANGAN MAUT TERHADAP GOLONGAN PROGRESIF DALAM PAS


Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung. Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.

Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada faktor yang dianggap lebih berperanan penting selain “kesombongan”. Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS.

Kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif. Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.

Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang “tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.

Antara Islam Dan Parti Politik : Melihat Satu Fenomena Yang Pelik

Oleh Dinsman


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, yang menjadikan setiap sesuatu itu dengan hikmah-Nya. Kita suka atau tak suka, hikmah-Nya tetap ada. Maka wajarlah kita sentiasa berada dalam kesyukuran, walau apapun yg berlaku - termasuklah apabila berlakunya 'Satu Fenomena Yg Pelik',

Ramai yg ketawa dan ramai juga yg menangis dlm peristiwa yg menjadi kemuncak kp 'satu fenomena yg pelik' dlm sejarah politik di negara kita, khasnya politik Islam, di Kuala Selangor 3-6 jun lalu. Saya mengiringi peristiwa tersebut dg sebuah tulisan dlm Malaysian Insider (3 Jun) berjudul: "Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar?"

Maka apabila kawan-kawan bertanya apa yg nak ditulis mengenai PAS dlm keadaannya yg dianggap mereka bercelaru, sejurus selepas muktamar itu - saya katakan: bagi saya mudah dan jelas dan tidak ada yg bercelaru, kerana saya telahpun membaca fenomena pelik ini lama dahulu. (Rujuk tulisan saya dlm Malaysian Insider 5 Dis 2014, "Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya").

Dan dlm tulisan terbaru minggu lalu saya tegaskan bahawa saya melihatnya dari sudut agama (yakni bukan politik). Maka saya bertanya: Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar? Sekarang muktamar telah berlalu (Maaf, saya terima jemputan tetapi tak hadir kerana berasa tak perlulah saya hadir utk sekadar mengesahkan apa-apa yg telah dijangka), maka bolehlah dijawab soalan itu dan jawapannya ialah - Islam TAK BOLEH lagi diamanahkan kepada PAS sekarang.

Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

  http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/10/Grafik-Selangor-Pakatan.jpg

RENUNGAN T/HARI                                                                       
Azmin pening kepala?
Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.

Manakala dalam masa sama Pas berkenan agar Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor sehingga Pas sedia menerima Khalid menjadi ahli Pas sekiranya perlu atau ditolak oleh PKR. Begitu sekali Pas tergila-gilakan Khalid. Satu perjumpaan separa rasmi antara Khalid dengan pimpinan tertinggi Pas termasuk presiden dan setiausaha agung juga telah diadakan.

Panas Selepas Muktamar - Pakat dok tolak jawatan dah....

Mohd Fitri Bin Asmuni


Tidak berapa lama selepas Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Perak, saya telah ditawarkan oleh Pengarah JUHAM Perak yg baru utk menjadi timbalan beliau. Oleh kerana pengalaman beliau hanya melibatkan kes-kes Syariah sahaja, beliau memohon saya membantu beliau dalam kes-kes sivil.

Walaubagaimanapun, saya tegaskan kpd beliau bahawa saya tidak berminat utk menerima jawatan yg ditawarkan. Saya menolak kerana prinsip dan maruah, bkn kerana merajuk atau kecewa. Tidak perlu saya kecewa atau merajuk kerana PAS bukan lubuk emas utk sesiapapun mencari kemewahan dan kekayaan.

Saya menolak tawaran tersebut kerana difitnah dan dilabel dgn pelbagai tuduhan yg tidak berasas. Puak-puak pro ulama mengatakan bahawa pemilihan yg lalu adalah suatu proses tapisan & pembersihan fikrah. Saya fikir, kalau semuanya sudah ditapis dan dibersihkan, apa perlu lagi sisa-sisa tersebut dikutip kembali? Bukankah ia akan mengotorkan kembali?

Justeru, demi sebuah PAS yg bersih, suci lagi menyucikan, gemilang dan terbilang, maka saya menolak tawaran tersebut.

Bab ukhwah, ikhlas & istiqamah kita bincang di akhirat kelak.

