TERKINI :

Saturday, May 30, 2015

BUDAYA ‘TAK BOLEH BERTANYA’ SEDANG MEREBAK DI MALAYSIA


Sebenarnya budaya ‘tak boleh bertanya’ sudah lama merebak dikalangan orang Melayu semenjak zaman dahulu lagi. Aku tak tahu pula samada budaya ini diamalkan juga oleh bangsa-bangsa lain. Tetapi yang nampak jelasnya amalan sebegini berleluasa diamalkan oleh orang Melayu.

Jiwa dan naluri ingin tahu kanak-kanak Melayu misalnya sering ‘mati’ di separuh jalan disebabkan ‘dibunuh’ oleh anggota masyarakat yang mengamalkan bdaya ‘tak boleh bertanya’. Rata-rata masyarakat Melayu tidak menggalakkan ‘anak-anak’ untuk menanyakan sesuatu. Apabila belajar agama misalnya pernah dketemui guru-guru agama akan mengeluarkan ‘fatwa’nya menyatakan, ‘guru agama jangan disoal…berdosa’ Maka tidak adalah lagi soalan yang ingin disoalkan kepada ‘anak-anak’ kerana takut ‘dosa’ sebagaimana yang disarankan oleh “Ustaz’ berkenaan.

Sehingga kini masih diamalkan oleh sebahagian besar guru-guru agama yang mengamalkan budaya’ tak boleh bertanya’ itu. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada ‘pelajar-pelajar’ untuk bertanyakan sesuatu. Dan sekiranya dibenarkan bertanya dan jawapan yang diterima pula kadang-kadang amat menyedihkan. Misalnya ada Ustaz yang memulakan jawapanya dengan mengatakan, ‘ soalan sedemikian sepatutnya tidak diajukan yang berkemungkinan si penyoal terkeluar daripada akidah Islam…..”. Justeru jawapan sedemikian sudah boleh ‘menutup’ hati dan perasaan yang menyoal agar tidak meneruskan lagi soalan-soalan walaupun dalam benak penuh dengan soalan-soalan yang masih belum berjawab.

The Malaysian Insider Menyiar Print Screen Palsu Untuk Buruk Dr Zuhdi


The Malaysian Insider (TMI) melalui artikel oleh Mohd Farhan Darwis berkenaan satu print screen kononnya dikeluarkan oleh satu kumpulan whatsapp yang disertai oleh dr Zuhdi marzuki adalah tidak benar. Print Screen itu dipercayai adalah ciptaan software.

Ramai orang mempersoalkan kesahah print screen itu yang sebahagian daripada atas print screen itu telah di padamkan.

preen Screen yang dikeluarkan oleh THE MALAYSIAN INSIDER ini banyak kesalahannya.

Pertama, masa print screen itu juga tidak sama dimana bagi posting yang pertama menunjukkan 10:00:00 PM sedangkan paparan menunjukkan 11:18 PM

Kedua masa posting untuk dr Zuhdi selang 2 minit iaitu 11:33PM dan 11:35 PM sedangkan ayatnya seperti bersambung.

Kenapa wartawan TMI sanggup menyiarkan berita PALSU?

SUMBER

Anak TG Nik Aziz dedah sifat dan prinsip unggul arwah yang menyebabkan Umno Kelantan mati kutu berdepan dengan Pas.

Nik Omar - Ayah hormat dan sanjung semua orang

ULASAN PAGI                                                                                

Bertempat di Shah Alam malam tadi telah berlangsung forum bertajuk, Pas dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia yang menampilkan tiga anak bekas pimpinan tertinggi Pas sebagai ahli panel. Mereka ialah anak bekas dua presiden Pas, Yusuf Rawa, Mujahid Yusuf dan Fadzil Mohd Noor, Faiz Fadzil manakala seorang lagi anak bekas Mursyudil Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Tiga ahli panel bersama moderator, Dr Hamzah. Foto AA.
Meletakkan tiga anak bekas pemimpin tertinggi
Pas itu sudah tentu tujuan pengajur ialah untuk merungkai atau pun mendedahkan watak dan gaya perjuangan bapa mereka masing-masing kepada umum, khasnya kepada para perwakilan yang akan membuat pemilihan pemimpin Pas minggu depan.

