TERKINI :

Monday, June 1, 2015

Muktamar ke-61 bukan penentu PAS keluar Pakatan

SALMIYAH HARUN | 01 Jun 2015.

KUALA LUMPUR: PAS menolak Muktamar Tahunan kali ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini menjadi penentu kepada PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tidak ada seorangpun pimpinan tertinggi PAS yang mempunyai pendirian mahu membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Saya bagi jaminan tidak ada seorang pemimpin tertinggi PAS hendak keluar Pakatan Rakyat. Sesiapa yang menang dalam pemilihan nanti tidak mungkin akan keluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Tegasnya, spekulasi mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat nanti bergantung kepada Muktamar PAS adalah tidak betul.

Bahkan katanya, Muktamar PAS sendiri tidak mungkin akan mengambil keputusan keluar Pakatan Rakyat kerana tidak ada sebarang usul yang mahu parti Islam itu keluar daripada pakatan.

Malaysia Airlines secara teknikal sudah muflis, kata CEO baharu



SEPANG: Malaysia Airlines ‘secara teknikalnya sudah muflis’, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller pada Isnin ketika membentangkan pelan strategik pemulihan syarikat penerbangan tersebut.

“Kita secara teknikalnya muflis dan prestasi yang merudum telah berlaku sebelum peristiwa tragik sepanjang tahun 2014,” ujar Mueller kepada media, merujuk kepada dua tragedi melibatkan pesawat MAS pada tahun lalu.

Malaysia Airlines mengambil tindakan awal berimpak besar di bawah pengurusan Mueller, apabila daripada 20,000 kakitangan yang diberhentikan hanya 14,000 daripadanya yang diberikan surat tawaran kerja di syarikat baharu.

Dalam sidang media pertamanya itu, beliau secara tidak langsung mengesahkan tentang 6,000 kakitangan MAS yang tidak akan menerima surat tawaran kerja bagi menyertai syarikat MAS NewCo.

Apabila akhbar UMNO berkempen untuk Hj. Hadi..

BUKTI UMNO BERKEMPEN UNTUK HAJI HADI.


1. Dalam Isu MB Selangor seminggu lebih UMNO memberi ruang Haji Hadi muncul di RTM, TV3, Asrto dan akhbar2 milik UMNO BN bagi membelasah serta mencerca Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah

2. Dalam Isu Calon MB Selangor, ruang yg luas juga diberikan oleh UMNO kpd Haji Hadi utk muncul sekali lagi bagi mencerca PKR dan DAP

3. Bahkan buat julung2 kalinya RTM, TV3 dan Astro membuat liputan meluas Muktamar PAS yang lalu.. ( tidak pernah berlaku sepanjang penubuhan PAS ).

4. Kini UMNO sekali lagi di dalam Akhbar dan kaca TV secara terbuka menzahirkan sokongan terhadap Team Haji Hadi dlm Muktamar PAS yang akan berlangsung pada pada khamis 4 june 2015 di Kuala Selangor.

5. Liputan meluas juga akan dilakukan oleh RTM, TV3 dan Astro dalam Muktamar PAS yg akan berlangsung pada Khamis ini...

Teuku Zacharyah Iskandar

Najib arah menteri letak jawatan jika tak sokong pulih 1MDB

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak tegas dengan memberi kata dua kepada ahli Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad agar meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak tegas dengan memberi kata dua kepada ahli Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad agar meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk meletak jawatan, lapor Utusan Malaysia.

Memetik sumber, akhbar milik Umno itu melaporkan, Najib membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu.

Bagaimanapun, difahamkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.

"Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian," sumber itu dipetik berkata.

Difahamkan perkara itu turut dilaporkan portal berita Malaysia-today.net.

Mat Sabu timbang saman Bernama, akhbar

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu  "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti."

Sinar Harian dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut di muka depan semalam.

"Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes,  tindakan undang-undang akan diambil.

"Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kuala Lumpur petang ini.

Kelmarin Bernama melaporkan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Mohamad semakin lantang mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Menurut laporan itu, beliau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluardaripada pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, beliau mencabar ketiga-tiga media itu mengeluarkan atau menyiarkan transkrip penuh ucapan yang didakwa menyindir Abdul Hadi.

