TERKINI :

Sunday, May 31, 2015

Bila masa pula ada Pemimpin PAS Tolak Hudud ?

Oleh Aiman Athirah Al Jundi


Bila masa pula ada Pemimpin PAS Tolak Hudud? Jika kita berbeza pada peringkat bagimana untuk
menjayakan pelaksanaannya, maka ia sama sekali bukan bermaksud Menolak!

Watch "Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan" on YouTube - https://youtu.be/I9D1roC1BLo

Perhatian untuk TUAN/PUAN ceramah Kit Siang jam yang ke 1:24:00
Kit Siang bukan Islam... dia cerita pi melawat Timur Tengah jumpa ulamak Islam dan mereka berbeda pendapat dalam pelaksanaan hudud. Dia juga mengupas kitab Dr. Yusof Qardhawi .

Let us dont be too emotional. DAP study bab hudud di Timur Tengah... Apa pula kita nak kata...?

Susah bila mula berkempen dengan nafsu dan politik machiaveli ni.

Lihat Al-Hujurat : 6 - يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Seterusnya Al-Hujurat : 11 - يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسٰىٓ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَن

يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Ini firman Allah. Jelas, terang, detailed. Ittaqillah!

Tidak patut HADI mengkategorikan perwakilan Pas sokong DAP atau PAS

Oleh Mohd Sayuti Omar


Bagi saya Abdul Hadi Awang (AHA)  tidak patut mengkategorikan perwakilan Pas kepada dua puak atau mazhab, yakni yang menyokong DAP dan tidak menyokong DAP.

 Buruk sangat anologi itu.

Kenapa begitu tergamak sekali beliau merendah-rendahkan rakan sesama Pas dengan menuduh mereka menolaknya kerana sokong DAP.

 Cara AHA berfikir beliau merendahkan kepimpinan beliau sendiri.

Apabila Pas boleh dibelahkan kepada dua mazhab, sepihak sokong DAP dan sepihak lagi tidak sokong DAP, secara tidak langsung menjelaskan beliau gagal menjadi pemimpin yang mampu mempersaudarakan ahli dan penyokong PAS.

Dalam kes ini tidak pula saya terjumpa yang AA melebelkan AHA sebagai disokong Umno?

Atas kelemahan itu pun AHA sudah perlu wacanakan semula kedudukan sebagai presiden.

 Mungkin kerana kelemahan itulah maka beliau dicabar pada tahun ke-13

Antara Suara Ahli PAS dan Suara Umno dalam PAS..!!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Ust Ahmad Awang tidak mewakili DAP, bukan pembawa suara DAP, jauh sekali utk menDAPkan PAS.

Beliau membawa suara ahli PAS yg tidak selesa dgn pemimpin utama PAS yg mahu memecahkan PR, mahu berselingkuh dan membekalkan pelampung penyelamat utk Umno.

DAP adalah DAP dan PAS adalah PAS, namun kedua-dua parti itu diikat satu persamaan iaitu menumbangkan BN yg banyak melakukan fasad politik, ekonomi dan sosial dlm negara.

Seburuk-buruk DAP, mereka mengundi PAS dlm pilihanraya, tetapi seikhlas-ikhlas Umno mereka sentiasa mencari jalan utk melingkupkan PAS.

Perwakilan wajar menolak calon yg membawa suara Umno dalam PAS.

Harga runcit petrol, diesel naik 10 sen seliter

HARGA runcit petrol dan diesel bagi Jun naik 10 sen seliter. - Foto NSTP 

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi Jun naik 10 sen seliter, berkuatkuasa mulai 12.01 minit tengah malam ini. 

Menurut kenyataan pada laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga baharu petrol RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58325

Sarjana bayang kerajaan Pas akan tumbang

SEMBANG                                                                                                          

Tiga hari lalu saya turut minum tea bersama beberapa anak Kelantan yang terdiri daripada sarjana dalam pelbagai bidang. Ada sarjana dalam bidang sejarah, ekonomi, politik dan budaya. Walaupun saya bukan seorang sarjana Ph.D tetapi diajak sama untuk minum tea bersama mereka. Terima kasih.

Antara yang hadir dalam sembang kedai kopi di Bangi.
Antara sarjana yang hadir ialah Dr Muhammad Agus Yusof, pensyarah di UKM, Dr Shamsul Adabi Mamat juga dari UKM, Dr Mustapa Ahmad, pengawa yang satu-satunya memegang title (tangkai nama) Doktorat, Dr Wan Suhaimi Wan Daud, Ketua PKR Pasir Mas, dan lain-lain yang saya tidak begitu mengenali mereka, yang juga merupakan sarjana Ph.D. Seorang peguam juga turut hadir.


