TERKINI :

Thursday, June 4, 2015

Analisis - Perbahasan Dewan Pemuda PAS tidak berkualiti


Perbahasan Dewan Pemuda PAS tidak berkualiti

ANALISIS: Perbahasan Dewan Pemuda PAS bermula 2 Jun lalu kelihatan tidak mengambil situasi politik semasa sebagai arah tuju. Begitu banyak isu melibatkan Umno BN seperti penyelewengan 1MDB, hutang negara, pencerobohan sempadan, cukai GST dan sebagainya yang boleh dijadikan tajuk utama, Pemuda sebaliknya berkisar kepada isu taat kepada presiden, syurga, neraka dan hal-hal lain yang tiada kena mengena dengan politik sebagai perkara pokok.

Perwakilan Pemuda PAS Terengganu misalnya memilih untuk menegur bacaan al-Quran Suhaizan yang perlu diperbetulkan sebelum melaungkan slogan perjuangan.

“Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, fakih dan haraki yang diutarakan?” kata Raja Arizal.

Parti para ustaz

Perlu diingat, pada era 1980an lalu, seluruh hierarki kepimpinan parti itu adalah ulama dan ustaz yang pandai membaca al Quran tetapi malangnya satu negeri pun tidak diperintah PAS.

Ketika itu masyarakat memandang ustaz PAS tidak mampu untuk membina jalan raya, longkang, bangunan malah kata mereka, masjid pun dibina oleh BN dan kontraktor Cina. Jadi masyarakat terutamanya Melayu memandang sinis kepada ustaz PAS. Entah dari mana, muncul pula slogan mengubah akronim PAS kepada ‘Parti Angan-angan Sahaja’. Slogan itu popular di bibir pengundi Melayu menjelang pilihan raya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru


Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden

Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi.

Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Tuan Guru Abdul Hadi kekal Presiden PAS sesi 2015-2017

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi sesi 2015-2017.

Beliau memperoleh 928 undi sementara pencabar, Ustaz Ahmad Awang mendapat 233 undi.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini sebentar tadi.

Video | Hanipa tidak kesah kena booo sebab dalam parlimen pun BN pun buat kelaku yang sama

Kena boo, Hanipa jawab 'I love you'

 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin kena "boo" ketika menjawab soalan perwakilan berhubung dakwaan yang mengatakan beliau memberi kenyataan bercanggah dengan presiden parti bagi isu hudud.

Sebelum itu, semasa pembentangan penyata mesyuarat tahunan muktamar kali ke-60, perwakilan dari Segambut bangun dan mempersoalkan tentang kenyataan Hanipa yang sering bercanggah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah).

Selepas itu, ahli parlimen Sepang itu kemudian bangun untuk menjawab soalan tersebut bagi memastikan semua perwakilan tidak terpengaruh dengan kenyataan perwakilan tadi.

Sejak Bila Hishammuddin Pandai Jadi "Batu Ronson" Antara PM Dengan TPM?

Shahbudin Husin, 

Dalam usaha menafikan berita mengenai perletakan jawatannya, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menyifatkan perkara itu hanyalah sebagai "spin negatif" atau putar belit pihak tertentu yang ingin melaga-lagakan hubungan dengan sepupunya, Najib Razak.

Katanya, tidak timbul isu mengenai perletakan jawatannya jika ingin dikaitkan dengan isu 1MDB kerana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang turut mengkritik syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pun tidak meletakkan jawatan juga.

Selebihnya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO melihat perkara itu sebagai usaha pihak tertentu yang ingin meretakkan hubungan kekeluargaannya dengan Perdana Menteri, sambil menambah mereka tidak akan berjaya berbuat demikian.

Saya rasa terdapat "spin negatif" dalam perkara ini dan saya masih di sini mempengerusikan mesyuarat kementerian saya, tambahnya lagi.

