TERKINI :

Saturday, May 23, 2015

'Saya ahli Umno tapi tak sokong Najib'

PETALING JAYA  - "Saya masih lagi pemimpin Umno. Saya tahu forum ini ramai yang mengkritik kepimpinan Umno, tetapi saya datang bukan untuk membela mana-mana pemimpin Umno tetapi untuk mengambil bahagian kerana untuk mencari kebenaran".

Demikian penegasan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar ketika menyatakan sebab kenapa beliau hadir sebagai panel dalam Forum "‎Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Jelas Dr Afifuddin, kehadirannya itu adalah untuk menyatakan yang benar dan tidak mempertahankan Umno sekiranya parti itu melakukan kesilapan.

"Kalau abang (perumpamaan kepada Umno) saya buat salah. Saya kena kata salah," katanya.

Dr Afifuddin bagaimanapun turut tidak bersetuju dengan cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak setuju 100 peratus dengan Tun Mahathir. Kritik boleh tapi jangan suruh letak jawatan.

"Saya juga hairan kenapa Najib sahaja yang menjawab tetapi bukan lembaga pengarah 1MDB," katanya.

Beliau menambah, sebagai rakyat yang terdedah dengan informasi terkini, masyarakat kena menimbang maklumat yang diterima.

"Bukan saya sokong atau saya pertahankan tetapi biarlah ia diadili dengan proses keadilan," katanya.

Sementara itu ketika sidang media, Dr Afifuddin berkata, walaupun beliau seorang ahli Umno, namun tidak bermakna beliau menyokong kepimpinan Najib.

"Saya ahli Umno tetapi tidak sokong Najib," katanya.

ANDAIKAN RM 42 BILLION BENAR-BENAR LESAP…….

http://2.bp.blogspot.com/-XYXJj_jkc0E/VTkX04l7UpI/AAAAAAABkF0/4RxA7cRt2d8/s1600/1.jpg
Sebagai ‘orang luar’ yang tidak tahu menahu tentang kisah IMDB dan Tabung Haji, aku seperti orang kampung lain juga hanya mendengar ‘sayup-sayup’ tentang hal ini. Ada yang mengatakan bahawa wang sebanyak itu telah lesap entah ke mana. Dan pihak kerajaan pula terutamanya DS Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menyatakan bahawa rakyat tidak perlu risau. Dengan tegas beliau meyakinkan rakyat bahawa IMDB masih ‘selamat’ dan ‘kukuh’ dari segi kemantapan perniagaannya.

Rakyat biasa yang tidak tahu menahu dengan jelas hanya mengharapkan sumber-sumber tertenu untuk mengetahui kedudukan yang lebih jelas tentang IMDB, Tabung Haji, KWSP, KWAP dll. Kononnya wang daripada tabung-tabung selain selain daripada Tabung Haji juga telah digunakan untuk ‘menyelamatkan’ IMDB. Itu kata sumber-sumber yang boleh dipercayai dan yang tidak boleh dipercayai.

Andaikata benar dan betullah apa yang dikatakan oleh sumber yang boleh dipercayai itu bahawa wang negara sebanyak RM 43 billion lesap dan hilang entah ke mana…………..

Isu Hina Hudud di Kelantan - Apa salah Kit Siang?

Kemelut DAP - PAS memasuki fasa terbaru apabila ahli politik veteran Lim Kit Siang didesak meminta maaf setelah dikatakan menyinggung perasaan pimpinan parti itu dalam ceramahnya di Kelantan pada 10 Mei yang lalu.

Apakah menjadi satu kesalahan jika orang bukan Islam bercakap atau boleh disifatkan sebagai menjelaskan pemahaman beliau mengenai hukum hudud dengan isi kandungan ucapannya yang tidak langsung menjurus kepada antihudud atau anti-Islam?

Sebenarnya, bertitik tolak dari pendirian DAP yang jelas menolak pelaksanaan hudud itu, Lim dalam semangat untuk menjaga keharmonian hubungan antara parti gabungan Pakatan Rakyat itu  tidak terlalu ekstrem menempelak PAS.

Sebaliknya Lim mengetengahkan apa yang bakal berlaku jika hudud dilaksanakan tanpa infrastruktur yang kukuh.

