TERKINI :

Thursday, May 28, 2015

Apabila pimpinan PAS sekarang mula menafikan hak penyokong di bawah

Nasoruddin Shah Mat


Aku mula aktif buat reja parti semasa masih bergelar kakitangan kerajaan..

Tiap kali pru pasti kami akan all out pastikan kemenangan pas di dun sala(sg limau kini) dan parlimen jerai.

Kebetulan kg aku adalah kampung yg paling hardcore umno..pas cuma ada 5 keluarga
Selain dari tu semua umno

Kalau pacak bendera petang pagi ilang

Pacak pagi malam ilang

Bila mai hari mengundi yg tinggal bendera pas kat reta aku saja.

Aku ada kawan sorang engginer petronas...dia cucu orang kuat umno...tapi dia paling kuat pas

Maka berganding dua keluar modal bagi duit minyak dan makan minum geng orang muda kampung..

Patutnya selama ni Deloitte kata akaun 1MDB tiada masalah.. rupa-rupanya Anak Najib yang auditnya..!!


Rupa-rupanya Nizar Najib, Anak Perdana Menteri Malaysia adalah Executive Director di Syarikat Audit Deloitte yang bertanggungjawab mengaudit akaun 1MDB.

Patutnya selama ni Deloitte kata akaun 1MDB tiada masalah... Emmm.. Kiri kanan depan belakang atas bawah keluarga ni makan.

PAS sekarang ibarat 'Satu kapal, tidur sebantal, mimpi lain-lain'


ANALISIS Walaupun mereka berkongsi gagasan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, namun sepanjang tempoh berkempen penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilihat menjarakkan dirinya dari calon Presiden Ahmad Awang.

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian Malaysiakini kedua-dua pemimpin itu, setakat ini, tidak pernah berada sepentas bagi menyatakan visi dan misi mereka bertanding dalam pemilihan parti itu di Kuala Selangor minggu depan.

Malah, dalam suasana kempen yang memasuki pusingan yang terakhir, Mohamad yang dikenali 'ayam sabung PAS' kelihatan menjarakkan diri daripada dikaitkan menjadi 'chai' dengan pencabar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Situasi kedua-dua pemimpin tersebut boleh digambarkan sebagai berada dalam "satu kapal, tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain". Sumber-sumber dalam PAS turut berbeza pandangan mengenai hal itu.

Tidak dinafikan ada perwakilan yang setuju hingga 80 peratus perwakilan menganggap mereka adalah regu bagi memudahkan pemilihan dibuat (undi blok).

Apabila NIK ABDUH "penakut" nak berdebat, maka berbagai DALIL dikeluarkan..!!!

MENGAPA BANYAK ALASAN, DEBAT, WACANA BUKAN CIPLAKAN BARAT SEBALIKNYA IA KOMUNIKASI KORPORAT HUBUNGKAN PELBAGAI LAPISAN MAHKLUK ALLAH


Pemuda Pas Gelang Patah memandang berat dakwaan mengatakan bahawa debat, wacana merupakan ciplakan barat. Sedangkan ianya telah direkod dalam Al-Quran & sejarah sebagai komunikasi korporat yang menghubungkan pelbagai lapisan makhluk-Nya yang terdiri di kalangan para Anbiyak, Malaikat dan juga Iblis. Tiada komunikasi yang paling baik dalam menyelesaikan isu perselisihan kecuali yang dicontohkan oleh Al-Quran.

Berikut disenaraikan antara pengiktirafan komunikasi korporat tersebut seperti yang telah direkod dalam Al-Quran & Sejarah:

1) Kisah perdebatan antara Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S dalam Surah Al-Kahf ayat 65-82. Meskipun kedudukan Nabi Musa A.S lebih tinggi daripada Nabi Khidir A.S, namun Nabi Musa A.S bersedia untuk mendengar dan belajar dalam perkara yang ia tidak diketahui daripada Nabi Khidir A.S. Akhirnya Nabi Musa A.S berpuas hati dengan penjelasan Nabi Khidir A.S, meskipun pada awalnya ia menentang tindakannya.

PAS Bakal Mengundang Kegagalannya?

- Dr.Dzulkefly Ahmad


Penulis berpandangan PAS kini berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangunperjuangannya. Sekali pandang, pernyataan ini semacam mudah disanggah pemerhati politik.