Selamat menggapai redha Allah

Khalid Samad : Paca Muktamar PAS Ke-61 dan Pembaharuan Yang Diidamkan

Muktamar PAS Ke-61 telahpun selesai dengan segala kehebatan dan keajaibannya. Maka dilihat terpilihnya saff pimpinan yang hampir keseluruhannya baru kecuali di jawatan Presiden dan beberapa anggota AJK PAS Pusat. Ianya boleh disifatkan sebagai satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya telah lama diusahakan oleh pimpinan yang mengelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama. Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru. Dalam erti-kata lain, pimpinan ditukar demi memungkinkan pembaharuan dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan, yang tidak mampu atau tidak sedia dilakukan pimpinan lama.

Amat mengecewakan sekiranya setelah berusaha dengan begitu gigih, DAN MATLAMAT TERCAPAI, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata.

Tolak DAP : Menerima Usul Ulama atau Kedudukan jawatan yang kejar?

Berbaik dengan DAP lepas dapat laba

 
Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka.

Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat dengan memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja-kerja itu adalah perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang, antara mereka Salehuddin Ayob, Husam Musa, Mahfoz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kayat, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Khalid Samad dan beberapa orang lagi tidak menjunjung dan mempertahan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu adalah perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan berbagai cara.

Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik dan sukar untuk U-turn

 
Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan,” kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.
Dewan Ulama pula berkata usul mereka  “mencadangkan”, bukan “menegaskan” seperti diluluskan.

Aduhai..PAS putus atau tak putus dengan DAP.. Takan MSU nak jilat balik kot..?

 
Adakah PAS sudah sudah sah memutuskan hubungan dengan DAP? 
 Soal ini masih menimbulkan kekeliruan.

Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.

Berdasarkan konteks ini, orang ramai faham bahawa PAS sudah mahu berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, setelah lama kata mengata dan sindir menyindir antara satu sama lain dilontarkan.

Bagaimanapun, selepas ucapan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam penggulungan terakhirnya di muktamar Kuala Selangor pada Sabtu, parti itu seolah-olah mahu menarik brek.

Ucapan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyampaikan ucapan selama 15 minit yang penuh sinis dan menyebakkan penyokongnya.

Mohamad menjadi antara pelopor PAS yang meletak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau, rakan baik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mengambil keputusan itu atas alasan bimbang dituduh tidak taat kepada ulama.

Geng 'Jebon' : Anda sendiri yang bodoh, sebab itu anda di tolak

Akhirnya anda sendiri yang bodoh 
Oleh Lim Hong Siang


Kepiluan yang menusuk hati "geng Jebon" dalam PAS ini tidak sukar difahami. Berhempas-pulas mereka untuk menjalinkan PAS dengan dunia luar, mengangkat martabat Islam di mata bukan Islam, akhirnya mereka dikhianati malah dihina sebegitu, oleh rakan seperjuangan mereka dalam parti.

Dilema sekarang, samada lepas tangan atau kekal bersama. Bagi mereka yang cintakan parti, sudah tentu ia pilihan yang sukar.

 Namun sebagai manusia yang bermaruah, anda tidak boleh dihina sebegini. Sebagai seorang pemimpin yang cintakan parti, anda tidak boleh manjakan parti anda selama-lamanya.

 Merelakan diri anda dipergunakan tetapi akhirnya segala usaha yang anda curahkan dilonggok untuk menyiram sawah di sebelah.
Baik ajar puak yang angkuh ini. Jangan lagi pertahankan hujah mereka yang bodoh sehingga anda sendiri dilihat bodoh.

Biarlah mereka berdepan dengan dunia realiti sendiri, tanpa anda menjadi jambatan yang akhirnya dibakar setelah orang melaluinya.

Jangan lakukan kerja yang sia-sia untuk cuba celikkan orang yang buat-buat bodoh. Akhirnya anda yang bodoh sebenarnya.

Biar putus dengan DAP, bukti PAS parti bermaruah

 Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata usul di Dewan Ulama tersebut perlu dilaksanakan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2015.
PAS perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk kepada parti sekular itu dan memperlihatkannya parti yang bermaruah, kata Khalid Samad.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti juga perlu melaksanakan usul berkenaan bagi memperlihatkan perbezaan di antara kepimbinan baru dan lama.

“Untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

“Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata keputusan pemilihan parti kali ini disifatkannya satu ‘rombakan menyeluruh’ yang sememangnya sudah lama diusahakan pimpinan yang menggelar diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ di dalam PAS.

Katanya, dengan tercapainya ‘pembersihan’ ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama.

8 perkara diingati yang berlaku sebelum, selepas gempa bumi Ranau


KUALA LUMPUR: Pagi Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 6 skala Richter mengegarkan Ranau, Sabah. Ketika artikel ditulis, difahamkan seramai 19 mangsa dan jumlah itu dijangka meningkat.

Bencana alam ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia selain tragedi tsunami pada tahun 2004.

Liputan meluas mengenai tragedi gempa bumi Ranau ini kian memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal media.

Waima operasi mencari dan menyelamat (foto) kian berjalan dan dilaporkan, beberapa insiden atau perkara aneh yang berlaku sebelum dan selepas gempa bumi mula mendapat perhatian.

Ketahui 8 perkara paling diingati yang memberikan impak besar yang berlaku sebelum atau selepas gempa bumi Ranau.

Guan Eng : Mana lagi penting, pertahankan jawatan pertahankan usul yang sudah diluluskan dalam muktamar..?

Post Pic
KUALA LUMPUR: Kepimpinan baru PAS digesa mengarahkan kesemua wakil partinya yang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP melepaskan jawatan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian berikutan keputusan Muktamar PAS ke-61 yang meluluskan usul Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang merupakan salah satu parti sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Guan Eng berkata beliau akan menerima baik semua ketetapan yang diambil wakil rakyat PAS di Pulau Pinang tanpa sebarang persoalan.

"Memandangkan parti PAS telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, memandangkan parti itu ada hak unttuk berbuat demikian maka secara logik dan sewajarnya parti PAS harus mengarahkan wakil-wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meletak jawatan.

"Saya sebagai Ketua Menteri akan faham apa yang dilakukan oleh wakil-wakil PAS di Pulau Pinang menerimanya tanpa sebarang persoalan," katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Guan Eng juga turut mempersoalkan PAS itu yang dilihat seolah-olah tidak berani mengambil tindakan sebaik sahaja memutuskan hubungan dengan DAP .

PAS kini setapak menuju syurga

 
Selesai sudah upacara mencampak keluar para Jebon dan Anwarinas. Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudahpun selesa bergambar dalam satu bingkai bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Saudara Mohamad Sabu pula khabarnya meletakkan semua jawatannya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana menurut kata para ulama yang mahu PAS berpisah dengan DAP.

Semoga yang lainnya turut menyusul, demi mendengar nasihat dan kata para ulama supaya tidak sesat, lalu dituduh jebon.

PAS Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sejak sekian lama. Kini, mereka dikurniakan peluang untuk berlawan secara berdepan dengan Guan Eng; sama ada menggunakan siku atau lutut masing-masing.

Geng 'Jebon' : Jangan malukan diri anda, wahai mantan pimpinan PAS

Oleh Ir. Izham Hashim


Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan
parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada).

Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini.

Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

Peguam : Usul memutuskan hubungan dengan DAP - Adakah muktamad atau sebaliknya?

USUL MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP - ADAKAH MUKTAMAD ATAU SEBALIKNYA?


Pada Rabu bertarikh 03/06/2015 Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) telah meluluskan suatu usul tergempar memutuskan hubungan PAS dengan rakan tahaluf DAP. Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula pada 04/06/2015 sehingga 06/06/2015.

Pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Pusat, telah diumumkan bahawa usul daripada DUPP tersebut telah diterima tanpa bahas. Ekoran penerimaan usul tersebut tanpa bahas, Tuan Haji Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan di dalam Muktamar bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya di dalam GLC di Pulau Pinang. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Hj Mustafa Ali bagaimana pun menjelaskan bahawa walau pun usul tersebut telah diterima tanpa bahas, ianya masih belum muktamad kerana perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak yang mempunyai kuasa pemutus dalam hal berkaitan hukum. Kata Dato’ Hj Mustafa Ali, “kita masuk dengan hukum maka kita keluar juga dengan hukum”. Keadaan tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan para pemimpin PAS dan juga ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia.