Sambil menjadikan Jordan dan Mesir sebagai contoh, Lim berkata, ada beberapa isu atau prasyarat perlu diselesaikan sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan. Antaranya, pelaksanaan semua undang-undang syariah selain banyak isu asasi lain diselesaikan.

Masalah seperti peluang pekerjaan, perumahan dan kesihatan harus didahulukan bagi memastikan rakyat tidak ada peluang atau mencari helah dan alasan melakukan jenayah seperti mencuri, merompak dan sebagainya semata-mata demi sesuap nasi.

Menambah derita rakyat

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kini menyebabkan harga barangan melambung naik, sekaligus membuak-buakkan perasaan benci lagi marah di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Walaupun ianya pernah diakui beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bahawa GST suatu sistem percukaian yang baik, namun pelaksanaan yang penuh agenda tersirat, tidak jelas lagi kurang pemantauan membuatkan rakyat menderita.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mengakui GST adalah sistem percukaian yang cekap namun perlulah disertai dengan prasyarat atau infrastruktur tertentu, seperti pendapatan rakyat yang tinggi dan negara memiliki struktur percukaian yang baik.

Namun, walaupun dihebahkan kepada umum dua tahun sebelum pelaksanaannya, GST yang dilaksanakan di Malaysia sejak April lalu telah menambah derita rakyat ketika warga Malaysia masih ramai yang berhempas-pulas untuk memenuhi keperluan asas.

Pengenalan GST ini - akibat kegagalan persediaan kerajaan untuk memantau pelaksanaannya - membuka ruang kepada peniaga mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan yang akhirnya menyebabkan pendapatan boleh belanja rakyat Malaysia kian menyusut.

Akibat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan, setakat ini tidak sampai 10 pun kedai yang diambil tindakan undang-undang kerana mengeksploitasi GST itu untuk menaikkan keuntungan mereka semata-mata sekaligus melonjakkan 'keberanian' kedai lain untuk terus menaikkan harga sesuka hati dengan alasan GST.

Turun kecil sangat

Ketika Malaysia di bawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat dikemudiankan dengan beberapa siri kenaikan harga minyak di kadar tidak masuk akal sehingga harga barangan asas seperti beras turut meningkat sekali ganda, kini Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri 'mendahulukan' rakyat dalam usaha "menambah" pendapatan negara.

Lebih memeritkan keadaan apabila ketika kebanyakan rakyat semakin resah gelisah dengan kenaikan harga barang, terpacul pula cerita-cerita pembelian jet baru dan perbelanjaan mewah pemimpin UMNO yang akhirnya memberi kelebihan kepada pembangkang.

Terima kasih BN. 

Jika kerajaan sendiri tidak bersedia untuk melaksanakan GST dengan menaikkan pendapatan rakyat dan menjalankan aktiviti penguat kuasaan serta pemantauan yang lebih effisien bagi memastikan ianya tidak disalah guna oleh golongan peniaga, apakah kesediaan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menerima GST ini yang pada mulanya dijanjikan penurunan harga tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Walaupun rakyat dijanjikan penurunan harga apabila sistem cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus digantikan 6 peratus GST, secara logiknya ia membuatkan barangan menjadi semakin murah.

Namun penurunan ini sangat kecil berbanding kenaikan barangan dan perkhidmatan lain akibat GST yang akhirnya menambah beban rakyat Malaysia.

Justeru, jika sesuatu dasar yang melibatkan kepentingan awam itu hendak dilaksanakan tanpa persediaan yang cukup kuat, maka sewajarnya ditangguhkan dahulu sehingga semua pihak bersedia untuk menjalankannya dan menerimanya, oleh kerajaan dan rakyat sendiri.

AMRAN AHMAD merupakan ahli Melayu dalam DAP sejak 2009 dan kini menyambung pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti terkemuka United Kingdom tanpa ehsan MARA walaupun sesudah merayu. Terima kasih MARA...

Hudud: Kerana Perintah atau Politik

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/04/hudud_M-600x350-600x320.jpg
"Semua MP dan rakyat Malaysia sedia maklum bahawa hal-hal berkaitan islam dan hukum adalah dibawah kuasa kerjaan negeri.

Hudud ialah hukum islam, maka kerajaan negeri sepatutnya boleh laksanakan. Tinggal lagi bagi negeri yang bergabung parti dengan bukan islam/penentang hudud adalah sukar mendapat majoriti ahli di dalam dewan.

