TERKINI :

Friday, June 5, 2015

Aduhai NAJIB sampai TMJ pon 'uli' hang apa cerita..!!

 
Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempunyai telahan lain.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Semakan Malaysiakini lewat petang ini mendapati tulisan itu telah tiada di Facebook itu sekurang-kurangnya sejam.

Jawapannya Hanya Satu - NAJIB PENAKUT!!

Shahbudin Husin,


Apa pun alasan yang mahu digunakan mengenai pembatalan program Nothing2Hide di PWTC pagi tadi, jawapan yang paling tepat ialah Najib sah seorang yang penakut.

Kiranya beliau seorang yang berani dan berdarah Bugis asli, jawapannya juga cuma satu - hadir di forum tersebut sebagaimana yang sudah dipersetujuinya sebelum ini. Beliau seharusnya mencontohi sikap dan keberanian Tun Mahathir Mohamad yang sedia hadir walaupun hanya dijemput melalui saluran media sosial saja.

Tetapi yang jelasnya beliau bukan saja tidak berani untuk bertentang mata dan duduk sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad, bahkan juga tiada kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat, khususnya untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai 1MDB.

Jika beliau seorang yang benar-benar berani dan bersedia hadir di forum tersebut, tentu saja faktor keselamatan bukan perkara sukar bagi pihak polis menanganinya. Bukankah pasukan polis kita antara yang terbaik di dunia?

Pihak polis sebenarnya cukup kekuatan untuk mengawal keadaan di sebuah program yang sekadar berskala sederhana seperti itu. Apalah sangat susahnya untuk mengawal kehadiran yang hanya kehadirannya tidak sampai 5000 saja.

Mohon UMNO Pecat Ahmad Said Kerana Menghina Pahlawan Negara di twitter


Mazlan Aliman pertimbangkan lepas jawatan AJK PAS dimenangi


Tertinggal keseorangan dalam jawatankuasa PAS Pusat di kalangan kumpulan profesional, Mazlan Aliman menimbangkan sama ada kekal atau melepaskan jawatan itu.

"Saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan," kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Sungguh pun komitmen terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan diteruskan, kemelut dalaman PAS memberi kesan mendalam terhadap dirinya, kata Mazlan.

"Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

"Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban tewas dalam pemilihan.

"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya," katanya. – 5 Jun, 2015.

Muktamar PAS 61 - Putus hubungan dengan DAP

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP
Zikri Kamarulzaman & Abdul Rahim Sabri

Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

PKR ucap tahniah Hadi kekal presiden PAS





Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan PAS baharu yang dipilih untuk tempoh dua tahun akan datang.

Presiden PKR itu berkata, ucapan dasar Hadi sempena muktamar PAS semalam juga disambut baik dengan menegaskan istiqamah dalam perjuangan menentang kezaliman serta mengekalkan tahaluf siyasi yang terus menjadi teras bersama rakan seperjuangan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Bagi pihak PKR, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepada saf kepimpinan PAS yang dipilih bagi penggal baharu 2015-2017.

"Perjalanan kita masih jauh dan pelbagai cabaran, dugaan, mehnah dan fitnah politik jahat rekayasa musuh perlu kita tempuhi bersama dalam semangat persaudaraan dan kekeluargaan.

"Dengan berpegang kepada prinsip musyawarah serta Dasar Bersama PR, insya-Allah kita akan dapat menyelesaikan masalah dan akhirnya mengalahkan musuh politik utama kita yakni Umno-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS mahu ‘ajar’ DAP guna siku dan lutut

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Ucapan Nasruddin Hassan menerima sorakan daripada perwakilan  yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini. Beliau meminta agar DAP jangan mencabar kesabaran ahli PAS dengan terus berdegil mengkritik pemimpin dan perjuangan PAS.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Jun, 2015.
Ucapan Nasruddin Hassan menerima sorakan daripada perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini. Beliau meminta agar DAP jangan mencabar kesabaran ahli PAS dengan terus berdegil mengkritik pemimpin dan perjuangan PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Jun, 2015.

