TERKINI :

Saturday, June 6, 2015

Drwan Ulamak terkejutlah pula bila disuruh letak jawatan dalam kerajaan negeri

Ulama terkejut Guan Eng alu-alukan wakil PAS letak jawatan

Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.

"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu.

"Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya.

Hari ini, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tanda patuh kepada keputusan ulama.

Beliau akan meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub. – 6 Jun, 2015.

Usul Dewan Ulama tak jejas PAS Selangor

Walaupun kerajaan Pulau Pinang meminta supaya ahli PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perkara itu tidak akan terjadi di Selangor.

Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan pentadbiran negeri itu akan berjalan seperti biasa memandangkan perkara yang dibawa oleh Dewan Ulama hanya sekadar usul dan ia belum diputuskan oleh Majlis Syura.

"Selangor akan berjalan seperti biasa. Seperti saya katakan, usul itu hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, Jadi tak bermakna usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.

"Maknanya usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan," katanya yang baru saja memenangi jawatan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan, di Selangor tidak sebarang masalah dihadapi ekoran usul dibawa - dan tidak dibahaskan - oleh Dewan Ulama semalam.

Bercakap kepada media selepas muktamar di Kuala Selangor itu berakhir, Iskandar berkata, kerja pemimpin PAS akan diteruskan seperti biasa di Selangor.

"Kita akan teruskan kerja kita sebab ada tanggungjawab kepada rakyat. Rakyat dah pilih kita atas nama Pakatan Rakyat, bermakna kalau kita berhenti atau membiarkan isu ini, ia akan mengganggu kita dan harapan rakyat telah kita khianati," katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

Malah, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berhasrat untuk melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran, soal penyokong bukan Islam PAS


Kepimpinan ulama PAS dikritik seorang bukan Islam hari ini kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan memfitnah dan melabel satu sama lain yang berterusan sejak sekian lama dalam parti.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam berkata, pihaknya pada mulanya menyertai PAS kerana mengharapkan sesuatu yang lebih harmoni dengan ajaran Islam.

Namun, katanya, mereka terpinga-pinga dan terkejut dengan suasana fitnah-memfitnah dan aktiviti label-melabel yang berlaku dalam PAS.

"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.

"Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor. – 6 Jun, 2015.

Mat Sabu lepas jawatan di PP 'demi taat ulama'

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

"Kalau saya tak ikut, mereka mungkin kata saya tak taat kepada ulama," katanya ketika menyampaikan ucapan sarat dengan sindiran di sesi penggulungan muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

Sementara itu, Mohamad mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak ekoran kekalahannya dalam pemilihan kali ini.

Kata Mohamad, jawatan berkenaan sebelum ini diberikan atas kapasitinya sebagai timbalan presiden.

Katanya, beliau akan menghadapi kesukaran jika diminta mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang negeri berkenaan.

Di peringkat Sarawak, DAP sudah memutuskan hubungannya dengan PAS sejak Mac lalu.

Dalam nada sinis, Mohamad berkata, PAS memang 'boleh berunding' kerana kini bersendirian.

"Kita kuatkan...? Kita tidak mahu tolak ansur, yang penting keredaan Allah. Kita mencari keredaan, inilah kemenangan," katanya.

Sarawak perlu mengadakan pilihan raya umum negeri itu sebelum April tahun depan.

Masa depan Pakatan bergelora dengan wajah baharu PAS

Barisan kepimpinan baharu PAS kini dikuasai mereka yang pro presiden, satu keadaan yang dianggap akan menyukarkan hubungan parti itu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Jun, 2015.

Ia ibarat satu perkahwinan yang beracun, demikian gambaran yang diberi seorang ahli PAS menyifatkan keadaan Pakatan Rakyat (PR) apabila barisan kepimpinan baharu PAS kini dikuasai sepenuhnya mereka yang pro presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kamu mahu kekal berkahwin, tetapi apa yang kamu lakukan sepanjang masa ialah bergaduh dan memukul pasangan kamu. Apa gunanya?" kata ahli PAS Selangor itu.