Tetapi sedikit menjadi persoalan apakah kaitan dengan politik Pas masa depan? Apakah masa depan Pas kini kabur atau pun berada di persimpangan, justeru mereka ditampilkan untuk membuka "azimat" dipakai bapa-bapa mereka yang berjaya meletakkan Pas atas peta dunia selama ini? Bahawa mereka diminta berkongsi saksiah orang tua mereka yang berjaya menjanakan Pas?

Khabarnya anak presiden Pas kini, juga turut sama sama diundang, tetapi tidak hadir kerana ada halangan lain. Tidak wajar pun kalau anak presiden hadir, apa lagi untuk memperkatakan kehebatan bapanya, kerana bapanya masih menjadi presiden dan sedang berusaha mempertahankan kedudukannya. Ketidakhadiran itu sesuatu yang patut.

Sayang majlis malam tadi tidak begitu banyak maklumat yang diperolehi daripada putera-putera perjuang Pas itu. Apa yang sempat diceritakan mengenai detik-detik manis, kejayaan, tetapi tidak disebut mengenai kegagalan dan masalah serta tribulasi mencabar dihadapi ketiga-tiga tokoh Pas itu.

Ulamak DAP nak dan Ulamak DAP Tak Nak...

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kenyataan terbaru TG Haji Hadi menjadi viral. Pertembungan pemilihan kali ini berubah wajah. Faktor DAP vs Faktor UMNO. Ada yang tuduh lawan mereka disukai DAP. Ada yang tuduh lawan mereka disukai UMNO.

2) Saya tidak mahu ulas persepsi yang ditimbulkan. Saya mahu buat persepsi sendiri, berkisar kenapa TG Haji Hadi sebut "hok DAP nok, hok DAP tak nak"

3) Pertama, kita boleh tafsir sebagai TG haji Hadi sebagai manusia biasa yang ada perasaan. Serangan bertali arus golongan pro-DAP terhadap beliau sedikit sebanyak mempengaruhi emosi. Saya agak lah. Tentu ada walaupun sebanyak 0.01%, walau beliau seorang yang sangat penyabar.

4) Ia tidaklah mengganggu emosi beliau jika 100% serangan itu daripada DAP, tetapi ia sedikit sebanyak terasa jika serangan terhadapnya turut dikongsi bersama oleh pimpinan PAS sendiri.

Kemukakan Bukti Atau Henti Fitnah, PASMA nasihat Zuhdi

Kenyataan media
30 Mei 2015


KEMUKAKAN BUKTI ATAU HENTI FITNAH, PASMA NASIHAT ZUHDI MARZUKI

Saya kesal dengan kenyataan berbaur fitnah Dr Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang menuduh PasMa terbabit dalam 'grand design' satu-satu calon pada musim saingan Muktamar PAS kali ini.

Dari awal lagi, telah saya tegaskan bahawa PasMa tidak akan mencampuri proses pemilihan dalam Muktamar PAS, kerana kami adalah NGO penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

Lagipun, semua tuduhan Zuhdi kepada mana-mana pemimpin PAS yang menawarkan diri pada muktamar PAS ini adalah tidak adil kepada mereka yang berkenaan.

Tuduhan Zuhdi ini yang mensasarkan kepada calon-calon berkenaan dilihat lebih pada memberi reputasi buruk kepada mereka. Ini suatu tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang muktamar.

Kalau ada ahli PasMa menunaikan kewajipannya sebagai ahli PAS sempena musim pemilihan kali ini sekalipun, itu hak peribadi mereka yang PasMa sendiri tidak boleh larang.

Malangnya Suhaizan Kaiat apabila ente tidak pakai LEBAI PUTIH

STAIL POLITIK JOHOR





Aku kalau jumpa dengan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, satu je aku nak pesan kat beliau. Pakailah kopiah, please lah. Kau buat kerja untuk rakyat dah best dah, masa belum jadi Ketua Pemuda, kau lead himpunan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), lepas tu letuskan isu Mismah (pengundi ragu), memang legend habis masa tu.


