Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR - PKR mengumumkan akan mengkaji dan meneliti kembali pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11(RMK11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana menurut Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pembentangan tersebut langsung tidak menyentuh tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)‎.

“Saya khuatir dengan pendekatan sekarang yang dilihat gagal dan salah satu contoh dalam RMK10 seperti 1MDB.

“Dalam RMK10 mengatakan 1MDB itu akan menguntungkan rakyat. Tetapi apa kita lihat duit Tabung Haji telah digunakan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.