Benar, PAS merekodkan prestasi pilihan raya terbaiknya pada Pilihan Raya Umum ke 10 (PRU 10) pada tahun 1999. PAS menang 43% (27 daripada 63) kerusi Parlimen yangditandinginya sekaligus presidennya diangkat sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

PAS memerintah dua negeri, Kelantan dan Terengganu. Jumlah kerusi Parlimen ketika itu ialah 193. Juga benar, PAS tidak dapat mengatasi prestasi terbaiknya ini dalam kedua-dua PRU ke-12 (2008) dan ke-13 (2013) yang lepas.

Pada PRU ke-12, PAS menang 34% kerusi Parlimen yang ditandingi (menang 23 daripada 67 kerusi) dan mengalami penurunan ke paras 28% (menang 21 daripada 73) pada 2013. PAS menawan Kedah pada PRU-12 namun hilang negeri tersebut pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi Parlimen terkini ialah 222. Kalau begitu, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada sisi terkuat dewasa ini?

Kekuatan sesebuah parti politik tentunya perlu diukur dari pelbagai sisi dan dimensi. Lebih sukar atau juga tersasar kalau mengukur kekuatan politik hanya dengan jumlah kerusi diParlimen. Tambahan kalau kemenangan itu disebabkan faktor situasi luaran.

Video | Geng Jebon Berjoget bila Tuc Ucin Ceroi gaduh dengan Nurul Islam


Ramai sahabat2 dok whatsapp dan inbox kenapa tok mcm dah kurang serang jebon sejak sebulan ni?

Ya mmg betoi tok mmg kurang buat posting pasai jebon sebulan ni, tok x serang kerana group tok dah pon tok bubarkan, tambahan pula fitnah terhadap tok juga masih berterusan dijalankan oleh geng hero Tamil yg gila jawatan dan gila nak jadi hero, antaranya Nurul Islam yg byk menjalankan kerja fitnah terhadap tok dan team tok, malah segelintir ahli team tok pon ada juga yg termakan hasutan itu hinggakan depa juga turut menyerang tok dgn tuduhan tok ni SB dan ejen umno.

Pada tok semua ni terjadi berpunca drpd sikap kecelakaan Nurul Islam yg melemparkan fitnah pada tok, malahan pimpinan juga ramai yg percaya pada mamak tu, tok kata begitu kerana ramai juga pimpinan hubungi tok dan bertanyakan perkara tersebut setelah Nurul Islam berjumpa dgn depa dan bgtau bahawa tok usin ni adalah SB dan barua umno.

Bagi tok Nurul Islam mmg barua yg gila jawatan dan manusia jenis ni lebih bahaya drpd jebon kerana dlm hatinya penuh dgn agenda busuk demi keuntungan peribadi.

Blogger Umno ramal Tsunami Besar akan melanda BN pada PRU 14 jika Najib tidak meletak jawatan

APA KAH 3 TSUNAMI BESAR YANG AKAN MELANDA JIKA NAJIB TIDAK LETAK JAWATAN?


PRU akan datang akan dilanda 3 Tsunami besar. Jika PRU lepas Najib hampir lemas dengan Tsunami Cina tetapi PRU yang akan datang Najib akan hanyut dengan 3 Tsunami ini :

1. Tsunami GST – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara rambang apa pendapat rakyat dengan GST?. Aci pi lawan kalau kita tanya 100 orang 105 orang akan lafaz kalimah yang pertama akan keluar dari lidah rakyat ialah barang mahal kerana GST. Mana datang yang 5 orang itu? Yang 5 orang itu ialah jiran yang mendengar soalan dari kita.

2. Tsunami 1MDB – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara rambang kepada rakyat “apahal dengan 1MDB”. Aci pi lawan kalau 100 orang yang kita tanya 50 akan kata ada penyelewengan. Dan lagi 50 orang akan diam “no komen” sebab depa tak berapa tau putar belit perniagaan.

3. Tsunami Mak Andeh – Istilah terbaru ini dijenamakan khas kepada Najib kerana Perdana Menteri - Perdana Menteri yang lepas tidak ada gelaran ini. Gelaran ini ialah apabila peranan isteri lebih dari suami. Mak Andeh main peranan lebih dari Pak Pandir.

Nik Amar jangan berpolitik seperti "gogat"


RENCANA                                                                                        

Pernyataan atau mesej Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar), bahawa Pas bersedia untuk berjuang bersendirian sesuatu kenyataan yang kurang bijak dan tidak mencerminkan pemikiran politik global atau pun politik maufakat yang kontradik dengan kehendak generasi baru kini.