Sebelum ini saya telah menulis berkaitan kekuasaan tertinggi di dalam PAS. Hari ini saya ingin mengulas khusus berkaitan usul DUPP yang telah diterima tanpa bahas tersebut dari sudut Perlembagaan PAS. Ia juga akan melibatkan kedudukan kekuasaan tertinggi di dalam PAS.

Ulamak Pas akan terus berpegang dengan pendirian 'tolak DAP'..!!

ULAMA PAS PASTI TIDAK AKAN MENGUBAH PENDIRIAN


Hasil pemerhatian ke atas Muktamar PAS yang baru lalu memberikan gambaran bahawa Parti PAS kini adalah ‘milik’ golongan ulama. Yang bukan golongan ulama semacam tidak layak untuk menjadi ahli parti berkenaan. Yang bukan dari golongan ulama adalah seperti ‘melukut di tepi gantang’. Ada pun tidak mencukupkan ‘segantang’ dan jikalau tidak ada pun tidak merugikan. Begitulah ibaratnya.

Para perwakilan telah memberikan isyarat jelas bahawa golongan bukan pro-ulama tidak diperlukan. Ini dibuktikan dengan keputusan pemilihan kepimpinan yang telah mengenepikan hampir kesemua golongan bukan ulama dari majlis pimpinan. Dan yang menyedihkan ialah hampir keseluruhan golongan lama yang bukan sedikit jasa dan sumbangan mereka kepada perjuangan PAS juga ‘terpelanting’. Memberikan gambaran bahawa ‘habis manis sepah dibuang’.

Kini PAS dikuasai oleh golongan ulama yang boleh dianggap sebagai golongan bijak pandai dalam segala hal apatah lagi ramai diantaranya yang terdiri dari para pemegang Phd. Sudah barang tentu sekali golongan ini dapat menerajui PAS dan membawa perjuangan ke suatu tahap yang tidak dapat dipastikan lagi ke mana arahnya. Pasti ke suatu tahap yang boleh dibanggakan oleh mereka.

Saham Felda rugi RM7 bilion, peneroka tahu tak saham mereka dah tak ada urusniaga lagi di BSKL

King Jason


Felda rugi 7000 juta ka??? Pinjam KWSP 6000 juta tu dah bayar banyak mana woi??

Kenapa sorok cerita neh..pekata promo isu felda rugi ni kat tv seperti promo gst?

Bagi org2 peneroka yg undi BN tu faham yg felda ni nak tergadai?

Berani buat laa.. koh koh koh!!

Timb Ketua Pemuda PAS - Mukatamar PAS : Hakikatnya Islam Yang Menang dah Keangkuhan DAP dilenyapkan

KENYATAAN KHAS
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Sya'ban 1436 / 7 Jun 2015

"Muktamar PAS: Hakikatnya Islam Yang Menang"

1. Semua calon yang bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor kelmarin hakikatnya memperolehi kemenangan.

2. Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam.

3. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.

4. Kerana hakikatnya, kekalahan hanyalah untuk golongan yang merasa tidak senang dan tidak mahu melihat kejayaan serta kemenangan Islam.

5. Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk campur hal ehwal pemilihan PAS.

6. DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-Allah kepimpinan baru PAS akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam.

Mantan Pengarah Juham : Sebarang kes mahkamah PAS, Sila Rujuk Kepada Pengarah JUHAM yang baru



JIKA ADA KES MAHKAMAH SILA RUJUK KEPADA PENGARAH JUHAM YANG BAHARU DALAM KEPIMPINAN BAHARU PEMUDA PAS PUSAT

Semalam saya telah dihubungi oleh Ketua Pemuda Selayang dan dimaklumkan berkenaan kes baru yang melibatkan sebuah Pasti. Beliau telah meminta nasihat dan khidmat guaman. Saya telah menasihati beliau untuk mengupah peguam, namun beliau mengharapkan Peguam Pas melalui Juham/Luham untuk kendalikan kes ini. Bagi kes ini, saya telah meminta beliau untuk berhubung terus dengan Ketua Pemuda Selangor kerana saya bukan lagi Pengarah Juham.

Sukacita dimaklumkan bahawa saya tidak lagi bergelar Pengarah Juham dan saya tidak mempunyai locus standi untuk kendali kes mahupun memberi arahan kepada mana-mana Peguam Pas atas kapasiti Juham mahupun Luham.