DAP sekali lagi diberi amaran Dewan Ulama agar menghormati perjuangan dan pemimpin PAS, dan mahu menggunakan siku dan lutut untuk memberi pengajaran kepada mereka jika masih terus berdegil, kata Nasruddin Hassan.

Perwakilan daripada Dewan UIlama itu berkata, DAP sebelum ini sudah berkali-kali ditegur beberapa pemimpin PAS termasuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Idris Ahmad, tetapi masih terus mengkritik parti itu.

Katanya, usul Dewan Ulama yang memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP tetapi masih mahu kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu tamparan dan berharap mereka sedar PAS tegas dengan pendiriannya.

"Kita rayu sungguh-sungguh jangan cabar kesabaran kami.

"Walaupun kami daripada Dewan Ulama rata-ratanya berkopiah dan berjubah namun dalam jubah kami masih ada siku dan lutut yang boleh digunakan," katanya dalam ucapan dasar presiden Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini. – 5 Jun, 2015.

Menang baru sehari Nik Abduh dah nak minum kopi dengan Pemuda DAP semula..!

Nik Abduh mahu minum kopi dengan Pemuda DAP, PKR

Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menghulurkan salam persahabatan kepada Pemuda DAP walaupun sayap ulama meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan dengan parti itu.

Menurutnya, beliau mahu menunaikan hasratnya untuk duduk bersama Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad serta meneruskan jalinan yang dimulakan bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.

"Saya ingat saya hendak sambung balik dengan Dapsy (Pemuda DAP), dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Saya pun sudah berjumpa ketua Pemuda Dapsy di Parlimen dan saya dah janji kalau saya menang saya akan minum kopi dengan beliau".

Mencari wira baru politik melayu

Oleh Tawfik Yaakub


Dua gergasi parti politik Melayu di Malaysia iaitu Umno dan PAS sedang menghadapi pergelutan dalaman yang berupaya menggoncang keharmonian dan hubungan dalam kalangan orang Melayu.

Masyarakat Malaysia hari ini secara umumnya menyedari perbalahan serius dalam Umno adalah melibatkan isu 1MDB, namun perpecahan dalam kalangan ahli PAS lebih serius apabila parti tersebut dihuni pelbagai latar belakang ahli seperti Syiah, Wahabi dan ahlul Sunah Wal Jamaah, golongan konservatif dan profesional, Pasma, Anwarinas, penyokong dan penolak kerjasama dengan DAP serta kumpulan yang pasif terhadap pelaksanaan undang-undang Hudud.

Kepelbagaian fahaman dan golongan Melayu daripada kedua-dua parti ini merupakan ruang kelemahan yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dipulihkan kecuali dengan kemunculan wira baru politik Melayu yang lengkap dengan nilai keMelayuan dan keIslaman.

Persoalannya siapakah tokoh tersebut pada hari ini yang mampu menjadi wira menyelamatkan orang Melayu? Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan ini adalah sukar ditemui, namun beberapa lontaran idea dan cadangan nama individu yang mampu “menjinakkan” kedua-dua parti boleh dipertimbangkan sebagai wira baru politik Melayu.

Pasal apa nak takut pada saya, soal Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebab untuk orang ramai takutkan beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke dialog terus terang "Nothing to Hide" berkaitan 1MDB di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.

“Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” katanya dalam sidang media selepas mengambil alih pentas acara itu.

Mahathir juga secara sinis memberitahu pemberita bahawa Najib mungkin mempunyai perkara penting lain berbanding bertemu rakyat.

“Saya rasa dia mungkin sibuk dengan kerja-kerja rasmi, yang lebih penting daripada berjumpa dengan rakyat,” katanya.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Hadir bergaya

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun pagi ini mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Atas sebab itu Najib tidak hadir dalam program yang kemungkinan besar mempertembungkan beliau dengan Mahathir, pengkritik utama pentadbirannya itu.

Mahathir pula hadir penuh bergaya selepas dispekulasi meluas akan berbuat demikian semalam.

Beliau malah sempat berucap ringkas kepada orang ramai di atas pentas sebelum diminta berhenti oleh polis dan diiring supaya beredar.