"Ucapan saya tu orang dah dengar dah. Bukan benda baru. Saya berucap di konvensyen di Perak, (perkara) ini juga," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memuji kehebatan, ketokohan serta akhlak pemimpin PAS termasuk bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga berjaya memukau kehadiran rakyat menerusi kuliah dan ceramah.

Kalau nak sindir, sindir semua

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba beberapa pilihan raya umum sebelum ini, kedua-dua mereka gagal menguasai Kedah dan Kelantan sehingga PAS membentuk dan bekerjasama politik.

Menurutnya lagi,  Nik Aziz berjaya menguasai Kelantan selepas berpakat secara politik dengan Semangat 46 dan menang pilihan raya umum 1990 selepas Umno berpecah.

Katanya, dalam pilihanraya umum pada 1978, 1982 dan 1986 PAS gagal menguasai Kelantan.

Begitu juga, kata Mohamad, di Kedah PAS berjaya menguasai negeri melalui Datuk Seri Azizan Abdul Razak selepas mengadakan persefahaman politik pada 2008 ditambah pula dengan pengundi bukan Islam sedia mengundi PAS.

Sebelum itu, katanya, PAS hanya berjaya menguasai tiga kerusi DUN pada pilihan raya umum 1986.

"Kalau saya nak menyindir, saya sindir (termasuk) Datuk Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz (sama). Itulah baru sindiran.

"Ertinya saya nak tekankan berbelas kali dalam ucapan saya, iaitu PAS tidak boleh bersendirian untuk tawan negeri. Inilah pokok ucapan saya (di muktamar)," katanya.

Peneroka Felda Mendapat Hutang Baru RM100 Ribu Hingga RM150 Ribu

Oleh Mohd Nasaie Ismail

https://lh4.ggpht.com/s5dOcvDNmdQnncJsnAr0xyDL-ayjdqpMz1Qzz3T9BVPhFjNHYAgFU0gIdZ1qbADvuLQyLis0M_VqnRJZJc8I
Hari ini peneroka sangat terasa dengan beban hutang baru yang mereka terima daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu.

Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka. PENEROKA FELDA MENDAPAT HUTANG BARU RM100 RIBU HINGGA RM150 RIBU.

Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. Jadi bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA.

Jika ditakdirkan Allah menang, saya akan pastikan PAS terus kekal bersama PR kata Ahmad Awang

Calon bukan pilihan dalam perebutan kerusi presiden PAS, Ahmad Awang, 79, yakin boleh memberikan saingan sengit terhadap penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas naib presiden PAS dan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu berkata demikian sewaktu bercakap pada forum "Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015?", malam tadi.

"Kalau tengok usaha saya, winning is achievable (kemenangan boleh dicapai)," katanya sambil tersenyum disambut sorakan dan tepukan daripada hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).


Disoal hadirin akan strateginya untuk berbuat demikian, Ahmad sekadar berkata ia satu rahsia yang pastinya tidak akan didedahkan kepada lawannya. Namun terdahulu sebelum itu, beliau yakin tidak akan kalah dengan 100 undi sahaja.

Beliau turut mengunjurkan kesan yang akan berlaku jika beliau memperolehi hampir-hampir separuh daripada undi perwakilan.

Dulu orang Umno yang fitnah, tetapi sekarang orang PAS pula


Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya. Baca lagi di malaysiakini

DAP bekerja untuk Umno?

Oleh Subky Latif

MUAFAKAT antara PAS dan DAP dalam politik Pakatan Rakyat sudah sukar dibendung sekalipun kedua-duanya tahu bahawa persefahaman keduanya dapat membuka peluang bagi mengakhiri monopoli kuasa Barisan Nasional.

Semua mengakui termasuk Dr. Mahathir sendiri tentang adanya peluang menggantikan BN, Cuma dalam PRU lalu, nasib saja tidak memihak kepadanya.

Akan tetapi kelemahan semua kerabat PR mengendali muafakat selepas PRU13, tempoh bulan madunya seolah-olah berakhir. Selepas tempoh masam muka antara PAS dan PKR atas isu Menteri Besar Selangor, timbul satu demi satu perselisihan antara PAS dan DAP hingga sekarang ia amat sukar dibendung.

