TERKINI :

Sunday, June 7, 2015

Percayalah PAS akan sunyi tanpa aura mu. Dan mereka akan tercari-carimu selepas ini...!!

Walau apa kamu kata ,kata kepada insan ini, macai DAP, tak wala kepada Presiden, mendahului Presiden serta berbagai kata nista dn fitnah ... \

Aku lebih menghormati beliau daripada 10 USTAZ dlm AJK PAS PUSAT skrg ini. 

Walaupun ada gelaran DATO, ada gelaran Dr, ada latar belakang agama, Aku lebih percayakan Abg Mat dari kamu.

 Aku mengenali beliau ketika kamu masih di Universiti AlAzhar, ketika kamu masih di Pakistan dan India, ketika kamu masih UM dn UKM, ketika kamu baru pegang jawatan dlm Kastam.

Biar tiada latar belakang Agama, biar tiada gelaran TOK GURU, Biar tiada gelaran USTAZ, Biar tiada gelaran DR PHD... Namun Istiqomah dlm perjuangan Pas menyebabkan aku kagum kepadanya. 

Ditolak dalam PRU mungkin dapat memberi kesedaran ...

Oleh Suhaizan Kayat

Ketika kami-kami ini mempertahankan dan menjaga hubungan dengan DAP dan PKR dahulu, antara faktornya mengenangkan kerajaan-kerajaan yang dibentuk secara bersama ini.

 Melalui kerajaan ini maka PAS dapat menguasai dan meraih sokongan daripada rakyat melalui khidmat bakti ahli-ahli kita yang memegang jawatan dalam kerajaan.

 PAS juga dapat mengembangkan Islam melalui penguasaan masjid surau. Menguasai orang melayu melalui JKKK.

 Menjadi ahli majlis untuk menguasai sokongan separa bandar, bandar serta bandaraya.
Jika ada pemimpin DAP atau PKR menyerang PAS atau Presiden, kami ambil pendekatan telefon bagi amaran atau berikan penjelasan.

 Semuanya kerana mahu buktikan kepada rakyat Pakatan Rakyat ini kukuh dan mampu mentadbir negara.

Taktik Dewan Ulama Utk Burukkan DAP Demi Melindungi Kejahatan Presiden


Bijak Dewan Ulama PAS ubah isu.

Mereka hentam DAP atas bawah konon kerana hudud.

PAdahal DAP marah dgn Presiden PAS kerana Presiden PAS mungkir janji serta langgar keputusan yang telah sama2 dibuat dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat.

Malahan, Haji Hadi berjanji untuk membincangkan deraf Private Bill terlebih dahulu sblm dibawa ke Parlimen namun janji tersebut juga dimungkiri.

Tiada kena mengena dengan hudud mahupun hukum syarak.

Makanya ugama mana kah Dewan Ulama PAS ikuti yang mana menghalalkan mungkir janji serta langgar persetujuan bersama seperti yang dilakukan oleh Haji Hadi Awang?.

Sekonyong2 diluluskan usul membatalkan kerjasama dengan DAP hanya kerana mahu melindungi siri perlanggaran dan pemungkiran janji yang telah dilakukan oleh Presiden PAS.

Inikah dia Islam yang diperjuangkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat?

Kenapa Dewan Ulama PAS Pusat tak kutuk UMNO kernaa menipu atas darat dlm isu hudud di Kelantan?

Terang2 UMNO telah tipu PAS dan tidak membentang pindaan Akta 355?

Kenapa nak maki DAP pulak? Apa kena mengena DAP dgn kegagalan pindaan Akta 355?

Cuba jawab misteri ni

TULANG BESI
SUMBER

Antara "ACID" yang dituang belakang Mat Sabu sebelum beliau di halau keluar

Tuduhan Anwarinas, agen DAP, alat capai kedudukan, kata Mat Sabu

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, golongan yang berjaya memenangi pemilihan PAS kali ini, pada hakikatnya mahu berbaik semula dengan DAP. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015.
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa hari ini, pelbagai dakwaan yang sering dilemparkan kepada golongan progresif parti itu sebenarnya bagi membolehkan mereka yang berhajat mendapat kedudukan yang diidamkan.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, golongan yang berjaya memenangi pemilihan PAS kali ini, pada hakikatnya mahu berbaik semula dengan DAP.

"Sekarang saya dapat melihat; menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP, hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

"(Apabila) sudah mendapat kedudukan, (mereka) cuba cari jalan berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat (PR) dari awal dinyahkan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Mat Sabu berkata, mereka yang cuba merampas kepimpinan parti kali ini menonjolkan idea baru dan cuba mendedahkan kelemahan serta prestasi penyandang jawatan pada sesi yang lalu.