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat
PAS jatuh ke dalam budaya perjuangan yang telah dikuburkan oleh kepimpinan ulama sejak 1980an, iaitu perjuangan ‘Islam Melayu’ atau lebih mudah disebut di pihak Umno sebagai Ketuanan Melayu.

Pemimpin yang menang dalam Muktamar ke 61 terdiri daripada ustaz yang dikatakan amat kuat berpegang kepada Islam tetapi sebenarnya mereka lebih mengutamakan Melayu. Para ustaz ini, seperti kata pemikir PAS Dr Zuhdi tidak senang dengan DAP yang lebih memperjuangkan bukan Melayu.

Zuhdi dalam satu kenyataannya menyebut mengenai perjuangan Umno yang mengutamakan Melayu membolehkan parti itu menang majoriti mudah di parlimen. PAS sekiranya ingin menjadi parti memerintah perlulah mencontohi strategi Umno .

Perjuangan assabiyah

Kenyataan seperti itu sama sekali tidak selari dengan perjuangan tokoh besar PAS Nik Aziz Nik Mat yang sejak 1980an konsisten menyebut ‘Islam dulu baru Melayu’. Islam amat penting dan perjuangan Islam akan memastikan Melayu, Cina serta India mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Perjuangan Ketuanan Melayu sejak zaman Hadi Awang menjadi penceramah bebas di madrasah dan masjid di Terengganu telah difatwakan PAS sebagai assabiyah. Perjuangan mengutamakan Melayu dianggap sesat dan antara yang lantang menghentam kesesatan Umno ketika itu adalah Hadi sendiri.

Tidak tahu bagaimanakah pada usia senja ini Hadi boleh terpengaruh dengan pemikiran mentah Zuhdi yang masih hingusan dalam politik.

Perwakilan PAS bidas kumpulan bantu mangsa banjir Kelantan

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

"Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini.

Beliau turut menyalahkan "media baru" yang menyerlahkan usaha NGO itu sekali gus memberi gambaran buruk kepada kerajaan PAS Kelantan.

“Media baru memperlekehkan kita, seolah-olah kerajaan pasca Nik Aziz lemah dan tak boleh tangani bencana ni. Sepatutnya kita bekerjasama dengan jemaah kita untuk buktikan kita lebih baik daripada kerajaan BN,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, The Malaysian Insider melaporkan mengenai Impian Kelantan, projek pembinaan semula rumah dan kampung di Kelantan yang diusahakan DAP dan PAS, Pemuda DAP serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) selepas banjir teruk melanda negeri itu, Disember tahun lalu.

Dilancarkan pada 31 Januari lalu di Kota Baru, DAP sendiri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membangunkan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Antara penyokong utama projek itu di Pasir Tumboh adalah bekas calon PAS untuk kerusi Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menguruskan projek itu menerusi NGO Cakna UT.

Sementara, Impian Kelantan sendiri dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. – 5 Jun, 2015.

Ada perwakilan PAS di pemilihan kali ini wajib dipecat...

Putra Taulan added 5 new photos.

Aku tak kisah siapa pun yang menang dalam Muktamar PAS 61 di Kuala Selangor. Tapi perwakilan yang mengundi ni sepatutnya di pecat dari Parti PAS atas alasan-alasan berikut:-

1. Mereka tidak sepatutnya dilantik menjadi perwakilan atau menerima menjadi perwakilan sekiranya mereka tidak tahu siapa pimpinan yang mahu dipilih.

2. Adakah perwakilan PAS yang menggunakan chai ini orang yang bodoh sehingga tak kenal pimpinan dan tak boleh hafal list.

3. Kalaupun nak guna jugak, sembunyi-sembunyi la skit. Tak ke bodoh orang tengok perangai. Ni zaman semua ada kamera.

4. Mereka menyangka tindakan mereka ini tidak salah sedangkan tindakan mereka ini memberi gambaran buruk kepada parti.

Apa kata geng "JEBON" yang kalah pemilihan semalam...!!


Bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub meminta semua pihak supaya peluang kepada barisan kepimpinan baru yang menerajui parti.

"Saya rasa itu kita beri peluang kepada pemimpin yang baru kerana setiap pimpinan baru, mereka ada visi mereka dan pendekatan mereka yang mungkin lebih sesuai pada hari ini.

