TERKINI :

Friday, May 29, 2015

Umno mempermainkan PAS dalam isu hudud

Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.
Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

1MDB - Berapa Banyak Bohong Daa...

Shahbudin Husin,


Kemelut 1MDB terus menghantui rakyat dengan jalan keluar yang masih kabur dan berliku-liku. Sama ada syarikat pelaburan itu mampu dipulihkan atau sebaliknya, yang nyata beban hutang RM42 bilion tetap menjadi tanggungan rakyat.

Selain hutang yang tinggi dan wang RM27 bilion tidak dapat dijelaskan ke mana perginya, setelah penyiasatan mencari kebenaran memasuki fasa audit oleh Ketua Audit Negara dan pendengaran di depan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, isu pembohongan nampaknya mula mengambil tempat ketika ini seolah-olah untuk melindungi cacat-cela 1MDB.

Bermula dengan jawapan berbeza Najib Razak di Parlimen mengenai kedudukan wang USD1.103 bilion yang dibawa balik daripada Pulau Cayman ke Singapura, Najib selaku Menteri Kewangan ditaktif ramai telah melakukan perbuatan bohong dan memberi kenyataan tidak benar mengenainya.

Ramai yang garu kepala dengan jawapan berbeza Najib yang memiliki paling ramai pegawai dan penasihat sehingga keliru sama ada wang tunai, aset atau unit yang dipindahka dan disimpan di Singapura itu. Yang lain pula bimbang jika sebenarnya tidak ada apa-apa yang dibawa balik daripada Pulau Cayman.

Antara khemah, rumah dan hukum hudud


kelate2
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Dalam kesibukan kerajaan bergelut dengan perkara sekeliling, sehingga kini masih ramai penduduk yang terpaksa tinggal dalam khemah di Gua Musang akibat banjir Disember lalu.

Perkara itu dinyatakan Koordinator Impian Kelantan Young Syefura Othman selepas meninjau kawasan sekitar dalam misi bantuan banjirnya baru-baru ini.

Gambar dari FB Ladin Nuawi
Gambar dari FB Ladin Nuawi

“Kalau di bandar Gua Musang masih banyak lagi yang tinggal dalam khemah,” katanya kepada Roketkini.com

Selepas banjir besar yang berlaku Disember tahun lalu, ratusan mangsa banjir masih tinggal dalam khemah ketika Ramadan akan datang menjengah beberapa minggu saja lagi.

Dilaporkan, di Bandar Gua Musang, ada hampir 60 keluarga masih menghuni khemah sumbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan saban hari terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu, dengan harapan ia akan berakhir segera.

Di Dabong juga masih ramai yang tinggal dalam khemah di pusat pemindahan kecil.

Pemuda yang baca doa laknat keatas Timb. Presiden PAS masa muktamar lalu kenal siapa Tuc Usin Ceroi

BismillahirRahmanirRahim

NURUL ISLAM SILA DEDAHKAN SIAPA TUC


Saya telah mendengar sendiri rakaman audio yang kononnya berlaku di antara seorang yang memakai nama samaran Toc Usin Ceroi dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Sdr. Nurul Islam Mohamed Yusoff. Saya tidak dapat mempastikan sama ada individu-individu di dalam rakaman tersebut adalah tulin atau sebaliknya, sehingga ia disahkan sendiri oleh individu yang berkenaan. Namun sekiranya rakaman tersebut adalah asli, beberapa perkara perlu dilakukan khususnya oleh sahabat saya, Sdr. Nurul Islam.

http://2.bp.blogspot.com/-NBgD4nJeQaY/VBvNu-6lx4I/AAAAAAABuJM/FK6USdaVuLc/s1600/azhari.jpg
Pertama, melalui rakaman tersebut, jelas Sdr. Nurul Islam mengenali siapa individu disebalik nama Tuc Usin Ceroi atau TUC. Pada 08 April 2015, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telahpun mengarahkan agar pemilik akaun facebook palsu khususnya TUC menutup akaunnya. Beliau juga secara jelas menyatakan bahawa akaun tersebut telah merosakkan hubungan di dalam jemaah PAS dan mengajak orang ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan buruk sangka sesama ahli. Namun sehingga hari ini, arahan berkenaan terus diingkari.

