TERKINI :

Friday, May 22, 2015

Hukuman mati, Erdogan rancang selamatkan Morsi

KUALA LUMPUR: Presiden Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi daripada menjalani hukuman mati, lapor Akhbar Turki, Takvim.

Erdogan yang dilihat sebagai sekutu dan rakan rapat Morsi dilaporkan mendapatkan bantuan Arab Saudi dan Qatar sebagai perunding bagi membawa keluar Morsi dari Mesir ke Turki.

Menurut laporan akhbar itu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi masih berdiam diri mengenai isu itu tetapi kekal untuk menyingkirkan Morsi dari bumi Mesir.

Akhbar itu melaporkan Al-Sisi telah bertemu Perdana Menteri, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan, Sedqi Subhi untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Mehlib mencadangkan Morsi dibuang negeri kerana Mesir akan berdepan tunjuk perasaan jika bekas presiden yang digulingkan itu menjalani hukuman mati.

Minggu lalu, Mahkamah Jenayah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Morsi dan lebih 100 penyokongnya kerana sabit tuduhan melarikan diri dari penjara ketika rusuhan anti-Mubarak pada 2011.

Morsi sebelum ini sudah dikenakan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.

PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP -Hadi

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat. ASTRO AWANI

Najib 'ternoktah' sebelum Ramadan?

Mungkinkah gerak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'menokhtahkan' Datuk Seri Najib Razak akan bermula sebelum Ramadan tiba?

Pada pandangan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, langkah itu perlu diambil sebelum kedatangan bulan puasa yang memang penting dalam kalendar Islam.

Kata Liew, Ramadan dijangka bermula pada 18 Jun sebelum diikuti pula kedatangan Aidilfitri.

"Biasanya tiada sesiapa mahu 'menumpahkan darah' sepanjang Ramadan.

"Justeru, jika anda mahu menamatkan kerjaya Najib, anda perlu lakukannya sebelum Ramadan," katanya kepada Malaysiakini.

Jika Najib terselamat daripada 'dikorbankan', kata Liew, perdana menteri mungkin sempat memanjangkan tempoh kerjaya politiknya untuk beberapa bulan lagi.

"Saya rasa mereka (penentang Najib) tidak mampu menunggu lebih lama, jadi mereka memulakan langkah (sebelum Ramadan).

"Kini kita perlu menunggu bagaimana reaksi Najib," katanya.

Semalam satu klip video memuatkan ucapan Muhyiddin tersebar luas di media sosial.

Dalam klip itu Muhyiddin mendesak supaya semua Lembaga Pengarah 1MDB - yang kini dilanda masalah hutang menimbun - dipecat, selain disiasat polis kerana salah urus kewangannya.

Muhyiddin juga mendakwa, beliau sudah menasihati Najib tetapi tiada perubahan berlaku.

Namun Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyingkirkan perdana menteri.

Ia mungkin desakan paling keras terbuka pernah dibuat Muhyiddin terhadap Najib setakat ini.

Bagaimanapun, majlis itu dipercayai diadakan secara tertutup sebelum rakaman berkenaan dibocorkan di media sosial.

Sementara itu felo Penang Institute, Wong Chin Huat (kiri), berkata jika Muhyiddin sudah mula menyerang orang Najib, itu membayangkan kemungkinan bekas Menteri Besar Johor itu memiliki penyokong mencukupi untuk membolehkan dia 'membakar jambatan' yang menghubungkannya dengan perdana menteri.

Hadi - PAS tak mahu berjuang sendirian

 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak berhasrat mahu meneruskan perjuangannya secara sendirian.

Kenyataan itu dibuat ketika Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan DAP saling berseteru ekoran beberapa isu yang melanda parti gabungan Pakatan Rakyat itu baru-baru ini.

Ditemui wartawan di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, konsep PAS mestilah menerima hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.

Justeru, katanya, PAS tidak boleh menjadi parti yang bersendirian.

"Kita pernah semua sebelum ini. Pernah bersendirian, pernah dengan kerajaan, pernah luar kerajaan," katanya.

Menurut Abdul Hadi, biasanya "peristiwa lama tidak berulang".

Ustaz soal Azmin: Apa beza kamu dengan Umno?

 
Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mempersoalkan kenapa tindakannya menuntut kenaikan elaun dianggap seperti jenayah sehingga dibuang kerja.

Sedangkan, kata ustaz muda itu, perkara itu dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum sebelum ini.