"Jadi saya rasa beri peluang kepada mereka untuk membuktikan. Itu adalah mandat yang telah jelas ditunjukkan oleh perwakilan kepada pimpinan baru," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada barisan kepimpinan baru PAS, yang dikawal penuh kumpulan proulama, bakal menjelaskan hubungan dalam Pakatan.

"Yang tentukan sama ada PAS terus bersama Pakatan bukan bergantung kepada siapa ulama atau bukan ulama.

"Bagi saya, keputusan muktamar itu dipatuhi dan tidak ada sebarang lagi keputusan baru tentang Pakatan.

"Saya rasa siapa pun yang dipilih akan memastikan bahawa PAS tetap bersama Pakatan," katanya.

Selain itu ditanya sama ada pemilihan kali ini "kotor" apabila wujudnya 'chai' di saat-saat akhir, beliau menafikan perkara itu.

"Tidak sampai kotor sebab mereka memilih pimpinan yang mereka mahu. Ini hak demokrasi dalam PAS," katanya.

Hatta 'pura-pura gembira'

Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa Pusat Dr Hatta Ramli pula berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi menganggotai kepimpinan parti itu.

Ini kerana, beliau berkata selaku ahli parlimen Kuala Krai beliau mempunyai tugas untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya yang terjejas akibat bencana banjir.

Selain itu, ketika ditanya sama ada dengan kepimpinan baru masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu akan menjauhi PAS, Hatta berharap agar perkara itu tidak berlaku dan meminta barisan jawatankuasa baru dapat meneruskan tugas merapatkan hubungan dengan golongan tersebut. 

"Kita harus terima keputusan tersebut. Walaupun ada rasa terkilan atau sedih, itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan. Yang penting, yang menang akan berusaha untuk perkuat parti, yang tak menang memberi sumbangan sewajarnya. Sumbangan tersebut tak terhenti hanya kerana tidak terpilih.

"Saya tetap ada dan masih mempunyai peranan di dalam parti sebagai ahli. Dan saya akan teruskan berkhidmat di kawasan saya di Kuala Krai yang teruk akibat banjir. Sebagai ahli politik, saya tak rasa ada masa untuk berehat terutamanya ketika menang dan juga kalah.

"Saya harap yang bukan Islam dan bukan Melayu akan tetap menerima kita (PAS) seperti sebelum ini dan saya harap jawatankuasa yang baru ini akan meneruskan kerja-kerja yang baik terutamanya dalam menghubungkan antara PAS dan bukan Islam serta bukan Melayu," katanya.

Sebelum memasuki sidang muktamar, Hatta secara berseloroh berkata, beliau juga perlu menunjukkan mukanya pada hari ini walaupun terpaksa berpura-pura gembira.

"Saya perlu tunjukkan muka saya di sana (muktamar) dan berpura-pura saya gembira," kata Hatta sambil ketawa.

Khalid Samad doa yang terbaik

Seorang lagi bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad pula berkata, beliau berharap agar barisan kepimpinan yang baru dapat membawa parti Islam itu ke satu peringkat baru yang lebih tinggi.

Malah, ketika ditanya sama ada barisan kepimpinan baru dapat merapatkan hubungan dengan kaum bukan Islam, ahli parlimen Shah Alam itu berkata beliau berharap supaya perkara tersebut dapat dilakukan oleh jawatankuasa yang baru. 

"Kami mengucapkan tahniah kepada yang menang, kami doakan yang terbaik untuk mereka dan harap dapat membawa parti ke tahap yang baru.

"Saya rasa mereka mampu melakukannya dengan baik. Itulah masalah dengan kepimpinan yang baru (masalah dengan golongan bukan Islam) dan perkara itu yang perlu mereka selesaikan. Bagi mereka peluanglah.

"Saya harap mereka dapat membawa PAS ke satu peringkat yang tinggi. Kami dah buat bahagian kami untuk bawak sampai ke peringkat ini," katanya.

Umno yang 'boo'?

Sementara itu, seorang lagi bekas jawatankuasa yang tidak terpilih Hanipa Maidin berkata, peluang perlu diberi kepada barisan kepimpinan yang baru untuk melaksanakan kerja mereka.