Prestasi Najib terburuk sebagai PM, kata Dr M


Tiada salahnya jika gesaan dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.
Tiada salahnya jika gesaan dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada salahnya menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk berundur kerana masalah dalam negara yang dibuat perdana menteri itu lebih buruk berbanding penyandang jawatan berkenaan sebelum ini.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang dipilih rakyat juga tidak terlepas daripada gesaan meletakkan jawatan walaupun penggal pemerintahannya belum berakhir.

“Perdana menteri sebelum ini juga dipilih (menerusi pilihan raya) malah dengan majoriti yang lebih besar.

“Namun beliau juga dipujuk untuk berundur oleh perdana menteri sekarang,” kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya, chedet.cc hari ini.

Siapalah pelabur dari UAE yang duk pie selamatkan hutang 1MDB

Pelabur dari UAE selamatkan 1MDB

 
Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas - Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
29 Mei 2015


Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang

SHAH ALAM – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.

Siasat siapakah gerangan promoter Nik Abduh ?

Oleh Fakhrulrazi Mokhtar

http://2.bp.blogspot.com/-6lScKLOYnf8/VWQx4SGnpwI/AAAAAAAABW8/EvRFg_-aeeI/s1600/11053165_10203611528322839_9184620906731853444_n.jpg
TERSEBAR sudah sekeping gambar menunjukkan bertapa akrabnya calon Ketua Pemuda Pas, UstazNik Muhammad Abduh bersama seorang individu yang dikenali dengan nama seseorang yang sangat mencurigakan.

Gambar tersebut tersebar dan melalui maklumat disebut pertemuan itu dibuat di Perlis.
Walaupun salah seorang lagi individu yang berada dalam gambar itu adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub namun umum dan ahli Pas tahu Salahuddin hanya jemputan ke program bersama ahli dan kepimpinan Pas di Perlis.

Persoalannya bagaimana individu tersebut yang sebelum ini dikaitkan dengan sebuah parti lawan boleh berada bersama Nik Abduh untuk ke program itu.

Biarpun pihak tersebut berasal dari Perlis namun penglibatannya dengan Nik Abduh menjadi tanda Tanya.

Andainya isu dan gambar itu adalah fitnah saya selaku ahli dan pimpinan Pemuda Pas Malaysia mengharapkan Nik Abduh menjawabnya di pentas wacana bersama seorang lagi calon Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat yang juga penyandang jawatan.

Yang baru masuk PAS , bercakap macam masuk PAS sudah 20 tahun

Oleh Abd Shukur Harun


Ekstremisme, atau golongan berfaham melampau wujud dalam mana-mana organisasi masyarakat, khususnya parti politik di mana-mana pun. Ia sudah lama wujud sepanjang sejarah manusia.

Ekstremis ini sangat fanatik kepada kumpulan mereka, tidak kira memiliki kebenaran atau tidak. Golongan ini juga mengesampingkan aspek moral dan etika, malah nilai kemanusiaan.

Sebab itu tindakan golongan fanatik ini semata-mata didorong atas kepentingan golongan mereka saja, bukan berdasarkan hak dan kebenaran.

Malah mereka bersikap “tujuan menghalalkan cara”, iaitu doktrin politik Machiavelli, ahli teori politik Itali yang berkata: “Politik tidak ada hubungan dengan moral.”

Malah Machiavelli juga pernah menyebut: “Men rise from one ambition to another: First, they seek to secure themselves against attack, and then they attack others.”

Dr Mahathir beri amaran Bank Negara jangan lindungi 1MDB


Bank Negara Malaysia boleh dianggap bersalah jika cuba tutup pembohongan 1Malaysia Development Berhad, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.
Bank Negara Malaysia boleh dianggap bersalah jika cuba tutup pembohongan 1Malaysia Development Berhad, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, ia boleh dianggap bersalah kerana cuba menutup "pembohongan" dibuat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), susulan keengganan bank pusat itu mendedahkan butiran mengenai laporan diterimanya daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berhubung 1 akaun dikaitkan dengan 1MDB di Bank BSI Ltd.