“Pakatan cakap Umno, BN janji tak ditepati. Apa beza kamu dengan Umno, BN?

"Takkan nak bercakap soal manifesto Pakatan satu jenayah? Sebenarnya penjenayah sebenar ialah pemimpin yang tak laksanakan manifesto mereka," katanya.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak berintegriti susulan kegagalan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di perkarangan bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

Ekhsan semalam mengesahkan beliau dipecat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Perang terbuka Umno dah meletus

 
Perang terbuka antara kumpulan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun meletus, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim berhujah serangan daripada pemimpin akar umbi daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik semakin bercambah dalam parti terbesar di Malaysia itu.

Semalam pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee menyokong gesaan Muhyiddin supaya anggota lembaga pengarah 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib, disiasat.

Sementara Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Puad Zarkashi pula menyelar Muhyddin, sebagai menteri pelajaran, malas turun padang sehingga masih terdapat kerusi amat daif digunakan di sekolah.

Wakil kedutaan Myanmar kurang ajar

Khairil Ashraf

Ridhuan-Mohd_rohingya_600
Wakil Kedutaan Myanmar minta wakil Pas dan NGO letak memorandum dalam peti surat.

Ridhuan-Mohd_rohingya_600KUALA LUMPUR : Percubaan Pas dan gabungan NGO yang menggelar diri mereka Komuniti Bertindak Untuk Rohingya gagal untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar.

Bukan setakat enggan berjumpa, wakil kedutaan juga meminta supaya memorandum berkenaan diletakkan di peti surat.

Berang kerana kehadirannya tidak dilayan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor kemudian bertindak mengoyak dan membuang tuntutan berkenaan.

“Tindakan Kedutaan Myanmar yang tidak mahu menghantar pegawai mereka untuk menerima memorandum menunjukkan sikap biadap mereka kepada rakyat Malaysia.

“Kita menuntut tiga perkara yang sangat penting ini. Mereka sekarang dipaksa lari ke laut dan diperdagangkan sindiket. Ia perlu diselesaikan dari akarnya,” katanya.

Hudud diguna untuk kepentingan politik, kata anak bekas presiden PAS

Faiz Fadzil berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan perlu dilengkapkan dengan undang-undang sokongan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata demikian pada forum ‘Masa depan PAS Pasca Muktamar’ di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.
Faiz Fadzil berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan perlu dilengkapkan dengan undang-undang sokongan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata demikian pada forum ‘Masa depan PAS Pasca Muktamar’ di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.

Anak kepada bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak memadai untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Faiz Fadzil yang juga merupakan seorang peguam syarie berkata, enakmen berkenaan seharusnya disokong dengan undang-undang sokongan seperti prosedur jenayah, prosedur keterangan dan takzir.

“Enakmen itu tak lengkap dan ia mesti dilengkapkan dengan beberapa enakmen lain. Kalau Akta 355 diluluskan sekarang, hudud tak akan dilaksanakan.

“Kalau 10 tahun lagi nak buat kenapa bising sekarang? Ini seolah-olah hudud ini digunakan untuk kepentingan politik atau melaga-lagakan pemimpin dalam PAS dan menakutkan rakyat.

Najib diganggu ‘jeritan Hidup Tun Mahathir’ ketika Pembentangan RMK11

Perdana Menteri hanya tersenyum mendengar jeritan itu dan meneruskan ucapan sehingga selesai.

najib-mahfuz-RMK11

PETALING JAYA: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat cuba ‘diganggu’ oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang yang menjerit nama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hidup Tun Mahathir” jerit Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ketika Perdana Menteri berucap dengan kata-kata semangat di akhir-akhir pembentangan RMK11.

Jeritan itu membuatkan suasana dewan kecoh sehingga apabila sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang ketawa dan menepuk meja.

Najib bagaimanapun tidak terganggu dengan celahan itu dan hanya tersenyum dan meneruskan ucapan sehingga selesai.

Dalam ucapan penuh semangat dan kata-kata kiasan itu, Najib mengulangi pendirian untuk tidak berundur kerana menganggap kritikan Dr Mahathir adalah asam garam bagi seorang pemimpin.