Selain itu, di tanya mengenai kejadian 'diboo' semalam, ahli parlimen Sepang itu berkata perbuatan itu kebiasaannya dibuat oleh Umno dan beliau khuatir sekiranya terdapat terdapat ahli Umno dalam muktamar tersebut.

"Saya bukan 'diboo' oleh perwakilan tetapi pemerhati. Mungkin ada ahli Umno di sana, kita tidak tahu," katanya berseloroh.

Hj. Hadi memperolehi barisan terbaik mengemudi PAS bersamanya jadi yang kalah jangan dok ganggu



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat pasukan beliau sepenuhnya dalam pemilihan PAS malam tadi dan pihak yang kalah dicadangkan supaya menolak tawaran jawatan lantikan, kata seorang perwakilan.

Shazni Munir Mohd Ithnin, perwakilan dari Sekijang berkata ini untuk memberikan peluang kepada Hadi dan pasukannya untuk menentukan hala tuju PAS.

"Kita berharap pemimpin yang kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima sebarang pelantikan," kata Shazni yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Sekijang.

Bekas pemimpin mahasiswa itu berkata, barisan pimpinan yang terpilih membayangkan semua yang tidak senang dengan cara Hadi memimpin PAS disingkirkan.

Apa yang berlaku dalam pemilihan semalam seperti disebut Hadi ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat tahun lalu.

"Jika nak jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi iman sendiri," kata Hadi ketika memberikan amaran kepada pengkritiknya.

Kini, apa yang dikehendaki presiden PAS itu menjadi realiti. Mereka yang dilihat tidak bersamanya disingkirkan malam tadi.


Hanya seorang saja daripada senarai pasukan profesional progresif kekal dalam pemilihan kali ini iaitu Mazlan Aliman. 

Gerakan fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tolak saman hudud


Gerakan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Gerakan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud.

Seorang daripada peguam yang mewakili Gerakan, Chai Ko Thing memberitahu pemberita notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Baru, Kelantan hari ini.

Pada 7 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kota Baru menolak permohonan Gerakan untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi juga membatalkan saman pemula Gerakan untuk mencabar perlembagaan kerajaan negeri Kelantan berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dipinda dan diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac lepas.

Pindaan itu untuk memasukkan perundangan bagi kesalahan jenayah seperti mencuri, merompak dan rogol yang merupakan sebahagian daripada senarai perundangan persekutuan dan dihukum di bawah undang-undang persekutuan.

Puncak Kinabalu terjejas, pendakian dibatal

http://1.bp.blogspot.com/-m6BVlqdTzFg/TpGufF493AI/AAAAAAAAAd0/y1PnENvGUgY/s1600/Donkey%2BEars%2BPeak%2B%25284054%2Bm%2529.JPG

Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini berikutan gempa bumi dan gegaran yang dialami, atas sebab keselamatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan arahan itu dalam akaun Twitternya.

"Batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh akibat gegaran itu," katanya.

Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.

 "Yang menyedihkan ikon Telinga Keldai di gunung itu turut rosak teruk, (kami) menunggu pengesahan," katanya dalam Tweet itu.

Masidi berkata para penyelamat dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu kerana terdapat laporan mengatakan ada pendaki yeng terkandas dan cedera berhampiran gunung itu.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau di Sabah pada pukul 7.15 pagi.

Menurut Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

- Bernama

Hadi: Golongan profesional banyak bantu Pas


Datuk Seri Abdul Hadi Awang  
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar dan perasmian pada Muktamar Tahunan Pas ke 61. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan wujud pemisah di antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua golongan tersebut sama-sama berganding bahu menubuhkan dan menggerakkan Pas sehingga hari ini.

“Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti. Sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti.

“Bahkan kita menerima siapa saja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam. Jangan ada dalam kalangan kita terperangkap dengan mainan musuh yang cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara ulama dan profesional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas ke-61, di sini, hari ini.

Tidak ada yang 'pelik' nya Bang Mat, berehatlah mereka taknak politik cara Bang Mat tuu..!