Kerajaan Kelantan tidak mempunyai masalah langsung dalam melaksana hudud. Maka LAKSANAKANLAH tanpa ada provokasi nak bentang di parlimen kerana ia tidak perlukan kelulusan parlimen untuk laksanakan (berdasarkan Fasal (2) Perkara 74) dan telah mengikut perlembagaan.

Sekarang ini isu nak bentang di parlimen mengelirukan rakyat. Kenapa perlu dapat persetujuan ahli Parlimen?. Di parlimen, sebenarnya sudah maklum sekiranya undian dibuat bagi mendapatkan persetujuan PASTInya akan kalah. Jika dibilang kerusi islam dan bukan islam, mungkin jumlah memihak kepada yang akan menyokong hukum ini dilaksanakan, tetapi benarkah begitu? Ramai berwajah islam yang menduduki kerusi MP tu takut kepada hudud atau sekurang-kurangnya bimbang tangan akan kudung apabila duit kerajaan ‘hilang’ atau keseronokan ‘bergundik’ akan hilang.

Mat Taib: Ada yang tak kena pada PAS

"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

Itu pun tak tahu

"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.

Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadap pertelingkahan dalam Pakatan kerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.

Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.

"Bagus kalau ada sistem dua parti - Pakatan dan BN.

"Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara," katanya.

Pemilihan PAS: Adab dan pertauran dalam berkempen



PAS bakal menyaksikan pertandingan untuk pucuk pimpinannya pada Muktamarnya yang ke 61 awal Jun ini bertempat di Kuala Selangor. Hampir kesemua jawatan bakal menyaksikan pertandingan dari Presiden sehinggalah Timbalan, Naib-naib serta Ahli-ahli Jawatankuasa selain diperingkat Dewan-dewan.
Bagi sesetengah pihak perkara ini merupakan sesuatu yang luar-biasa, sedangkan bagi mereka yang di dalamnya ia sesuatu yang normal yang pernah berlaku sejak di awal penubuhannya lagi sehiggalah kini membuktikan betapa amalan demokrasi subur di dalam PAS.
Pemilihan PAS adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pemilihan Parti Islam Se Malaysia (PAS)(2013) (Pindaan 2014) yang dibuat di bawah Fasal 85 Perlembagaan PAS (Pindaan 2011). Ianya merupakan suatu set peraturan yang cuab mengawal kaedah dan proses pemilihan dalam parti, suatu penambah-baikan bagi parti yang berusia lebih 60 tahun itu.

Di dalam peraturan berkenaan disebut juga Garis Panduan dan Etika Kempen yang sepatutnya dipatuhi dan dihormati oleh semua samada calon-calon yang bertanding lebih-lebih lagi mereka yang bekempen mempromosi calon-calon berkenaan. Segala-galanya diikat oleh hukum-hakam Islam selain peraturan dan undang-undang yang terpakai.

Suhaizan dan Nik Abduh sahutlah cabaran, Zaharuddin dan sewaktu dengannya janganlah takut..!

1. Menjelang muktamar yang agenda pentingnya adalah pemilihan, maka muncul  bermacam macam perkara samada yg positif mahupun negatif.

2. Dalam kontek Dewan Pemuda, pemilihan jawatan dari ketua sampai ke ajk menjadi tumpuan. Supaya pemilihan ini menjadi ruang yg sangat terbuka bagi ahli parti memilih, maka keluarlah cadangan untuk dianjurkan wacana yg bertujuan mendengar lontaran lontaran idea dan gagasan dari semua calon, malangnya apabila pelawaan ini hanya disambut oleh satu pihak sementara pihak satu lagi bukan sekadar menolak bahkan memberi pulak alasan yang kononnya ia adalah hujjah kenapa wacana tidak perlu diadakan.

3. Sekadar berkongsi pengalaman yang realiti, dua kali program wacana yang saya terlibat sebagai anggota pelaksana, kedua-duanya mempertemukan orang yang berlainan aliran, namun wacana berjaya dilansungkan dengan baik serta tidak sedikitpun menimbulkan kekecohan seperti yang sering dimomokkan.

4. Wacana pertama yg dianjurkan atas nama Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah menjelang pemilihan parti 2013, kami menjemput semua calon KP dan TKP , yang berani hadir untuk wacana tersebut hanyalah Sdr Suhaizan, Sdr Zulhazmi dan Sdr Raja Iskandar.