Akibat tertekan diserang segenap penjuru, kini Najib sudah mula "KURANG AJAR"

NAJIB DAH MULA KURANG AJAR


Najib dengan lantang telah mengungkit kembali Perlembagaan UMNO yang dipersetujui bersama dahulu dengan mengatakan Tun M kekal sebagai Presiden UMNO selama 22 tahun bersebabkan perlembagaan UMNO digunakan dengan hanya undi dari 63 ketua bahagian. (Dr Mahathir Bertahan Kerana Syarat Pemilihan UMNO)

Apa punya kurang ajar Si Najib ini mengungkit kembali perlembagaan yang sudah digubal, disepakati dan dipersetujui bersama sebulat suara oleh seluruh perwakilan UMNO dari seluruh negara di dalam Dewan Merdeka PWTC. Malah ketika itu beliau juga berada di dalam kerusi tertinggi parti itu ketika meluluskan perlembagaan tersebut.

Inilah Najib yang sudah melampau. Kerana harta dan wanita sanggup menjadi perintis pertama pelapis yang mula ‘kencing’ di atas kubur perjuang-pejuang UMNO yang terdahulu.

Peraturan dan perlembagaan yang sudah disepakati bersama tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Dijadikan senjata untuk mempertahankan kemungkaran dan membidas seorang negarawan yang telah terbukti berjasa kepada negara ini.

Pecat Muhyiddin atau Najib undur, kata bekas menteri

 Umno perlu membuat keputusan sama ada memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mencari jalan penyelesaian termasuk memaksa Datuk Seri Najib Razak sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Mei, 2015.
Umno perlu membuat keputusan sama ada memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mencari jalan penyelesaian termasuk memaksa Datuk Seri Najib Razak sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Mei, 2015.

Umno perlu segera memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan sama ada wajar memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas video beliau mengkritik presiden Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan pemimpin parti itu tersebar, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, sekiranya tiada keputusan diambil untuk memecat Muhyiddin, Umno perlu mencari jalan penyelesaian lain termasuk memaksa Najib sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti.

"Mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat daripada MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 selepas Tunku Abdul Rahman mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur," katanya melalui tulisan di blognya zamkata.blogspot.com.

Anak bekas presiden PAS bimbang jika anak Nik Aziz menang ketua Pemuda PAS

Faiz Fadzil melahirkan kebimbangan kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh Nik Aziz akan menghalang agenda pembaharuan parti semasa forum Masa Depan PAS Pasca Muktamar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.
Faiz Fadzil melahirkan kebimbangan kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh Nik Aziz akan menghalang agenda pembaharuan parti semasa forum Masa Depan PAS Pasca Muktamar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.

Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti.

“Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.

“Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat,” katanya menerusi forum "Masa Depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Kenapa Najib takut untuk berdepan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih berani berdepan dalam isu-isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Katanya, Najib hanya memilih jalan selamat apabila menulis di laman  blognya tanpa mengambil serius tentang permasalahan utama yang dihadapi oleh negara ini khususnya rakyat.

"Saya meneliti jawapan Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuatkan di Facebook, Twitter dan Blog Najib.

Kasihan pula melihat begitu susah-payahnya Perdana Menteri menyediakan skrip jawapan bagi 13 isu yang melingkari kepimpinan beliau.

"Andaian saya merasakan jawapan itu ditulis beliau sendiri sambil berbaring atau meniarap sebelum tidur dan merenung nasibnya yang mendatang," katanya.

Menurut Mahfuz lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu lantang mengkritik Najib sudah pun bersedia untuk berdebat secara terbuka dalam segala isu yang dibangkitkan.

Hari ini genap 100 hari Tokguru Nik Aziz meninggalkan kita

PROLOG JUMAAT                                                                                              

Hari ini, 3 Syaban 1436 genap 100 hari Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal kita semua. Ahad lepas saya bersama isteri semasa pulang ke Kelantan sempat singgah menziarahi pusara Allahyarham di Pulau Melaka. Suasana di permakaman menjelang tengah hari itu, lenggang dan sunyi sahaja.

Pusara Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Situsinya tidak seperti pada hari pengembumiannya dahulu dimana puluhan ribu manusia tertumpu ke situ. Segenap ruang dan celah di perkuburan itu dipenuhi dengan manusia. Semuanya hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menghantar jasad Tokguru ke liang lahad. 

Di bawah bangsal kecil menghadapi ke pusaranya, dua orang lelaki yang khyusuk berdoa. Mereka datang dari Melaka. Menurut mereka baru kini kesempatan untuk menziarahi pusara Tokguru selepas terlepas untuk hadir di hari pengembumian dulu. Kedua kelopak mata mereka kelihatan basah!