Exco Agama Islam P/Pinang - Perwakilan Ulama jangan berbohong kata PAS dipinggirkan

Menang satu kerusi tapi PAS banyak jawatan
GEORGE TOWN, 4 JUN – PAS Pulau Pinang menikmati begitu banyak manfaat dan jawatan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, walaupun parti itu hanya memenangi satu kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Menafikan dakwaan perwakilan ulama PAS Pulau Pinang Mohd Hanif Harun di muktamar Dewan Ulama semalam, Exco Hal Ehwal Islam negeri itu Abdul Malik Kassim berkata dakwaan Hanif itu tidak tepat dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Mereka telah diberi lebih banyak jawatan berbanding sepatutnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng,” katanya dilaporkan Malaysiakini.

Hanif justeru diminta memperjelaskan apa dimaksudkannya dengan “PAS dipinggirkan kerajaan negeri”.

Menurut Adun PKR Batu Maung itu, pemimpin PAS Pulau Pinang telah dilantik ke pelbagai jawatan di sektor berbeza, termasuk di kedua-dua pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai), serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang, selain Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

MAS: Air Asia, Malindo Air tawar kerja


SEPANG: Dua syarikat penerbangan tempatan iaitu Air Asia dan Malindo Air sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang terlibat dengan pemberhentian kerja berikutan penstrukturan semula syarikat itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkembangan positif itu adalah kesan daripada keuntungan yang diraih jika negara mempunyai lebih daripada satu syarikat penerbangan.

"Ini satu petunjuk baik dalam bidang penerbangan apabila kita ada banyak syarikat penerbangan yang boleh menampung keperluan kakitangan yang diberhentikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan majalah Malindomag di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini hari ini.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata jumlah sebenar kakitangan MAS yang bakal diberhentikan hanya akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi, kerana ia bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Perwakilan PAS mengundi, keputusan malam ini

Proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan PAS di muktamar parti itu yang ke-61 sedang berlangsung.

Kali ini kedua-dua jawatan tertinggi - presiden dan timbalan presiden PAS - dicabar serta pemilihan bagi jawatan naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Persaingan kali ini dilihat sengit dengan kumpulan ulama diketuai oleh penyandang jawatan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicabar oleh Ahmad Awang dari kumpulan pro-Pakatan Rakyat.

Seramai 1,189 perwakilan dijangka mengundi berdasarkan kepada chai (senarai) calon, yang memperincikan calon dari kedua-dua kumpulan tersebut.

Senarai itu dipercayai turut dipengaruhi oleh keputusan pemilihan pucuk pimpinan Dewan Pemuda, yang menyaksikan ia dikuasai oleh kumpulan pro-ulama.

Pengarah pilihan raya PAS, Asmuni Awi memberitahu Malaysiakini bahawa paling awal keputusan akan diketahui pada jam 10 malam ini.

'Hadi, Kit Siang harus ketepi ego'

 
Dewan Muslimat PAS berharap presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP Lim Kit Siang mengetepikan ego masing-masing dan berbincang bagi menjernihkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan itu Dr Siti Mariah Mahmud berkata kedua-dua harus duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

"Jika tidak tercapai, ia memerlukan pihak ketiga dan (Dewan) Muslimat sendiri boleh menjadi wakil dalam usaha itu.

"Wanita penuh dengan sifat sabar dan lemah lembut dan saya yakin usaha itu boleh dilakukan demi masa depan Pakatan,” katanya di muktamar tahunan kali ke-55 dewan itu Shah Alam.

Mariah berkata, kedua-dua pemimpin itu harus mengakui kesilapan masing-masing walaupun perkara itu sukar dilakukan.

Permasalahan MAS cerminan kemelut Malaysia hari ini

KUALA LUMPUR: Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia Airlines sebenarnya mencerminkan apa yang berlaku kepada Malaysia secara keseluruhannya pada hari ini. Kelemahan tadbir urus akhirnya menggagalkan Malaysia Airlines, dan kelemahan tadbir urus jugalah yang akan menggagalkan Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad

“Malaysia Airlines Berhad yang telahpun dirombak kini sedang melalui proses getir untuk menamatkan dan mengambil semula pekerja. 6000 orang mendapat tahu bahawa mereka akan mula menganggur minggu ini. Kesan langsung daripada penamatan pekerjaan oleh Malaysia Airlines ini akan dirasai oleh semua yang terlibat dan bukan sahaja pekerja-pekerja itu; malah pasangan mereka, anak-anak serta tanggungan juga akan menghadapi kesusahan sementara menantikan mereka mendapat latihan-semula atau pekerjaan yang baru.” Katanya.