Yusuf Comel dan Mohd Sobree Shafii juga turut sama hadir. Walaupun beliau, (Yusof) tidak menggunakan "tangkai nama" Dr di pangkal namanya tetapi butir bicara, buah fikiran dan hujah yang dikeluarkan menunjukkan dia sebenarnya layak untuk menjadi pensyarah dalam bidang Ilmu kemanusiaan dan Sains Politik. Assumption dibuatnya melewati wataknya dimilikinya.

Menarik hujah yang dikemukakan Yusof, apa lagi gaya cakapnya berterus terang dan jujur menyebabkan orang suka mendengarnya walaupun terasa sikir lubang telinga. Bagi saya Yusof seorang yang out spoking dan bercakap ada hujah-hujah tersendiri yang sukar untuk ditepis.

Tudia....FGV bagi alasan banjir sebab apa harga saham mereka turun

Peneroka Felda tolak alasan banjir punca harga saham FGV turun, kata Anak
OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Pemimpin Anak, Mazlan Aliman berkata peneroka juga khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mei, 2015.
Pemimpin Anak, Mazlan Aliman berkata peneroka juga khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mei, 2015.

Peneroka Felda menolak alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham dan prestasi syarikat yang lemah berpunca daripada insiden banjir tahun lalu, yang menjejaskan operasi ladang mereka, kata pertubuhan anak peneroka Felda (Anak).

Pemimpin Anak, Mazlan Aliman berkata peneroka juga khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu.

Beliau berkata, banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yang tidak memiliki banyak ladang kelapa sawit.

"Banjir teruk di Kelantan, berapa banyak tanaman FGVH di Kelantan?" soalnya.

Menurut laman web FGVH, ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang dan Sabah.

PAS hormati semua dasar dalam PAKATAN RAKYAT

KHAIRIL ABDUL RAHIM | 31 Mei 2015.

TEMERLOH: PAS menghormati dasar semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan pada masa yang sama tidak pernah mengkritik dasar yang dianggap tidak dipersetujui parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang disepakati bersama seperti menentang rasuah, menuntut keadilan, membela nasib semua kaum dan pelbagai isu rakyat.

“Jadi saya nampak pemimpin-pemimpin PR boleh duduk semeja berbincang isu-isu besar cuma kadang-kadang ulasan media baru terutamanya berlebih-lebihan sehingga menutup kebersamaan kita,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Pahang kali pertama bangunan PAS negeri, di sini pagi ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Md Jusoh Darus, Bendahari negeri Musaniff Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Hazmi Dibok, Pengerusi DHPP Pusat dan negeri Pahang N. Balasubramaniam, Ketua Pemuda DHPP Balendran serta 50 ahli.

Tuan Ibrahim dalam ucapannya sebelum itu menceritakan sejarah perjuangan PAS sejak 1951.

Mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang banyak dikritik oleh kawan dan lawan, Tuan Ibrahim berkata ia telah digubal di Dewan Kelantan sebelum wujud PR lagi iaitu pada tahun 1993.

“PAS telah 25 tahun memerintah Kelantan dan pelaksanaan hukum tersebut merupakan janji dan komitmen PAS jadi diharap tidak ada yang mempertikaikannya,” tegasnya.

Dalam majlis yang sama Tuan Ibrahim mewakili PAS Pahang turut menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 kepada Balasubramaniam yang mewakili DHPP untuk tujuan melaksanakan gerak kerja.

Sementara itu dalam mesyuarat berkenaan turut memilih 10 orang ahli jawatankuasa bagi mewakili negeri ke Mesyuarat Agung DHPP Pusat pada 26 Julai akan datang. - HARAKAHDAILY 31/5/2015

RMK-11: Berapa unit rumah mampu milik untuk P.Pinang, Jagdeep tanya Putrajaya

 Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JAGDEEP Singh Deo memberitahu wartawan bahawa beliau kesal dengan layanan dingin Putrajaya yang enggan membina PR1MA untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia di Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.

DATUK KERAMAT - Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas hanya menyebut sejumlah 653,000 rumah mampu milik akan dibina di tanah air ini dalam tempoh lima tahun, tetapi masih tidak menyebut rancangan pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang.

Justeru, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menggesa sekali lagi Kerajaan Pusat supaya tidak terus menganaktirikan rakyat Malaysia di Pulau Pinang, sebagaimana pada perbentangan Bajet 2015 pada bulan Disember tahun lepas.