Beliau mendakwa, golongan yang tidak mempertahankan ulama akan dikumpulkan dan dilabel "jebon" serta anti ulama oleh pihak tersebut.

"Lebih jauh, mereka juga dituduh lebih wala' dan taat kepada pemimpin dari parti lain, sama ada PKR atau DAP.
"Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden ketika ianya diserang DAP," katanya yang pada pemilihan kali ini gagal mempertahankan jawatannya selepas dikalahkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Mat Taib belum putus tinggalkan PAS, ambil sikap tunggu dan lihat

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih belum buat keputusan tinggal PAS atau tidak dan mahu beri peluang kepada kepimpinan baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih belum membuat keputusan sama ada untuk meninggalkan PAS atau tidak kerana beliau hendak melihat dulu apa yang bakal terjadi di bawah kepimpinan baharu parti itu yang selepas muktamar lalu dibarisi pemimpin daripada kalangan pro ulama.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, peluang perlu diberikan kepada kepimpinan PAS yang baharu itu bagaimana mahu mencorakkan parti dan bentuk objektif yang ingin diperjuangkan.

“Saya belum ada apa-apa keputusan lagi. Kita beri 'benefit of the doubt' pada kepimpinan yang baharu ini, mereka sudah pun diberi mandat.

"Saya tidak mahu bincang mengenai cara pemilihan ini. Ada macam-macam tentang cara pemilihan ini yang kita dengar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib berkata, perwakilan sudah pun membuat keputusan sebijak-bijaknya dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap masa depan parti itu selepas ini.

Katanya, perwakilan sudah pun membuat keputusan sama ada mahu melihat PAS menerajui negara bersama Pakatan Rakyat (PR) atau terus berdiri sebagai satu entiti politik.

Pertemuan Kit Siang - Hadi di Sabah, walau seketika ia mesra tapi canggung

 
Ketika ketegangan hubungan PAS-DAP, dua pemimpin utama parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang kebetulan bertemu di Kundasang, Sabah hari ini.

Menurut saksi kejadian, pertemuan berlaku ketika Lim hendak beredar ke Kinabalu Park apabila  Hadi tiga dengan sebuah pacuan empat roda.

Lim kemudian mendekati Hadi dan mereka berdua bersalam.

“Mereka berdua tidak bercakap apa-apa,” kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah  Ginger Phoong, ketika dihubungi.

Kedua-dua pemimpin parti sekutu dalam Pakatan Rakyat itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Hadi dikatakan terus meninjau kawasan itu manakala Lim yang sampai awal beredar.

“Ia mesra, tapi canggung,” kata  Phoong, ketika diminta mengambarkan pertemuan itu.

Kemelut: PKR akan runding dengan DAP, PAS

 
PKR akan berunding dengan sekutu mereka PAS dan DAP susulan kemelut yang melanda kedua-dua parti itu.

Bagaimanapun tarikh pertemuan itu hanya akan diumumkan kemudian, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan muktamar PAS menerima usul putus hubungan dengan DAP.

Berbeza dengan Kelantan dan Pulau Pinang, kerajaan Selangor pimpinan PKR berpotensi hilang jika Pakatan berpecah.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan PAS dan DAP di parlimen dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun berkata perlu pergi ke Sabah terlebih dahulu susulan bencana alam yang berlaku.

Cerita Muktamar PAS 61..ada ceria duka dan nestapa..!!!

Putra Taulan ·

http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/pas_muktamar0406g_620_364_100.jpg
Tahun ini Muktamar PAS ke 61 diadakan di Kuala Selangor dan Muktamar Pemuda sehari sebelumnya diadakan di Shah Alam. Seperti biasa walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi saya tidak pernah tidak hadir ke program Parti PAS yang terbesar itu..

Kehadiran saya ke Muktamar Pemuda kali ini lebih istimewa kerana sahabat baik saya Muhammad Faiz Fadzil bertanding sebagai salah seorang AJK Pemuda PAS Pusat. Walaupun beliau kalah tapi kekalahan itu disambut dengan kegembiraan kerana dia hanya bertanding bagi meraikan demokrasi dalam PAS. Tetapi apa yang dapat disaksikan adalah sikap sesetengah daripada ahli PAS yang menyambut beliau dengan gelaran dan label. Ada yang menuduhnya dari golongan IRC, JIM dan IKRAM dan ada sesetengahnya sentiasa mendendangkan lirik "Iman tak dapat diwarisi" bagaikan mereka lebih mengenali ayahandanya Almarhum Ustad Fadzil Noor mantan Presiden PAS. Masih teringat sewaktu kami berdua bersama UFN yang sentiasa berjenaka walaupun tegas orangnya.