5. Wacana berlansung dengan penuh suasana harmoni, masing masing mengemukakan idea dan wawasan sekiranya diberikan ruang mengemudi bahtera pemuda. Wacana berakhir dengan perwakilan yang hadir sedikit sebanyak telah terjernih pemahaman mereka dan ia terjadi dengan penuh semangat ilmiah tanpa diselit unsur emosi semata2.

6. Manakala wacana kedua yg dianjurkan atas nama Dewan Pemuda Pas Kedah menampilkan empat pimpinan yg dilihat mewakili aliran pemikiran yg berbeza, Ir Khalid Samad, Dr Mujahid Yusuf, Dr Zuhdi Marzuki dan Ust Zulkifli Ismail. Wacana ini juga walaupun bukan diadakan dalam musim pemilihan namun ia dilihat sangat memberi kesan yang baik sekurang kurangnya boleh mempertemukan orang yang berlainan arus berada di pentas yg sama dan melontar idea masing masing untuk dinilai oleh semua hadirin.

7. Sengaja saya singkap kisah dua wacana di atas hanya untuk menyebut kepada orang orang yang takutkan wacana bahawa wacana tidak akan membawa perpecahan, tetapi perpecahan  akan terjadi bila ruang pertelingkahan dibiarkan ternganga dengan tidak ada usaha menutupnya.

Nik Abduh, ayuh sahutlah seruan untuk berwacana.

Zaharuddin dan yg seumpamanya...janganlah buat status yang menunjukan anda penakut.

Catatan oleh :
Abu Rayyan
Ustaz yg bukan Geng Ustaz

Simpanan ASB: Antara dua darjat

M.A. Khalid
23 Mei 2015

duit
BARU-baru ini penulis menerima Laporan Tahunan 2014 Amanah Saham Bumiputera (ASB). Penulis sering ternanti-nanti laporan ini kerana simpanan kaum Bumiputera di ASB menjadi proksi kepada kadar tabungan simpanan kaum ini di Malaysia. Mereka masih amat kurang melabur dalam unit-unit saham amanah yang lain.

Sekali imbas, secara kasarnya, ada peningkatan simpanan pada tahun lepas, di mana purata simpanan telah meningkat sebanyak 13 peratus sejak 2012, kepada RM15,928. Dalam erti kata lain, sejak dua tahun yang lepas, kaum Bumiputera telah meningkatkan tabungan sebanyak RM1,831.

Namun, jika dikaji lebih mendalam, terdapat jurang ketidaksamaan yang amat ketara. Jika dilihat simpanan 72 peratus pemegang saham ASB terbawah, yang berjumlah 6.16 juta penyimpan, data yang dianalisis amatlah menyedihkan.

Hakikatnya, majoriti kaum Bumiputera hanya mempunyai purata simpanan sebanyak RM536 dalam ASB pada tahun lepas. Inilah hakikatnya. Tidak pun sampai RM1,000. Sudahlah sedikit, ia makin berkurangan, dari RM611 pada 2012.

DAP, NGO berjaya siapkan 25 rumah mangsa banjir Kelantan

riduanon: May 23, 2015

DAP, NGO berjaya siapkan 25 rumah mangsa banjir Kelantan
Ketika DAP diserang oleh sesetengah pihak di Kelantan kerana isu hudud, ramai yang tidak tahu projek Impian Kelantan mereka dianggap paling berjaya membangunkan semula sebuah kampung di Gua Musang selepas musnah atau rosak teruk akibat banjir mega pada 24 Disember tahun lalu.

Kampung Pasir Tumbuh, sebuah kampung di pedalaman yang terletak di Hulu Kelantan kini berjaya dibina semula melalui projek ini di mana DAP menyumbangkan kira-kira setengah juta ringgit daripada dananya.

Selain Impian Kelantan DAP, terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO), syarikat perniagaan dan orang perseorangan selain daripada kerajaan Kelantan dan Putrajaya tampil membantu mangsa banjir mega ini.

Sebanyak 1,821 keluarga dikatakan hilang sepenuhnya rumah mereka selepas banjir yang melibatkan 4 daerah utama iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Impian Kelantan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah selesai membina 25 buah rumah baharu selepas rumah lama mereka musnah dan membaiki 35 buah untuk mangsa ini, kata pengurus projek ini, Mohd Fauzi Mohd Azmi, 40.

