TERKINI :

Wednesday, June 3, 2015

Laporan: 3 menteri keluar mesyuarat kabinet

 
Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB,  tiga anggota kabinet dilapor keluar daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan  Khairy Jamaluddin.

Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.

Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet.

Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.

Nik Abduh mahu PAS kekal bersama Pakatan

 
  Ketua Pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau akan tetap bertegas memastikan parti Islam itu kekal bersama Pakatan.

Malah, beliau juga berkata akan menggunakan pendekatan yang lembut  bagi memastikan hubungan parti itu bersama Pakatan kekal bersama.

"Kita bertegas bersama dengan Pakatan dan kita harap segala isu yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik. itu komitmen Pemuda PAS.

"Tiada tindakan keras, saya bertindak lembut sahaja," katanya dalam sidang media selepas Muktamar Pemuda selesai petang ini.

Video | Perwakilan Pemuda Perak jelaskan Maksud "Jangan Lawan Umno Selagi Allah Tak Suruh"

#MuktamarPemudaPasPusat#SidangMedia..Perwakilan Perak Mohd SyakirinHussein Bidas Kenyataan Dari Malaysia Insider..

Posted by Kimi Mie on Wednesday, 3 June 2015
sumber

Apabila Dewan Ulamak PAS Pusat menyalahgunakan hak milik parti untuk berkempen..!!

https://lh3.googleusercontent.com/OhBummi60wqHV5ZqRxn54CKlf_elcmVZahm5tUrbQPhhtfJJkcNdQ5KpV8C8UQeSldHjf7D7gCIyBqw3LA

TAHNIAH Kepada PIMPINAN PEMUDA yang menang dan terima kasih kepada yg tidak menang....

ada satu perkara sahaja nak cakap bab lain serah kepada anda semualah...

dimana perkara menyalahgunakan page rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat​ untuk berkempen pada pemilihan kali ini.

Page rasmi ini merupakan hak milik semua ahli dan ia adalah hak milik rasmi PAS. Jadi ia boleh dianggap satu penyalahgunaan kuasa oleh Dewan Ulamak PAS Pusat mempromosi calon pilihan mereka sedangkan calon saingan pun adalah ahli yang membayar yuran parti.

Perkara ini boleh diumpamakan apabila BN meyalahgunakan RTM untuk membuat promosi parti mereka kerana RTM milik rakyat Malaysia... dimana rakyat tak kira PAS, UMNO, BN PKR yang ada parti tak ada parti membayar cukai untuk Kerajaan Malaysia..

Kandungan Usul putuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulamak PAS

ULAMA USUL PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP

http://mk-cdn.mkini.net/872/f5290cc14302f61013c456cf612352e9.jpg
(Siri 4) Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 54 yang bersidang pada 3 jun 2015/16 sya'ban 1436 H di KUIZM

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat pula lulus Usul lucut ahli yang terlibat dengan PASMA

Pasma: Muslimat PAS lulus usul tanpa bahas

https://lh3.ggpht.com/J3_R8FtGGrjup1Zh0djMoMTYcbyNMBpC8ownercnVLL5V3hycgZF61xTM0t6ymqAb4XQj9y8gvOqGqCL4MLi
SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Gombak menggesa agar parti itu mengambil tindakan disiplin dan melucutkan keahlian individu yang menyertai aktiviti atau pertubuhan yang dilarang oleh PAS seperti Pesatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan mewujudkan kod etika tatatertib ahli PAS.

Turut mengusulkan perkara yang sama ini adalah Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang yang menyifatkan Pasma telah menambah buruk krisis dalaman PAS kerana agenda perjuangannya menjejaskam kepentingan PAS.

Katanya, kewujudan pertubuhan itu melemahkan keutuhan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kerana penglibatannya boleh menghilangkan ketaatan dan wala kepada pemimpin PAS.

"Selain itu pertubuhan ini mengganggu gerak kerja PAS di setiap peringkat kerana penglibatan tersebut mengurangkan komitmen terhadap parti,"katanya.

Menjelang Ramadan : Mangsa banjir masih ‘berkhemah’

Menjelang Ramadan: Mangsa banjir masih ‘berkhemah’
Lima bulan selepas banjir besar melanda Kelantan Disember lepas, beratus-ratus mangsa banjir masih tinggal dalam khemah menjelang Ramadan yang tidak sampai sebulan sahaja lagi.

Di Bandar Utama Gua Musang sahaja, 59 keluarga masih memenuhi khemah yang diseliakan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan terpaksa mengharungi cuaca panas tengahari, tanpa kepastian sampai bila keadaan itu akan berterusan.

Di Dabong, 23 keluarga masih tinggal di pusat pemindahan sementara yang serba kekurangan manakala ramai lagi yang tinggal dalam khemah di pelbagai pusat pemindahan kecil yang berada di tiga daerah utama banjir iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

“Agaknya rumah kami tanah kubur,” kata Mohd Johari Mohd Abu, 39, yang sudah mula bosan dengan janji kerajaan, baik peringkat negeri mahu pun persekutuan, yang dibuat kepada mereka.