Beliau menggambarkan bagaimana PAS ingin terus kekal dalam PR tetapi tetap berkelahi dengan sekutunya berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan pilihan raya kerajaan tempatan, serta pemilihan menteri besar Selangor.

Tetapi, seperti perkahwinan lain sebegini, sekutu PAS dalam PR tidak mampu mengangkat kaki begitu saja tanpa berdepan akibat buruk.

Perpecahan PR akan turut menumbangkan kerajaan PR Selangor, yang selama ini diusahakan gabungan itu sebagai contoh paling hampir bagaimana ia akan mentadbir Putrajaya.

Itu bukan salah kita pihak luar punya pasal kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan 'pihak lain' di luar parti itu yang menyebabkan sesetengah pemimpinnya kalah dalam pemilihan semalam.

"Kita tak kempen (dalam) pemilihan orang (parti lain), (tetapi) orang tolong kempen pemilihan kita, disiarkan oleh media.

"Kesian rakan kita yang menjadi mangsa. Tidak ada pemimpin kita yang tolak hukum syariat. Kalau tidak, dia tak boleh jadi ahli PAS," katanya dalam ucapan penggulungan di Kuala Selangor hari ini.

Menurut Abdul Hadi, 'rakan' dalam Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sehingga menyebabkan imej sesetengah pemimpin PAS tercalar.

"Itu bukan salah kita, salah rakan kita," katanya

Nik Aziz beri petua anggap macam tunggul kayu


Nik Abduh Nik Abdul Aziz  
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA SELANGOR - ‎"Saya pernah tanya ayah saya (Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat), macam mana nak bercakap di hadapan orang ramai. Mudah sahaja pesanannya, dia (Nik Aziz) cakap anggap sahaja orang yang di hadapan kita macam tunggul kayu," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ucapannya pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor mengundang ketawa seluruh perwakilan di sini, hari ini.

Mengakui sedikit 'malu' untuk bersuara dihadapan orang ramai, beliau melahirkan rasa hairannya berhubung pelantikan yang diamanahkan kepadanya.

"Saya tidak tahu kenapa saya dilantik sebagai Ketua Pemuda. Pemimpin Ketua Pemuda ini biasanya dipilih oleh mereka yang 'lantang' bersuara.

"... Nasihat ayah saya adalah nasihat yang ringkas, tetapi amat berguna," katanya.

Bagaimana "chai" tentukan pemimpin dalam PAS

– Mohamad Ridhuan


Tiada apa yang paling hangat dalam Muktamar PAS 2015 melainkan kekalahan teruk geng profesional kepada geng ulama. Faktor utama kekalahan geng profesional ini adalah disebabkan wujudnya 'chai' yang membutakan akal budi para perwakilan.

Analisa daripada undi yang dipaparkan JK Pemilihan Muktamar menunjukkan ulama yang tidak mendapat tempat di dalam 'chai' akan kalah manakala calon yang tidak pernah dikenali sebelum ini akan menang dengan undi yang besar jika nama mereka dimasukkan di dalam 'chai'.

Sebagai contohnya, dalam pengundian Dewan Pemuda, calon Muhtar Suhaili dipilih sebagai Exco Pemuda PAS dan memperolehi undi sebanyak 362 undi tetapi dalam pengundian PAS Pusat beliau hanya mendapat 49 undi kerana namanya tidak berada dalam 'chai'.

Nuridah Salleh, memperolehi undi sebanyak 359 undi dalam pemilihan Ketua Dewan Muslimat sehingga berjaya mengalahkan penyandangnya, YB Siti Zailah Mohd Yusoff tetapi hanya mampu mendapat 119 undi bagi pemilihan PAS Pusat. Jika dibandingkan dengan YB Siti Mariah Mahmud, ternyata undi yang diperolehi YB Siti Mariah sebanyak 376 undi bagi pemilihan PAS Pusat, jauh meninggalkan jumlah undi yang diperolehi Nuridah Salleh. Manakala, Dr Rosni Adam mendapat 414 undi berbanding YB Siti Mariah Mahmud yang mendapat 274 undi di dalam pemilihan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, tetapi dalam pemilihan PAS Pusat memperolehi 590 undi berbanding Ketuanya, Nuridah Salleh yang hanya mendapat 119 undi. Secara logiknya, tiidak mungkin seorang timbalan lebih popular daripada seorang ketua.