Kes-kes yang dikendalikan oleh Juham semuanya diwarisi dan diambil berdasarkan kepada kapasiti Juham sebagai Jabatan yang menyelia ahli-ahli mahupun pimpinan Pas bagi kes-kes yang melibatkan Parti.

TURKI DAN MASA DEPAN DUNIA - Kempen Terakhir Davutoglu

Memulakan ucapan di hari terakhir kempen Davutoglu semalam di Konya, beliau mengucapkan salam kepada kesemua tokoh-tokoh Konya dalam sejarah satu persatu. Di antaranya Maulana Jalaludin Ar Rumi, Sheikh Samsuddin At Tibrisi, Erbakan dan lain lain. Ketika beliau tampil saja ke pentas di hadapan lebih 100 ribu rakyat Konya, parti lawan MHP telah melepaskan belon udara membawa bendera MHP ke awan melintasi pentas utama AK Parti.

Davutoglu memaklumkan sepanjang kempen tersebut, beliau telah pergi ke 81 bandar seluruh Turki dengan jumlah 110 buah himpunan beliau sertai. Tidak ada parti lain yang berkempen sedemikian rupa di Turki melainkan AK Parti sahaja. Tujuan beliau berbuat demikian bagi menunjukkan bahawa AK Parti bukan milik sekelompok pihak sahaja, tetapi milik rakyat Turki kesemuanya. Perjuangan mereka meliputi Turki Eropah, Turki Anatolia, Kurdis, kesemua suku-suku bangsa Turki di semua daerah dan negeri.

Davutoglu juga menceritakan pencapaian-pencapaian Turki sepanjang mereka memerintah sejak November tahun 2002 di bawah kepimpinan Abdullah Gul dan Rejab Tayyib Erdogan sebagai Perdana Menteri. Daripada sebelumnya jumlah rakyat yang bergaji bawah paras minima iaitu USD4 sehari berjumlah 30 peratus, telah menurun mendadak berbaki hanya 2.5 peratus sahaja.

Mat Sabu & Mujahid boleh digantung setahun oleh PAS seperti 2 'BARUA Selangor" atas sebab melanggar arahan parti


YB Shaari Sungip & YB Hasnul digantung keahlian kerana dikatakan mendahului keputusan parti.

Mereka membuat keputusan mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sblm PAS PUSAT membuat keputusan.

Sekarang Tn Hj Mohamad Sabu telah meletakkan jawatan di semua GLC Pulau Pinang dan Dato Dr Mujahid Yusuf Rawa melepaskan jawatan ALP Majlis Agama Islam P Pinang kerana patuh usul Dewan Ulamak & Muktamar Pas Pusat yg memutuskan hubungan dgn DAP. Mereka mengatakan usul blm muktamad & hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura. Jadi tak perlu gopoh buat tindakan.

Jelas tindakan Tn Hj Mohamad Sabu dan Tn Mujahid Yusof Rawa mendahului keputusan parti. Jelas tindakan mereka itu gopoh.

Oleh itu mereka sewajarnya diambil tindakan sepertimana tindakan diambil ke atas YB Shaari & YB Hasnul.

Sila ambil tindakan jika PAS sebuah parti yg adil.


Dato Dr Mujahid Yusuf Rawa pula melepaskan jawatan ALP Majlis Agama Islam P Pinang

http://drmujahid.com/wp-content/uploads/2015/03/PENANG_MUJAHID_YUSOF_RAWA_280315_TMIHASNOOR_03.jpg 

Selepas bekas Timb Presiden Pas yg tewas pd muktamar 61, Mohamad Sabu meletakkan jawatan sbg ALP Air dan Hub Halal Pulau Pinang, kini langkah yg sama turut diikuti oleh Timb Pesuruhjaya Pas, Dato Dr Mujahid Yusuf Rawa melepaskan jawatan ALP Majlis Agama Islam P Pinang. 

Ia sebagai mematuhi usul Dewan Ulama Pas yg mengambil keputusan memutuskan hubungan parti itu dgn DAP.

Apabila Dewan Ulama PAS kurang bijaksana..!!