Bila jadi Ketua Pemuda, isu-isu seperti kenaikan harga barang, isu antarabangsa, dan sudah semestinya isu kebusukan pemerintah yang ada hari ini. Kau memang konsisten lead anak-anak muda, samada menerusi himpunannya, atau bantahannya. Isu GST, team Pemuda PAS pergi jumpa Ketua Pengarah, isu bolasepak, mengadap Presiden FAM, isu apa lagi ntah, banyak lagi lah geng-geng Pemuda PAS buat engagement dan duduk semeja dengan pegawai berkenaan. Dengan geng-geng Pakatan Rakyat, yang suka mengata kat pimpinan, kau pergi jumpa direct, buat table talk. Silap kau satu je, tak buat Kenyataan Media. Itu je. Bagi kebanyakan ahli PAS, kenyataan Media itulah bukti kau buat kerja. LOL!

Bekas MT Umno kecewa RMK11 masih bincang kemiskinan Bumiputera

 Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah berharap kerajaan mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.- Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Mei, 2015.
Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah berharap kerajaan mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.- Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Mei, 2015.

Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah kecewa pendekatan kerajaan yang masih cuba menyelesaikan masalah kemiskinan menurut garis perkauman dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) ketika cabaran itu kini merentasi garis perkauman.

Beliau berharap Malaysia mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengharapkan RMK11 akan meneruskan perbincangan itu. Malangnya tidak.

"Maka kerana itu saya sangat sedih RMK11 masih mempunyai agenda Bumiputera.

"Saya mengharapkan RMK11 sebagai pelan pertama yang tidak menangani masalah ini berdasarkan kaum tetapi berdasarkan keperluan," katanya sewaktu berucap pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), di Petaling Jaya petang ini.

Zuhdi perlekeh anak Nik Aziz pula....

Zuhdi buat hal lagi, kali ini perlekeh anak Nik Aziz 
Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi. – Gambar WhatsApp, 30 Mei, 2015.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sempadan bolos, kedaulatan negara tergugat..siapa jaga negara sekarang nie..??

KUALA LUMPUR: Penemuan lebih 100 kubur warga asing di Bukit Wang Burma yang didedahkan baru-baru ini oleh media sebagai salah satu bukti bahawa kedaulatan negara tergugat berikutan sempadan negara senang di bolosi.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, berlakunya penyeludupan dan perdagangan manusia amat mencemaskan dan ia dilihat sebagai petanda hitam yang memberikan gambaran bahawa kedudukan sempadan Malaysia adalah negara yang paling mudah untuk dicerobohi.

"Sama ada di antara negeri Perlis, Perak dan juga Kelantan dengan Negara Thailand di Utara Malaysia, di sebelah Sabah dan Sarawak dengan Filipina dan Indonesia serta di selatan Johor dengan Singapura.

"Kerajaan Malaysia dan Pasukan Keselamatan yang menjaga semua sempadan kita perlu peka dengan cabaran yang ada dan memerlukan satu teknologi terkini sebagai peralatan sokongan bagi tujuan pemantauan," katanya kepada Harakahdaily.

Habuan RM1 juta 'bongkar' harta Dr Mahathir

Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi  Tun Dr Mahathir Mohamad .

Jika itu tidak cukup menggiurkan, CAGM sebenarnya berjanji untuk memberikan habuan lumayan itu kepada setiap individu yang membantu menemukan harta milik bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pengerusinya, Md Zainal Abidin berkata, pihaknya akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumat terbabit.

"CAGM menjalankan penyelidikan dan merujuk kepada laporan media, Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun kerana memiliki kemewahan yang banyak.

"Kebanyakannya disembunyi di luar pesisir pantai melalui pelbagai lapisan proksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, pertubuhan sama menyatakan rancangan mereka untuk menyaman Dr Mahathir sebanyak RM50 bilion kerana membazirkan wang pembayar cukai.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pertubuhan itu dan Md Zainol mendakwa, ia baru ditubuhkan sebulanlalu namun mempunyai kira-kira 2,000 ahli.