Menurut beliau bahawa peristiwa minggu ini, dan beberapa bulan yang sudah berlalu, merupakan kemuncak kepada tragedi-tragedi yang telah menimpa Malaysia Airlines sejak Mac 2014 dengan kehilangan pesawat MH370, dan kemudiannya disusuli dengan nahas kapal terbang MH17 yang telah ditembak jatuh akibat persengketaan di Ukraine Timur. Kejadian-kejadian ini pastinya memberi kesan kepada semangat pekerja-pekerja Malaysia Airlines, tambah pula dengan keadaan hal ehwal semasa syarikat sekarang ini yang sudah tentu akan mematahkan lagi semangat mereka.

“Dalam pada itu, kami turut bersimpati dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja kesemua penumpang dan kru yang terlibat di dalam kedua-dua tragedi tersebut.

“Terlalu banyak kemarahan yang diajukan kepada pekerja-pekerja Malaysia Airlines dan kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) beberapa minggu ini di media sosial dan media tradisional. Mereka telah dipersalahkan atas kejatuhan syarikat penerbangan nasional ini, dan ramai yang juga yang tidak bersimpati dengan setiap mereka yang telah kehilangan pekerjaan.

“Amatlah mengecewakan salah faham begini terus wujud kerana kebanyakan daripada 20,000 pekerja Malaysia Airlines adalah jujur dan rajin, dan telah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk syarikat tersebut. Ribuan orang telah bekerja dengan penuh dedikasi kepada syarikat selama bertahun-tahun dan telah menaikkan nama syarikat itu. Saya percaya, Malaysia Airlines bertahan selama ini pun kerana pekerja-pekerjanya yang bekerja dengan penuh bangga demi mengharumkan nama ikon kebangsaan itu.” Katanya lagi.

Namun menurut Nik Nazmi, memang benar kesatuan juga ada silapnya, tetapi Malaysia Airlines menjadi begini kerana kepincangan di dalam tadbir urus serta campur tangan politik yang telah berlangsungan selama lebih dua dekad.

Selama beberapa tahun ini Malaysia Airlines telah menandatangani kontrak-kontrak yang berat sebelah, memihak kepada syarikat-syarikat dan rakan-rakan kroni, yang menyebabkan kenaikan berlipat ganda harga barangan dan servis yang dibekalkan.

Kontrak-kontrak ini telah meningkatkan lagi kos operasi syarikat secara drastik, dan membenarkan kroni-kroni yang bekerjasama dengan pengurusan tertinggi untuk merompak Malaysia Airlines daripada kekayaannya.

Bahagian-bahagian yang menguntungkan seperti Malaysia Airlines Catering juga telah dirompak oleh kroni. Malah terdapat pilih kasih dalam pengurusan bakat yang menyebabkan ramai orang yang berkelayakan dipinggirkan untuk memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai rangkaian politik.

Keputusan-keputusan dan polisi-polisi ini bukanlah diambil oleh pekerja biasa mahupun kesatuan yang mewakili mereka. Kesemua keputusan dan polisi ini telah diambil oleh pengurusan tertinggi Malaysia Airlines selama 20 tahun yang sudah berlalu. Syarikat ini telah diusahakan demi menguntungkan beberapa pihak yang berkepentingan politik dan bukannya sebagai syarikat komersil seperti yang sepatutnya.

“Sepertimana 6000 pekerja Malaysia Airlines yang kini menganggur, apa yang lebih tragik adalah rakyat biasalah yang paling terkesan akibat tadbir urus yang tidak bertanggungjawab serta kerakusan dalam mengurus kekayaan negara. Kejadian yang berlaku kepada Malaysia Airlines ini merupakan amaran kepada Malaysia, kerana jika pihak atasan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa pahit ini, ia mungkin berlaku kepada negara juga.