SELEPAS SUBUH

Dalam apa juga bidang memerlukan kebijaksanaan. Untuk menjadi bijaksana, seseorang itu perlu menakluki atau pun sekurang-kurangnya mengetahui secara asas semua bidang ilmu. Kebijaksaan atau fatanah adalah empat daripada sifat yang menjadi "pakaian" Muhammad s.a.w menjadikan dia pemimpin agung yang hebat.

Sinonimas sifat itu dengan karektor Rasulullah itu menunjukkan sifat itu sangat penting dalam konteks pemimpin dan kepimpinan. Tanpa kebijaksanaan tidak mudah sesuatu perjuangan itu mencapai matlamatnya atau mempertahankannya selepas ia berjaya dirangkul.

Apabila sebut bijaksana, ia perlu memandang jauh, mengintai kesan dan implikasi ke atas sesuatu yang hendak dibuat. Kebijaksaan itu termasuklah bijak membaca dan menghurai sesuatu keadaan bakal terjadi.

Kebijaksanaan menjadi seseorang itu berfikir dan bercakap dengan penuh hikmah, diplomasi dan ada kalanya perlu apolegetik selagi ia ada ruang untuk berbuat begitu. Dia juga berpandangan jauh serta mampu merancang dengan baik dan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

PM puji perwakilan PAS pilih ulama

 
UMNO menghormati keputusan perwakilan PAS memilih golongan ulama memimpin parti itu bagi penggal 2015-2017 pada muktamar tahunan parti itu yang berakhir semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata perwakilan parti itu telah membuat pilihan yang baik supaya golongan ulama memimpin parti itu.

"Itu adalah kehendak perwakilan, mereka telah mengambil kira semua aspek dan memutuskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi pemimpin mereka. Kita perlu menghormati pilihan perwakilan," katanya kepada wartawan Malaysia sempena lawatan tiga harinya ke Arab Saudi, di Jeddah, semalam.

Beliau diminta mengulas perkembangan dalam parti itu yang menyaksikan banyak pemimpin proulama terpilih termasuk anggota Jawatankuasa PAS Pusat parti itu dan Nik Abduh, anak bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda.

"Barisan kepimpinan baharu menunjukkan pemimpin yang lebih bersatupadu... dalam hal ini, ia mudah untuk mereka berbincang sesuatu dengan positif," katanya.

Sebelum dan selepas PAS memerintah di beberapa buah negeri, jeling-jelinglah aktivis parti sama..!!

Zin Mahmud

http://www.souminews.com/sites/default/files/lld20120618c.jpg
Dulu masa kerajaan PAS Terengganu tumbang, lebih 300 orang PAS hilang pekerjaan. Begitu juga apa yang berlaku ketika kerajaan PAS Kedah jatuh. Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, lebih 500 orang PAS akan hilang pekerjaan di Selangor dan lebih 100 orang PAS akan hilang pekerjaan di Pulau Pinang.

Ada yang dulu mempunyai pekerjaan tetap tetapi letak jawatan kerana diminta bertanding pilihan raya. Bila parti menang pilihan raya, dapatlah mereka jawatan. Bila parti keluar pakatan, akan hilanglah pendapatan mereka.

Terdapat pemimpin parti yang tidak pernah rasa susah tetapi tidak pernah ambil peduli sama ada ahli ahli parti mereka cukup makan atau tidak.

Ada pemimpin itu pernah bekerja dengan kerajaan di samping menjalankan perniagaan lain. Selepas bersara barulah mereka aktif dalam politik. Pencen ada. Mereka tidak pernah merasa susah.

Terdapat pula pemimpin yang mewarisi madrasah keluarganya. Selepas belajar mereka terus mengajar. Pendapatan mereka terus ada. Walaupun tidaklah mewah tetapi tidaklah susah atau terputus pendapatan.

Ini dia yang curah asid kepada yang nak pergi.....

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk menamatkan krisis dalaman PAS dalam sesi bicara di MyHarakah Bazar, di sini 

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut. Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya. 

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah". "Kami telah lama berada di pentas ini. 

Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu. "Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya. Patah sayap, dengan paruh datang. 