"Berhubung keengganan BNM memberi maklumat berkenaan laporan dari MAS, sekiranya ia didapati melindungi pembohongan mengenai wang 1MDB yang dikatakan ada di Singapura, maka ia satu jenayah di bawah undang-undang negara ini," tulis bekas perdana menteri itu dalam blognya chedet.cc.

Pada Selasa, Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata ia menerima maklumat daripada MAS mengenai akaun 1MDB di Bank BSI, tetapi enggan memberi penjelasan lanjut, atas alasan mengekalkan kerahsiaan.

"Masyarakat antarabangsa tidak akan bekerjasama dengan kita jika kita mengeluarkan maklumat yang diberikan," katanya dipetik daripada agensi berita Bernama.

Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar PAS


OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

 Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang ‘laman hantu’ di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.
Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang ‘laman hantu’ di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini.

Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti itu selama ini.

Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini.

Ketepi PR, PAS berisiko kalah PRU 14


PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam itu Ahmad Awang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.

“Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang, hanya kekal di situ sahaja.

“Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan raya), silap-silap Kelantan pun terbang,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Soalan panas untuk Ust Mokhtar Senik sehingga beliau left group WhatApps tanpa jawapan

(blog: Wartawan Rasmi Laman Reformasi)

http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/09/TRP_pas_M.jpg
Anda tak kenal Ustaz Mokhtar Senik (UMS)? Ruginya anda tidak mengenali insan yg hebat ini. Apa tak hebatnya, beliau adalah ketua ulama2 PAS seantero Pahang, bukan calang2 org bleh capai maqam tu. Lagi kehebatan UMS? Lulusan ISA Kemunting, hampir sebaris dgn Mat Sabu dan Mahfuz Omar serta Nik Adli anak TGNA.

Namun jika Md Sabu, Mahfuz dan beberapa pemimpin politik lain masuk ISA sbb membela rakyat, UMS masuk atas sebab lain. Jika Nik Adli disumbat 5 tahun kerana angkat senjata bantu umat Islam Afghanistan, Ums masuk sbb satu kumpulan yg angkat senjata lawan rakyat sendiri iaitu Al Maunah. (boleh ikuti cerita versi beliau berkenaan isu ni di blog beliau).

UMS ramai anak murid d seluruh negara dan dijangka selepas muktamar ini akan naik martabat lagi iaitu sebagai AJK PAS Pusat memandangkan beliau diberitakan antara yg mendapat pencalonan tertinggi dari PAS kawasan2. Tahniah UMS.

Video | Kerajaan Tak PAKSA rakyat bayar GST sebenarnya kata MP BN Bagan Serai

"Kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST" kata MP Bagan Serai

Siapalah yang pilih orang macam ni jadi Ahli Parlimen kawasan depa ni.. singkat sekali cara berikirnya.. dengan selamba saja dia boleh kata Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST..

Katanya ".. ini.. kita tak pernah paksa sapa-sapa bayar GST" lalu disambut dengan sorakan dari Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat..

"Inilah masaalah.. GST ini adalah cukai penggunaan dan hanya orang-orang yang membelanjakan pada barang-barang tertentu saja dikenakan GST".. tambahnya lagi..

Memang tak paksa.. tapi kalau bayar tak ikut harga yang kedai dah tetapkan tu.. pekedai nak biarkan saja ke?

Nak perhidup cukai jalan lori kena pergi PUSPAKOM kena GST.. tak bayar tak boleh re-new road tax.. tak paksa ke namanya tu?

Anwar tiada hanya salah satu sebab konflik PR


PR
SHAH ALAM - Ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya salah satu sebab berlakunya konflik dalaman PR terutamanya antara DAP dengan Pas.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Anwar menjadi penapis segala masalah dalaman pakatan pembangkang dan kini PR masih belum menemui pengganti.

“Kalau kita lihat dari satu aspek, mungkin juga konflik ini adalah kesan daripada ketiadaan Anwar. Sebab Anwar ini figura yang memegang ketiga-tiga parti itu. Oleh sebab Anwar itu mungkinlah dia ada aura atau pengaruh politik yang membuatkan dia boleh memegang ketiga-tiga parti itu bersama.