“Sementara itu, saya memanggil semua rakyat Malaysia untuk berdiri teguh bersama 6000 orang yang telah kehilangan pekerjaan minggu ini. Kami berharap dan mendoakan agar mereka dan keluarga mereka tidak akan menghadapi kesusahan yang berterusan, dan akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 4/6/2015

PAS hanya mahu tinggal di Kota Bharu?

 
  Masalah pemilihan PAS yang akan dijalan esok sangat jelas. Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang meminta ahli partinya memilih di antara penyokongnya dan kelompok yang didakwa mengikut telunjuk DAP.

Menjawab kenyataan terbabit, bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pula berseloroh bahawa pilihan yang ada sebenarnya adalah antara “pengikut DAP” dan “boneka Umno”.

Sabtu lalu saya menjadi panelis dalam sebuah forum bersama Nik Omar Nik Aziz, anak lelaki sulong Tok Guru Nik Aziz. Saya menyedari bahawa walaupun dalam keluarga mantan Mursyidul-am PAS itu sendiri wujudnya kepelbagaian pendapat.

Nik Abduh mendakwa bahawa arwah ayahnya tidak pernah menentang usaha bekerjasama dengan Umno, sedangkan Nik Omar pula mempunyai pendapat yang langsung berbeza.

Tanya soalan pun kena letak jawatan, soal menteri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa beliau perlu meletak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa beliau perlu meletak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menafikan khabar angin yang tersebar dengan meluas bahawa beliau berhasrat untuk meletak jawatan daripada Kabinet.

"Kenapa perlu saya meletak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pendidik Mara 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau kerap mengemukakan soalan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mendapatkan penjelasan tentang isu itu.

"Saya perlu jelaskannya kepada orang ramai (tentang 1MDB), tetapi orang ramai membuat kesimpulan bahawa saya berbeza pendapat dan mengkritik saya berhubung isu itu," katanya.

Apa salahnya MAT SABU sebut PSM rakan sedangkan PAS sendiri jemput PSM datang muktamar..!!

ini antara hujah yang berlegar di alam maya...

Hadi: PAS tak pertuhankan ahli agama

PAS, parti yang sinonim dengan idea kepimpinan ulama, hari ini menegaskan mereka bukan pengamal sistem teokrasi yang mempertuhankan ahli agama seperti dilakukan golongan Ahli Kitab.

Sebaliknya, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam penggubalan dasar PAS menjadikan empat sumber - al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias - sebagai hukum tertinggi.

"Inilah yang membezakan kita dengan suara demokrasi rakyat yang melaungkan slogan Suara Rakyat Suara Keramat, Hidup Rakyat ataupun kita mengikut kehendak rakyat yang jahil atas nama demokrasi sehingga melanggar sempadan Allah.

"PAS menegakkan konsep demokrasi berakidah Islam, bertuhankan Allah yang Maha Esa. Buka demokrasi barat yang bretuhankan manusia walau sebijak mana sekali pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa muktamar dan prinsip permesyuaratan sebagai "syura yang tidak boleh mengatasi hukum tertinggi" dalam perlembagaan PAS.

"Inilah yang membezakan kita dengan pihak lain. Maka PAS wajib memelihara jati dirinya sendiri dalam semua keadaan.

"Laksana ikan yang tidak menjadi masih, walaupun berada dalam lautan masin yang luas mengelilinginya," katanya.

KM P.Pinang - Kjaan Negeri menubuh pasukan petugas khas untuk membantu 6000 staf MAS yang diberhentikan kerja

 
Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, kerajaan negeri menubuhkan pasukan petugas diketuai Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy untuk membantu kira-kira 6,000 staf Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan kerja melalui langkah pengurangan pekerja syarikat penerbangan itu untuk mencari pekerjaan di Pulau Pinang. - Bernama

PAS akan terus bersama PR - Hadi

"PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan Sunnah.," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan ahli dan pimpinan supaya tidak ghairah meninggalkan dasar dan prinsip parti dengan memelihara batas tahaluf siyasi dan taat kepada parti.