Mohd Amar Nik Abdullah
Pernyataan berupa harapan itu menggambarkan Nik Amar atau Pas Kelantan ego dan berasakan selesa dengan apa yang ada di Kelantan sekarang ini. Pandangan Nik Amar itu tidak merupakan pandangan bersifat politik dan dilihat lebih bersifat individualistik.

Nik Amar dalam satu kenyataan yang dilaporkan, menyebut Presiden Pas boleh mencadangkan dalam muktamar, agar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Kenyataan Nik Amar itu bernada berharap agar Pas mengambil jalan sunyi bersendirian daripada berkolobrasi dengan DAP khasnya dalam menghadapi BN.

Jika Nik Amar tidak ada niat ke arah untuk melalui jalan sunyi bersendirian, untuk apa beliau membuat pernyataan atau bayangan itu? Tentu ia mempunyai maksud dan tujuannya. Apakah benar apa yang saya difahami Nik Amar bersama Ahmad Yaakub sudah ada menyediakan nota persepakatan dengan Umno? Justeru untuk melaksanakan itu maka Pas perlu meninggalkan rakan lama yang telah berjasa kepada politik Pas itu? Sekiranya Nik Amar mempercayai kepada janji-janji Umno, maka beliau akan kecewa.

Ingin saya sebutkan disini pandangan bekas seorang pemimpin Umno yang dihulurkan kepada Najib Razak untuk penilaian Nik Amar dan Ahmad Yaakub bahawa pemimpin Umno itu telah memberi pesanan berupa nasihat kepada Najib Razak agar jangan sesekali membawa masuk Pas ke dalam rumah Umno. Kata pemimpin itu biarlah Pas bergeliwat dan berserabut di luar sana, kerana cara itu lebih menguntungkan Umno. Nik Amar dan Ahmad Yaakub kena faham nasihat dan muslihat ini.

Saham FGV RM1.92, kerajaan jangan hanya tutup mulut

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak wajar berdiam diri setelah harga saham FGV merudum ke paras paling teruk sehingga RM1.92 seunit hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Temeroh, Nasrudin Hassan, berdasarkan prospektus FGV pelbagai perancangan direncana sehingga menjadikan tawaran awam permulaannya, IPO RM4.55 antara yang terbesar di Asia.

"Harganya pernah melonjak sehingga RM5.50 sesaham pada 7 Julai 2012 iaitu iaitu ketika perasmian bangunan Menara Felda yang baru dan sambutan Hari Peneroka. Maknanya, tidak sampai sebulan selepas pelancaran IPOnya pada 27 Jun 2012," ujarnya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, kata beliau ia mula jatuh sekitar RM4.60 seunit pada suku pertama 2014, RM2.21 seunit pada 23 Disember 2014 dan secara konsisten merudum sehingga ke hari ini, 28 Mei iaitu RM1.92.

Dr M: Doktor disiasat, menteri mewah terlepas


Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan dakwaan pilih kasih terhadap pihak didakwa hidup mewah di negara ini.

Katanya beliau sendiri pernah digeledah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana mempunyai klinik dan dianggap kaya sebagai seorang doktor serta tidak membayar cukai sepenuhnya.

Begitu juga apabila pegawai kerajaan yang hidup mewah melebihi pendapatan biasanya disiasat.

"Tetapi apabila menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat.

"Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat," kata Mahathir.

"Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilih kasih dalam siasatan jenayah."

Beliau justeru menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia tertakluk pada undang-undang sama dan negara ini sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.|

Mahathir membangkitkan perkara itu ketika mengulas keengganan jabatan kerajaan bertanggungjawab bertindak terhadap dakwaan kehilangan wang 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, kata Mahathir, pihak yang membuat laporan polis dimufliskan, rumah dirampas dan disiasat kononnya membiayai gerakan keganasan dan penggubahan wang haram.

Bukan itu sahaja, kata Mahathir, pemberita juga ditangkap bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana mereka sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Saham FGV menjunam, Pahang rugi RM478.66 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang menanggung kerugian sebanyak RM478.66 juta berikutan kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV).

Ia menjunam sehingga kurang daripada RM2 iaitu harga terendah dalam sejarah tercatat semalam hanya RM1.92 sahaja.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, Kerajaan Negeri Pahang memegang lima peratus saham FGV atau bersamaan dengan 182 juta unit saham.