Mereka antara kira-kira 1,821 keluarga di Kelantan yang dikenal pasti hilang terus rumah ketika banjir besar melanda kampung mereka pagi 24 Disember 2014 itu.

Banjir itu, yang terburuk pernah dialami di Semenanjung, menyaksikan sehingga lebih 100,000 pada satu masa terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara.

Dewan Ulama lulus usul putus hubungan dengan DAP

 
Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS supaya membatalkan kerjasama dengan DAP tetapi kekal bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul tergempar oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama Mokhtar Senik dibuat rentetan daripada serangan dahsyat DAP terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti itu.

"DAP dengan lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.

"Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.

"Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden," katanya.

Gandingan anak Nik Aziz, Hadi terajui Pemuda PAS



SHAH ALAM: Nik Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia mengalahkan penyandangnya Suhaizan Kaiat.

Keputusan rasmi menyaksikan Nik Abduh mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Khalil Abdul Hadi pula mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Pemuda dengan 257 undi mengalahkan Dr Raja Iskandar yang mendapat 257 undi.

Berikut senarai kepimpinan Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017:

Pengerusi tetap
Ust kamal Ashaari - 491
Yb Abdul Latip Abdul Rahman- 202

Timb pengerusi tetap

Dr Riduan Mat Nor - 486
Ahmad Sabky Yusof - 205

Ketua
YB Ustaz Nik Mohd Abduh - 429
Suhaizan Kaiat - 262

Dalam negaraku yang aman dan makmur, tetiba datang nak bekerja pengawal kata kena pecat..!!



KOTA KINABALU – Selepas hujung minggu yang panjang berikut Perayaan Kaamatan, ramai rakyat Sabah kembali bekerja hari ini.

Tetapi tidak bagi kakitangan Malaysia Airlines System Berhad (MAS) yang terkejut apabila mereka diperintahkan untuk berjalan keluar dari pejabat masing-masing oleh pengawal keselamatan dan memberitahu mereka bukan lagi kakitangan syarikat penerbangan.

"Saya datang awal. Pengawal keselamatan tidak berada di bilik pengawal pada masa itu. Saya melakukan kerja saya seperti biasa iaitu mengendalikan trafik lapangan terbang.

"Tiba-tiba, salah seorang pengawal keselamatan datang ke pejabat dan memberitahu kami perlu keluar. Apabila saya bertanya mengapa, mereka hanya memberitahu nama kami berada dalam 'senarai'," kata seorang kakitangan MAS yang enggan namanya disiarkan.

Beliau mendakwa jika nama mereka ada di dalam senarai, pampasan mereka akan dibatalkan.

Beberapa kakitangan yang telah terima tawaran kerja semula, dibenarkan untuk menyambung kerja-kerja seperti biasa, dengan tawaran bonus dua bulan dan gaji disemak, dilaporkan lebih rendah daripada sebelumnya.

Selain beliau, beberapa pekerja yang hadir untuk bekerja pagi ini tidak dibenarkan masuk kerana mereka juga telah dipecat oleh MAS, dan nama mereka diberi kepada pihak keselamatan lapangan terbang.

Ramai yang dilihat beratur di pejabat MAS pada 9 pagi untuk mengambil surat-surat mereka, dan mereka yang ditamatkan serta-merta juga diberitahu untuk menyerahkan kad pekerja di pejabat mereka.

"Dirasakan seperti mengambil keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), ini sudah keterlaluan," katanya yang mendengar rungutan antara mereka.

Mereka yang datang diminta untuk mendaftar nama mereka di Pusat Pembangunan Korporat MAS untuk dilantik bekerja, dan mereka dibenarkan untuk mencabar proses di mahkamah, jika mereka ingin berbuat demikian.

Seramai 14,000 pekerja MAS telah dipilih untuk menyertai syarikat MAS baru, dan mereka diberi 12 hari untuk membuat keputusan manakala 6,000 lagi akan ditamatkan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula Khazanah berjumlah RM6 bilion.

Selain daripada kakitangan pentadbiran MAS, penamatan krew kabin juga dilakukan secara berperingkat-peringkat, juruterbang dan kakitangan jabatan kejuruteraan terselamat dari pemberhentian itu.

Pemerhatian di kaunter lapangan terbang daftar masuk dan perkhidmatan MAS menunjukkan ia beroperasi seperti biasa, walaupun aduan daripada beberapa krew kabin bahawa mereka tidak lagi dalam 'mood' untuk bekerja.

Difahamkan, Sabah dan Sarawak mempunyai 1,800 tenaga kerja dan surat penamatan akan dikeluarkan selama dua hari bermula hari ini.

"Kami merasakan bahawa penamatan itu tidak dilakukan secara profesional, kerana di Semenanjung, surat dihantar ke rumah-rumah mereka atau diposkan, tetapi di sini, kami hanya mendapat tahu bahawa nama-nama kami dipecat apabila kami hadir untuk bekerja," kata kakitangan MAS lain .