"Allah Taala menguji kita dengan sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir dengan peraturan agama," katanya.

Buktikan DAP campur tangan, cabar Guan Eng


Lim Guan Eng  

GEORGETOWN - DAP hari ini menegur anggota Pas yang menuduhnya mencampuri urusan pemilihan parti itu dan mencabar mereka mengemukakan bukti mengenainya.   

Setiausaha agung DAP,  Lim Guan Eng, yang enggan mengulas tentang muktamar Pas yang sedang berlangsung, juga menuduh pengkritik partinya sebagai bersikap hipokrit kerana membuat tuduhan tanpa bukti.   

"Jangan memfitnah kami, datang daripada Pas pula tu, sedangkan mereka selalu berkata memfitnah adalah satu dosa besar, jadi tunjukkan kepada kami buktinya jika mereka terus berkata demikian (DAP mencampuri urusan pemilihan parti mereka). 

"Mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri... kalau mereka kata kami campur tangan, maka tunjukkan buktinya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.  

Kabinet kena nasihat Najib ikut cara Sepp Blatter

Oleh Sir Wenger Khairy


Jikalau penasihat 1MDB ingin membuktikan dia masih layak berjawat sebagai perdana menteri, wadah yang betul ialah di Dewan Parlimen, dan bukannya dengan membeli “crowd” motol yang sememangnya tidak peka dan memahami isu-isu yang hebat diperbincangkan masyarakat.

Jikalau penasihat 1MDB ingin membuktikan dia mentadbir secara konsensus, jangan sekali-kali berani mengugut jemaah menteri untuk mengiyakan “bailout” terhadap 1MDB supaya dapat menutup kepincangan di dalam syarikat tersebut.

Ramai masih menyampah kerana sewaktu dana untuk perkhidmataan awam seperti hospital disekat, berbillion-billion pula disediakan kepada syarikat 1MDB di mana pegawainya dibayar gaji berjuta-juta ringgit.

Tetapi penasihat 1MDB kini berlagak seperti Bugis tersepit. Pelbagai skandal dan dokumen rahsia mengenai perjanjian usaha sama dengan syarikat Petro Saudi di mana sebahagian besar dana awam dialihkan kepada syarikat Jho Low tersebar luas di Intenet.

Hadi: Jangan terperangkap permainan musuh


Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pemimpin dan ahli tidak terperangkap dengan permainan musuh mengenai usaha pengasingan golongan ulama dan profesional.

Tegasnya, tindakan tersebut sebagai usaha memecahbelahkan PAS sedangkan kumpulan itu termasuk aktivis parti, yang menyumbang kemenangan Islam.

"Sejarah PAS tersangat jelas, di mana kedua-dua golongan ini berganding bahu menubuh dan menggerakkan PAS hingga ke hari ini.

"Gagasan kita jelas dalam puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakan profesional dan memprofesional ulama," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.

Pada masa yang sama, Hadi turut menegaskan "tiada pemisahan" antara kedua-dua kumpulan itu sebaliknya PAS berdepan dengan "tempias sekularisme" yang diwujudkan musuh Islam untuk menghalang kebangkitan Islam dan gerakannya.

"Usaha sebegini dilakukan oleh musuh Islam di seluruh pelosok dunia dengan mnegambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dalam saf kebangkitan Islam terkini.

"Maka di sana wujud kalangan yang mahu menang secara cepat dan tergopoh gapah berjuang secara tasahul (bermudah-mudah) dan tasyaddud (keras)," katanya.

Boleh diusulkan dalam muktamar supaya PAS buat kutipan derma untuk beli helikopter..!!

Apabila pimpinan PAS sudah mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pimpinan Umno..!!

Syukur Alhamdulillah....

Saya berbangga dengan kejayaan pimpinan-pimpinan PAS sekarang ini... Jika dahulu PAS nie dianggap parti lekeh, parti tok lebai, parti tadah tin milo.... tapi kini itu semua sudah berlalu...