Esoknya pada hari Khamis seperti biasa menjadi driver untuk membawa Abah ke Muktamar PAS di Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan kami hanya membincangkan berkenaan keadaan parti PAS sekarang dan dulu. Sampai sahaja di exit LATAR ke Kuala Selangor kami disambut oleh satu banner Ahlan Wasahlan dengan wajah Mursyidul Am dan Presiden dan ditepinya pula wajah Ust. Idris, Iskandar Samad dan Ust Nik Amar. Terasa pelik pula dimana gambar Timbalan Presiden Mat Sabu. Di hati bersangka baik mungkin ini banner dari penyokong pemimpin tertentu.

PasMa tidak perlu tukar jadi parti

  https://lh3.ggpht.com/J3_R8FtGGrjup1Zh0djMoMTYcbyNMBpC8ownercnVLL5V3hycgZF61xTM0t6ymqAb4XQj9y8gvOqGqCL4MLi

SUSUPAN PETANG                                                                         

Saya terbaca laporan 13 Jun ini Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) akan menentukan sama ada Ngo itu akan muncul sebagai sebuah parti politik baru ataupun tidak. Perbincangan pada tarikh itu akan dihadiri oleh semua pimpinan Ngo itu dari seluruh daerah dan negeri.

Menurut laporan pertemuan itu penting. Bagaimana pun tempat dan waktunya tidak disebut.

Sudah pasti ilham untuk membincang perkara itu ia bertitik tolak selepas apa yang berlaku dalam muktamar Pas dua hari lepas. Sebelum ini pun Phahrolrazi Mohd Zawawi yang bertindak menjadi presiden PasMa sudah menyatakan kedudukan Ngo itu akan ditentukan, sama ada kekal sebagai Ngo atau menjadi sebuah parti selepas muktamar Pas.

Walaupun sudah ada desakan sebelum ini supaya PasMa dijadikan parti ekoran sudah nampak riak dan pergolakan dalam Pas, ramai ahli yang tidak senang dengan stail kepimpinan khusnya Abdul Hadi Awang, tetapi ia tidak dibuat segera kerana menunggu perkembangan lanjut.

Ertinya Phahrolrazi dan pimpinan dalam PasMa sangat menanti dan melihat kepada apa yang berlaku dalam Pas. Bolehlah dianggap keabsahan stausnya ditentukan dari perkembangan dalam Pas. Dan tampaknya apa yang berlaku dalam muktamar Pas memberi suasana yang baik kepada PasMa untuk dijadikan wadah baru berupa parti kepada mereka yang kecewa dengan Pas, justeru pertemuan itu dirancangkan.

Adakah akan wujud Parti Islam baru lepas 13 Jun ini?

 
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.

“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

“Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan menjadi parti politik selepas berakhirnya muktamar PAS bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

'Jangan lantik saya lagi dalam PAS'

 
  Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu.

Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih,  masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula
mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

“Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.

Gempa Bumi Sabah- Muhyiddin, Hadi, Nik Abduh & Kit Siang berada disana hari ini

Muhyiddin, Hadi bergegas keluar bilik taklimat susulan gempa bumi kecil

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berkumpul di kawasan lapang di Taman Kinabalu, Kundasang, Sabah selepas berlaku gegaran kecil ketika mendengar taklimat di bangunan berhampiran, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Jun, 2015.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bergegas keluar meninggalkan bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah, ketika satu sesi taklimat tertutup, apabila gegaran kecil berlaku di kawasan tersebut.

Gegaran kira-kira jam 1.35 petang itu mengakibatkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut berlari keluar dari bangunan berkenaan.

Orang ramai yang berada dalam bangunan Restoran Liwagu, lokasi taklimat tersebut yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Sabah itu, turut bersegera keluar meninggalkan bangunan dan berkumpul di kawasan lapang.

Muhyiddin sebelum itu mendengar taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau pada pagi Jumaat.

Cerai DAP - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat tegoq Ahli jangan GOPOH..!!

Tahaluf siyasi: Ahli PAS tidak perlu bertindak gopoh

Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar 
pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan.

Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.

Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat".

Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.

Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".

Panas | PAS sudah Cerai tetapi masih nak tinggal serumah


Oleh ADHAM SHADAN dan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI



KUALA SELANGOR – Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang bersidang pada hari terakhir semalam agak tegang apabila dua perwakilan Pas mempersoalkan keputusan untuk tidak membahaskan usul Dewan Ulama yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mahfuz Omar sebelum sesi perbahasan usul bermula pagi semalam.

Perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd. Faiz Fadzil yang bangun selepas Mahfuz memaklumkan perkara itu berkata, usul Dewan Ulama tersebut telah menyatakan isu yang sensitif dan tak perlu dibahaskan oleh para perwakilan.

Guan Eng: Melayu lain akan isi kekosongan PAS

Kekosongan yang akan ditinggalkan oleh wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan terus diisi oleh orang Melayu.

Begitu janji ketua menterinya Lim Guan Eng selepas muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Kita mempunyai ramai lagi orang Melayu yang berkelayakan, justeru tiada masalah hendak isi kedudukan (dikosongkan),” kata Lim dalam sidang media di George Town hari ini.

“Jawatan itu akan kami isi dengan orang Melayu yang bukan daripada PAS, saya harap perkara ini jelas.”

PAS yang semakin kuat bila bersendirian

Irwan Muhammad Zain, Astro Awani | Kemas kini: Jun 07, 2015

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_35.jpg
Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?

KUALA LUMPUR: Seperti yang semua sudah ketahui, Muktamar Tahunan PAS ke-61 sudah pun berakhir semalam. Barisan kepimpinan baharu juga sudah memulakan tugas mereka sebaik saja muktamar berakhir. 'Dream Team' ulama kini menerajui PAS.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS menantikan corak kepimpinan pasukan 'cai' ulama ini. Tentulah ahli dan perwakilan PAS yang melaungkan takbir sekuat hati apabila mengetahui calon 'cai' ulama diumumkan menang, mahu melihat satu dimensi baru boleh dibawa oleh saf kepimpinan baharu.

Barisan kepimpinan baharu ini tentunya diharap dapat melakarkan sejarah baru bagi PAS. Parti Islam itu sudah berusia lebih 60 tahun, tentulah semua ahlinya mahu PAS melangkah ke hadapan.

Namun, Muktamar Tahunan PAS kali ini berakhir dengan satu persoalan yang membingungkan bukan hanya ahli parti itu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?

Apabila driver bawa juga bas lama tuu apa kata jom pie beli bas baru..?!?!?!?

MENYUSUN STRATEGI BERTINDAK PAS PASCA MUKTAMAR KE 61 KUALA SELANGOR


Muktamar (AG M) Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sedang berlangsung, tetapi saya memilih untuk membuat catatan ini menggunakan tajuk pasca, merujuk kepada pemilihan barisan kepemimpinan yang sudah diputuskan pada hari pertama persidangan.

Dalam tempoh lima tahun terakhir, jelas kelihatan kepimpinan Pas berpecah secara total kepada dua kumpulan, konservatif dan progresif. Konservatif adalah kumpulan yang cenderung untuk mengekalkan wajah, identiti dan keabsahan perjuangan Pas yang asal.

Kumpulan progresif pula ingin membuat modifikasi terhadap kaedah dan tatacara perjuangan mengikut keperluan semasa, tanpa meninggalkan fokus utama Pas iaitu dakwah dan siasah.

Menjelang muktamar tahun ini, blok pemecahan ini semakin ketara. Kepemimpinan di pelbagai peringkat seolah-olah hanya diberi dua pilihan, menyokong kami atau dilabel menentang kami.

Tiada indikator yang konkrit untuk menjustifikasikan kumpulan mana yang betul dan kumpulan mana yang salah, masing-masing ada ijtihad dan hujah masing-masing.

Antara UMNO, Mahathir, Najib, Anwar, PKR, Hj Hadi, PAS, Mat Sabu dan.....dot dot dot...!!!

ONCE THEY WERE GREAT LEADERS
Monier Mat Din, 

Bismillah hirroh maanirrohim


Hati saya tak dapat tahan, tapi nak juga mengulas isu politik semasa khususnya perbalahan politik semasa di kalangan bangsa Melayu Islam di Malaysia ini.

Bukannya apa, saya melihat semua yg terlibat ini - Dr Mahathir, Dato Najib, DSAI, TG Hj Hadi dan Abg Mat Sabu, adalah watak2 politikus Melayu Islam yg hebat-hebat belaka, punya karisma yg tersendiri.

Semuanya pernah memberi bekas dlm membentuk minda/fikrah politik diri saya sewaktu belia. Sayang, tokoh2 politik tanahair terulung, entah di mana silapnya berakhir dgn bercakaran sesama sendiri.