Perwakilan Kedah mahu Pemuda PAS perkukuh Pakatan

http://img707.imageshack.us/img707/6528/kedahpas.jpg

 SHAH ALAM: Perwakilan dari Kedah, Mohd Slim Mahmud meminta Pemuda PAS Malaysia memperkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau ketika berucap pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 turut meminta agar penyatuan diwujudkan semula selepas berakhirnya muktamar.

" Kita harap muktamar ini akan menyatukan kita semua, harap bila kita balik nanti akan bersatu semula untuk menentang musuh kita sebenar dan bukannya musuh sesama sendiri.

"Kita mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di samping kita mandaulatkan kepimpinan ulama berpaksikan Islam," ucap beliau.

Beliau turut berkata, isyarat kemenangan sudah mencukupi syarat dan kemenangan itu akan dikecapi oleh PAS.

"Syarat kemenangan telah kita perolehi dan penuhi, kita akan dapat mengecapinya.

"Memang kita perlu sokong semua pihak tetapi jika sokongan itu mengancam akidah ia perlu kita ketepikan," sambung beliau lagi.

Sementara itu, proses pemilihan telah tamat pada jam 12.30 tengah hari tadi setelah 736 perwakilan mula mengundi apabila ia dibuka pada jam 10.15 pagi tadi.

Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib telah memulakan proses pengundian bagi memilih barisan exco baru untuk sesi 2015-2017. - HARAKAHDAILY 3/6/2015


Gempa bumi berkekuatan 4.7 gegar barat Nepal


Gempa bumi
KATHMANDU - NEPAL. Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan bahagian barat Nepal awal Rabu.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), gempa bumi itu berpusat di Humla, kira-kira 600 kilometer di barat laut Kathmandu.

Setakat ini, belum terdapat laporan tentang kerosakan akibat kejadian itu.

Satu gegaran susulan daripada gempa bumi pada 25 April dirasai di Kathmandu dan kawasan sekitarnya pada Rabu dan menurut NSC, pusatnya dikesan di Dolkha, 85 kilometer di timur Kathmandu.

Sejak Ahad, jumlah gegaran susulan makin berkurang setiap hari.    

Lebih 30,000 gegaran susulan, termasuk 295 yang berukuran lebih 4.0 pada skala Richter, direkodkan sejak berlakunya gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada 25 April.

Gempa bumi dahsyat itu serta gegaran susulannya meragut sekurang-kurangnya 8,600 nyawa serta mencederakan lebih 22,000 orang dan menyebabkan kerosakan harta benda bernilai berbilion dolar.

Nepal menganggarkan pembinaan semula struktur yang rosak akan memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya US$5 bilion dan berjanji akan menyiapkan kerja itu dalam masa tiga tahun. - Bernama

Kemunculan Nik Abduh disambut laungan takbir


Sesi pembentangan usul Pemuda PAS terhenti seketika apabila perwakilan melaungkan takbir ketika calon jawatan ketua pemuda Nik Abduh Nik Abdul Aziz memasuki Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK.

Bagaimanapun, Pengerusi Tetap Kamal Ashaari meminta supaya semua perwakilan bertenang apabila melaungkan takbir tanda henti kira-kira seminit.

Pada ketika itu, Bendahari Pemuda PAS Fakhrulrazi Mokhtar sedang membentang usul yang dibawa oleh sayap kanan parti itu iaitu usul mengenai keselamatan negara.

Perkara itu menyebabkan Fakhrulrazi berkata: "Dah habis? kalau tak saya suruh ustaz Nik bacakan bahas saya," katanya tersenyum.

Nik Abduh bagaimanapun diminta oleh pihak Unit Amal untuk tidak berada di dalam dewan tersebut dan duduk bersama pemerhati di dewan berasingan.

Ketika memasuki dewan yang menempatkan pemerhati, anak kepada bekas mursyidul am PAS itu sekali lagi mendapat laungan takbir.

Beliau yang hadir memakai baju Melayu berwarna kelabu dan berkot hitam kelihatan tenang dan hanya tersenyum ketika "disambut" oleh para pemerhati muktamar.

Nik Abduh bertanding bagi jawatan ketua pemuda menentang penyandangnya Suhaizan Kaiat.

Pagi tadi, seramai 696 perwakilan mengundi memilih barisan kepimpinan Dewan Pemuda kali ini. Kiraan undi telah pun selesai dan keputusan akan diketahui petang ini.

Tak perlu takut, DAP terhad perintah negeri tertentu, kata Mat Sabu

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

PAS tidak perlu takut dengan sesiapa termasuk DAP dalam melaksanakan perjuangan parti, malah potensi mereka memerintah hanya terhad di negeri tertentu sahaja, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, PAS tidak sepatutnya terpengaruh dengan serangan musuh yang meletakkan DAP sebagai penghalang besar.

"Permainan media menakutkan kita dengan DAP seolah-olah DAP itulah segala-galanya di Malaysia.