Kejujuran PAS terhadap PR dipersoal berpunca daripada ketegasannya meneruskan usaha melaksana hudud di Kelantan dan DAP mengira PAS cenderung untuk bersama Umno atas isu apa yang dikatakan UG – unity government – dan kesediaan Umno menyokong usul PAS mengenai hudud di Parlimen.

Sejak masa mukanya dengan PKR, PAS tidak berganjak pendiriannya untuk terus bersama PR dan selama ada masalah dengan DAP pun PAS tidak berhajat untuk keluar PR kecuali ia dikeluarkan. Ia tidak diyakini oleh DAP.

Sikit masa lagi, pakatan ini akan berkecai

Oleh Hasbie Muda

Sepinggan nasi yang dimakan harian akan kita rasai nikmatnya apabila kita terpaksa menelan apa jua makanan pada waktu darurat. Saya pernah menjalani kursus latihan seminggu yang hanya menyediakan nasi berlaukkan garam atau bihun mentah berlaukkan kicap.

Apabila habis latihan dan singgah di warung biasa, nasi yang dipesan itu terasa makanan yang paling sedap dalam dunia.

Begitu juga dengan pakatan politik yang kita adakan pada hari ini. Kadangkala apabila sudah ada kuasa dan mampu berbuat apa sahaja, kita mulai rasa kurang berharga pakatan ini. Dengan mudah kita hentam rakan kita dalam parti lain. Dengan mudah kita sakitkan hati kawan-kawan kita.

Dulu pimpinan PAS selar pemimpin DAP sebagai ubat tamat tempoh. Sekarang pemimpin DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan menghentamnya secara terbuka.

Semua ini akan membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat. Sikit masa lagi, pakatan ini akan berkecai jika ia dibiarkan. Natijahnya, UMNO/BN akan kekal berkuasa untuk tempoh yang lama lagi. Harapan rakyat berkecai dan kita akan kembali pada zaman ditindas semula.

Inilah ABANG MAT kami...!!

ذوالحزم شاريف السبعة

Sapa yang tak kenai dengan Abg Mat, Timbalan Presiden PAS. Ada orang kenai sungguh, ada org kenai gitu-gitu, ada org kenai dari jauh.Kalau yang kenai sungguh2 sapa dia Abang Mat maka depa akan faham setiap patah yang Abang Mat ucap dalam setiap ceramah Abang Mat.

Ceramah Abang Mat selain daripada fakta, dia akan selang seli dengan sindiran, perli-perlian, jenaka, senda gurau, pantun seloka tetapi semuanya dihalakan kepada musuh utama iaitu Umno/BN. Abang Mat tak akan sindir, perli atau kutuk parti dia sendiri atau mana-mana pimpinan dalam parti dia secara terbuka.Kerap sangat Abang Mat ucapkan dalam ceramah bahawa PAS adalah parti paling kuat di Malaysia.

PAS tak perlu ada hubungan kerjasama dengan parti2 lain dalam Malaysia. Tetapi kekuatan PAS secara berseorangan hanya mampu menakluk Kelantan, mempertahankan Kelantan, mungkin boleh menang di Terengganu dan beberapa kerusi di Kedah. Itu kekuatan PAS. PAS mampu berdiri sendiri tapi hanya setakat itu saja.Bukan baru Abang Mat bercakap mcm tu.

Kalau sapa2 yang ikuti ceramah Abang Mat, silap2 naik cemuih dgn isi ceramah dia sbb dok ulang benda tu jugak. Maksudnya apa yang Abang Mat cakap ialah berdasarkan fakta yg mmg nyata dan tak boleh diubah. Itulah kekuatan PAS jika bersendiri. Kelantan, Terengganu, Kedah.Tapi bila PAS bekerjasama dengan parti2 lain yg musuhnya juga ialah Umno/BN, PAS mengorak langkah ke negeri2 lain yang dulunya asing bagi PAS.

PAS diterima di Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan mula memasuki Sabah dan Sarawak.Apabila Abang Mat kata Presiden PAS hebat kuliahnya, ceramahnya berpuluh ribu org datang tetapi gagal tawan Terengganu atau pertahan Terengganu, itu adalah fakta bahawa jika PAS bersendiri, jika Presiden bersendiri, PAS tidak ke mana. PAS perlu kepada kawan2 lain.

