Tuesday, June 2, 2015
Kenapa pula PAS perlu tukar Presiden..??
1MDB: Adakah Najib berani pecat Muhyiddin?


Menurutnya, Najib pasti tahu dan kenal siapakah orang yang tidak bersetuju dengan beliau.
Katanya, sebagai pemimpin nombor satu, Najib berhak untuk membuat rombakan kabinet bahkan memecat menteri yang masih secara diam-diam yang menentangnya.
Pada pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara pemuka utama yang menentang Najib dalam isu 1MDB.
Pengundi Maya Malaysiakini memilih Ustaz Ahmad Awang & Mat Sabu
'Lupakah, PAS teruk kalah jika sendirian?'
Walaupun terdapat pihak berpandangan bahawa PAS mampu berjuang sendiri, Suhaizan menegaskan namun ia bukan jalan terbaik.
"Amat penting kita pertahankan Pakatan daripada dirosakkan dari dalam. Mungkin ada dalam kalangan kita percaya bahawa berjuang sendirian adalah jalan terbaik.
"Tetapi lupakah kita dengan pencapaian sewaktu kita sendirian dulu? Lupakah kita waktu PAS hanya menang 1 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 1986 walaupun bertanding 98 kerusi Parlimen?," kata Suhaizan.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar dalam Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.
Ikutlah pemimpin yang ada kredibiliti

Ramai di antara mereka bersetuju bahawa ciri utama seorang pemimpin ialah kelakuan yang baik. Kebolehan untuk memimpin adalah di tempat kedua.
Mengikut Mark Sanborn di dalam bukunya, You Don’t Need A Title To Be A Leader ada berkata, manusia itu tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Malahan, insan itu kenalah belajar untuk menjadi seorang pemimpin sama ada ia mempunyai gelaran atau pun tidak.
Mengikut definisi di dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary pula, pemimpin ialah seseorang yang mengetuai sekumpulan orang, khususnya ketua bagi sesebuah negara atau organisasi.
Pemimpin yang sesuai untuk diikuti ialah apabila seseorang itu mempamerkan sifat atau ciri yang elok, di antaranya ialah kredibiliti.
Video | Benarkah Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi dalang Pemilihan PAS kali ini..??
UG Siri 3 - Bagaimana Hassan Ali dan UMNO Mencatur Pemilihan PAS Tahun Ini, SIapa Suwardi ?Bagaimana Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa Sudah Lama Mencatur Pemilihan PAS, Tahun 2015 ini Menyerlahkan lagi Percaturan Mereka setelah Ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mereka kini Menjadi Boneka UMNO..Channel Youtube - https://www.youtube.com/watch?v=pmAc23lQuyEDownload Link https://drive.google.com/file/d/0BwL8mb-HYe1OUTJaMDhpUFRNX0k/view?usp=sharing-
Posted by Ipoh Mali on Monday, June 1, 2015
SUMBER : KLIK SINI
Sudahlah Mahathir, kerana kamu MAS tenat
Cari toleransi paling tinggi dengan bukan Islam, gesa Mat Sabu
Pemuda PAS fokus 10 agenda utama