Nama kata ahli PAS kena pikiaq macamana nak merialisasikan HUDUD bukan bab SOKONG atau TAK..!!

Orang PAS dah tak fikir dah hendak sokong atau tidak HUDUD nie, sekarang tengah fikir macamana nak laksanakan saja..!!

Ketegori Jinayah Syar'iah yang wajib kita ketahui:
1) Hudud-mengawal jenayah (Nyawa, harta, akal, harta, maruah, negara, agama)
2) Ta'zir
3) Qisas-hukuman timbal balas (menjaga nyawa dan jasad)
4) Dhiat

"Sesiapa yg beritikad utk mengatakan hudud tidak wajib dilaksanakan jatuh kufur"
Pada pandangan kami sekarang orang PAS dah tak perlu nak pikiaq dah nak atau tak nak HUDUD nie..
jika mengaku orang PAS tapi tanya depa tak sokong HUDUD itu kompom gila dan dakwah tak sampai....tapi jika tanya orang UMNO depa bab nak terima atau tidak ok lah...sebabnya sampai skrg pun belum ada keputusan lagi... dok tunggu hari selasa kata nak umum sampai skrg tak umumnya...
yang perlu orang PAS pikiaq macamana nak laksanakan HUDUD nie di bumi Malaysia dengan halangan-halangan yang ada seperti perlu ubah perlembagaan negara dengan sokongan ahli parlimen 2/3...

RMK11: Umum bagus tapi tiada sikap amanah sia-sia

KUALA LUMPUR: Sebagus mana sekalipun apa yang diumumkan, jika bermasalah pada ‘delivery system’ akibat tiada sikap beramanah dan berintegriti dalam kalangan pemimpin negara dan kerajaan, hasrat untuk menyampaikan ‘outcome’ yang berimpak tinggi yang cepat kepada ‘capital economy’ dan ‘people economy’ dengan kos berpatutan akan menjadi sia-sia.

Demikian respons awal Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terhadap pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya, mengelak daripada mengakui masalah sebenar kerajaan dan negara seperti perbelanjaan defisit, ketirisan dan pembaziran serta salah urus tadbir dengan mengumumkan 10 senarai kejayaan.

Kata beliau, masalah sebenar jika tidak ditangani akan menjadi punca kepada masalah-masalah baru yang lain.

Tambahnya, mengguna ‘benchmark’ atau kayu ukur yang tidak disemak dan tidak realistik.

Muhyiddin suruh Ambil iktibar kemajuan Korea Selatan pula..!!


Korea Selatan 
 
KUALA LUMPUR - Malaysia boleh mengambil iktibar daripada kemajuan dan kepakaran Korea Selatan dalam bidang inovasi dan berdaya saing untuk muncul sebagai salah sebuah negara paling maju di dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Timbalan Perdana Menteri berkata menggalakkan daya saing dan idea-idea yang terus memacu merupakan dorongan dalam membentuk sebuah komuniti yang produktif dan progresif.

"Negara berwawasan adalah sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan mantap dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyediakan golongan belia untuk pasaran tenaga kerja dan memupuk hubungan antara pendidikan, penyelidikan, industri dan kemampanan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada 'Malam Budaya Cipta' sempena edisi ke-26 Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2015 (ITEX) di sini, malam tadi.‎

Merujuk Korea Selatan sebagai contoh, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata negara itu mengambil langkah-langkah besar selama ini untuk muncul sebagai peneraju inovasi bagi produk-produk elektronik dan telekomunikasi.

Ahli PAS dengar Ahmad sembunyi-sembunyi

 
Baru memulakan kempen penerangan, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran sama ada secara langsung atau tidak.

Kata beliau, ketika mengadakan majlis penerangan ada sesetengah ahli PAS datang secara sembunyi-sembunyi kerana bimbang dituduh melanggar arahan pihak atasan.

"Ada di sesetengah tempat apabila kami datang mereka (ahli PAS) beritahu mereka hadir secara berahsia sebab mendapat arahan daripada pimpinan negeri supaya jangan hadir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.

Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu bagaimanapun berkata, sekatan dan sabotaj kepada programnya adalah perkara biasa.