“Apabila beliau tiada, PR tidak dapat mencari seseorang yang boleh menggantikan kredibiliti Anwar di situ. Mungkin sebab itu, PR semakin goyah sekarang ini. Sekarang Pas dan DAP bertelagah kerana tiada penapis di tengah-tengah,” katanya kepada Sinar Online.

Mengapa ERDORGAN begitu hebat berbanding RAJA-RAJA ARAB & PEMIMPIN NEGARA HUDUD yang lain..!!

MENGAPA AK PARTY DAN ERDORGAN BEGITU HEBAT BERBANDING RAJA-RAJA ARAB DAN PEMIMPIN NEGARA HUDUD YANG LAIN


Walau pun Sudah 10 Tahun lebih AK Parti memerintah Negara Turkey tetapi Perdana Menteri dan Presidennya (Racip Toyyib Erdorgan) belum pernah sekali pun menyentuh apatah lagi untuk mengubah Perlembagaan Sekular di dalam negaranya. Erdorgan dan perdana menterinya tidak pernah menghiraukan segala tomahan serta fitnah dari sebahagian besar para ulama juga gerakan2 dunia islam yg menuduh beliau sebagai pengkhianat agama kerana keluar dari parti Islam Refah di bawah pimpinan Nikmatim Erbakan bagi menubuhkan AK Parti yg kemudiannya bergabung serta bersekongkol dgn Parti Sosialis, Libral serta beberapa buah Parti Kafir yg lainya..

Erdorgan juga tidak memperdulikan tuduhan Munafiq dan Kafir yg dilebel dan dilemparkan oleh para ulama dan gerakan islam tersebut kerana tidak meletakkan HUDUD di dalam Perlembagaan Turkey di bawah pemerintahanya.

Bagi Erdorgan beliau harus memperbetulkan dahulu segala sistem dan undang2 (Takzir) yang pernah dibuat serta digubal hasil dari peninggalan pemerintahan kerajaan terdahulu yang mana ianya adalah suatu undang2 yg tidak Adil, menindas serta menzalimi rakyat jelata.

Eishh ada lagi rakyat Kedah Aman Makmur hidupnya tak mampu bayar sewa rumah

Tak mampu bayar sewa rumah

Tak mampu bayar sewa rumah
Tak mampu bayar sewa rumah

KUALA KEDAH - Dua beranak terpaksa menumpang teduh di bangunan terbiar di Pekan Kuala Kedah, di sini, berikutan kesempitan hidup.

Fatimah Zainal, 56, berkata, dia dan anak lelakinya terpaksa keluar dari rumah sewa mereka disebabkan masalah kewangan.

"Makcik hidap banyak penyakit, termasuk kencing manis, darah tinggi dan jantung, manakala anak (Saibun, 24) baru selesai dibedah.

“Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar sewa terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan makcik menyebabkan kami berdua terpaksa tinggal di pelantar ikan dan bangunan terbiar di kawasan ini," katanya.

Awas!!! Padah apabila meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin

Kereta lesap dalam dua minit

Kereta lesap dalam dua minit  
Harmurni menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Kulim pada Isnin lalu.

KULIM - Seorang peniaga berputih mata apabila kereta yang ditinggalkan tanpa dimatikan enjin di hadapan sebuah kedai borong pasar pagi dekat Taman Kenari lesap dilarikan pencuri, jam 6 pagi Isnin lalu.

Harmurni Shaari, 40, berkata, setiap pagi dia akan ke pasar borong Taman Kenari membeli ikan, sayur dan pelbagai jenis kuih untuk berniaga.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan pada hari tersebut dia keluar dari rumah agak lewat dan terpaksa singgah ke sebuah kedai borong di pasar tersebut, dia meletakkan kereta tanpa mematikan enjin kerana mahu cepat.

“Saya parkir kereta sederet dengan kereta lain di hadapan tangga masuk ke kedai borong tersebut dan tidak mematikan enjin kerana mahu membuat pembayaran yang hanya mengambil masa sekejap sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...