TERKINI :

Tuesday, May 26, 2015

Semua umat Islam pengintip Jaik


ALOR SETAR - Semua umat Islam di negeri ini wajar bertindak sebagai pengintip kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam soal mengesan lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut.

Presiden Majlis Ulama Muda Parlimen Baling (Maulana), Mohd Zaki Zainol berkata, pendekatan itu adalah bagi membantu lebih 1,200 pengintip Jaik dalam melaksanakan penguatkuasaan terbabit.

“Maulana menyambut baik usaha Kerajaan Kedah untuk melaksanakan hukuman saman kepada mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran pada syarak.

“Justeru, Maulana mengajak semua umat Islam di negeri ini supaya dapat membantu pihak pengurusan kariah masjid dan pengintip Jaik bagi menyalurkan maklumat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua amat diharapkan supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat.

“Saya harap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan rakyat negeri ini juga dapat terus memperkasa enakmen ini dengan memberi penerangan secara berterusan,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaik, Syeikh Ahmad Faisol Omar mengumumkan mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut bakal didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan itu, Jaik tidak melakukan tangkapan, sebaliknya mengeluarkan notis saman atau hadir ke pejabat agama daerah untuk disoal siasat.

Mohamad Sabu dalam tesis seorang garduan


SOROTAN                                                                                                           

Selalunya para sarjana atau calon sarjana akan mencari dan mengangkat sesuatu isu (tema) atau seseorang (tokoh) bagi dijadikan bahan kajian (disertasi) bagi mendapat ijazah lanjutan seperti master atau P.Hd. Isu atau tema atau tokoh yang dipilih itu pastilah mempunyai nilai tersendiri dan ada keistimewaan pada pandangan matanya.

Ikhwaniata bentang sinopsis tesisnya.
Kalau mengenai seseorang (tokoh) ia akan dikaji latar belakangnya, kehebatan dalam bidang diterjuninya. Kajian itu juga akan meliputi pencapaian seseorang tokoh itu disamping kegagalan, kelemahannya serta lenggang lengguk perjalanannya. Kemudian kajian itu akan membuat kesimpulan terhadap tokoh yang dikajinya itu.

Apabila Mohd Ikwaniata Taib, seorang garduan membuat kajian ke atas perjuangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ertinya sosok ini ada nilai tertentu baginya. Mohamad Sabu istimewa dan penting untuk dibicarakan di meja hijau. Dan seseorang yang sudah dimasukkan ke dalam tesis, atau pun pendapatnya dirujuk, biasanya dia hebat, unik ataupun memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang baik untuk dikaji.

Tujuan kajian itu sendiri selain mendalami pembawaan seseorang itu tentang pemikiran (fikrah), perjuangannya sudah pastilah ia untuk dijadikan panduan dan ibrah daripada pemikiran dan bentuk perjuangannya kepada generasi akan datang dalam konteks politik sebagai panduan membangun negara dan menyemarakkan jihad. 

Memang pemilihan Mohmad Sabu sebagai kajian melengkapkan tesis kesarjanaan (Master) bagi Mohd Ikwaniata adalah tepat. Mohamad Sabu bukan calang-calang orang dalam bingkai perjuangan politik di negara ini amnya dan dalam Pas khususnya. Sumbangan diberikan Mohamad Sabu bukan sedikit, dan paling mahal ialah kekentalan sifat juang yang tidak mengenal kalah. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang senantiasa bersemangat dan seronok dengan perjuangannya. Kecewa tidak pernah dipamer putus asa tidak pernah diukir.

JPJ sila saman MENTERI PENGANGKUTAN segera atas kesalahan baru..!!

AMBIL TINDAKAN TERHADAP MENTERI PENGANGKUTAN


Semalam Ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng mendedahkan bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai 3 saman tertunggak yang masih belum dibayar. Lim mendesak PDRM menangkap Liow sebelum mencari orang awam.

Hari ini terbaca Setiausaha Akhbar Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa kesemua saman Liow telah dijelaskan. Satu saman berkaitan cermin gelap manakala dua lagi saman dihantar ke alamat lama yang mana Liow telah berpindah.