Katanya, Bajet 2015 memperuntukan sejumlah RM1.8 bilion untuk membina 80,000 unit perumahan mampu milik di tanah air, namun, sehingga kini tiada pembangunan PR1MA di negeri ini.

Manakala, RMK-11 menyebut pembangunan PR1MA di empat bandar utama yang diklasifikasikan sebagai bandar-bandar berdaya saing, iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Berapakah daripada jumlah 80,000 dan 653,000 unit rumah mampu milik ini yang akan dibina di negeri Pulau Pinang,” ujar Jagdeep kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Najib kekal Umno parah?

Oleh Anuar Mohd Nor

Ramai yang mula mengatakan Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan pintu yang mengarahkan beliau keluar – melepaskan jawatan perdana menteri serta turun takhta daripada memegang tampuk presiden Umno.

Adakah ini akan berlaku – adakah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memaksa Najib melepaskan jawatan?

Adakah timbulnya video Tan Sri Muhyiddin Yassin – akan juga memberi kesan sehingga Najib terpaksa melepaskan jawatan – begitu juga PAC – dalam membuat siasatan dan Jabatan Audit Negara – adakah semua ini akan menghambat Najib untuk turun takhta.

Ada pendapat mengatakan masa Najib sudah sampai ke penghujung – ada pendapat yang mengatakan tidak – Najib tidak akan undur sebab beliau ada kuasa di atas kuasa yang beliau ada – kuasa Datin Seri Rosmah Mansur – kuasa Istana.

Bermacam-macam-macam pendapat yang timbul. Namun pengkhususan semua adalah sama ada Najib kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau tidak menjadi topik perbualan.

Isa Samad punca kehancuran Felda?

Oleh Zuraidi Abdullah

http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/07/isa-felda1.jpeg
Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM1.93 berbanding harga IPO.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda dan FGV di atas kegagalan ini.

Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :-

1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.

2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.

Beri cikgu rehat secukupnya, Sistem digital, guru terseksa?


Sistem digital, guru terseksa? 
 Tekanan tugasan boleh menjejaskan kualiti pendidikan. (Gambar hiasan)
 
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, heboh orang ramai bercakap mengenai tahap pencapaian pelajar Malaysia yang didakwa masih terkebelakang berbanding negara lain.

Tetapi kualiti pendidikan dijangka lebih terjejas pada masa depan jika tinjauan mengenai tekanan guru yang dilakukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) diambil kira.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, tinjauan terbaharu NUTP yang dibuat tahun lalu menunjukkan tekanan dihadapi guru di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan pengenalan pelbagai program pendidikan baharu serta penggunaan sistem elektronik (e-sistem) untuk merekodkan segala aktiviti di sekolah.

Menurutnya, keadaan fizikal dan mental guru yang ‘letih’ akibat beban tugas tambahan ini menyebabkan mereka tidak mampu menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

“NUTP tahun lalu ada minta guru senaraikan beban tugas mereka. Memang tugas masukkan data secara online ini antara yang paling menimbulkan tekanan hebat. E-sistem ini menyebabkan guru menderita,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Sudah 15 tahun pelarian melintasi sempadan negara baru kerajaan terfikir nak buat tembok

Kerajaan berhasrat bina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand


Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, kanan).

Beliau berkata pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 'jalan tikus' di kawasan sepanjang kira-kira 700km sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Katanya beliau juga dijadualkan menemui menteri besar Perlis, Kedah dan Kelantan tidak lama lagi untuk memaklumkan arahan terbaru Kementerian Dalam Negeri kepada petugas keselamatan sempadan negara untuk meningkatkan lagi pengawasan.

Beliau berkata pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan perlu diperkukuhkan supaya tiada lagi individu yang boleh keluar atau masuk sesuka hati dengan hanya "mengangkat tangan atau menganggukkan kepala sahaja".

Ahmad: Serang peribadi bukti habis modal

Zulaikha Zulkifli

PuPencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah," katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara," katanya lagi.

Tolong sedar wang 1MDB itu milik rakyat


1MDB 
 
SHAH ALAM – Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang gagal hadir pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa lalu.

Syed Ali mendakwa, Arul boleh pula segera kembali ke tanah air daripada urusan di luar negara untuk menghadiri majlis makan malam sulit dengan orang-orang ternama.

“Arul Kanda tidak dapat hadir ke prosiding PAC pada Selasa. Tapi boleh balik ke tanah air dari urusan di luar negara itu untuk menghadiri sesi makan malam sulit dengan orang-orang ternama termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Aloft, KL Sentral pada Rabu malam.