Mat Sabu hairan dapat jumlah undi 'pelik'

Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu berasa hairan dengan jumlah undi yang diperolehinya yang disifatkannya sebagai "pelik" sekalipun menerima keputusan kekalahannya.

Beliau yang lebih 30 tahun bergelumang dalam PAS tewas dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu semalam.

Beliau mendapat 279 undi manakala Tuan Ibrahim mendapat 881 undi. Pada pemilihan sebelum ini, beliau mendapat 588 undi, Manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan 490 undi.

Pemilihan kali ini menjadi panas apabila senarai 'chai' dikeluarkan oleh kumpulan prostatus quo kepada perwakilan sehingga memperlihatkan mereka menyapu bersih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti sehingga Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik," kata dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih "undi pelik" yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan "kehairanan" memandangkan beliau sedang bergegas memasuki Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ditanya rancangannya selepas kekalahannya selepas Muktamar PAS ke-61, Mohamad yang penah ditahan ISA berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

"Saya nak berehat sekejap," katanya ringkas.

Terkenang PAS masa lalu


Oleh Abd Shukur Harun

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pas_20112013_tminazirsufari_008.jpg
KETIKA warga PAS, para tetamu dan pemerhati sedang mengikuti Muktamar Tahunan PAS ke-61 selama tiga hari, ramai yang terkenang akan tiga tokoh utama pemimpin yang melakar sejarah parti itu.

Ketiga-tiganya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masih seperti terdengar dan terbayangkan kehadiran ketiga-tiga tokoh ternama PAS ini akan ucapan mereka, kata-kata lucu mereka dan pesan-pesan mereka. Semuanya kini menjadi mutiara yang amat berharga bukan saja untuk dikenang, tetapi juga dijadikan dorongan dalam mengekalkan semangat perjuangan di dalam PAS.

Walaupun Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa hanya menjadi Presiden PAS sekitar dua tahun lebih, tetapi Allahyarhamlah yang memimpin era peralihan menetapkan PAS di bawah kepimpinan ulama. Juga mencetuskan idea keterbukaan PAS, membina jambatan dengan orang di luar PAS, termasuk bukan Muslim, yang bermula dengan CCC (Chinese Consultative Council).

Kemudian di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, PAS memperkukuh lagi sikap keterbukaan dan toleransi PAS itu dengan bertahalluf siasi dengan Semangat 46 di mana dengan tahalluf siasi PAS/Semangat 46 itu dapat memerintah Kelantan pada tahun 1990 hingga kini.

Berhujah dalam PWTC pun Najib tak berani datang, kata pahlawan..!

Akhirnya pahlawan yang berdarah manis tak datang, yang tinggal hanyalah hadirin hadirat dan Tun M.

Dan Tun M nak berucap pun polis sudah halang... Apa punya pahlawan... Lawan dalam gelanggang sendiri pun iaitu PWTC pun pengecut..

Adakah zaman Nik Abduh adalah zaman Pemuda "Gocoh" bukan pemuda "Hujah"?

 

Kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras ancaman terhadap seorang wartawan portal berita dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam semalam.

Menurut GERAMM, tindakan akibat tidak puas hati terhadap laporan didakwa manipulasi itu, boleh dinyatakan dalam bentuk lain termasuk pemberitahuan langsung kepada agensi berkaitan.

“Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah.

“GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal,” kata perkumpulan longgar wartawan itu.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan bahawa wartawannya Mohd Farhan Darwis tegang selepas Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim mempertikaikan laporannya.

Polis suruh batal, Tun M dah datang Najib yang masih menghilang

Polis arah batal dialog PM bersama NGO

Polis telah mengarahkan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan NGO di PWTC hari ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan  Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter.

Catatat Twitter IGP itu muncul pada sekitar jam 8.55 pagi - kira-kira lima minit sebelum program itu djadualkan bermula.

Di PWTC, tidak ada tanda-tanda majlis itu dibatalkan dan kira-kira 1,500 orang sudah memenuhi dewan.

Pada masa laporan ini ditulis, Najib masih belum tiba, tetapi beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Tetapi yang paling penting ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah tiba.