Exco Agama - Adu JAIK jika dihalang solat Jumaat


Adu Jaik jika dihalang solat Jumaat 

ALOR SETAR - Mana-mana premis perniagaan yang menghalang pekerja lelaki beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat akan dikenakan tindakan undang-undang.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pihaknya memandang serius isu terbabit kerana ia merupakan satu kesalahan besar.

“Orang ramai perlu membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sekiranya terdapat syarikat atau premis perniagaan yang menegah pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat.

“Hal ini kerana menjadi hak orang Islam menunaikan solat Jumaat dan menjadi kesalahan sekiranya mereka menghalang untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Adakah PAS, HUDUD, PUTRAJAYA & TURKI..!!!

Mutiara Dhuha


1. Ada orang kata jika kita ke Putrajaya tanpa laksanakan syariah, ia satu benda yang sia sia.

2. Persoalannya adakah jika kita tidak ke Putrajaya kita boleh laksana syariah ? Kalau boleh, tak perlu lah Pas selama ini bertanding di kerusi Parlimen, tak payah lah sibuk2 bertahaluf siyasi dan sebagainya.

3. Apabila Pas perintah Trengganu dan Kedah, adakah itu kemenangan sia sia kerana kita tidak dapat laksanakan syariah secara syumul ? Adakah dengan kita menghapuskan tol di Jambatan Kuala Trengganu, menghapuskan cukai pintu dikira sia sia sahaja kerana itu tidak dianggap melaksanakan syariah ?

4. Kita mahu dapat kuasa dan ke Putrajaya kerana banyak perkara yang kita boleh lakukan , meskipun sekiranya masih belum berpeluang melaksanakan syariah secara menyeluruh,seperti membantu rakyat dengan polisi polisi yang baik yang dapat mengurangkan beban rakyat seperti hapuskan cukai yang membebankan rakyat, membuka lebih luas ruang demokrasi, menghapuskan akta akta yang zalim dsb.

Alor Setar - Anggota UKK parah kena simbah asid


Kejadian berlaku ketika mangsa cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok, dekat Alor Setar

anggota ukk
ALOR SETAR: Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera parah di mata dan muka akibat disimbah asid.

Ketika itu mangsa dikatakan cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Jumaat, anggota yang berusia dalam lingkungan 50-an terserempak oleh suspek yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis dan cuba melarikan diri.

Memetik laporan Harian Metro Online, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.

Sejurus selepas insiden itu, ketiga-tiga suspek termasuk wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang turut berada di lokasi kejadian bagi mengepung kawasan berkenaan sebelum kehadiran polis.

Muhyiddin mengeluh apabila hadirin buat tak tau ucapan dia..!!

Aduhai, keluh Muhyiddin

 
Selepas mencuri perhatian dengan memberikan ucapan panas mengecam syarikat 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran sukar untuk mempromosikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kepada umum hari ini.

Hakikatnya, hampir tiada sesiapa di kalangan 5,000 hadirin yang ada di majlis Anugerah Ilham Desa Keringkat Kebangsaan 2015 menonton pelan lima tahun itu di televisyen ketika ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap, Muhyiddin bertanya kepada orang ramai: "Baru-baru ini di parlimen perdana menteri telah bentangkan dokumen penting yang disebut RMK-11. Siapa mengikuti ucapan PM hari tu, angkat tangan!"

Namun tiada sesiapa yang mengangkat tangan.

"Aduhai...." kata Muhyiddin.

Mampukah Lim Kok Wing Pulihkan Imej Najib?

Shahbudin Husin, 


Menyedari kepimpinannya semakin dipertikai dan namanya tidak lagi seharum dulu, Najib Razak akhirnya melantik perunding pengiklanan terkenal, Lim Kok Wing sebagai penyelaras program khas untuk memulihkan imejnya di mata rakyat.

Difahamkan tugas utamanya ialah mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Najib dengan antaranya melakukan program jelajah ke seluruh negara dan mendengar sendiri aduan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinannya.

Dengan perlantikan ini juga secara langsung mengesahkan Najib masih cuba bertahan dengan jawatannya dan tidak sesekali mahu mengalah di sebalik desakan makin kuat mahukannya berundur demi menyelamatkan negara dan memberi harapan lebih baik kepada BN mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya akan datang.