Telatah di hari akhir muktamar..ada suka, duka, cerca

ULAS MUKTAMAR                                                                       

Macam-macam gelagak yang dipamerkan pada hari akhir muktamar Pas khasnya pada masa penangguhan dan penggulungan perbahasan. Beberapa orang mengambil peluang bercakap di hari akhir itu, terutamanya mereka yang tewas, menelurkan berbagai emosi. Ada yang sedih dengan kekalahan, ada yang sebak sehingga tidak dapat berucap dan menitiskan air mata.

Ada yang melarikan rasa sedih dan sebak dengan menyanyi lagu penuh sindiran dan makna. Lagu yang memberi gambaran dan mesej bahawa kalau si penyanyi itu tiada lagi selepas ini atau berada di pihak lain jangan ditangisi.

Paling nakal lagi ada yang membawa sekotak tisu kepada yang menangis semasa berucap. Timbul pertanyaan apakah kelakuan itu satu ejekan atau pun ia suatu simpati ikhlas? Nampak ia berlaku spotan sahaja kejadian itu. Tetapi si pelakunya menimbulkan tanda tanya apabila dilihat dialah salah seorang orang yang menyebabkan orang yang menangis itu menangis.

Dalam pada itu tidak kurang juga yang seakan terkejut dengan kemenangan dan mempamerkan bayangan kebimbangan. Takut dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya. Ada yang menyifatkan kemenangannya sebagai tidak diingini. Pelik juga macam mana tidak ingin kerana dia bertanding dan awal-awal lagi menyatakan keinginannya. Setiap orang bertanding pastilah mahukan kemenangan, kecuali orang gila. Bukankah itu sebagai munafik.

Isu meletak jawatan dalam kerajaan DAP P/Pinang kena tunggu keputusan Majlis Syura Ulama


 Mohd Khairuddin Aman Razali  
Mohd Khairuddin Aman Razali
SHAH ALAM - Ahli dan pimpinan Pas diingatkan supaya tidak mendahului keputusan Majlis Syura Ulama serta gopoh meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebarang tindakan hanya boleh diambil setelah Majlis Syura bersidang dan membuat keputusan sama ada menolak atau menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Sehinggalah Majlis Syura bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan usul tersebut berdasarkan perkiraan syarak kerana melibatkan hukum tahaluf siyasi.

“Setelah itu Jawatankuasa Pas Pusat akan melaksanakan mana-mana keputusan Majlis Syura menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lukisan mural Tun M di Alor Setar tarik pengunjung

Lukisan mural bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada dinding sebuah bangunan di Jalan Pekan Melayu dekat sini menjadi perhatian beberapa pengunjung untuk merakamkan kenangan. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Menelusuri perjalanan di sepanjang Pekan Cina serta Pekan Melayu yang hanya dibahagikan satu jalan utama di Bandaraya Alor Setar dan mempunyai deretan bangunan lama kini lebih menarik dengan adanya lukisan mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lukisan mural tersebut, yang terletak di Jalan Pekan Melayu di sini, siap semalam (6 Jun), merupakan usaha kerajaan negeri bersempena majlis pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah, di Tanjung Chali, semalam.

Memaparkan anak jati Kedah itu berbaju Melayu dan bersongkok hitam tersenyum di sebuah dinding bangunan dua tingkat, dengan kelebaran 100 kaki (30.48 meter), lukisan mural itu dilihat mampu menghidupkan lorong di pekan tersebut.

Di sebelahnya pula, kelihatan lukisan Menara Berkembar Petronas dan kereta pertama keluaran Malaysia, iaitu Proton Saga, yang kedua-duanya menjadi antara ikon kepada Bapa Pemodenan Malaysia itu.

Ungkapan siku, lutut untuk pertahan Pas


SHAH ALAM – Ungkapan siku dan lutut dalam perbahasan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 yang berakhir semalam tidak membawa maksud untuk memulakan serangan atau mahu menyerang secara melulu dan membabi-buta.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sebaliknya ungkapan tersebut merujuk kepada pendirian parti itu untuk mempertahankan Pas dan Islam daripada terus diserang dan dicabar oleh mana-mana pihak.

“Lebih keji bila perkataan itu diolah dan digambarkan sebagai percubaan untuk bertindak ganas dan melampau. Walhal jika diamati bait ucapan saya, perkataan itu digunakan secara defensif untuk mempertahankan Pas dan Islam.