Kepimpinan PAS sudah mampu berdiri megah dengan pimpinan-pimpinan UMNO BN walaupun mereka tidak menggunakan duit rakyat namun mereka juga mampu untuk memilikinya...

Lihatlah hasil kejayaan pimpinan PAS yang bertaraf ulamak... Ini semua hasil titik peluh beliau menabung mungkin dari kecil untuk memilikinya... Satu lagi ini mungkin dibeli dengan AP yang diperolehi dibawah kouta YB...jadi nak sussahati apanya...

Jadi berbanggalah semua ahli PAS... Inilah kehebatan pimpinan PAS yang mampu dilahirkan..

Jika berkemampuan selepas ini diharap PAS berusaha pula memilik sebuah helikopter untuk kegunaan PRESIDEN serta PIMPINAN supaya mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melebarkan lagi kerja dakwah dan perjuangan rakyat yang didokong ini...


Begini caranya kami belanjakan RM42 bilion, kata presiden 1MDB

 Berdasarkan carta disertakan bersama kenyataan rasmi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy, RM18 bilion sudah dibelanjakan untuk pembelian IPP manakala RM15.4 bilion dilaburkan ke dalam dana saham seperti Brazen Sky dan Aabar Investments. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.
Berdasarkan carta disertakan bersama kenyataan rasmi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy, RM18 bilion sudah dibelanjakan untuk pembelian IPP manakala RM15.4 bilion dilaburkan ke dalam dana saham seperti Brazen Sky dan Aabar Investments. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan hutang bernilai RM42 bilion digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas (IPP), tanah dan dana pelaburan di Brazen Sky serta Aabar Investment.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak spekulasi ke atas penggunaan wang RM42 bilion yang dibangkitkan terhadap syarikat pelaburan negara itu khususnya RM27 bilion yang didakwa hilang atau lesap.

"Kami menyediakan ringkasan mengenai ke mana hutang RM42 bilion digunakan, maklumat yang didedahkan sepenuhnya ini sudah diaudit dan diumumkan kepada umum membabitkan akaun dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

TAHNIAH kepada KETUA PEMUDA & MUSLIMAT yang baru serta Tahniah Tuc Usin Ceroi

TAHNIAH KEPADA UST NIK ABDUH DAN USTAZAH NURIDAH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Tahniah atas kemenangan dan terpilihnya Ustaz Nik Abduh dan Ustazah Nuridah sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat Parti Islam Semalaysia.

2) Semoga dengan amanah yang diterima ini, kalian mampu menggalasnya dan memacu PAS mejadi parti yang dominan dalam negara, dan di redhai oleh Allah.

3) Kepada Suhaizan Kayat dan Ustazah Siti Zailah, kalian telah berjaya menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh lantikan sebelum ini.

4) Tentunya orang paling gembira adalah Tok Usin Ceroi, melihat kepada tumbangnya Suhaizan dan trio pimpinan tertinggi Muslimat, kerana propaganda dan serangan sarafnya Berjaya membuatkan para perwakilan tidak lagi menilai kemampuan individu.

Apabila Mursyidul Am PAS berbicara pasal NAJIB & 1MDB

Haron Din: Ada perkara besar diselindungkan PM

Haron Din 
Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Dewan Ulama Pas ke 54. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Jika tidak katanya, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.
"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi. 
"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang. 
"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.

Dulu jadi YB Adun Sik kini jadi pendakwah


Dulu YB kini jadi pendakwah 
Dulu YB kini jadi pendakwah Abdul Rashid

BALING - Melihatkan penampilannya yang berjubah putih dan berserban, selain memiliki perwatakan umpama seorang pendakwah, siapa sangka beliau adalah bekas wakil rakyat sekitar tahun 1950-an.

Abdul Rashid Hashim, 101, atau lebih dikenali Pak Ngah Rashid atau Cikgu Rashid dalam kalangan penduduk setempat, masih sihat dan mampu berdakwah walaupun mengalami masalah pendengaran.

Di kala usianya, Pak Ngah Rashid beruntung kerana memiliki deria penglihatan yang masih baik tanpa perlu memakai cermin mata.