"Nilai buku saham berkenaan pada tahun 2013 adalah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.

"Namun, nilai saham FGV telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan telah mencatat nilai terendah semalam di Bursa Malaysia, iaitu hanya bernilai RM1.92 sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi peneroka yang telah membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,560 semasa ianya disenaraikan, nilai tersebut hanya tinggal RM1,536 sekarang menjadikan pemegangnya rugi RM2,024.

Tambahnya lagi, ramai peneroka membuat pinjaman bank bagi membeli saham tersebut.

"Bagi Kerajaan Pahang, ini bermaksud nilai saham pegangannya hanya bernilai RM349,440,000. Kerugian yang tercatat adalah sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015.

"Saya faham bahawa Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Pahang dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membuat pelaburan saham berkenaan, mungkin dengan niat untuk menjana pendapatan.

"Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian beratusan juta atas kesilapan kerajaan ini," katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan AMK Malaysia turut menggesa Kerajaan Pahang memberi penjelasan tentang kesan terhadap kewangan negeri berikutan kejatuhan harga saham tersebut.

"Kita ingin tahu adakah saham lima peratus itu dibeli melalui pinjaman bank serta pihak manakah yang mewakili kerajaan negeri untu mengurusan pelaburan FGV.

"Selain itu apa stragegi Kerajaan Pahang untuk berhadapan dengan kemerosotan nilai pelaburan, malah strategi untuk membantu peneroka yang mengalami kerugian?" soalnya. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Nak buat Hudud sila pastikan ikut perlembagaan kata Jamil Khir

Jamil Khir: Pastikan hudud ikut perlembagaan

Menteri di Jabatan Pertada Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Perkara itu, kata Jamil, bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.

“Oleh yang demikian, pemaksaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) (kiri).

Ng mahu tahu pendirian kabinet terhadap enakmen hudud Kelantan serta rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyentuh hasrat PAS untuk meminda akta itu, bagi membuka laluan pelaksanaan hudud, Jamil menjawab kerajaan mengambil maklum untuk mencadangkan rang undang-undang itu semasa mesyuarat pertama, penggal ketiga, sesi Parlimen ke-13 lalu.

Beliau juga berkata kerajaan sentiasa berusaha memartabatkan keadilan syariah.

Perkara itu, katanya lagi, termasuk memperluas kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah, menyemak semula kedudukan hakim syariah serta memantapkan pendakwaan di mahkamah itu.

Munculnya ekstremisme dalam PAS

Oleh Abd Shukur Harun


Ekstremisme, atau golongan berfaham melampau wujud dalam mana-mana organisasi masyarakat, khususnya parti politik di mana-mana pun. Ia sudah lama wujud sepanjang sejarah manusia.

Ekstremis ini sangat fanatik kepada kumpulan mereka, tidak kira memiliki kebenaran atau tidak. Golongan ini juga mengesampingkan aspek moral dan etika, malah nilai kemanusiaan.

Sebab itu tindakan golongan fanatik ini semata-mata didorong atas kepentingan golongan mereka saja, bukan berdasarkan hak dan kebenaran.

Malah mereka bersikap “tujuan menghalalkan cara”, iaitu doktrin politik

Machiavelli, ahli teori politik Itali yang berkata: “Politik tidak ada hubungan dengan moral.”

Malah Machiavelli juga pernah menyebut: “Men rise from one ambition to another: First, they seek to secure themselves against attack, and then they attack others.”

Wahai pemimpin PR, Kami merayu kembalilah ke meja rundingan

Oleh Mohd Sofi Abdul Wahab

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat,

Setiap hari kami rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang hebat, telus, berkebajikan, tidak rasuah dan tidak boros.

Setiap hari kami merindukan pemimpin yang tegas, berani, berakhlaq, telus, sederhana, bersih dan berjiwa rakyat serta mengutamakan rakyat bukan keluarga dan kroni.

Setiap hari kami mendambakan sebuah kerajaan yang tidak pandai berhutang, kerajaan yang berjimat cermat, adil, mengamalkan demokrasi sepenuhnya, saksama, mentadbir dengan telus, mengamalkan dasar-dasar yang makruf dan mencegah kemungkaran, demokratik dan sebagainya.

Setiap hari kami kepingin untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan kos sara hidup yang tidak meningkat tanpa kawalan, pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, kemudahan awam yang baik dan sebagainya.