Perwakilan bimbang Hadi dianggap guna kuasa veto putus hubungan dengan DAP

Perwakilan muktamar PAS terus menyatakan bantahan terhadap usul yang diluluskan tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, apabila seorang perwakilan menyuarakan kekhuatirannya keputusan itu mungkin menimbulkan persepsi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan kuasa vetonya.

Perwakilan PAS kawasan Marang itu, Mohd Nor Hamzah, secara tiba-tiba tanpa memperkenalkan dirinya, tampil ke hadapan mencelah perbahasan usul dan mempersoalkan ketetapan yang dibuat pengerusi jawatankuasa usul.

"Saya rasa ketetapan yang dibuat pengerusi jawatankuasa usul akan menimbulkan persepsi yang presiden dan timbalan mursyidul am menggunakan kuasa veto dalam menerima usul ini," katanya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini.

Timbalan pengerusi Hussin Ismail cuba menghentikan ucapan Nor memandangkan sesi perbahasan sudah selesai, namun seorang lagi perwakilan daripada Sabah tiba-tiba mencelah dan mendesak usul itu dibincangkan dalam muktamar segera.

"Persoalan ini penting. Jangan sampai ulama dipersalahkan dalam memutuskan hubungan dengan DAP. Ini perkara penting jangan main-main," katanya.

Hanipa sebak bila berucap wakil Lajnah Guaman PAS

 
Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin menitiskan air mata ketika mengenangkan bantuan pernah diberikan kepadanya oleh salah seorang kakitangan ibu pejabat parti itu, Syed Mohamad Syed Hassan.

"Selepas pilihan raya umum 2004, selama dua minggu kami peguam PAS berkurung dalam sebuah bilik di Taman Melewar (untuk menyediakan petisyen pilihan raya).

"Apa yang ramai tak tahu, orang yang banyak membantu kami ialah Allahyarham Syed Mohamad.

"Beliau membawakan kopi untuk kami pada waktu malam," katanya sebelum terhenti selama kira-kira seminit dan kelihat menangis teresak-esak.

'Jangan buat keputusan di WhatsApp'

Tidak semua perwakilan di Muktamar PAS menerima baik usul Dewan Ulama  yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah, perwakilan dari Kota Raja, Selangor, Norhalim Sirome mencadangkan supaya satu muktamar khas dibuat bagi membahas usul tersebut memandangkan tidak mudah untuk para pimpinan membuat keputusan berhubung usul berkenaan.

"Kita tak boleh ambil mudah perkara itu sebab seperti yang diucapkan oleh perwakilan Selangor sebelum ini, bercerai memang senang tetapi akibat selepas cerai itu yang penting. Perkara ini tak boleh jumpa dua tiga minit dan kemudian buat keputusan.

"Kita bermuktamar dan kita ada hak. Keputusan ini keputusan muktamar maka inilah tempat untuk kita berbincang. Bukan di WhatsApp, di Facebook tetapi di sini kita bincang. Saya setuju kalau usul itu di bawa ke satu muktamar khas. Bukan mudah untuk memutuskan hubungan.

Pujilah Presiden kita sama, beliau pun MP yang hebat - Perwakilan Kulim

Tak boleh tak puji Hadi

 
Muktamar PAS memasuki hari terakhirnya hari ini tetapi 'kehangatan' pertembungan dua jalur dalam parti itu belum nampak petanda akan reda.

Perwakilan Rembau, Muhammad Faiz Fadzil sendiri ditegur kerana ucapannya ketika membahaskan usul pembentukan jawatankuasa pemantau pencapaian wakil rakyat tidak menyebut nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dipuji.

Perwakilan Kulim - Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh berkata Muhammad Faiz sering memuji sesetengah anggota parlimen PAS kerana tidak poteng dalam sidang di Dewan Rakyat.