"Jangan takut dengan sesiapa. DAP hanya boleh perintah negeri, itu sahaja," katanya dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat PAS di Shah Alam, hari ini.

Mohamad berkata, PAS sebaliknya jika terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) mampu menguasai Perlis, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, dan menguasai semula Kedah, Terengganu, dan Perak dengan PAS sebagai menteri besar.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama dan menyeru supaya mencari jalan selamatkan hubungan DAP dan PAS.

"Selagi tidak rosak akidah, selagi tidak sampai jahanam, matlamat kita maka kena cari jalan selamatkan PR supaya dapat terus memerintah dan buat perubahan," katanya.

Katanya, perpecahan dalaman hanya akan memberikan kemenangan kepada musuh PR dan mahu adu domba yang memecahbelahkan PR perlu dihindar habis-habisan.

"Kalau mereka berjaya pecahkan kita, kitalah yang jadi penyelamat untuk mereka terus kekal memerintah Putrajaya. Ini peringatan," katanya.

Beliau turut memberi amaran penyakit 'takfir', iaitu mudah melabelkan pihak lain sebagai kafir yang sedang menular dalam PAS akan membawa parti itu krisis seperti di Timur Tengah jika tidak dibendung.

"Di negara ini, penyakitnya belum datang tetapi bunganya sudah ada. Kalau sampai ke peringkat tidak boleh dikawal maka akan berlakulah di seperti negara Timur Tengah yang garis penamatnya kita tidak tahu berapa lama boleh keluar," katanya. – 3 Jun, 2015.

'Pengecut tak pertahan presiden parti dihina'


Perwakilan Wilayah Persekutuan Mohd Ridzuan Ariffin menyifatkan Pemuda PAS sebagai "pengecut" apabila tidak mempertahankan presiden parti daripada dihina dan difitnah daripada pihak luar terutamanya DAP.

"Di dalam siri serangan fitnah yang dibuat secara terbuka kepada presiden PAS oleh pemimpin DAP, Pemuda sendiri yang gagal membela presiden. Dia menyerang dan menghina presiden PAS.

"Pemuda diam bisu beribu bahasa. Ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina.

"Ini bukan sifat Pemuda beriman tetapi pengecut. Di dalam muktamar ini, Pemuda PAS ingin ingatkan dan memberi amaran bahawa Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tidak akan sesekali membenarkan presiden kami dihina dan difitnah," katanya sambil mendapat laungan takbir oleh para perwakilan.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucaptama ketua pemuda pada Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam pagi ini.

Sementara perwakilan dari Perlis, Azahari Osman mengecam pemimpin yang didakwanya menjadi "lidah syaitan" kepada parti.

Beliau berkata, pihaknya kecewa apabila terdapat segelintir ahli PAS yang berniat untuk menghuru-harakan parti dengan mengatakan bahawa wujudnya usaha PAS untuk bergabung dengan Umno.

"Di peringkat Pemuda saya agak kecewa ada sesetengah ahli PAS bahkan kepimpinan yang jadi lidah syaitan dalam jemaah kita.

"Majlis Syura telah tegaskan dalam semua program PAS sama ada dalaman atau luaran bahawa tiada usaha untuk PAS bergabung dengan Umno tetapi ada sesetengah yang masih percaya.

"Inilah golongan yang cuba timbulkan huru-hara dalam jemaah kita," katanya. 

Adakah PAS kembali jadi ‘parti Pantai Timur’ lepas muktamar 2015?

PAS yang selama ini membina imej ke arah parti nasional untuk menyingkap suasana rakyat seluruh negara kini akan kembali menjadi sebuah 'parti Pantai Timur' yang tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

PAS yang selama ini membina imej ke arah parti nasional untuk menyingkap suasana rakyat seluruh negara kini akan kembali menjadi sebuah 'parti Pantai Timur' yang tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Selepas pertembungan paling sengit dalam sejarah antara kumpulan profesional dan konservatif dalam muktamar ke-61 tahun ini, PAS yang sudah berjaya menukar watak menjadi sebuah parti nasional selepas lebih 60 tahun ditubuhkan bakal kembali menjadi "parti Pantai Timur".

Segala usaha yang dilakukan secara intensif selama 30 tahun untuk melonjakkan PAS menjadi parti nasional semenjak zaman Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terkubur minggu ini apabila perwakilan parti Islam itu dari seluruh negara memilih kepimpinan baharu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tunggak utama kumpulan konservatif yang pertama kali dicabar untuk jawatan presiden sudah hampir pasti akan mempertahankan kerusinya daripada dirampas Ahmad Awang, seorang ulama bertaraf antarabangsa dan orang di belakang kejayaan PAS mendapat kerusi menteri besar di Perak pada 2008, walaupun hanya mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jauh lebih rendah berbanding DAP dan PKR.