Walaupun tugas mempromosi bukan baru bagi Lim Kok Wing di mana sebelum ini juga pernah terlibat membantu kerajaan dalam kempen anti merokok "Tak Nak", Rakan Muda serta kempen pilihanraya bagi Nelson Mandela, tetapi barangkali usaha memulihkan semula imej Najib ini merupakan tugas yang paling sukar baginya.

Menantu Hj Hadi tak akan undi mana-mana calon KP PAS nak berdebat

Zaharudin Muhammad


Ada yang tanya saya tentang program debat bakal-bakal KP.

Saya kata saya tak akan undi mana-mana KP nak berdebat. Alasanya:

1. Kalau mana2 bakal KP nak tunjuk idea hebat dalam debat atau wacana dan ia mengandungi maksud pilihlah aku sebab aku ada idea hebat. aku ada idea hebat maka pilihlah aku jadi Ketua Pemuda, maka sikap kempen diri ini dan lobi jawatan ini takut2 termasuk dalam sabda: aku tidak akan lantik orang yang meminta2 jawatan. Maka gatal nak tunjuk idea hebat utk dilantik KP awal2 lagi dah tak lepas saringan hadis tu.

Kehebatan, ilmu dan idea seseorang bukan ditunjukkan dalam debat dekat muktamar, tetapi ia dinilai oleh ahli dan mereka2 yang memilih dalam.muktamar berdasarkan track rekod dia dalam.parti atau di persada masyarakat. Jadi maknanya, nak bagi idea dalam.muktamar atau retreat DPPM atau melalui usul kawasan. Bukan depan public yg ada kawan dan ada lawan.

Yang Pecat Guru Agama ialah JAIS dan JAIS bawah SULTAN kenapa salahkan Kerajaan Negeri


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri masih menanti penjelasan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung pemecatan guru sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keputusan pemecatan itu dilakukan Jais mengikut bidang kuasa jabatan berkenaan.

“Kita akan dapatkan maklumat dan penjelasan JAIS kerana buat masa ini hanya dimaklumkan surat sudah dikeluarkan sejak minggu lepas.

“Jadi, kita kena lihat dan teliti dahulu sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan,” katanya kepada Selangorkini selepas sidang media Selangor Islamic Fest 2015 di Yayasan Restu, di sini, hari ini.

Belia lebih suka undi BN berbanding PR


BN

SHAH ALAM – Kebanyakan pengundi yang tergolong dalam golongan belia lebih terbuka untuk mengundi BN berbanding PR.
 
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Dr Amer Saifude Ghazali berkata, dalam setiap kempen pilihan raya, PR seharusnya menumpukan  usaha untuk memenangi hati semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia.
 
“Terdapat dua golongan pengundi di setiap kawasan mengundi di seluruh negara. Golongan yang pertama adalah golongan veteran manakala golongan kedua pula golongan belia.
 
“Di Permatang Pauh, kami mendapati PR disokong oleh kebanyakan pengundi veteran, manakala kebanyakan pengundi belia pula memilih BN,” katanya.
 

Pemimpin UMNO Bahagian didakwa rakam video Muhyiddin

Mohamad Fadli

UMNO, Muhyiddin, recording
Dia dipercayai merakam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti yang telah diadakan beberapa hari lalu, menggunakan telefon bimbit.

UMNO, Muhyiddin, recordingPETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO peringkat Bahagian di Wilayah Persekutuan dipercayai individu yang terlibat merakam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat.

Beberapa blog telah menyiarkan nama dan gambar individu terbabit yang memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dia dipercayai merakam ucapan Muhyiddin dalam perjumpaan tertutup dengan ahli parti yang telah diadakan beberapa hari lalu, menggunakan telefon bimbit.

Rakaman video yang tersebar pada Khamis itu mengandungi gesaanm Muhyiddin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

BN tunggu masa untuk berkubur

Adam Abu Bakar

Redzuan-Othman_bn_600
BN yang ditubuhkan pada 1973 akan mati pada satu hari kelak berdasarkan sejarah politik dunia tiada parti politik atau gabungan yang kekal selamanya.

Redzuan-Othman_bn_600SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) akan berkubur satu hari kelak kerana gagal menyelesaikan permasalahan rakyat seperti isu kenaikan kos sara hidup dan terbaru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, berkata ramalan itu berdasarkan fakta sejarah politik dunia bahawa tiada parti politik atau gabungan yang kekal selamanya.