Setiap hari kami mengharapkan dasar-dasar kerajaan yang membantu rakyat untuk memajukan diri, meningkatkan pendapatan perkapita secara menyeluruh, bantuan-bantuan umpama memberi kail bukannya ikan seperti sekarang, dasar yang jelas yang memberikan sinar kepada masa depan kami dan anak cucu kami.

Saham FGV jatuh, TH dan KWSP turut rugi

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar.

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Kritikan macam kempen Muktamar Pas


Pas
SHAH ALAM - Beberapa siri kenyataan dan kritikan DAP terhadap kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah sebagai satu kempen sebelum bermulanya Muktamar Pas ke-61, bulan depan.

Dekan Pembangunan Pelajar, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dilihat cuba mempengaruhi perwakilan Pas agar tidak menyokong Abdul Hadi.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan yang telah membangkitkan isu sokongan Abdul Hadi terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kecenderungan Abdul Hadi terhadap Umno. Mereka (DAP) cuba memberikan gambaran buruk mengenai Abdul Hadi.

“Mungkin apa yang cuba dilakukan oleh DAP hanya bertujuan untuk memberikan tekanan kepada golongan menyokong kepimpinan ulama agar menolak Abdul Hadi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

DAP singkir pemimpin Pas yang berani kata 'NO'


Dr Mohd Zuhdi Marzuki  
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki
SHAH ALAM – Muktamar Tahunan Pas yang akan berlangsung pada minggu hadapan akan memberi peluang kepada DAP untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan Pas yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada parti tersebut.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara tersebut bukan suatu yang luar biasa memandangkan DAP sebelum ini telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya lagi, Muktamar Pas yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP.

“Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai Pas. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan Pas yang tegas.

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara

Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara. Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.

Kedah wajar kaji semula kewajaran enam projek mega


RMK11
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah wajar mengkaji semula enam projek mega sama ada masih relevan atau sebaliknya setelah tidak disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia bukan sahaja melibatkan kos dan peruntukan tinggi tetapi seolah-olah mahu dijalankan serentak di seluruh bahagian utara, selatan, timur dan barat Kedah.

Beliau berkata, kerajaan pusat mungkin melihat semua projek itu futuristik dan masih memerlukan kajian menyeluruh impak pertumbuhan ekonomi. Bukan sahaja bagi Kedah, tetapi wilayah utara Semenanjung,” katanya kepada Sinar Harian.

Ia membabitkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (Spike), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City) yang memerlukan peruntukan besar dan mungkin boleh dilaksanakan secara berperingkat.

Pas, DAP perlu tempoh bertenang

DAP, Pas
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa rakan dari parti sekutunya, Pas dan DAP supaya menghentikan segera perbalahan antara sesama sendiri.

Beliau menegaskan pemimpin kedua-dua parti itu perlu berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan balas yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjejaskan kerjasama politik dalam PR.

"Saya rasa cara terbaik dalam masa dua minggu ini dengan mewujudkan tempoh bertenang. Saya harap tiada lagi kenyataan perbalahan yang membabitkan pemimpin kedua-dua parti.

"Apa sahaja keputusan selepas Muktamar Pas, saya harap kita tidak lupa kenapa kita ada di sini," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam yang mendakwa PR dijangka tidak wujud lagi dalam tempoh dua minggu akan datang.

Gurun - Pesakit gout kronik rayu bantuan JKM

Pesakit gout kronik rayu bantuan JKM 
 Nazir menunjukkan keadaan tangan dan kakinya yang ditumbuhi ketulan.
GURUN - Bekas pengajar sekolah memandu yang mengalami sakit gout kronik sejak 20 tahun lalu merayu bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mohd Nazir Ahmad, 49, yang menetap di Perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Kampung Berjaya, Batu 10, di sini, memerlukan bantuan itu untuk menampung pembiayaan ubatnya.

“Saya menghidap penyakit ini 20 tahun lalu dan menjadi semakin kronik pada 2000.

“Saya merayu bantuan ini sebab tidak boleh bekerja. Kalau boleh bekerja, saya pun tidak minta kerana lebih ramai yang memerlukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Anak sulung dari 10 beradik itu kini hanya terlantar di rumah kerana tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan.

“Macam mana saya nak buat kerja, seluruh anggota badan ditumbuhi ketulan yang amat sakit. Nak genggam tangan pun sakit, nak jalan pun susah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...