Sementara Mohamad Sabu yang dilihat sebagai tunggak kepada kumpulan profesional dan hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), pernah ditahan dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkali-kali masuk lokap kerana perjuangan parti Islam itu bakal dikalahkan bekas penceramah "Forum Perdana" anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang cuba bersungguh-sungguh menyelamatkan PR daripada berpecah dan diterima luas pengundi bukan Islam bakal dikalahkan Nik Abduh Nik Abdul Aziz, seorang pemimpin pro-kerjasama dengan Umno.

Hampir kesemua wakil kumpulan profesional pula akan terkeluar daripada perebutan naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS Pusat selepas doktrin "kepimpinan ulama" yang ditanamkan kumpulan konservatif berjaya mengusai majoriti perwakilan.

Lebih menyedihkan lagi, majoriti perwakilan PAS akan memilih ketiga-tiga presiden, timbalan dan ketua pemuda baharu PAS selepas muktamar 2015 berasal dari negeri Pantai Timur yang majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam dan tidak mencerminkan komposisi penduduk Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika kenyataan yang keluar daripada ketiga-tiga pemimpin ini langsung tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin nasional, tetapi lebih kepada pemimpin di negeri-negeri Pantai Timur.

Mereka sendiri tidak pernah dibesarkan dan hidup dalam "suasana Malaysia" yang berbilang kaum dan agama. Sudah pasti mereka juga akan "terkejut" dengan kehidupan masyarakat Malaysia seperti di Bangsar Telawi dan Bukit Kiara.

Namun itulah keindahan demokrasi, majoriti ahli berkuasa menentukan sama ada mahu sesebuah pertubuhan itu terus menjadi kuat atau rebah masuk ke dalam "tong sampah sejarah".

Hilang kuasa di kerusi campuran

Musuh tradisi PAS, Umno akan menjadi paling gembira hujung minggu ini selepas perwakilan memilih barisan kepimpinan baharu. Usaha keras melagakan PAS dengan DAP dan PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 akhirnya membuahkan hasil.

Kempen Umno untuk memenangkan Hadi dan kumpulannya melalui media arus perdana dan akhbar milik mereka Utusan Malaysia akhirnya direalisasikan minggu ini dan PAS akan kembali kepada asal-usulnya menjadi parti Pantai Timur.

Ini sekali gus akan mengekalkan kedudukan Umno sebagai parti Melayu terkuat selepas PAS kembali seperti dahulu, sebuah parti yang hanya kuat di Kelantan.

Pengundi bukan Islam yang kuat menyokong di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Selangor dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana slogan "PAS untuk semua" tidak akan mengundi mereka lagi selepas muktamar 2015 ini.

Namun inilah pengorbanan yang akan dibayar ahli PAS kerana mereka tidak mahu kuasa politik dan menawan Putrajaya, akan tetapi "keredhaan Allah" seperti dikatakan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

PAS tidak kisah jika kehilangan jawatan exco kerajaan negeri, kerusi Parlimen, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan negeri-negeri mempunyai komposisi campuran lain.

Bagi orang-orang seperti Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, sokongan bukan Islam yang memenangkannya di DUN Chempaka tidaklah begitu penting berbanding usaha menggembalikan PAS menjadi parti Pantai Timur.

Ini kerana Hadi sendiri sudah membuktikan sanggup kehilangan Terengganu pada 2004 selepas sepenggal memerintah kerana tidak mahu bertolak ansur dengan sekutunya bukan Islam mereka DAP dalam Barisan Alternatif (BA).

Pada 2013, Hadi sekali lagi mengorbankan Kedah selepas mempertahankan Tan Sri Azizan Razak untuk kekal memimpin PAS negeri walaupun berkali-kali diberitahu pimpinan parti, jelapang padi negara itu akan tumbang sekiranya bekas menteri besar itu terus memimpin kerana tidak disenangi pengundi bukan Islam.

Rakyat Malaysia seharusnya menghormati keputusan perwakilan PAS dalam memilih barisan kepimpinan baharu dan kembali menjadi parti Pantai Timur kerana itulah hak demokratik mereka. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kembali-jadi-parti-pantai-timur-lepas-muktamar-2015#sthash.jifiBh8N.dpuf

Kadir : Najib kini seperti 'itik mantah'


Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dengan krisis kepimpinan yang serius kini tidak ubah seperti "itik mantah".

Beliau menggelarkan Najib demikian, dengan menyesuaikan istilah bahasa Inggeris, "lame duck" yang bermaksud seorang pemimpin yang tidak lagi berkesan dengan satu istilah tempatan.

"Negara terus menderita akibat masalah keyakinan seperti ditunjukkan dalam ekonomi dan di pasaran. Dalam istilah politik Amerika, PM kita seekor lame duck," katanya.

"Dalam slanga utara, lame duck ini dipanggil itik mantah. Ia tidak boleh berjalan dan hanya menguek perlahan-lahan," kata tokoh wartawan itu.

Beliau juga percaya bahawa telahannya mengenai pemberontakan di kalangan anggota Kabinet ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sememangnya berasas.