Beliau berkata, hanya BN sahaja yang masih wujud lebih 40 tahun namun BN akan mati juga satu hari kelak kerana kajian menunjukkan BN tidak lagi mampu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Isu 1MDB: Guan Eng kata suara TPM pun tak laku


Lim Guan Eng 
 
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sokongan itu berdasarkan beban hutang bernilai RM42 bilion yang wujud dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
 
Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh permintaan Muhyiddin agar kesemua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat tetapi kesal kerana permintaannya itu langsung tidak diendahkan.
 
“Sehingga sekarang, tiada tindakan diambil terhadap 1MDB. Jika orang kedua terpenting dalam negara minta pun tak diendahkan, maknanya 1MDB ini sangat berkuasa.
 
"Mereka hanya patuh kepada seorang. Timbalan Perdana Menteri pun tak laku,” katanya kepada media, hari ini. 
 
Guan Eng berkata, sebelum ini, 1MDB ada membeli tanah estet di Air Itam bernilai RM1.38 bilion.

Nik Abduh kembali kerana politik makin lemah


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhasrat untuk kembali menjadi kepimpinan Pas bukan sahaja kerana sayap pemudanya lemah bahkan iklim politik negara yang semakin membimbangkan.
 
Beliau berkata, krisis politik yang kian meruncing antara Pas, PR dan BN sendiri menyebabkan rakyat semakin keliru untuk menentukan kepimpinan negara dan usaha memulihkannya perlu dilakukan segera.
 
"Semua orang tahu bahawa Pas, PR dan politik Malaysia hari ini dalam keadaan tidak seimbang, maknanya politik negara pun susah, rakyat keliru nak pilih Umno atau PR, Umno sendiri pun ada krisis.
 
"Kami dalam PR pun ada bermasalah, dalam Pas pun ada masalah, itu satu iklim yang memerlukan satu kekuatan...(sebab itu) sahabat diminta untuk kembali, setakat ini saya terima (pencalonan)," katanya kepada Sinar Online selepas forum Murabbi Ummah bertajuk "Untold Story" dan pelancaran album Dikir Tribute To Tok Guru di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
 

Pensyarah akui tenang bila lihat foto Tok Guru

SHAH ALAM – Tokoh Sastera yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin mengakui melihat ketenangan dalam setiap gambar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun gambar-gambar tersebut diambil secara tidak sengaja mahupun curi-curi.

Beliau memberitahu pengakuan itu bukan kerana anak sulung pemimpin itu, Nik Mohamad Abduh dan keluarga ada di program tersebut namun perkara itu adalah hakikat yang harus diakuinya.

“Saya kata begini bukan sebab ada Yang Berhormat (Nik Muhamad Abduh) dan keluarga. Saya melihat dari sudut mana pun gambar Tok Guru diambil...depan ke...sisi ke, bagi saya adalah ketenangan yang terlihat. Ini luar biasa. Saya perlu mengakuinya.

“Sudut mana pun jurugambar ambil, gambar curi ke diambil secara tak sengaja ke atau yang difokuskan kepada wajahnya, yang terlihat hanyalah ketenangan.

"....yang ini susah kita nak cari di mana-mana,” katanya ketika menjadi moderator pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya lagi, Nik Aziz bukan sahaja disayangi orang Islam malah sosok Allahyarham itu disayangi orang bukan Islam.

“Almarhum disayangi semua orang tidak terbatas orang-orang Melayu dan orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Melayu juga menyayanginya.

“... saya akui pernah mendengar ceramah Tok Guru suatu ketika dulu. Saya duduk jauh di belakang... senyap-senyap,” katanya.

Menyentuh ketika era pemerintahan Nik Aziz di Kelantan, anak kelahiran Kelantan ini mengingatkan bahawa larangan-larangan yang dikuatkuasakan Allahyarham disambut dengan sorakan oleh golongan bukan Islam.

“Ketika Almarhum melaksanakan larangan buka disko, tak boleh berjudi dan sebagainya. Orang menyangka, masyarakat bukan Islam akan membantah tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

“Para isteri di Kelantan contohnya bersorak dan bersuka ria kerana menyelamatkan rumah tangga mereka,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...