Kalau PAS hanya bergantung kepada ahli PAS sahaja, bolehkah PAS menang pilihanraya? Itu yang Abang Mat maksudkan.Yang menuduh Abang Mat sindir Presiden, kritik Presiden tu, mereka samada tidak cerdik, tidak kenal Abang Mat atau komen tentang apa yang mereka tak dengar dan tak tahu.

Bila kena pada depa, keluarlah ayat quran bertabaiyun itu ini, tapi bila kena pada orang lain..... tak ada tabaiyun tapi terus tibaiyun saja.

Apa punya teruk la lebih buruk sangka pada sahabat & berbaik sangka dengan musuh.

Saiful gugur saman fitnah terhadap Anwar

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menggugurkan saman fitnah RM50 juta terhadap bekas ketua pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keputusan itu pagi ini.

Pengurusan kes tersebut dijadualkan berlangsung.

Ini bermakna Saiful tidak lagi membuat apa-apa tuntutan terhadap Anwar, kata Latheefa.

"Kami gembira kerana ia mengesahkan lagi bahawa Anwar tidak bersalah," katanya kepada pemberita.

Pengadu tidak memberi sebarang alasan menggugurkan kes tersebut atau perbincangan mengenai kos, katanya.

Saiful, seorang bekas pembantu Anwar, memfailkan saman itu pada Ogos lepas kerana dakwaan fitnah dan dakwaan diliwat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan kes liwat ke atasnya.

Hairan, Umno tolak Najib, Hadi pertahan


Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Krisis kepimpinan Pas Pusat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu minggu depan apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus-menerus diserang dari pelbagai sudut kerana kelemahannya sebagai Presiden Pas.
 
Belum pun perbalahan dengan timbalannya, Mohamad Sabu selesai, kini giliran Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menyindir kepimpinan Abdul Hadi.
 
Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak melahirkan kehairanannya apabila Abdul Hadi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ahli dan pemimpin Umno sendiri menolaknya.
 
"Mereka hari ini semakin marahkan Najib, kalau kita lihat apa Najib buat hari ini dengan Tabung Haji, GST dan kes Altantuya, orang Umno dah getik dekat Najib ini.
 
"Tiba-tiba presiden Pas pula kata pertahankan Najib dan mahu kekalkan dia, ini kita tak nak," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor di sini, semalam.

Nak Tutup 1MDB Tapi Berhutang Lagi?

A Kadir Jasin

NAK tutup (wind down) 1MDB?

Kalau nawaitu betul, “business model” bagus, harta banyak, juruaudit luar kata semua teratur, Lodin kata diurus dengan baik, tak ada siapa menipu, Jho Low tak ada kena mengena, tak bayar komisen berbilion ringgit dan tak ada duit lesap, sebab apa nak “wind down” 1MDB?

Takkan kerana dipertikai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersoalkan oleh beberapa kerat blogger yang kutip berita dari tepi jalan (guna pakai ungkapan Encik Rizal Mansor), Perdana Menteri naik gabra dan nak tutup 1MDB?

Betul ka? Ini kita kena tanya jurucakap Kabinet mengenai 1MDB, Ahmad Husni Hazadlah. Itu pun kalau Ahmad Husni bercakap dengan atau atas persetujuan Kabinet.

Tapi surat khabar milik MCA, The Star kata, 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.

Kalau nak tutup, apa hal pula buat rancangan supaya para pelabur Abu Dhabi suntik AS$4.5 bilion (kira-kira RM16.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk bayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42bil itu?

Dua peminjam Abu Dhabi itu ialah International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments. Inilah syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB.

Saya sedih Pas nak sembelih cerdik pandai

NIZAM ZAIN


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kesal apabila Pas didakwa giat melakukan usaha pembersihan golongan profesional dari parti itu.

Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai cubaan untuk menyembelih golongan cerdik pandai dalam Pas yang mahu menjatuhkan kepimpinan ulama khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tertarik kepada Pas kerana saya tengok Pas mempunyai golongan yang cerdik pandai.