Kadir berkata ini berdasarkan cabaran Najib kepada para jemaah menteri minggu lalu agar meletak jawatan jika tidak selesa dengan projek cetusannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Jika dia percaya dengan sungguh-sungguh bahawa terdapat pemberontak dalam Kabinet sehingga mencabar mereka berundur, maka petandanya beliau tidak lagi mendapat sokongan bulat dari partinya," kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu berkata, pemberontakan itu mungkin boleh dilihat dalam kes Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau merujuk kepada "sokongan bersyarat" Hishammuddin, seperti yang digariskan oleh sepupu perdana menteri itu di Twitter.

Kenyataan tersebut, yang meletakkan syarat untuk bersetuju dengan cabaran Najib, menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga Hishamuddin terpaksa menafikan bahawa beliau meletak jawatan menteri pertahanan.

Kadir seterusnya berkata, beliau juga diberitahu bahawa Najib juga sering mengadakan pertemuan dengan kumpulan ketua bahagian Umno.

"Ada sumber kata, (pertemuan diadakan) setiap hari. Adakah dia bimbang jika ikrar mereka sebelum ini sudah luntur dan perlu diperkuat dengan peruntukan kewangan dan janji-janji?," soalnya.

Berkemungkinan akan Lahir PARTI BARU dari serpihan PAS seperti AKP di Turki selepas muktamar nanti

Asing parti politik dan gerakan Islam, kata penganalisis kepada PAS

Penganalisis menjangka pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Penganalisis menjangka pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.

Menjelang pemilihan pada muktamar PAS Khamis ini, perwakilan parti itu diajak membawa pendekatan baharu dan menjadi trend perjuangan Islam di seluruh dunia, dengan mengasingkan parti politik daripada gerakan Islam.

Penganalisis menjangka pemilihan itu bakal menyaksikan golongan profesional kalah teruk dalam pertembungan dengan golongan konservatif PAS.

Maka perwakilan disaran memilih antara memenangkan golongan profesional agar mereka boleh memimpin parti sepenuhnya, atau mengasingkan diri daripada pendekatan ulama yang ada dalam PAS sekarang dan membentuk parti baharu menyertai PKR, DAP dan gerakan sivil demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

Inilah pintu keluar yang perlu dipertimbangkan golongan profesional dalam PAS selepas Muktamar Tahunan ke-61 ini, kata Profesor Dr Abdul Latif Ibrahim.

"Model PAS sekarang sudah salah. Dulu okay lah, tetapi sekarang, dengan kita belajar dari Turki, Tunisia dan tempat-tempat lain, tidak boleh lagi gerakan Islam itu juga parti politik.

"Ikhwan (Muslimin) juga sudah berubah. Mereka tubuh parti politik. Biarlah parti politik masuk dengan sepak terajang politik, jika timbul apa-apa isu," kata bekas penolong setiausaha agung PAS itu.

Latif berkata, pendekatan yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama muda yang menyokongnya sekarang tidak lagi bertepatan dengan realiti semasa politik dunia.

"Mereka bersama golongan profesional Islam dalam Abim dan Ikram misalnya, perlu bersedia menubuh parti baharu untuk bersama PKR dan DAP serta gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hasrat yang sama, iaitu membawa gerakan rakyat untuk membuat perubahan dalam politik negara secara berskala besar.

"Ada yang kata, jika buat parti serpihan, ia akan mati. Saya kata tidak, kerana perpecahan dalam PAS sekarang, dari atas sampai ke bawah. Kalau tokoh yang besar-besar ini masuk ke sana (parti baru), pengikut yang bawah ini akan ikut dengan ramai.

"Kita nampak ini gambaran besar yang ada sekarang dan perlu diterima ahli PAS jika mereka mahu terus ke depan," kata Latif kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu merupakan salah seorang pemikir dalam PAS yang dilantik penolong setiausaha agung pada sesi lalu, namun melepaskan jawatan itu selepas satu penggal.

Kajian yang dibuat badan bebas memperlihatkan golongan profesional dalam PAS sekarang akan dikalahkan sepenuhnya dalam muktamar kali ini selepas kedua-dua belah pihak berbeza pendapat sejak sekian lama dalam isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

50% perwakilan dalam muktamar ini dijangka terdiri daripada muka baru yang pertama kali menjadi perwakilan, sementara hanya 10% mereka dipercayai bebas pengaruh mana-mana kumpulan dalam PAS, yang dikatakan kini dikuasai golongan konservatif.

Calon presiden, bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang yang menentang Hadi, dijangka mendapat 25% undi sahaja, manakala Mohamad Sabu yang ditentang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi kerusi timbalan presiden dijangka hanya akan mendapat sekitar 35% sokongan sahaja.

Hanya Salahudin Ayub penyandang yang dijangka akan menang kerusi naib presiden PAS, manakala penyandang ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan ketua Muslimat Siti Zailah Yusof dijangka gagal mempertahankan jawatan mereka.

Ibrahim Sufian dari Merdeka Center juga turut membuat jangkaan sama mengenai apa yang berlaku dalam PAS sekarang, di mana kemaraan golongan ini tidak boleh lagi disekat.