Ust Hasrizal - Tolong Buat Parti Baru !

BUAT PARTI BAHARU TETAPI BUKAN JEMAAH BAHARU GANTIKAN PAS, TEGAS USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL


Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'. Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan (PPI). Islam adalah pada identiti ahli dan calon.

Pakatan Rakyat: 1. PKR = keadilan 2. PPI = ihsan 3. DAP = demokratik. DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman.

PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan.

Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud". Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat. Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu.

Mat Sabu umum meletakan segala jawatan dalam PBAPP milik kerajaan negeri P.Pinang

Pengumuman ini berdasar daripada keputusan Muktamar menerima memutuskan hubungan dengan DAP.. Jadi beliau memulakan dengan meletak jawatan dalam PBA yang di pegang oleh beliau.

PP tak sabar tunggu peletakan jawatan PAS dalam kerajaan negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.

Kata Lim, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.

"Peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, beliau menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, individu yang mewakili PAS terbabit perlu melepaskan jawatan masing-masing atas alasan etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila Muktamar PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Walau kalah, kami akan semak imbang PAS, kata Dr Dzul


Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS. 

Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka. Justeru merek tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka. 

"Saya kira tidak begitu, kita pilih sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk.. 

Video | Perwakilan muktamar bantah usul tanpa bahas putus hubungan dengan DAP


Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.
Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil bangkit persoal keputusan usul putus hubungan dengan DAP yang dibuat tanpa dibahas di Muktamar Tahunan ke-61, di Kuala Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.

Hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor pagi ini bermula panas apabila perwakilan membantah usul memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, pada masa sama kekal dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang diterima tanpa bahas semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar ketika mengumumkannya menganggap usul itu sebagai 'sensitif' namun mempertahankan keputusan itu tidak dibuat secara keseorangan tetapi dipersetujui beberapa pemimpin tertinggi.

Perwakilan dari Rembau, Mohammad Faiz Fadzil kemudian bangkit mempersoalkan keputusan usul itu yang dibuat tanpa memberi peluang kepada perwakilan untuk membahaskannya.

"Kenapa tak perlu dibahas isu sensitif sedangkan ini hala tuju PAS. Bagaimana kita nak jawab dengan ahli?

"Jangan nak bercerai tapi serumah. Ini satu pakatan tempang.

PAS Lulus 3 Usul Tanpa Bahas


KUALA SELANGOR, 6 Jun - Enam usul dikemukakan pada Muktamar Tahunan kali ke-61, tiga daripadanya diterima tanpa bahas.

Tiga usul yang diluluskan tanpa bahas adalah PAS akan meneruskan prinsip tahaluf siyasi yang menjadi teras bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam PR.

Usul yang dikemukan Dewan Ulama PAS Pusat dan PAS Kawasan Tumpat itu walaubagaimanapun ada tuntutan dan gesaan yang perlu dipersetujui bersama untuk meneruskan tahaluf siyasi yang dimeterai sejak 2008 lalu.

Usul kedua mengenai Enakmen Kanun Jenayah (II) Kelantan yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kumpulan "JEBON" yang playsafe?

Kumpulan progresif yang playsafe? 
Oleh Veteran PAS

Saya hormati pilihan majoriti besar perwakilan PAS yang menolak calon yang dilihat tidak bersama Presiden. Itu hak mereka. Tahniah. Hebat sekali apabila semua calon dalam senarai yang disahkan Dewan Ulamak terpilih, tanda keputusan ulamak tidak akan dibantah ahli PAS yang taat, WALAK dan setia.

Penolakan kepada Ustaz Ahmad Awang sudah dijangka. Begitu juga dengan jumlah undi yang diperolehi. Yang hairannya, bukan kerana Mat Sabu kalah kepada Tuan Ibrahim, tapi macamana undi yang cukup kecil. Mat Sabu tidak lebih seperti Ghafar Baba kepada orang zumno pada 1993 bila dicabar oleh Anwar Ibrahim.