Saya meminta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menyaman Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 58A (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memaklumkan JPJ tentang pertukaran alamat.

Pemuda PAS desak Guan Eng guna kebijaksanaan

KUALA LUMPUR: Anak muda Malaysia memerhati dengan penuh minat pengurusan konflik dalam politik di negara ini, ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Menurutnya, mereka adalah penentu kepada masa depan politik khususnya dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN), kedua-duanya menghadapi masalah yang hampir sama iaitu menguruskan konflik yang timbul tanpa mengakis kepercayaan rakyat khususnya anak muda.

Tambahnya, PR yang telah memperolehi sokongan 51% dalam PRU13, perlu segera menguruskan konflik yang timbul dengan cermat dan bijaksana.

Menurutnya, jika salah isyarat yang diberikan, maka anak muda Malaysia akan menghukum PR dalam pilihanraya akan datang.

Terkini, ujar beliau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menuduh Presiden PAS condong kepada Umno.

"Tuduhan ini telah memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia," ujarnya.

"Bagaimana dua pemimpin yang duduk sepentas dalam PRU13 yang lalu dan duduk sebaris dalam Parlimen boleh bertembung antara satu sama lain.

"Apakah sudah tiada jalan yang bijaksana mengurus masalah yang berlaku?" tenya beliau.  

Semuanya Turki Hebat..kecuali satu iaitu kenapa mereka tidak buat HUDUD..?

Inilah antara kehebatan TURKI & ERDORGAN yang tidak ada siapa nafikan....cuma mereka satu sahaja TIDAK melaksanakan HUKUM HUDUD jadi mereka sudah tidak dapat REDHA ALLAH... tak gitu LEBAI MERCUN..!!!


-Produk Domestik Negara Turki di tahun 2013 menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, Emiriah Arab, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lubnan.

-Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke kedudukan 16, yang bererti kemasukan Turki kedalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

-Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kuasa politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

-Airport Antarabangsa Istambul adalah lapangan terbang terbesar di Eropah yang menampung 1260 pesawat setiap harinya, ditambah Lapangan Terbang Shabiha yang menampun 630 pesawat setiap hari.

Tabung Haji masih belum jual tanah TRX 1MDB, kata Azeez


Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) bersama pemenang kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) bersama pemenang kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.

Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian beli dan jual ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Tanah dalam proses sedang memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini.

Azeez bagaimanapun tidak memberitahu mengenai kepada siapa tanah tersebut dijual, sebaliknya berkata mereka akan memaklumkan sebaik sahaja semua proses selesai.

"Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudiaan," katanya.

April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

Kasihanilah kami wahai pemimpin Pakatan..!

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.

PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.

Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda untuk reda

Hadiah kemenangan BN di Rompin, keropok lekor naik harga sebab GST

Usahawan Rompin terpaksa naik harga keropok lekor, kecilkan saiz
Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.
Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.

Seorang usahawan di Rompin, Zulfikri Ghazali, 26, terpaksa menaikkan harga jualan keropok lekornya selepas harga bahan mentah utama tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut naik bermula 1 April lalu.

Zulkifli berkata pada mulanya beliau mampu menyerap kenaikan harga gas memasak sebanyak RM1 kepada RM28 setong sejak Mac lalu.

Malah, beliau juga masih mengekalkan harga lama keropok lekor dalam tempoh sebulan selepas GST diperkenalkan.

“Namun kini sudah jadi sebaliknya, walaupun tepung ubi tidak dikenakan GST tetapi harganya tetap naik iaitu daripada RM41 bagi paket 20 kg kepada RM45 selepas GST dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Online, semalam.

'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui'

 
  Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang menafikan bahawa idea kerajaan perpaduan (UG) pernah dipersetujui selepas krisis politik yang menyumbang kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada sebarang keputusan yang dibuat memandangkan Mursyidul Amnya ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Sebenarnya makna UG ialah semua parti bergabung dan menjadi kerajaan. Tapi idea itu hanya dilontarkan begitu sahaja dan tak ada satu keputusan," kata Ahmad ketika diwawancara Malaysiakini.

"(Bagaimanapun), akhirnya timbul bahawa (UG) itu di definisikan kepada rundingan antara PAS dan Umno dan ia ditentang keras oleh Nik Aziz. Jadi UG tak jadi dilaksana," katanya yang menjadi pesuruhjaya negeri itu pada ketika itu.

PANAS | Jakim tarik sijil halal Secret Recipe

 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff (bawah) menegaskan penarikan itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Penarikan sijil tersebut berkuatkuasa 7 Mei lalu.

Katanya, bahagian tersebut telah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.

"Jakim amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang sijil pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian persijilan Halal Malaysia dari masa ke semasa.

"Tindakan akan juga diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian persijilan halal setelah memiliki sijil pengesahan Halal Malaysia," kata Hakimah.

Agenda kenapa puak UG duk pulun nak bolot semua jawatan dalam PAS dibongkar..???

Kena faham bila keputusan mesyuarat tu mengikat dan bila ia adalah saranan atau pandangan semata2

Tugas utama MSU ialah memantau keputusan eksekutif JKKP itu mematuhi syariat atau tidak. JKKP buat apa2 keputusan dalam mesyuarat, tanggungjawab MSU semak mengikut syariat ke tidak. Keputusan MSU itu mengikat JKKP. Ini satu ciri bila keputusan MSU itu mengikat dan wajib dipatuhi oleh JKKP.

Satu lagi keadaan bila JKKP merujuk sesuatu perkara untuk keputusan hukum. Keputusan MSU akan mengikat JKKP.

Kalau JKKP tak buat apa2 keputusan eksekutif atau merujuk kpd MSU untuk keputusan hukum - apa jua keputusan mesyuarat MSU tidak mengikat. Maka paling2 afdal ia adalah saranan dan pandangan yg tidak mengikat.

Ahli Majlis Fatwa & Penyelidikan Eropah terkejut masyarakat sibuk dengan isu kecil seperti hudud & kalimah Allah.

Masalah jika negara ada dua set undang-undang jenayah, kata sarjana Islam

Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Jasser Auda berkata, wajar mempunyai 2 set undang-undang keluarga kerana bidang itu berkaitan agama. – Gambar The Malaysian Insider Nazir Sufari, 25 Mei, 2015.
Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Jasser Auda berkata, wajar mempunyai 2 set undang-undang keluarga kerana bidang itu berkaitan agama. – Gambar The Malaysian Insider Nazir Sufari, 25 Mei, 2015.

Seorang sarjana Islam antarabangsa hari ini menyelar cadangan pelaksanaan hudud di Malaysia, menyifatkannya tidak adil kerana membenarkan "double standard" bagi kesalahan jenayah yang sama dalam masyarakat.

Bagaimanapun, ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Jasser Auda berkata, wajar mempunyai dua set undang-undang keluarga kerana bidang itu berkaitan agama.

"Apabila berhubung undang-undang keluarga, boleh ada undang-undang selari. Ia menyentuh peribadi, yang banyak kaitannya dengan agama.

"Saya dapat melihat kebijaksanaannya dalam hal itu," katanya pada satu sesi perbincangan meja bulat bertajuk Maqasid al-Syariah di Kuala Lumpur hari ini.

"Dari perspektif perundangan, saya rasa mempunyai dua undang-undang jenayah akan mengundang masalah. Negara moden tidak mempunyai dua mahkamah jenayah."

Jasser yang juga pengasas Kesatuan Sarjana Islam Antarabangsa berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan PAS yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, jika seluruh masyarakat dirundingkan dan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang kesalahan jenayah tunggal maka tidak menjadi masalah melaksanakan hudud, katanya.

"Melaksanakan hudud tak mengapa jika ia diluluskan dan dipersetujui melalui saluran demokrasi dan melalui penelitian Perlembagaan. Ia tidak harus dipaksa sesiapa," katanya.

"Ia asas pembinaan negara dan Perlembagaan tidak boleh dikompromi."

Jasser berkata hudud tidak harus dilaksanakan jika terdapat kecurigaan dalam keadilan melaksanakannya.

"Terdapat hadis yang biasa didengar dalam dunia Islam. Jika terdapat kecurigaan keadilan dalam pelaksanaan, kita tak perlu menggunakannya."

Mengambil contoh Mesir, beliau berkata undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan kerana sistem yang rosak.

"Kamu rasa susah mencari empat saksi untuk menuduh seseorang lakukan jenayah? Bayar saja 10 dolar dan dia akan bercakap apa yang kita mahu."

Ahli Parlimen PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir dalam majlis itu mengeluh orang Islam di Malaysia yang menentang hudud akan dilabel kafir tetapi Jasser berkata ia sesuatu yang tidak elok.

"Tidak elok menggelar sebegitu. Setiap Muslim membaca hudud dalam Al-Quran dan mempercayainya. Tiada orang Islam yang mengatakan ayat itu tidak baik.

"Tetapi pelaksanaan Al-Quran dalam dunia kontemporari hari ini berbeza.

"Sesetengah Muslim percaya melaksanakan hudud dalam dunia hari ini dan setengahnya tidak yang tidak menjadikan mereka kurang Islam."

Pada sidang media kemudiannya, Jasser mengulas mengenai dakwaan ekstremis Islam yang mendakwa gereja di kawasan majoriti Islam boleh menggalakkan berlakunya murtad.

"Saya datang dari Mesir dan kami mempunyai gereja sebelah masjid di mana-mana. Kami tinggal dalam keadaan itu sejak 1,400 tahun lalu. Saya tidak lihat masalah.

"Mereka yang murtad kerana kepercayaan. Tiada kena mengena dengan gereja."

Jasser juga turut mengulas keadaan politik Malaysia yang beliau terkejut kerana masyarakat sibuk dengan isu kecil seperti hudud dan kalimah Allah.

"Saya terkejut. Saya melihatnya lebih kecil daripada masalah sosial yang lebih besar seperti pendidikan, kesihatan, undang-undang dan sebagainya. Itu perkara yang lebih penting.

"Tetapi inilah ahli politik yang kamu pilih," katanya. – 25 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masalah-jika-negara-ada-dua-set-undang-undang-jenayah-kata-sarjana-islam#sthash.MrnmgPhO.dpuf

Mengapa perlu kita raikan perbezaan dengan maki Hamun..??

Mohammad Agus Yusoff


MENGAPA PERLU KITA RAIKAN PERBEZAAN DENGAN MAKI HAMUN?

Sensitifnya bunyi tajuk di atas. Tetapi itulah realiti.

Kita masih gagal mengurus perbezaan pendapat. Dulu saya lihat penyokong UMNO dan PKR yang alergik teguran dan kritikan,

Tetapi sejak akhir ini saya lihat penyokong PAS pula, malah lebih teruk lagi.

Ahli UMNO dan PKR, jikapun mereka mengamuk tidaklah mereka kaitkan amukan mereka dengan syurga dan neraka. Tetapi ahli PAS ini, jika tidak bersetuju pandangan suka sangat mengarahkan amukan mereka dengan maki hamun.

Ya Allah, orang yang beriman tidak begitu. Orang yang mencari redha Allah tidak begitu. Orang agama perlu ingat dosa pahala.

Banyak bersabar dan bertenanglah.

Usah percaya fitnah UG, perkukuh Pakatan



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi jaminan tidak ada pihak dalam parti itu berusaha membawa PAS ke dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau sebaliknya menyeru semua pihak agar tidak mudah mempercayai fitnah mengenai isu Unity Government (UG) yang tidak berkesudahan.

Bahkan katanya, Majlis Syura Ulamak turut membuat penafian bahawa Majlis Syura Ulamak dan ahlinya berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan PAS dengan Umno BN.

Katanya, sekiranya ada usaha tersebut beliau akan menjadi orang pertama yang menentang usaha bergabung dengan BN.

"Untuk kesekian kalinya, saya ingin menegaskan PAS konsisten dengan ketetapan bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muktamar PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS kena kenal musuh sebenar




IPOH: PAS tidak mampu bersendirian bagi mengubah tampuk pemerintahan kerajaan BN dalam konteks demografi dan politik di negara ini.

Malah kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, semua parti tidak mampu bersendirian sebaliknya memerlukan rakan komponen.

Oleh yang demikian kata beliau, PAS Perak mesti membina jaringan mesra dengan semua pihak yang mempunyai matlamat dan isu yang sama untuk diperjuangkan.

"Kita sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah NGO yang mahu bersama memperjuangkan nasib rakyat.

"Kita kena tahu siapa musuh kita yang sebenar, dan kita kena tahu serta kenal siapa yang boleh kita buat kawan," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam Konvensyen PAS Perak kali ke-18 yang diadakan di D'Hotel, Seri Iskandar dekat sini, semalam.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan turut dihadiri oleh wakil Pakatan Rakyat serta bekas-bekas Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Ustaz Azizan Desa, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abu Bakar Hussien.

Rakyat akan tumbangkan BN meskipun PAS tinggal Pakatan


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bercakap ketika pembentangan tesis di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Mei, 2015.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bercakap ketika pembentangan tesis di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Mei, 2015.

PAS tidak perlu angkuh dengan sokongan yang dinikmatinya pada ketika ini kerana ia hasil bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, keazaman rakyat menukar kerajaan tetap akan diteruskan tanpa mengira sama ada parti Islam itu kekal bersama PR atau tidak.

"Rakyat akan pergi (tukar pemerintah) sama ada PAS ada atau tiada. Di sinilah kita beritahu PAS, jangan 'eksyen' (berlagak) sangat.

"Tanpa PAS, rakyat akan pergi juga untuk tukar pemerintahan," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semalam.

Katanya, trend itu dapat dilihat menerusi peningkatan undi majoriti diperoleh PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan jumlah peserta himpunan #KitaLawan baru-baru ini.

Beliau berkata, undi majoriti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap meningkat walaupun terdapat pelbagai "fatwa" dikeluarkan sewaktu kempen berlangsung.

Dalam kerajaan BN dok bagi BRIM & ambil GST pun ada juga yang tak mampu beli susu anak

'Kami tak mampu nak beli susu formula'

'Kami tak mampu nak beli susu formula'  
Mohd Syamim menemani ibunya membuat kuih koci.
ALOR SETAR - Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ungkapan itu menggambarkan kehidupan sebuah keluarga di Kampung Padang Perak, di sini.

Keluarga Shariff Saad, 42, hidup dihimpit kemiskinan sehingga tidak mampu membeli susu formula untuk anak ketiga mereka, Mohd Syamim yang berusia lebih dua tahun, yang dilahirkan pramatang.

“Badan Syamim kecil. Klinik beri susu percuma kepadanya supaya berat badan dia meningkat. Tapi kami tak mampu nak terus beli susu berkualiti, jadi badan Syamim tidak membesar dengan sempurna," katanya.

Dengan upah sebagai pekerja kontrak, manakala isteri, Shakinah Md Yahya, 38, membuat kuih koci untuk menampung perbelanjaan keluarga, namun ia masih tidak mencukupi.

“Bayangkan, untuk keperluan harian tidak cukup apatah lagi nak beli susu formula," katanya.

Disebabkan tidak cukup nutrien, anak lelakinya berbadan kecil, tidak seperti kanak-kanak sebayanya, malah masih perlu memakai lampin pakai buang.

Isu ikon Pas dipecat timbul sebab kritik Hadi


Zaidi Ahmad 
 
ALOR SETAR - Isu pemecatan keahlian tiga ikon Pas yang dibangkitkan kemungkinan dicetuskan oleh penyokong Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terlalu sayangkan beliau sehingga tidak dapat menerima sebarang kritikan dan teguran berhubung kepimpinan beliau.

Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Zaidi Ahmad berkata, kemungkinan pandangannya yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu apabila beliau membangkitkan isu kepimpinan Abdul Hadi.

“Saya secara peribadi berpendapat Pas perlukan perubahan kepimpinan demi memastikan kecemerlangan yang dicapai oleh parti terutama pada era Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dikekalkan, malah dapat terus dipacu bagi memastikan Pas kekal bersama PR berdepan PRU14,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...