Pada sekitar jam 10.20 pagi, pengacara majlis memberitahu hadirin bahawa pihak urusetia ingin meneruskan majlis itu tapi IGP batalkan.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih berunding dengan IGP dan meminta hadirin supaya bersabar.

Apa jadi selepas Hadi , Ulama sapu bersih PAS ...

OLEH ZULKIFLI SULONG

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PAS_61ST_040615_TMINAZIRSUFARI_28.jpg
Menjelang pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini, perwakilan parti itu diajak membawa pendekatan baharu dan menjadi trend perjuangan Islam di seluruh dunia, dengan mengasingkan parti politik daripada gerakan Islam.

Penganalisis menjangka pemilihan itu bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS.

Maka perwakilan disaran memilih antara memenangkan golongan profesional agar mereka boleh memimpin parti sepenuhnya, atau mengasingkan diri daripada pendekatan ulama yang ada dalam PAS sekarang dan membentuk parti baharu menyertai PKR, DAP dan gerakan sivil demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

Inilah pintu keluar yang perlu dipertimbangkan golongan profesional dalam PAS selepas Muktamar Tahunan ke-61 ini, kata Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim. "Model PAS sekarang sudah salah. Dulu okay lah, tetapi sekarang, dengan kita belajar dari Turki, Tunisia dan tempat-tempat lain, tidak boleh lagi gerakan Islam itu juga parti politik.

Budaya "chai" Ibarat kemenangan palsu - Ahmad Awang

 
Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Perancangan Suhaizan akan diteruskan – Nik Abduh

KUALA SELANGOR: Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru dipilih, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan agenda Pemuda yang ditinggalkan Suhaizan Kaiat.

Katanya, perancangan yang dibuat Ketua Pemuda yang lepas banyak kelebihan terutamanya dalam hubungan antara parti.

"Saya akan meneruskan agenda yang ditinggalkan Suhaizan sebelum ini.

"Banyak perancangan dan agenda yang baik telah dirangka, ia sepatutnya diteruskan terutamanya huhungan antara parti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Suhaizan telah melakukan beberap perubahan yang baik.

"Saya akan bincang dengan exco yang baru dipilih, buat masa ini saya belum lagi bertemu dengan mereka.

Mampukah usul Dewan Ulama diluluskan Muktamar?


ISU tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan rakan sekutunya DAP terus menjadi agenda penting pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 hari ini.

Semalam perkara yang sama turut dibangkitkan Dewan Ulama Pas yang kemudiannya mengusulkan supaya parti itu membatalkan kerjasama dengan DAP dan diluluskan sebulat suara di peringkat Dewan.

Dewan itu juga membuat ketetapan bahawa Pas hanya memutuskan hubungan dengan
DAP bukannya dengan Pakatan Rakyat (PR).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas ucapan dasar dan perasmian muktamar itu pagi ini menegaskan setiap cabang parti bebas membuat apa jua usul, namun ia bukanlah mencerminkan keputusan parti.

"Usul itu sekadar usul sahaja di peringkat dewan...bukan keputusan. Ia (usul) akan dibahaskan dan muktamar (tahunan Pas) akan menentukan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya menegaskan bahawa Pas akan meneruskan tahaluf siyasi bersama PR.

Dengan pendirian itu, persoalannya, masih berpeluangkah usul Dewan Ulama untuk dibahaskan dan diluluskan?

Usul putus dengan DAP masih di peringkat cadangan, kata Hadi


Usul Dewan Ulama untuk membatalkan kerjasama dengan DAP baru di peringkat cadangan dan akan diputuskan perwakilan Muktamar PAS ke-61, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung Dewan Ulama semalam yang sebulat suara meluluskan usul tergempar dibawa Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik untuk membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama DAP.

"Itu belum lagi satu keputusan. Muktamar PAS Pusat belum tentukan apa-apa. Yang disebut sebelum ini usul saja," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini.

Menurut Hadi, beliau memahami usul itu dibuat sayap ulama dalam kerangka PAS sebagai sebuah parti demokratik.

Ketua Dewan Ulama Pahang Mokhtar Senik semalam mahu PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tetapi masih kekal bersama PKR dalam PR.

Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 5.9 Richter

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. 

Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. 

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. 

Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280

Kumpulan ulama sapu bersih jawatan pusat


Muktamar Pas

KUALA SELANGOR - Akhirnya, perwakilan Muktamar Tahunan Pas 2015, membawa 'suara' ahlinya yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.

Majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 68, menang jawatan presiden parti bagi penggal 2015-2017, sekali gus melakar rekod peneraju paling lama berbanding tiga lagi bekas presiden sebelum ini.

Penyandang tiga penggal jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Hadi sebelum ini, turut ditolak perwakilan.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tokoh ulamak dalam Pas, yang bertanding menentang Mohamad Sabu, dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu.

Pencarian MH370 diperluas hingga 120,000km persegi

MH370

SEPANG - Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu tidak akan dihentikan sehingga kawasan pencarian meliputi 120,000 kilometer persegi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau menjelaskan misi mencari pesawat malang itu kini menghampiri kawasan seluas 60,000 km persegi di Lautan Hindi dan setelah selesai, keluasan pencarian akan ditambah kepada 60,000 km persegi lagi.
 
"Dalam mesyuarat membabitkan Australia, Malaysia dan China, kami buat keputusan apabila habis pencarian 60,000 km persegi, tak dapat cari lagi pesawat, kami akan besarkan lagi kawasan pencarian sehingga 60,000 km persegi.
 
"Sekarang kami dah menghampiri penghujung 60,000 kami akan tambah dan akan teruskan mencari pesawat itu dan kami tidak akan berhenti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan Malindomag di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini, hari ini.
 

Senarai Penuh Keputusan Pemilihan AJK PAS Pusat 2015 ~ 2017

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan presiden PAS dalam muktamar ke-61 hari ini selepas pertama kali dicabar sejak menyandangnya dari tahun 2002.

Beliau memperoleh 928 undi perwakilan sementara pencabarnya, Ahmad Awang memperolehi 233 undi.

Seramai 1,189 perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor tahun ini.

Sebanyak 1,162 kertas undi yang dikeluarkan dan 1,161 kertas dimasukkan dalam peti undi.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi.

1,161 kertas undi dibuang dan perwakilan PAS hari ini memilih 3 nama berikut sebagai naib presiden: 
  1. Idris Ahmad (896 undi), 
  2. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi), 
  3. Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).

Ada 3 perkara besar jika berlaku, maka BN mungkin mati terus pada PRU 14

Idzwan Ramli


Ada 3 perkara besar jika berlaku, maka BN mungkin mati terus pada PRU 14:

1) PM Najib terus mempertahankan jawatannya dan enggan berundur

2) PAS kekal dalam PR dan tetap ingin teruskan hudud

3) DAP keluar PR

Kenapa?

1) Dua golongan yang mana undi mereka tidak berubah - PKR dan DAP

▪ Mereka yang idolakan Dato Seri Anwar Ibrahim tetap akan undi PKR

▪ Pengundi Cina tetap akan mengundi DAP

Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir

Datuk Zaid Ibrahim berkata kaum Melayu mudah terpedaya dengan imej yang dipaparkan pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015.

Orang Melayu akan terus mengundi pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka malas dan tidak suka berfikir, kata bekas menteri Umno, hari ini.

Dalam satu posting di blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata di bawah pimpinan Najib dan Hadi, Malaysia akan mempunyai "imej yang baik, pandai putar, tetapi kurang kukuh".

"Kaum Melayu menentukan siapa pemimpin Malaysia dan menurut (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu malas. Saya bersetuju dengan beliau. Melayu tidak suka untuk berfikir, itulah sebab wujudnya pemimpin sedia ada seperti Najib dan Hadi Awang yang menarik minat mereka," katanya.

Zaid berkata, Najib yang juga perdana menteri, sangat memahaminya dan sebab inilah mengapa beliau tidak peduli untuk memberikan penjelasan sebenar mengenai isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau hanya perlu memberitahu orang Melayu jika anda tidak suka cara saya, anda boleh pergi. Melayu gemarkan cara begitu dan sebab itulah mereka bertahan dengannya," kata bekas menteri undang-undang itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...