Ditanya apa rahsianya, beliau sekadar membalas, “Mungkin ini hasil amalan membaca al-Quran setiap hari, selain menunaikan kewajipan dan suruhan agama.”

Berkesempatan berjumpa dengan insan istimewa ini, pelbagai kisah dan pengalaman beliau dikongsi untuk tatapan pembaca supaya boleh dijadikan iktibar.

Kepimpinan Muslimat turut bertukar tangan

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUSLIMAT_PAS_LEADERS_030615_TMISETH_04.JPG
 SHAH ALAM - Siti Zailah Mohd Yusoff gagal mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang dipegangnya selama dua penggal selepas kalah kepada pencabarnya, Nuridah Mohd Salleh dengan perbezaan 30 undi.

Bagi Jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula dimenangi Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor sekali gus mengalahkan Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Md Nawi yang turut memegang jawatan itu selama dua penggal.

Menerusi pengumuman yang dibuat  sekitar jam 12.15 malam itu menyaksikan barisan muka baru mewarnai ketiga-tiga jawatan tertinggi dalam Dewan Muslimat Pas Pusat Sesi 2015/17 pada Muktamar Tahunan kali ke 55 bertempat di SACC, di sini.

Awat la jadi koi tak dak arah orang kita lanie.. marah kot mana pun yang dok tunjuk 'anu' buat apa?

Tunjuk kemaluan kerana marah

Tunjuk kemaluan kerana marah  
Kerja-kerja membersih dan mendalamkan parit di kampung berkenaan dilakukan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

POKOK SENA - Gara-gara air hujan melimpah masuk ke dalam rumah, seorang lelaki sanggup meluah perasaan marahnya terhadap pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dekat sini dengan menunjukkan kemaluannya.

Dalam kejadian jam 5 petang pada Ahad lalu, seorang lelaki berang kerana kecewa dengan tindakan JKKK kampung itu yang dikatakan tidak membuat sebarang tindakan selepas berlakunya banjir di kampung itu sejak akhir-akhir ini.

Pengerusi JKKK yang tidak mahu dikenali itu berkata, dia kecewa dengan tindakan pemuda berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas pihaknya membuat rondaan melawat kawasan banjir di kampung berkenaan ekoran hujan lebat selama lima jam, baru-baru ini.

Mencongak Pas selepas Jun: Jangan ucap selamat tinggal kepada Pas

  Mohd Sayuti Omar, 


BICARA MUKTAMAR 2                                                                                       

Keputusan perebutan jawatan dalam Dewan Pemuda dan Muslimat sudah pun selesai. Pencabar Suhaizan Kaiat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 162 undi. Kemenangan Nik Abduh bersama dengan timbalan dan naib ketua serta AJK kesemuanya "satu mazhab" menjelaskan pemilihan dalam dewan itu menurut "chai mazhab" dan bukan secara individul seperti sebelum ini.

Pemilihan ini memberi gambaran apa yang berlaku dalam pemilihan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja Pas sessi 2015 - 2017 yang akan berlangsung esok. Bentuk yang sama juga dijangka akan berlaku dan keputusan sama juga diduga terjadi.

Hanya sekiranya ada miracle dan wahyu baru sahaja keputusan esok akan berubah. Perubahan itu juga akan bergantung kepada sejauh mana sikap profesionalisme  para perwakilan. Namun jika ditengok kepada suasana dalam muktamar Pemuda itu, ia akan terjadi, seperti seperti mana, bagaimana bayang begitulah objeknya. Pemuda boleh dianggap sebagai bayang, manakala muktamar penuh esok laksana objek.

Situsi ini akan membawa padah kepada penyandang jawatan timbalan sekarang ini, Mohamad Sabu, naib presiden, Salahuddin Ayub dan Husam Musa. Serentak itu juga kedudukan Abdul Hadi Awang sudah pasti akan selamat dan beliau akan mendapat timbalan baru, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajakkan kedudukannya ke atas untuk berada dalam satu mazhab. Adapun Ahmad Awang hanya akan terjadi seperti orang terbangkit dari tidur yang ditemani mimpi indah sahaja!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...