"Tetapi hari ini dia nak sembelih orang cerdik pandai ini, bila diracunkan, racun ini bila tuba ikan mati semua, tuba ini tak boleh main-main," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad juga mengingatkan perwakilan Pas agar tidak memilih pemimpin Pas yang mempertahankan pemimpin Umno yang dibenci oleh ahli partinya sendiri.

Empat defenden termasuk kerajaan negeri Kedah disaman berhubung tukar status tanah rizab Melayu

Saman tukar status tanah rizab Melayu

Saman tukar status tanah rizab Melayu  
Nor Azahar menunjukkan laporan polis dan salinan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar

ALOR SETAR - Seorang peniaga memfailkan saman terhadap empat defendan berhubung status hartanah rizab Melayu sejak tahun 1933 di Mukim Kedawang, Langkawi dipindah milik kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Plaintif, Nor Azahar Zainol memfailkan saman itu Januari lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di mana kes terbabit akan didengar pada 21 Jun depan.

Writ saman difailkan peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui Tetuan Ranjit Singh Dhillon & Co.

Nor Azahar selaku plaintif menamakan empat defendan, iaitu pemilik tanah, Kerajaan Kedah, Pentadbir Tanah Langkawi dan sebuah syarikat bukan Melayu.

Beliau dalam tuntutannya mahu defendan-defendan mengesahkan sekeping hartanah di Padang Puteh, Padang Mat Sirat (Langkawi) adalah hartanah rizab Melayu.

Sebelum itu, Nor Azahar membuat satu laporan polis pada 21 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, selain turut membuat laporan sama di pejabat SPRM Langkawi, tiga hari selepas itu.

Zuhdi kata Mat Sabu tunjuk wajah sebenar

http://1.bp.blogspot.com/-3LoA3uSzN5I/U9h2bRAf6DI/AAAAAAABAL4/o_I7WDT_nKk/s1600/Dr+Mohd+Zuhdi+Marzuki+1.JPGSHAH ALAM - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah telah menunjukkan pendirian sebenar beliau dengan tidak menyokong kepimpinan presiden parti itu.

Demikian kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki ketika diminta mengulas berhubung tindakan Mohamad mempertikaikan kemampuan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu di dalam ucapannya di Tumpat, malam Jumaat lalu.

Beliau mendakwa, wujud pihak cuba memburuk-burukkan sesama sendiri menjelang Muktamar Tahunan Pas tahun ini.

"Sepertimana yang pernah saya utarakan sebelum ini, semakin hampir Muktamar Pas, dua pertiga bongkah ais Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) semakin muncul.

"Sebelum ini hanya satu pertiga sahaja muncul melalui Presiden Pasma, Datuk Ir Pahrolrazi Zawawi. Mohammad ini rapat dengan Pahrolrazi, justeru kenyataan dia (Mohamad) yang terbaru ini membenarkan jangkaan saya sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ramadan rai budaya tadabur, menghafal


sekadar gambar hiasan  
Pelajarilah cara bacaan al-Quran yang sebetulnya kerana ia perlu dan wajib bagi kita umat Islam. - Gambar hiasan

ALLAH SWT menamakan al-Quran dengan beberapa nama. Antaranya dinamakan Al-Kitab, sebagai indikasi umat ini adalah umat yang membaca. Dinamakan juga Nur, dalam Surah An-Nisaa, dan Roh dalam Surah As-Syura.

Dengan nama Nur, al-Quran ini menerangi dan dengan nama Roh menunjukkan bahawa ia menggerakkan serta menghidupkan jiwa.

Sempena kedatangan Ramadan, seminar Nikmatnya Bertadabur dan Menghafal Quran akan dilaksanakan dengan tujuan mendidik orang ramai membaca, mengingat dan mengamalkan al-Quran, agar masyarakat bercahaya dengan akhlak, dan bersemi dalam jiwa nilai-nilai kebaikan.

Seminar anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) bersama Akademi Sinergi Ikhlas bakal menggandingkan dua tokoh agama dari dua negara serumpun iaitu Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Malaysia) dan Ustaz Bachtiar Abdul Nasir (Indonesia) sebagai penyampai utama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...