“Mengikut urutan cerita, Arul sepatutnya berada di luar negara, dia minta maaf tak dapat hadir ke prosiding sebab urusan di sana.

Nik Amar : Hudud: Masih awal nilai keikhlasan Umno


Mohd Amar Abdullah  
Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

'PR umpama tripod, patah satu kaki runtuhlah'


PR
PETALING JAYA – Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menyifatkan PR seumpama sebuah tripod yang mempunyai tiga kaki dan bakal runtuh sekiranya salah satu kaki itu ditolak atau ditarik.

Menurutnya, dalam PR, tidak ada mana-mana parti yang berhak menolak sesiapa atau menarik diri atas dasar percanggahan personaliti.

“Sesiapa juga. Jadi, awak tak boleh kata, ‘oh saya akan buang awak daripada PR atau ‘saya tarik diri’ kerana kita ada tiga kaki. Salah satu tarik, jatuhlah. Isunya, tiada sesiapa berhak untuk menolak (orang lain) atau menarik diri.

“Mungkin itu pandangan-pandangan yang dikatakan ‘saya tidak setuju dengan personaliti bukan tidak setuju dengan dasar parti’. Setakat ini tidak ada pemimpin yang mengatakan ‘saya tak setuju’ (dengan dasar parti),” katanya ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tambah anak: Menteri dicabar hidup bergaji RM900

Datuk Rohani Abdul Karim
SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dicabar supaya menjalani kehidupan biasa dengan gaji minima sebanyak RM900 untuk tempoh 30 hari.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi merasai sendiri peritnya beban dan tekanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh wanita bekerja yang berpendapatan minima dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dapur dan keperluan harian.

“Beliau (Rohani) pasti tidak pernah menikmati kesusahan dengan makan gaji. Kami ingin cabar beliau untuk hidup 30 hari sebagai seorang wanita yang memperoleh gaji minimum RM900 bersama-sama keluarganya.

“Kemudian setelah 30 hari berakhir, kami mahu beliau buat keputusan sama ada relevankah untuk mempunyai lebih ramai anak apabila kos kehidupan yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skim Bazar Ramadhan - 39% Pakai tak bayaq dah pinjaman tu nampaknya...!!

SBR: Bayar hutang atau disenarai hitam

 Ahmad Bashah Md Hanipah  
Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR - Sejumlah 4,500 peminjam Skim Bazar Ramadan (SBR) 2014 yang gagal membuat sebarang pembayaran kepada Bank Rakyat digesa membayar balik pinjaman itu dengan segera.
  
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sekiranya mereka gagal berbuat demikian, nama mereka akan disenarai hitam daripada menerima pelbagai pakej bantuan daripada kerajaan serta pinjaman perniagaan daripada bank.‎
  
Beliau berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengutip balik pinjaman tersebut sebanyak RM13.27 juta daripada RM30 juta pinjaman yang diberikan kepada 11,589 peniaga bazar Ramadan tahun lepas.
  
"Setakat ini 35 peratus peminjam berjaya langsaikan pinjaman mereka kepada Bank Rakyat dan 26 peratus peminjam lagi sedang membayar baki pinjaman manakala 39 peratus atau 4,500 peminjam menghilangkan diri.
  

Alahai.. anak benih Pokok Harumanis pun depa curi....!!

Pencuri anak pokok harumanis resahkan Perlis

 Pencuri anak pokok harumanis resahkan Perlis 
 Penjual harumanis Norani Che Ismail, 30, menunjukkan buah di gerainya.

 Pencuri anak pokok harumanis resahkan Perlis  
Tanah sawah milik Nordin yang dijadikan tapak menanam harumanis.

BUNYI enjin kereta Viva putih yang sedang dipandu perlahan-lahan di tengah kegelapan malam di tepi masjid Kampung Alor Ara, Arau, Perlis langsung tidak mencuri perhatian jemaah masjid yang sedang khusyuk menunaikan solat Isyak.
 
Namun apabila semakin lama kereta misteri itu berhenti di tengah jalan, seorang penduduk kampung mula curiga lalu keluar untuk bertanya hala tuju pemandu yang menunggu bersendirian. Wajahnya juga bukan orang kampung di situ.
 
Tidak sampai seminit bersembang dengan pemandu tersebut, tiba-tiba seorang lagi lelaki muncul dari dalam kegelapan terus melompat masuk dan si pemandu memecut kenderaannya meninggalkan jemaah masjid terpinga-pinga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...