Perwakilan PAS sepakat menolak kumpulan Erdogan atau yang dilihat grup progresif. Mazlan Aliman yang menang keseorangan iitu pun disebabkan seorang calon proulamak, Nuridah Salleh sudapun dipilih Ketua Muslimat. Ahli PAS tidak mahu Haji Hadi diganggu dalam usaha mengemudi bahtera PAS, bersama Haron Din.

Hasil kerjasama Pakatan ,PAS dengan Dap di Pulau Pinang ?

Dato' Mursyidul Am berkata "kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat bukan janji tetapi sekadar kerjasama politik untuk mencapai kebaikan (tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah). Jika tahaluf atau kerjasama itu tidak memberikan sebarang kebaikan malah lebih memberikan kemudharatan, faham-faham saja lah....."

Tahaluf yang diputuskan ialah sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah. Kalau ada maslahah (kebaikan) kita pakai, jika berlakunya mafsadah (keburukan) kita tinggal.

Aku cuma nak tanya :

1) Siapa yang menentukan kebaikan dan keburukan?

2) Kebaikan dan keburukan itu berkaitan apa?

PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Hasil kerjasama itu, PAS yang mempunyai 1 kerusi di Pulau Pinang mempunyai pelbagai kuasa. PAS memegang Lembaga Zakat, boleh berkuasa di Majlis Agama Islam, boleh menguasai Masjid-masjid dan surau-surau di Pulau Pinang, boleh berkuliah, berdakwah dengan selesa di Pulau Pinang. Bukan sahaja jawatan malah mendapat gaji, elaun dan faedah-faedah kewangan. DAP di Pulau Pinang tidak pernah mengekang Islam yang dibawa oleh PAS.

Apa keburukan yang diperolehi oleh PAS di Pulau Pinang?

Antara gugurnya Khalid Al Walid & mereka yang dikatakan 'jebon' dalam PAS

Shamsul Effendey

http://3.bp.blogspot.com/-snOiJrOup9Q/VGfSUTeyx0I/AAAAAAAA2wE/x9e5lK8NHUg/s1600/JEBOM.PNG 

Mereka menyamakan isu tergugurnya sebahagian pemimpin Pas yg lantang dlm muktamar itu dgn sirahnya Khalid Al Walid ra lantas meminta mereka yg trgugur meniru akhlaq Khalid Al Walid ra. Malangnya adakah mereka ingin mengatakan pengguguran Khalid Al Walid sebagai panglima perang oleh khalifah Umar Al Farouq ra ketika itu sama keadaanya dgn mereka yg trgugur dlm muktamar ketika ini?

Sedangkan apa yg aku faham hasil dr pembelajaran aku sebenarnya Khalifah Umar Al Farouq ra mengambil keputusan menggugurkan Khalid Al Walid ra disebabkan kerisauannya ke atas sikap mereka yg ketika itu yg dilihat berlebih-lebihan mendewakan kehebatan Khalid Al Walid ra memimpin pasukan tentera Islam memenangi peperangan demi peperangan yg dilalui.

San Miguel dok ngorat 1MDB pulak...tentu anda kenal syarikat siapa tu..??

Syarikat Filipina, San Miguel minat aset tenaga 1MDB

Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015.
Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015.

Konglomerat Filipina San Miguel Corp berminat untuk memperoleh aset tenaga dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata seorang eksekutif syarikat pada Jumaat.

San Miguel akan menilai urus niaga itu jika aset tenaga ditawarkan kepada mereka, Presiden San Miguel Ramon Ang berkata menerusi sistem pesanan ringkas.

1MDB merancang menjual 80% daripada perniagaan tenaganya Edra Energy Bhd melalui penyenaraian pasaran saham, menurut tiga sumber yang mempunyai maklumat langsung memberitahu Reuters.

Bloomberg pada Jumaat melaporkan syarikat Acwa Power International berpangkalan di Arab Saudi dan San Miguel adalah antara pihak yang menyuarakan minat terhadap aset tenaga 1MDB.

Dunia Sedang Berputar - Mahathir Sedang Merasai Apa Yang Telah Beliau Lakukan Pada Anwar

RINTIHAN TUN MAHATHIR MUNGKIN SAMA DENGAN RINTIHN ANWAR


Tun Mahathir dalam artikelnya berjodol, ‘Legacy’ bertarikh 5 Jun 2015 telah mencurahkan kekecewaannya terhadap sikap seorang ‘rakan baik’ pada suatu ketika dahulu yang kini telah menjadi ‘musuh’ yang berusaha untuk memburuk-burukan peribadi beliau demi untuk menghancur-luluhkan ‘legacy’ beliau.

Kata Tun Mahathir, “He kept on urging me not to “attack” the PM. I explained why I am doing so. But he persisted in urging me to desist from my efforts at questioning the leadership regarding the current financial scandal…..He warned that if I continue I would lose my legacy. I told him what people think of my legacy, if there is any, is not important. I am concerned at what is happening in the country. Our good reputation is being eroded”

Rakyat Malysia bertuah dapat memiliki seorang pemimpin yang bersikap seperti Tun Mahahir. Sudah tidak ramai pemimpin kita kini yang bersikap demikian. Lihat sahajalah apa yang berlaku di hadapan mata kita kini bagaiman sikap dan tindakan yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin kita yang sepatutnya mempertahankan rakyat tetapi sebaliknya menyembunykan sesuatu dari pengetahuan rakyat. Rakyat umum dilihat sebagai musuh mereka. Semacam mereka lebih mementingkan ‘perut’ sendiri dari mementingkan kepentingan rakyat yang diwakili mereka.

Apabila Khairy berleter seperti pembangkang

Oleh Salhan K Ahmad

http://mk-cdn.mkini.net/853/fbac745f434b5a9c922dd80111ec8c0d.jpg
Semalam, Pemuda Umno mula melangkah masuk gelanggang untuk menduga isu jualan tanah 1Malaysia Development Berhad kepada Tabung Haji – kumpulan wang amanah untuk orang rasmai menunaikan haji di Makkah.

Kenyataan dikeluarkan Pemuda Umno semalam adalah acahan untuk Kementerian Kewangan yang kini dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi jawapan berhubung penjualan dengan harga RM190 juta itu.

Pergerakan itu turut meminta Tabung Haji memberi penjelasan lanjut. Kenyataan itu diedarkan kepada media dan turut ditepek di laman Facebook Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Perlu diingat, kumpulan Pemuda Umno itu jugalah yang bersungguh-sungguh mengusung Najib dalam satu pertemuan pada pertengahan bulan lalu sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri.

Khairy Jamaluddin ini menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Najib pula presiden parti. Pengerusi Lembaga Tabung Haji adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, seorang ahli majlis tertinggi parti.

Apa sudah jadi dengan Umno sehingga persoalan mudah seperti inipun tidak boleh ditanya mengikut saluran dalaman atau melalui Kabinet?

Jika pro-Pakatan & pro-Ulamak berpandangan jauh demi perjuangan PAS & ISLAM

PANDANGLAH DENGAN PANDANGAN YANG PELBAGAI
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Satu pihak sering gambarkan golongan pro-Pakatan sebagai jebon, liberalis, pluralis, hina ulamak, tak wala, munafiq haraki, kurang ajar dan sebagainya. Hatta selepas selesai muktamar, masih kedengaran bunyi-bunyi ini.

2) Satu pihak lagi pula sering gambarkan pro-Ulamak sebagai puak UG, lebai bebal, kolot, konservatif, walaun, pro-Umno, tak mesra rakyat, malas bekerja utk rakyat, taksub dan sebagainya. Juga masih kedengaran bunyi-bunyi ini.

3) Satu pihak lain pula inginkan kedua-dua pihak tersebut kembali menjernihkan keadaan. Namun perjalanan masih jauh. Bara masih merah. Luka masih berdarah.

4) Satu pihak lain daripada yang lain pula, tidak suka kedua-dua pihak bertelagah dan merosakkan ukhuwwah. Pihak ini lebih mengambil pendekatan menghentam kedua-dua pihak yang tidak mahu bertolak ansur tersebut.