"Saya rasa ulama akan menang besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagi Latif, jika hanya sebahagian kecil dari golongan profesional dalam PAS menang, mereka tidak akan boleh berbuat apa-apa.

"Kalau Salahudin menang dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) di kalangan profesional pun menang, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Katanya, sebelum pemilihan ini, majoriti AJK PAS dari golongan profesional.

"Dengan sokongan AJK pusat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor pun, cara pintu belakang boleh dibuat untuk mengenepikan beliau, inikan pula ketika golongan ini menguasai parti sepenuhnya," kata Latif.

Baginya, ahli dan pemimpin PAS perlu belajar dari rakan mereka di luar negara.

"Mereka kena buat platform baru, iaitu parti politik baru seperti AKP di Turki yang bukan gerakan Islam," kata Latif merujuk kepada parti AKP yang memerintah Turki sejak 2002 lalu.

"Gerakan Islam terus kekal sebagai gerakan Islam yang besar itu," katanya menggambarkan umat Islam secara keseluruhannya.

AKP berasal dari parti Islam Refah, tetapi berpecah dengan golongan konservatif yang membentuk parti Saadet. – 3 Jun, 2015.

'Kerjasama tiada kebaikan faham-faham sajalah...'


Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah.

Menurutnya lagi, kerjasama itu perlu mendorong kepada maslahah (kebaikan) dan bukan mafsadah (keburukan) seperti permusuhan, kritikan yang memecah belah parti dan campur tangan pihak tertentu.

"Tahaluf siyasi bukan janji. Tahaluf sekarang ini adalah tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mencapai kebaikan). Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah.

"Kalau ada maslahah, kita pakai. Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

"Oleh itu, saya menggesa ahli, ahli syura, dan ulama PAS yang menyayangi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Gombak pagi ini.

Kuasa penuh Majlis Syura

Sebelum itu dalam ucapannya, Haron menyenaraikan enam garis tahaluf siyasi yang perlu difahami dan dipegang selepas diputuskan.

Antaranya, kerjasama tersebut harus dijadikan wasilah menegakkan Islam, dan membuka ruang pelaksanaan hukum Islam.

Dengan kerjasama itu juga, ia dapat memastikan Islam dipertahankan, kata Haron lagi.

"Ketaatan hendaklah diberikan kepada kepimpinan PAS bukan kepada parti lain dalam bertahaluf.

"Ia juga menjadi ruang medan dakwah.

"Dan yang terakhir Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa penuh membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi sama ada terdapat maslahah atau mafsadah dari semasa ke semasa," katanya.

'Chai' Dewan Ulama kejutkan banyak pihak

Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.

Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.

Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.

Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).

Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.

Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.

Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama.

Sementara itu, seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan juga turut memuat naik senarai itu semalam.

Ia mempamerkan senarai sama tetapi turut membandingkan dengan chai kumpulan properubahan dalam PAS Ahmad Awang.

Perwakilan harap isu dalaman Pas selesai

SHAH ALAM - Perwakilan yang hadir rata-rata meletakkan harapan yang sama untuk perselisihan dalaman yang berlaku dalam Pas mampu diselesaikan dalam muktamar kali ini.

Perwakilan daripada Pontian, Zalnuzabha Bahar berkata, isu yang membelenggu parti itu menyebabkan ahli akar umbi rasa tidak selesa.

"Kita harap ini medan terbaik selesai masalah berbangkit, tidak kiralah isu dalam Pas atau di luar Pas.

"Apabila isu dalaman selesai kita dapat bergerak dengan lebih lancar," katanya.

Harapan sama turut dinyatakan oleh perwakilan daripada Klang, Saiful Rizal Shaidan yang mahu kemelut yang menimpa Pas tidak lagi dibangkit selepas Muktamar Pas ke-61 selesai.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Klang, turut menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja yang menerajui kepimpinan parti itu.

Ke mana selepas Muktamar Pas?

MUKTAMAR Pas kali ini dilihat sebagai satu muktamar bagi menentukan saf kepimpinan yang mantap.

Sama ada golongan ulama terus memimpin atau golongan profesional mendominasi Pas ke alaf baru.

Label 'Budak DAP' atau 'Geng UG' (Geng Unity Goverment) merupakan paling popular digunakan dalam serangan terhadap mana-mana pemimpin yang bertanding pada pemilihan kali ini.

Sebanyak 29 jawatan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan bermula Khamis hingga Sabtu ini di Kuala Selangor.

Kesemua jawatan itu meliputi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden serta 24 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Jawatan Presiden buat pertama kali dicabar sejak 12 tahun apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan ditentang Ahmad Awang.

Begitu juga bagi jawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu selaku penyandang bakal dicabar Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jawatan Naib Presiden pula, menyaksikan enam pencalonan termasuk dua penyandang, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta empat pencabar iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar serta Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pula menyaksikan 55 calon bertanding untuk mengisi 18 kerusi.

Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas pula menyaksikan pertandingan antara penyandang, Suhaizan Kaiat dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak Allayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagi jawatan timbalannya pula, dua pencalonan diterima iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Manakala Muslimat Pas turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Salleh akan bersaing untuk jawatan ketua manakala Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Rosni Adam bertanding untuk jawatan timbalan ketua.

Dalam Pas, pertembungan dalam politik golongan ulama dan golongan profesional sudah lumrah, namun kesemuanya akur dengan wadah dan dasar perjuangan parti iaitu kepimpinan ulama.

Kumpulan pro-Ulama melakukan kempen yang dilihat lebih terancang.

Tumpuan banyak pihak kini terarah kepada ke mana Pas selepas muktamar nanti?

Jika pimpinan Pas dikuasai barisan ustaz, apakah akan kekal dalam Pakatan Rakyat atau memilih untuk bersendiri atau juga bekerjasama dengan Umno.

Tumpuan juga terarah kepada kumpulan yang tewas, apakah akan hanya berdiam diri untuk mencuba lagi dalam pemilihan akan datang atau bertindak keluar Pas dan menubuhkan parti baru?

Mat Sabu: BN sedang gigit jari

SHAH ALAM - Sokongan yang diberikan masyarakat bandar dan pinggir bandar terhadap Pas ketika ini semakin hebat sehingga menggusarkan parti lawannya BN.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, jika Pas terus bijak mendekati rakyat khususnya di kalangan bukan Islam tidak mustahil parti itu berjaya menakluki Putrajaya.

“Pada PRU13, saya sudah lihatkan sokongan umum kita. BN sedang gigit jari, selepas orang Islam di bandar dan pinggir bandar dulu jauh dengan kita sekarang beri sokongan pada kita.

“Kalau program (mendekati rakyat) ini berterusan, BN akan ucap sayonara pada Putrajaya” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas kali ke-56, semalam.

Beliau berkata, PRK Parlimen Rompin dan Permatang Pauh boleh dijadikan ukuran bagaimana perubahan rakyat terhadap kepimpinan negara hari ini.

Katanya, peratus kekalahan BN meningkat sehingga ia dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Mohamad atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu menegaskan pemimpin Pas mencari pendekatan terbaik mendekati bukan Islam memastikan Pas lebih berjaya dalam PRU14.

Katanya, sikap toleransi bersama bukan Islam perlu diteruskan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan kita janganlah sampai menghalau mereka yang bukan Islam daripada bersama kita. Menghalau mereka bukan daripada segi bahasanya, tetapi melalui perbuatan dan kenyataan kita.

“Carilah toleransi paling tinggi selagi ia tidak merosakkan akidah, bertentangan Majlis Syura dan tidak melanggar prinsip perjuangan Islam,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini Dewan Himpunan Pas telah mencapai hampir 20,000 ahli.

Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa Pas akan terus cemerlang selagi bersama PR.

Mohamad turut memberitahu, Pas akan meminda beberapa perlembagaan parti tahun ini.

Katanya, perkara itu menjadi keperluan memandangkan ahli Pas telah bertambah sehingga lebih sejuta keahlian.

Perwakilan S'gor mahu Pemuda bersama presiden

Perwakilan Selangor meminta supaya Dewan Pemuda PAS sentiasa bersama dengan presiden parti walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dengan mengambil contoh isu kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri, wakil Selangor Mohd Zuhdi Mat Piah berkata, perkara itu menyebabkan berlaku perselisihan faham antara ahli parti.

Justeru itu, Mohd Zuhdi meminta supaya Pemuda PAS menubuhkan sebuah badan penyelidikan bagi mengkaji kenyataan yang dikeluarkan oleh parti atau presiden bagi mengelak berlaku salah faham.

"Kita nak Dewan Pemuda bersama Presiden. Setiap tindakan yang dilakukan, Dewan Pemuda PAS dan presiden perlu bersama bukan berada di belakang tetapi bersama.

"Contohnya isu presiden menyokong Najib terus di tampuk kepimpinan dan perkara ini tidak difaham oleh ahli dan ia ditentang oleh ahli. Dan perkara ini nampak seperti tak sepakat dengan pimpinan di atas.

"Sebab itu kami mendesak supaya Dewan Pemuda PAS adakan satu pasukan penyelidikan bagi mengkaji apa sahaja yang keluar daripada PAS dan Presiden untuk difahami oleh ahli di bawah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucaptama ketua pemuda pada Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam pagi ini.

Pemilihan PAS: Hentikan perang saraf

Contoh Risalah Yang Disebarkan
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.” - Al-Baqarah: 148

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu Nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan dukacita dan menyesal; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya."

Hadis and Firman Allah di atas seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar kita tidak memandang berat dan berkira terhadap keputusan menang-kalah di dalam perlumbaan di setiap kali muktamar.

Menang dan kalah di tangan Allah. Yang terpilih sepatutnya bimbang akan beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Yang tidak terpilih pula harus bergembira kerana Allah meringankan beban di akhirat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...