Kata Md Zainol semakan di Wikipedia pada Disember 2012 juga menunjukkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak.

Kenyataan CAGM bagaimanapun mengingatkan, mereka meletakkan beberapa syarat kepada pemberi maklumat sebelum habuan RM1 juta itu boleh diserahkan.

Nak pilih proksi PR atau Proksi BN..?

Kata dua Hadi untuk perwakilan

Menjelang Muktamar Tahunan PAS di Kuala Selangor Khamis ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan formula mudah untuk perwakilan membuat pilihan pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Bagi Abdul Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada dua, iaitu yang ingin mengikut telunjuk DAP atau  sebaliknya.

Sambil menyatakan perwakilan "bebas" membuat pilihan, bekas Menteri Besar Terangganu selama satu penggal itu berkata, barisan calon yang menawarkan diri untuk diundi perwakilan kali ini tidak lagi boleh dibahagikan kepada kumpulan ulama dan bukan ulama.

Memetik laporan Harakahdaily, Abdul Hadi berkata, kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak... pilihlah," katanya.

Muktamar kali ini dianggap antara yang paling panas pernah dialami PAS sejak ia ditubuhkan pada 1951.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan dikenali sebagai proulama yang semakin jelas  menjarakkan diri dengan gabungan Pakatan Rakyat.

Satu kumpulan lagi ialah beraliran sederhana - kebanyakannya disokong golongan profesional.

Abdul Hadi sendiri berdepan dengan bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi disiarkan Harakahdaily, secara tidak langsung Ahmad dilabelnya sebagai ulama yang mengikut telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, jika ada mana-mana parti lain - termasuk DAP - yang mempunyai  pandangan mengenai PAS dan mahu  kehendaknya diikuti, terpulang kepada ahli  PAS sendiri untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada ahli-ahli PAS hendak pilih. Hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media di Marang, Terengganu, semalam.

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

OLEH HASBULLAH AWANG

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz (gambar, kiri) berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia. Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.

Menurut Mujahid, PAS kini sudah terbawa-bawa budaya Umno yang bimbangkan masalah perpaduan Melayu.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,” katanya. – 30 Mei, 2015.

Ku Li: Beri peluang rakyat pilih sendiri PM

Prestasi kerajaan mungkin boleh diperbaiki lagi jika sistem pemilihan perdana menteri diubah, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Berbanding pelantikan perdana menteri dibuat oleh parti yang memenangi pilihan raya, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, ia mungkin boleh ditentukan oleh rakyat secara langsung.

“Kita perlu meneroka sistem lain dalam kerajaan dan melihat jika ia lebih baik,” katanya dalam ucapan di Petaling Jaya hari ini.

Ku Li berkata, rakyat mungkin boleh diberi kebenaran melantik sendiri perdana menteri (melalui pilihan raya seperti yang dijalankan di beberapa negara lain).

Menurut beliau, amalan Westminster yang sedang dipraktikkan di negara ini sudah tidak lagi sesuai.

Ketika ini amalan demokrasi di negara ini membenarkan seseorang  dilantik sebagai perdana menteri melalui persetujuan majoriti parti yang memenangi pilihan raya.

Indonesia adalah antara negara mengamalkan pilihan raya umum yang membenarkan setiap pengundi berdaftar memilih sendiri presiden mereka.

Pemuda PAS Kuantan gesa Guan Eng mohon maaf terhadap Hj Hadi

Gesa Guan Eng minta maaf

KUANTAN – Pemuda Pas Kuantan menggesa agar setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf dan menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi demi kelangsungan PR.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim berkata, sebagai sebuah parti gabungan sepatutnya semangat setia kawan perlu diperkukuhkan dalam usaha menjernihkan hubungan parti dalam PR.

“Di mana semangat setia kawan dalam PR, dan kami kecewa apabila DAP tidak henti-henti menyerang Pas terutamanya terhadap Abdul Hadi. Malah pelbagai tuduhan liar dan berniat jahat dilembarkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan mengenai dakwaan Guan Eng yang mengatakan Abdul Hadi lebih condong kepada Umno.