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata melalui tema Muktamar Tahunan Pemuda PAS kali ke-56, ia merupakan satu peringatan yang penting bagi memastikan terus kukuh berjuang dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi harapan dan amanah yang diberikan oleh rakyat.
Ketika menyampaikan ucaptama pada muktamar dewan itu yang bertemakan 'Mempersiap Generasi Kemenangan' di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, petang ini jelas beliau sepuluh agenda tersebut adalah:
1. Membangun Generasi Al-Helmy
2. Mempertahankan Amanah dan Harapan Rakyat
Hudud bukan alasan untuk berpecah belah
Forum yang bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya ini menampilkan MP Kluang YB Liew Chin Tong, MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusoff Rawa dan Nik Omar Nik Abdul Aziz, pengetua Maahad Darul Anuar dan juga anakanda kepada Tok Guru. Forum telah dikendalikan oleh saya selaku moderator.
Topik yang diwacanakan dalam forum itu adalah 'Islam dan kepelbagaian' dan perbincangan malam itu telah mengupas dengan lebih mendalam keperibadian Tok Guru.
Ia scara khususnya membincangkan berkenaan persoalan hubungan kaum dan agama serta hubungan parti politik dalam dan luar Pakatan Rakyat.
Tok Guru di akhir hayatnya tidak meninggalkan apa-apa wasiat khusus, baik kepada ahli keluarga atau parti politik yang pernah dipimpinnya, mahupun rakyat secara keseluruhan.
Hadi selamat 500 undi, kata penganalisis Ilham Centre
Di atas kertas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kumpulan proulama PAS dilihat selamat dengan sekurang-kurangnya 500 undi daripada keseluruhan 1,195 perwakilan dalam muktamarnya Khamis ini.
Pengamat politik PAS Muhammad Hisommuddin Bakar berkata jumlah sokongan, daripada trend pengundian blok, bagaimanapun boleh mencecah sehingga 700 orang atau 70 peratus.
Pengarah eksekutif pusat kajian bebas Ilham Centre berkata angka itu tergambar daripada perubahan besar akar umbi yang menyaksikan kumpulan tidak pro-status quo berjaya disingkirkan.
Kes paling menarik apabila bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin kecundang di tangan pemimpin kawasan kurang terkenal setelah mengetuai kawasan itu selama 16 tahun.
"Dengan bertukarnya perwakilan baru, komposisi yang memilih pemimpin yang progresif, berdasarkan merit, rasional, kelebihan individu dan kesan kepada pilihan raya umum akan datang juga sudah bertukar.
"Dengan pertukaran ini juga, di atas kertas, kumpulan proulama atau konservatif sudah menang di peringkat lapangan dan kawasan.
“Dan peluang mereka (proulama) cerah, di peringkat jawatankuasa pusat," kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Muhammad Hisomuddin Bakar.
Penjelasan KP Kesihatan dakwaan durian tercemar

Sambutan Besar-Besaran Untuk Muhyiddin Petang Ini?
Mustafa Ali pula fitnah KIT SIANG & DAP..!!!
DAP gopoh hingga sanggup bergabung dengan Umno

Mustafa akui sejak akhir-akhir ini kenyataan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng menunjukkan mereka gopoh dan tidak boleh bersabar.
"Saya hairan kenyataan Kit Siang, dia boleh keluarkan kenyataan selamatkan Malaysia dengan bergabung parti Umno untuk selamatkan Malaysia.
"Keluarkan kenyataan sanggup berkerjasama dengan Mahathir. Saya lagi hairan. Dalam sebulan lebih ini kenyataan seperti ini terlalu cepat. Dia kelihatan gopoh," ujar Mustafa dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Ahli agama gemar guna kuasa tangani perbezaan pendapat
Perang cyber menjelang Muktamar Pas
2. Media baru jadi meriah dengan pelbagai label dan ia bagaikan peluru M16 yang dilepaskan ke arah musuh masing - masing untuk memastikan kepala dan dada dirobek semahunya. Semuanya bertindak nekad tanpa peduli lagi kesan sampingan atau kesan langsung yang bakal berlaku.
3. Pihak ketiga yang paling ramai terlibat dan mereka adalah cybertrooper dan sharpshooter. Sama ada mewakili satu pihak secara sukarela atau mereka sememangnya dibayar khusus atau sememangnya mereka bermaksud mahu mengadu domba dan melagakan antara pihak yang berkonfrantasi.
Rafizi - “Harga minyak + (tambah) GST: boleh mati!”
Berang dengan kenaikan tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap rakyat yang sudah pun terhimpit dengan impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu.
“Harga minyak + (tambah) GST: boleh mati!” bidasnya.
Keluhannya itu mendapat sokongan daripada pengikut di laman sosial itu.
Setakat berita ini ditulis, Tweet tersebut telah dikongsi dan disebarkan hampir 500 pengguna laman Twitter.
Rafizi turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak.