TERKINI :

Monday, May 25, 2015

Video TPM dibocor seorang setiausaha menteri?

Setiausaha akhbar kepada seorang menteri dipercayai bertanggungjawab menyebarkan video kontroversi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu semua lembaga penasihat 1MDB dipecat.

Laman pro-BN MyKMU menyebut individu itu kemudian memberi rakaman kepada bekas pengarang New Straits Times Firdaus Abdullah, yang didakwa telah menyerang Datuk Seri Najib Razak sejak setahun lalu.

“Kita bukan marah kandungan ucapan Muhyiddin, kita marah kerana tindakan beliau merakam dan menyebarkan merupakan satu 'pecah amanah' kerana peraturan kursus melarangnya,” menurut laporan itu.

Khabarnya, lapor web itu, setiausaha akhbar itu sering kali dilihat rapat dengan Firdaus yang kini memblog di Apanama.

MyKMU juga “mengesahkan” bahawa setakat ini video itu bukan diberikan oleh setiausaha akhbar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Justeru Ahmad Zahid harus mengambil tindakan menyiasat siapakah setiausaha akhbar terbabit bagi mengelakkan pegawai-pegawai pemimpin Umno sendiri menjadi pemecah belah parti,” katanya.

Mahfuz beri jaminan tiada usaha PAS gabung dengan Umno

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015. 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya usaha dalaman ahli parti Islam itu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan parti itu berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.

"Usah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu 'unity government' (kerajaan perpaduan) yang tidak berkesudahan ini, termasuk apa yang diucapkan mantan timbalan presiden PAS.

"Bahkan, Majlis Syura Ulama PAS turut membuat penafian kononnya majlis itu dan ahlinya ada yang berusaha membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhirnya ada orang sedar bahawa Umno tak ikhlas nak bawa Hudud

Tidak kelihatan keazaman Umno pastikan KJS dilaksana

PASIR MAS: Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik.

Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14.

Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama.

“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Azhar Abdullah berkata sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

“Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya pada penerangan KJS dan GST di Kampung Kasar malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad.

Dr Azhar berkata ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355.

Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen.

“Saya percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian dilakukan kabinet,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan

PENYANYI AISHAH TERKEJUT SIKAP PEMIMPIN TERTINGGI PAS YG FAQIH GUNA KATA-KATA KESAT, SEDANGKAN DALAM INDUSTRI HIBURAN YANG JAHIL PUN MASIH ADA SIKAP TOLERANSI DAN HORMAT

Perubahan sikap pemimpin Pas menjadikan slogan 'Pas For All' tidak lagi relevan dan menjadi satu jenaka. Penyanyi tersohor, Wan Aishah Ariffin, meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan muktakhir dalam Pas yang disebabkan sikap sesetengah pemimpin parti itu. Katanya, melihat perubahan ketara yang berlaku dalam Pas, dia tidak lagi pasti parti itu mampu mentadbir negara. Penyanyi yg dikenali sbg Aishah "Janji Manis Mu" berkata, sikap pemimpin juga tidak lagi menepati slogan ‘Pas for All’ dan telah menjadikan slogan itu sebagai satu jenaka.

Sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat. “Sebagai org baru, saya terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama. Rasanya dlm industri yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.

Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.

Ku Li: PM boleh kena prosiding hina Parlimen

 
  Jawapan bercanggah perdana menteri berhubung simpanan 1MDB di bank Singapura boleh mendedahkan beliau kepada prosiding menghina Parlimen, kata wakil rakyat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, katanya Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, sudah membetulkan jawapan Parlimen itu dan tidak boleh dianggap sebagai berbohong.

“Walau apa pun, PM tidak patut melanggar keistimewaan dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya berhubung pembetulan Najib selepas dua bulan, Tengku Razaleigh berkata terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk membangkitkan perkara itu di Parlimen sama ada perdana menteri mengelirukan dewan.

Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa ia meminda jawapan bertulis 10 Mac di Parlimen mengenai 1MDB untuk "mengelakkan kekeliruan".

Bila bulan tak terus mengambang

 
PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam itu Ahmad Awang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.

"Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang, hanya kekal di situ sahaja.

“Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan raya), silap-silap Kelantan pun terbang," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Pelarian Rohingya : Apabila MP Umno raikan sikap Guan Eng dan tempelak Zahid Hamidi

Isu pelarian: MP Umno raikan sikap LGE

 
Ahli Parlimen Umno, Reezal Merican mengambil pendekatan yang berbeza daripada Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila beliau menghargai kesediaan kerajaan Pulau Pinang yang berkata akan mempertimbangkan cadangan bagi penempatan sementara pelarian Rohingya dan Bangladesh diwujudkan di negeri itu.

Reezal berkata kesediaan kerajaan negeri untuk mengkaji cadangan tersebut sudah cukup untuk menunjukkan sikap keterbukaannya dalam usaha mencari penyelesaian terhadap krisis itu, yang mungkin menyaksikan Malaysia menjadi rumah sementara kepada ribuan pelarian orang Rohingya.

Katanya, cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar kumpulan pelarian ini ditempatkan di Pulau Pinang, di atas faktor geo-strategik, perlu diberikan perhatian yang serius.

"Setakat ini, ketua menteri dan kerajaan negeri Pulau Pinang juga dikatakan akan meneliti pelbagai faktor dalam memberikan kerjasama.

"Saya secara peribadi, menganggap kesediaan kerajaan negeri mengkaji perkara ini amat dihargai dan sangat dialu-alukan," katanya dalam satu kenyataan.

Mampukah Zahid tangkap Najib atas tuduhan menyembunyikan kesalahan.?

Dr Mahathir menyedari sukar bagi KDN untuk bertindak ke atas Najib atas tuduhan menyembunyikan kesalahan.

zahid-hamidi-mahathir-najib

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sedang mengatur strategi untuk memperkukuh persepsi rakyat terhadapanya.

Ia dilakukan setelah beliau menyedari sukar bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Membangkitkan kemungkinan melakukan kesalahan jenayah dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, walaupun realitinya teramat sukar menjadi kenyataan berikutan pemusatan kuasa terlalu kukuh melindungi seseorang yang bergelar Perdana Menteri, apa yang Tun Mahathir mahukan ialah pemenjaraan sokongan rakyat terus menghantui Najib”, tulis Shahbudin Husin di blognya, shahbudinhusin.com.

Katanya, sama ada dihadapkan ke muka pengadilan atau sebaliknya, Najib tetap dilihat telah melakukan kesalahan moral yang besar iaitu memberi jawapan bersifat bohong di Dewan Rakyat.

Ia merujuk kepada dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri telah memberikan kenyataan bercanggah dengan menyembunyi kesalahan.

Mahkamah arah SPR jawab saman Anwar dalam masa 2 minggu

Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah fail afidavit menjawab saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diarah memfailkan afidavit dalam tempoh 2 minggu sebagai jawapan balas kepada saman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dinafikan haknya mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh awal bulan lalu.

Peguam mewakili bekas ketua pembangkang itu, Raul Lee berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhasniah Abdul Razak mengarahkan berbuat demikian semasa pengurusan kes hari ini.

"Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 8 Jun," katanya kepada pemberita.

Peguam persekutuan M Kogilambigai mewakili SPR, Aziz dan kerajaan.

PAS memang tak pecat, masalah sekarang ahli yang sokong presiden suruh pecat apabila mereka kritik presiden

PAS: Mejar Zaidi, Leman Raja Lawak tak dipecat

 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa tiga ikon PAS bakal dipecat parti kerana didakwa mengkritik kepimpinan parti sehingga tersebar meluas dalam media sosial.

Beliau menyifatkan dakwaan bahawa Ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), AJK Dewan Muslimat Wan Aishah Wan Ariffin (penyanyi) dan bekas juruterbang Zaidi Ahmad "sengaja diada-adakan".

Selebriti dan bekas pegawai kanan tentera udara diraja Malaysia itu sering menghiasi pentas PAS melalui ceramah dan kempen pilihan raya.

"Tak betul tu. Isu ini sengaja diada-adakan. Tak ada angin, tak ada ribut," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini pagi ini.

Mustafa berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat berhubung dakwaan bahawa mereka mengkritik pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa ekoran dakwaan tersebut, beberapa anggota parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahlian kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Rohingya : Singkirkan Myanmar daripada Asean


AHMAD TAJDID | 25 Mei 2015.


Dr Syed Azman bertanya khabar keluarga pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya dekat Langsa, Lhokseumawe, Acheh.

KOTA LANGSA, Aceh: Pemerintah Malaysia dan Indonesia perlu bersikap tegas memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar kerana tidak melakukan sebarang tindakan konkrit untuk melindungi masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa keganasan kumpulan militan Buddha dan pihak berkuasa negara tersebut.

Ahli Majlis Perwakilan Rakyat Daerah (MPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf berkata, Malaysia dan Indonesia perlu menyarankan agar Myanmar dikeluarkan daripada Asean kerana pemerintah negara itu secara jelas membiarkan masyarakat Islam Rohingya hidup dalam kesengsaraan.

Makhyaruddin ditemui Harakahdaily selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang melawat kem penempatan pelarian Rohingya dan Bangladesh di Langsa yang terletak kira-kira 155 km dari bandar Medan.

Wahai Zahid.. tak mau bantai Mukhriz pula, beliau pun tolak pelarian Rohingya juga nie..!!

Kedah tidak mampu tanggung pelarian Rohingya, kata Mukhriz

Kedah minta bantuan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian dalam menghadapi kebanjiran pendatang asing Rohingya dan Bangladesh, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.
Kedah minta bantuan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian dalam menghadapi kebanjiran pendatang asing Rohingya dan Bangladesh, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.

Negeri Kedah meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan kerajaan pusat untuk mengatasi kekangan yang dihadapi negeri ini dalam menghadapi kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) Rohingya dan Bangladesh.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam berkata negeri ini tidak mampu menampung jumlah Pati yang terlalu ramai memandangkan kemudahan sedia ada tidak mencukupi.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan pihak (Jabatan) Imigresen pun mempunyai keupayaan tetapi keupayaan ini tentunya akan tercabar sekiranya (Pati) yang datang itu (dalam jumlah) ribuan (orang)," katanya kepada pemberita di Langkawi.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menangani masalah kebanjiran Pati ini perlu dikenal pasti oleh semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan atas semangat perikemanusiaan.

Guan Eng bidas Zahid dengan mengatakan sekarang P.Pinang sudah ada 50K pelarian Rohingya

Peguam kecam Zahid kerana ‘main politik’ isu Rohingya

Pelarian Rohingya di penempatan sementara di Acheh, Indonesia. Kumpulan peguam mendakwa menteri dalam negeri 'bermain politik' dalam menangani isu pelarian itu. – Gambar fail Reuters, 24 Mei, 2015.
 Pelarian Rohingya di penempatan sementara di Acheh, Indonesia. Kumpulan peguam mendakwa menteri dalam negeri 'bermain politik' dalam menangani isu pelarian itu. – Gambar fail Reuters, 24 Mei, 2015.

Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) hari ini mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa "bermain politik" dengan mencabar kerajaan Pulau Pinang menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh di negeri itu.

Pengarah eksekutif LFL Eric Paulsen berkata, isu berkaitan migran dan pelarian sememangnya dikendalikan kerajaan persekutuan dan agensinya.

"Melainkan kalau Putrajaya dan Zahid hendak menyerahkan kuasa mereka kepada kerajaan negeri.”

Laporan Star Online hari ini memetik Zahid mengatakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP harus menerima kumpulan pendatang itu walaupun beberapa lokasi di luar negeri itu dikenalpasti sesuai dijadikan tapak kem sementara pelarian tersebut.

Ikut kata Tun M....Najib bakal kepenjara sama seperti Anwar..!!

Alamak...Penjara Tiga Tahun Tuu!!


Jawapan mengelirukan mengenai sama ada "wang tunai", "aset" atau "unit" milik 1MDB yang disimpan di sebuah bank di Singapura ketika ini terus menjadi "duri dalam daging" kepada Najib Razak dalam mempertahankan kedudukannya.

Setelah sekian ramai yang mempertikaikan jawapan yang diberikan Najib di Parlimen mengenainya, kini bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pula tampil dengan mendakwa perbuatan Perdana Menteri itu adalah suatu perbuatan berbohong yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Beliau mendakwa perbuatan Najib itu sebagai menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Alamak, mungkinkah Perdana Menteri dengan segala kegemilangannya menghuni penjara pula selepas ini?

Dalam jawapannya di Parlimen pada 10 Mac lalu, Najib mengatakan wang milik 1MDB dari Pulau Cayman berjumlah RM1.03 bilion kini disimpan di BSI Bank di Singapura bagi memudahkan pengeluarannya kerana wujud peraturan ketat Bank Negara jika ingin mengeluarkan wang melebihi RM50 juta.

Khabar gembira orang Pendang.. Kjaan BN janji sekali lagi hendak bina hospital disini


Khabar gembira orang Pendang
Laporan khas Sinar Harian 21 Oktober 2014.

ALOR SETAR - Penantian sekian lama penduduk Pendang untuk menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik di tempat sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Melalui pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), enam hospital baru akan dibina iaitu Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan dua di Kedah iaitu Pendang dan Baling.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, khabar gembira itu memberi makna begitu besar untuk seluruh rakyat negeri ini yang tidak pernah berputus asa mengharapkan projek berkenaan dapat dilaksanakan.

"Kita berharap projek itu dapat dipercepatkan dalam masa terdekat kerana mendapat permintaan tinggi dari masyarakat setempat terutama sekitar Pendang dan daerah berhampiran.

"Pembinaannya akan membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan lebih baik dan mampu mengurangkan kesesakan serta bebanan tugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya ketika dihubungi Jumaat lalu.

Menurutnya, hospital baru yang turut dinaikkan status menjadi hospital pakar minor juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi serta doktor pakar.

"Sebagai contoh Hospital Baling dari hospital lama ke hospital pakar minor. Bangunan baru akan ditambah untuk menampung keperluan pesakit.

"Orang ramai lebih mudah berjumpa doktor pakar yang akan ditempatkan secara tetap di situ berbanding sekarang. Kebanyakan hospital di kawasan pedalaman, doktor pakar hanya melakukan lawatan secara berjadual," katanya.

Beliau berkata, Hospital Pendang diklasifikasikan sebagai hospital ke-19 di Kedah termasuk hospital kerajaan dan swasta yang ada di negeri ini berdasarkan maklumat dari Jabatan Kesihatan Kedah.

Terdapat sembilan hospital kerajaan iaitu di Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Langkawi, Baling, Sik, Yan, Jitra dan Kuala Nerang.

Sementara pembinaan Hospital Pendang pula adalah merupakan hospital ke-10 bagi kategori hospital kerajaan.

Bagi sektor swasta, terdapat sembilan hospital iaitu masing-masing tiga di Alor Setar, empat di Sungai Petani dan satu di Kubang Pasu serta Kulim.

Tangani kesusahan rakyat sebelum capai negara maju


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Hanya tinggal beberapa tahun lagi, Malaysia bakal mengikut negara maju lain untuk diiktiraf menjadi negara maju, ia selaras dengan Wawasan 2020 yang mana misinya ingin menjadikan Malaysia maju pada tahun tersebut.

Namun  terdapat sedikit kegusaran di kalangan penganalisis, apakah dengan majunya Malaysia pada tahun itu, hidup rakyat turut maju, dan indah sepertimana yang digambarkan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki oleh kerajaan bagi memastikan matlamat negara maju itu tercapai.

"Maju ini banyak kriteria dan ciri, negara maju ini satu yang jelas yang boleh kita tengok dari segi pendapatan hidup rakyat, adakah pendapatan itu tinggi untuk membolehkan mereka hidup selesa atau tidak , jadi kalau pendapatan ia mestilah lebih USD15, 000 untuk kita capai, itu pendapatan purata penduduk , bukan pendapatan tiap-tiap penduduk. 

"Cuma masalah  kita nak capai negara maju ialah  jurang kaya miskin itu masih luas, jurang antara wilayah masih luas, jurang antara negeri  masih luas , tahap pendidikan rakyat jurangnya masih luas jurang digital antara rakyat masih luas , jadi selagi kita tidak rapatkan jurang itu , susah untuk kita bercakap tentang negara maju," katanya. 

Jelasnya lagi, sebab pendapatan negara maju tidak boleh dikira dari segi purata pendapatan penduduk , jikalau seorang itu dapat USD 20,000, seorang ini dapat USD5,000 bagaimana itu, jurang itu luas.

"Kemudian infrastruktur yang kita ada pun belum sampai ke tahap itu, macam  mana hendak kata maju kalau sekolah belum mencukupi, hospital belum mencukupi.

"Mampu atau tidak dalam tempoh empat tahun yang ada ini kita selesaikan masalah itu, saya fikir tidak perlu kita hendak mengejar bagi mencapai negara maju 2020 dengan keadaan hidup rakyat yang tidak banyak berubah, rakyat masih miskin rakyat masih susah hidup sekarang dengan kos yang makin meningkat ," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Oleh itu ujarnya apa yang  perlu dikejar sekarang adalah menangani 'perit jerih ' hidup rakyat.

"Saya rasa yang perlu kejar sekarang ini ialah bagaimana hendak mengatasi kos hidup yang tinggi, bagaimana taraf hidup rakyat supaya tiada masalah ke hospital, rakyat mempunyai asas rumah, rakyat ada asas pendidikan dan kesihatan yang cukup itu yang perlu diutamakan .

"Tapi kalau kita hendak kejar negara maju kerana kita betul-betul hendak  maju dari segi kemudahan untuk rakyat kesihatan, pendidikan infrastruktur, pendapatan itu kejarlah.

"Kita jangan obses untuk menjadi negara maju dalam keadaan rakyat masih lagi dipisahkan oleh jurang yang luas, fokus sekarang rapatkan jurang, selesakan kehidupan rakyat dari segi kos hidup yang meningkat, berikan kemudahan infrastruktur dan keperluan asas yang baik dan mencukupi seperti sekolah, kesihatan dan pekerjaan," ujarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...