“Ungkapan siku dan lutut itu tidak saya lafazkan untuk membawa maksud memulakan serangan atau menyerang secara melulu dan membabi buta, sebaliknya dengan maksud, kami siap untuk mempertahan dasar dan prinsip perjuangan Islam ini jika ia terus diasak dan dicabar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malim Gunung Kinabalu tarik perhatian dunia


gempa bumi  
Sebahagian daripada malim gunung tiba di Pondok Timpohon dari Laban Rata Gunung Kinabalu selepas menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.

Kisah keberanian dan susah payah mereka ketika menyelamatkan pendaki terbabit kini tersebar dengan meluas melalui media tempatan dan asing.

Ramai pendaki yang terkandas di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memuji kemahiran dan ketangkasan wira berkenaan dalam menyelamatkan mereka selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.

Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus-lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.

Selepas Muktamar PAS 61, Jadi apa yg perlu dibuat sekarang?

Oleh Dinsman 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, yang menjadikan setiap sesuatu itu dengan hikmah-Nya.
Kita suka atau tak suka, hikmah-Nya tetap ada. Maka wajarlah kita sentiasa berada dalam kesyukuran, walau apapun yg berlaku - termasuklah apabila berlakunya 'Satu Fenomena Yg Pelik',
Ramai yg ketawa dan ramai juga yg menangis dlm peristiwa yg menjadi kemuncak kp 'satu fenomena yg pelik' dlm sejarah politik di negara kita, khasnya politik Islam, di Kuala Selangor 3-6 jun lalu.

Saya mengiringi peristiwa tersebut dg sebuah tulisan dlm Malaysian Insider (3 Jun) berjudul: "Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar?"

Maka apabila kawan-kawan bertanya apa yg nak ditulis mengenai PAS dlm keadaannya yg dianggap mereka bercelaru, sejurus selepas muktamar itu - saya katakan: bagi saya mudah dan jelas dan tidak ada yg bercelaru, kerana saya telahpun membaca fenomena pelik ini lama dahulu. (Rujuk tulisan saya dlm Malaysian Insider 5 Dis 2014, "Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya").

Dan dlm tulisan terbaru minggu lalu saya tegaskan bahawa saya melihatnya dari sudut agama (yakni bukan politik). Maka saya bertanya: Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar? Sekarang muktamar telah berlalu (Maaf, saya terima jemputan tetapi tak hadir kerana berasa tak perlulah saya hadir utk sekadar mengesahkan apa-apa yg telah dijangka), maka bolehlah dijawab soalan itu dan jawapannya ialah - Islam TAK BOLEH lagi diamanahkan kepada PAS sekarang.

Ulamak Perlu Jawab, Apakah Tiada Larangan Fitnah & Cacian Dalam Quran?

ULASAN GB
 
Ulama PAS perlu jawab persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan profesyena. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Kenalkah Abu Nawas.. itulah akai politik PAS masa kini..!!

Oleh Mohd Sayuti Omar


Dalam hikayat 10001 malam ada kisah Abu Nawas. Mungkin budak2 sekarang ni tak kenal dengan Abu Nawas. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hasan bin Hani al-Hakami. Dia seorang pujangga Arab yang sangat humour, lucu. Kata-kata dan dan sindirannya sungguh lelocon tetapi tajam dan boleh menyedarkan mereka yang cekap mentafsir kisah atau kata-katanya.

Ceirta Abu Nawas ini sangat digemari oleh mereka yang belajar di Timur Tengah, sebab legenda Abu Nawas itu berasal di sana. Oleh kerana itulah mereka yang belajar di Arab terbawa2 dengan kisah Abu Nawas ini.
Apabila mengingati kisah2 lucu Abu Nawas apabila berdepanan dengan Raja, atau memberi sindiran kepada raja, maka teringat saya akan apa yang berlaku dalam parti Pas, khasnya dalam muktamar di Kuala Selangor. Mengenai macam mana "Abu Nawasnya" Pas berhubungan dengan satu tindakannya.

Pas telah menerima usul daripada Dewan Ulama dan Tumpat agar memutuskan hubungan dengan DAP. Usul itu tidak diterima untuk dibahaskan walaupun ada yang mendesaknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...