Tonik Pas untuk laksanakan hudud

Muktamar Pas
1 / 1
KUALA SELANGOR - Kemenangan besar golongan proulama dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 dilihat menjadi 'tonik' kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berjaya mempertahankan jawatan Presiden Pas, dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan muktamar itu, menekankan kerajaan Kelantan wajib mengusahakan pelaksanaan hukum Islam itu kerana desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam.

Pas melalui Abdul Hadi kini berusaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Muktamar berkenaan turut menjadi medan kepada beberapa perwakilan untuk menyelar DAP, PKR dan kalangan pemimpin Pas yang sealiran dengan DAP yang berterusan menentang usaha Pas itu.

Apabila Najib jadi Pahlawan Taik Kucing

Sehari sebelum program

kikikikik....PAHLAWAN TAIK KUCING :D#Pahlawan

Posted by KedahLanie on Friday, 5 June 2015

Apabila #Najib dilabel pengecut

‘Beliau akan dilabel pengecut’

‘Beliau akan dilabel pengecut’  
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada peserta-peserta sebelum beredar dari Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini selepas Dialog Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Badan-badan Bukan Kerajaan dibatalkan atas faktor keselamatan. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri Program Dialog Bersama PM hampa apabila program tersebut dibatalkan saat akhir.

Seawal jam 8 pagi, peserta mendaftarkan diri di kaunter sebelum pintu dewan Tun Hussin Onn, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) yang dikawal anggota Rela.

Tidak lama kemudian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twiternya memaklumkan program itu dibatalkan atas faktor keselamatan.

Status Khalid itu kemudiannya tersebar di dalam dewan dan pengacara majlis, Fiza Shabjahan dan Saiful Nizam Ismail cuba menenangkan peserta yang hadir.

Pada jam 10 pagi, penganjur Pengerusi Sukarelawan Guaman, Datuk Khairul Anwar masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status program tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya dijadualkan tiba pada jam 9 pagi tidak kelihatan.

Kena terima hakikat.. dah kalah tu buatlah cara kalah..!!

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

http://1.bp.blogspot.com/-fdW0P-nvrPA/VJY4Xa7PMRI/AAAAAAAAFdQ/GzGDstykdgU/s1600/harimau_malaya_wallpaper_3_by_mirul-d63t3ip.jpg

KEKALAHAN kepada Vietnam dan Thailand dalam peringkat Kumpulan B pada Sukan Sea 2015, Singapura, membuktikan skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun negara (B-23) belum cukup bagus untuk menandingi kedua-dua pasukan itu di pentas temasya sukan tersebut.

Demikian pandangan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung prestasi skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee apabila semakin pasti tercicir slot untuk ke separuh akhir.

Menurut Hamidin, situasi itu perlu diterima walaupun pahit kerana memang jelas pasukan Vietnam dan Thailand lebih kuat daripada skuad negara ketika ini.

"Kita kena terima hakikat yang kedua-dua pasukan itu lebih kuat. Apa pun, kita akan melakukan post-mortem secepat mungkin dan mengkaji setiap kelemahan.

"Kita juga akan mengadakan mesyuarat pasukan untuk Sukan Sea 2017 awal bulan Julai ini di mana kita akan menjadi tuan rumah.

Kedah sedia bantu mangsa gempa bumi di Sabah

5 Jun 2015

http://3.bp.blogspot.com/-_rSeWd3JRPY/VXDtVhm7KpI/AAAAAAAAK4Q/VT_sKEh5HYg/s640/Untitled-1.jpg
ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah bersedia memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sabah sekiranya diperlukan, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau masih menunggu laporan terperinci mengenai kejadian gempa itu dan akan menyalurkan bantuan sekiranya perlu.

"Rakyat di Sabah tentunya dalam keadaan cemas, kami harap mereka tenang menghadapi keadaan ini dan apa juga yang boleh kami bantu insya-ALLAH kami akan salurkan kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi tadi di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu Kota Belud dan Kota Marudu. – Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...