Beliau mengingatkan Dap supaya tidak mencampuri urusan Pas memandangkan parti itu hanya jiran dalam PR.

“Saya minta jangan sesuka hati masuk ke dalam kamar tidur ayah dan ibu kami kerana mereka (DAP) hanya berjiran,” katanya.

Fadhli berkata sepanjang Pas menyertai PR tidak pernah timbul isu pemimpin parti Islam itu mengkhianati PR.

“Tidak pernah berlaku seperti yang didakwa, sebaliknya ia berlaku oleh parti lain dalam PR itu sendiri,” katanya.

Jelasnya, pemilihan Pas tahun ini menunjukkan parti itu semakin berkembang dan berpengaruh apabila wujudnya campur tangan dari parti lain termasuk DAP.

Katanya, campur tangan berkenaan menunjukkan Pas dilihat mampu menggantikan Umno untuk menggalas amanah kepimpinan negara.

NGO ancam saman Dr Mahathir RM50 bilion

Ketika pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak terus tegang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan baru - dan misteri - muncul membuat tuduhan ke atas bekas perdana menteri itu.

Dikenali sebagai Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM), pengerusinya Md Zainal Abdin berkata, berbilion ringgit wang pembayar cukai dibazirkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003.

"Sudah sampai masa untuk Dr Mahathir menjelaskan semua skandal kewangan dan menjawah pertanyaan rakyat Malaysia mengenai kesilapan pentadbirannya.

"Jika beliau gagal CAGM yang mewakili sekumpulan warga Malaysia yang prihatin tidak teragak-agak memfailkan saman sehingga RM50 bilion terhadap Dr Mahathir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kata Md Zainal, ada banyak skandal kewangan yang dibiarkan berlalu dan menyebabkan kerugian kepada negara.

Najib pun tak terlepas

"Malaysia terdedah kepada usaha penyelamatan berbilion ringgit, projek mewah dan pembaziran melalui usaha sama sangat diragui ketika Dr Mahathir berkuasa," katanya.

Menurut Md Zainal, rakyat Malaysia berhak mendapat jawapan daripada pemimpin dan ia mesti dimulakan dengan Dr Mahathir kerana "dianggarkan RM100 bilion salah laku terjadi di bawah pengawasan" beliau.

Ia juga, kata Md Zainal, dilaporkan meluas dalam media tempatan dan luar negara.

"Kami akan menuntut jawapan daripada Najib juga nanti," katanya. Ketika dihubungi, Md Zainal menafikan CAGM menyasarkan Dr Mahathir secara khusus.

Katanya, Najib juga akan dituntut memberikan penjelasan apabila Dr Mahathir dapat memberikan jawapan memuaskan.

"Kami tidak memihak kepada sesiapa," katanya.

Md Zainal berkata, Najib belum dijadikan sasaran kerana perdana menteri sudah melakukan apa yang sepatutnya, seperti mengarahkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) menyiasat syarikat 1Malaysia Development Bhd.

"Jadi kami memberi sedikit masa kepada Najib sementara kami terus menuntut jawapan daripada Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Menurut peguam itu, CAGM ditubuhkan sebulan lalu dan dianggotai kira-kira 2,000 ahli.

Jawi seru boikot program realiti TV

SHAH ALAM - Program hiburan berasaskan realiti TV perlu diboikot berikutan rancangan itu tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.

Demikian kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi khutbah Jumaat, semalam.

"Kita disajikan dengan pelbagai program atau rancangan televisyen dan radio yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

"Setiap masyarakat dapat memperoleh rangkaian penyiarannya walaupun berada jauh di kawasan pedalaman," katanya menerusi khutbah Jumaat itu.

Namun, berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?

Katanya, jika diamati ada daripada rancangan-rancangan itu berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, melaga-lagakan sesama artis dan membuka aib artis.

Menurutnya, rancangan realiti itu membawa  kesan negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat dan lelaki berpakaian wanita.

"Inilah salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama  remaja.

"Sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala-gejala negatif ini," katanya.

Jawi menyeru ibu bapa, mengawal minat anak terhadap hiburan melalaikan dan asuhlah anak meminati hiburan berteraskan syariat Islam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...