Ini kisah close encounter saya, seorang rakyat marhain, rakyat biasa dgn 5 watak hebat nie, saya cuma nak tulis yg baik2 saja psl mereka, yg buruk2 ramai dah org tulis.

1. Tun Mahathir (zaman kami dulu2 selesa panggil Dr Mahathir)

Sejak di bangku sekolah lagi saya adalah pemuja setia Dr Mahathir. Mungkin tak ramai org yg mcm saya, buku DILEMMA MELAYU karangan Dr Mahathir saya khatam dua kali, satu dlm BM dan satu lagi dlm Bahasa Inggeris, punya la taksub dgn Dr M.

Ingat lagi, waktu saya jadi President Persatuan Pelajar Msia di sebuah Univ di Amerika, waktu tu juga Dr Mahathir (PM) dimasukkan ke hospital serangan jantung, kelam kabut saya dari Amerika nu menggunakan nama sbgai president pelajar tanpa merujuk kpd AJK terlebih dahulu hantar surat ke pejabat PM mendoakan beliau sihat segera, punya la taksub.

Usul PAS tolak DAP : Antara HUKUM & CARI MAKAN, adakah ULAMAK PAS akan U-Turn

Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti...


Ulama terkejut Guan Eng alu-alukan wakil PAS letak jawatan

Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Umno tidak seburuk ‘Firaun’, kata presiden PAS

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan antara partinya dan Umno, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu.

Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

“Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

“Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya,” katanya.

Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Adakah MAJLUS SYURA ULAMAK PAS akan 'bercium' semula dengan DAP..??


Muktamar Pas
KUALA SELANGOR - Selepas usul tergempar Dewan Ulama yang mahukan Pas memutuskan hubungan dengan DAP menjadi tumpuan beberapa hari, tumpuan beralih pula kepada apakah keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Majlis Syura untuk menentukan dasar dan hala tuju parti itu.

Sama ada Pas akan memutuskan hubungannya dengan DAP atau ia sekadar retorik politik demi meyakinkan perwakilan, segalanya terletak di tangan Majlis Syura untuk menentukan.

Sudah pastinya, kesan daripada keputusan Majlis Syura itu akan memberi impak besar khususnya terhadap pentadbiran pakatan pembangkang terutamanya di
Selangor.
  
Usul daripada cabang kanan Pas itu diterima tanpa bahas di Muktamar Tahunan Pas ke-61, telah menjadi usul terpanas kerana membabitkan masa depan Pas termasuk dalam soal kuasa politik parti itu.
  
Dewan Ulama pada Rabu sebulat suara meluluskan usul yang mahu Pas memutuskan hubungan dengan DAP, dan kekal dalam pakatan pembangkang.  

Putuskan Hubungan dengan DAP, Keputusan belum muktamad - SU Agung PAS


mustafa ali 
  Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR - Keputusan Dewan Ulama Pas Pusat yang sebulat suara memutuskan hubungan dengan DAP bukannya sesuatu yang muktamad.

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil menegaskan walaupun usul itu mahu dibahaskan dalam Muktamar Pas Pusat kali ini, namun ia bukan keputusan rasmi parti.

"Usul ulama itu tak payah bincang dan usul itu diiserahkan kepada Majlis Syura Ulama, memang betul dia batalkan kerjasama DAP, tapi belum muktamad.

"Kalau bincang hari ini pun, kita tak keluar (keputusan), kerana ada masalah hukum yang perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama," katanya berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Ayuh menyumbang...kos pembedahan diperlukan lagi untuk adik kecil ini..!!

Sumbangan kos bedah sudah cecah RM15,000

Sumbangan kos bedah sudah cecah RM15,000  
Putri Zahra Irina kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
KANGAR - Peluang seorang bayi menjalani pembedahan jantung berlubang semakin cerah apabila semakin ramai yang menghulurkan sumbangan.

Sehingga kini, dana sumbangan untuk menampung kos pembedahan Putri Zahra Irina Kamarul Alif, 3 bulan, mencecah RM15,000.

Bapanya, Kamarul Alif Jamil, 25, berkata, ramai pembaca Sinar Harian menghubunginya untuk menghulurkan bantuan setelah kisah anaknya disiarkan 25 Mei lalu.

“Alhamdulillah, ada yang masukkan duit ke dalam akaun bank dan ada yang menghubungi saya terlebih dahulu, malah, Jabatan Zakat negeri turut beri bantuan RM6,000 untuk rawatan anak.

“Lebih menggembirakan hospital swasta di Pulau Pinang yang akan melakukan pembedahan nanti turut menampung kos pembedahan anak saya,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...