Ketika ini pohon samak yang sebesar pemeluk orang tua yang merimbuni dan memberi bayangan perteduhan pusara Tokguru itu sedang berbuah. Segenap ranting kelihatan kemerahan dengan buah yang sudah ranum. Berbagai-bagai jenis burung singgah dan memakan buah samak yang lazak itu.

Presiden Mesir bukan al-Sisi tapi masih Mursi - Erdogan


"Tidak mungkin sebuah negara yang percaya demokrasi menerima hukuman mati terhadap Presiden Mesir Mohamad Mursi," tegas Presiden Turki, semasa berada di Bosnia dan Herzegovina, Rabu.

Dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Presiden Bosnia, Mladen Ivanic, Recep Tayyip Erdogan berkata: "Hal ini tidak mungkin bagi kita yang percaya pada demokrasi untuk menerima rampasan kuasa tersebut".

Presiden Erdogan dan rakyat Turki secara tegas tetap membela dan menyokong Presiden Mohammad Mursi. Turki juga menarik Duta Besarnya, sejak berlakunya rampasan kuasa oleh rejim tentera di bawah al-Sisi. Erdogan enggan mengakui al-Sisi sebagai Presiden al-Sisi.

Ketika mahkamah Mesir menjatuhkan keputusan hukuman mati terhadap Mohamad Mursi, ratusan ribu rakyat Turki di Istanbul dan ibu negara Ankara, mengadakan demonstrasi menentang keputusan mahkamah Mesir. Ini merupakan wujud komitmen Turki terhadap kebebasan dan keadilan yang diyakini Turki.

Erdogan dan Mursi telah bertemu di Istanbul sebelum dijatuhkan oleh junta tentera. Mursi dan Erdogan mempunyai kesamaan ideologi, dan visi dalam membina dunia Islam. Turki kini menjadi penjuru bagi dunia Islam dengan kekuatannya.

Muhyiddin ‘menteri pemalas’, kata ahli MT Umno

 Status bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mengenai pegawai kementerian pendidikan yang bertanggungjawab yang  tidak turun padang untuk melihat sendiri keadaan di kawasan pedalaman. – Gambar Facebook, 22 Mei, 2015.
Status bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mengenai pegawai kementerian pendidikan yang bertanggungjawab yang tidak turun padang untuk melihat sendiri keadaan di kawasan pedalaman. – Gambar Facebook, 22 Mei, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai menteri pemalas kerana tidak menjaga portfolionya sebagai menteri pendidikan dan meninjau keadaan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata, pegawai kementerian pendidikan yang bertanggungjawab juga tidak turun padang dan tidak tahu apa yang berlaku di bawah terutamanya di kawasan pedalaman.

"Masih belum terbela. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif.

"Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah?

"Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah," kata Puad dalam status Facebook yang dimuat naik semalam, tidak berapa lama selepas Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri mempertahankan pandangannya dalam video yang tersebar agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Undang-undang Islam bawah bidang kuasa negeri

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu berdasarkan Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kuasa negeri berkenaan dengan pewujudan dan penghukuman kesalahan terhadap perintah agama Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahaja dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan.

"Bagi maksud tersebut, pihak berkuasa agama negeri telah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang kesalahan berkaitan syariah di negeri masing-masing," jelasnya lagi.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Daripada "Berperang" Melalui Blog, Bukankah Lebih Baik Berdebat?

Shahbudin Husin,





Selepas menjawab 13 soalan lazim berkaitan kepimpinannya sebelum ini, Najib Razak semalam mengambil masa menjawab dua lagi perkara iaitu mengenai dakwaan Tun Mahathir Mohamad dan GST.


Menulis di blognya NajibRazak.com, berkaitan dakwaan Tun Mahathir, Perdana Menteri berkata, banyak tuduhan yang dilemparkan terhadanya sebagai tidak adil dan mengelirukan.

Beliau antaranya membangkitkan isu pembelian cincin berharga RM24 juta melibatkan isterinya, Rosmah Mansor yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebagai "khabar angin jahat" serta turut dinyatakan tidak benar oleh syarikat pengeluarnya.

Lantaran itu, beliau kesal kerana orang seperti Tun Mahathir turut menabur fitnah kepada orangramai.

Najib juga mengulangi ikrar untuk terus bertahan sehingga tempoh penggalnya berakhir dan tidak sesekali akan berundur atas alasan mempunyai mandat yang sah daripada parti dan juga rakyat.

Mengenai GST pula, selain mempertahankan cukai tersebut mampu membina ekonomi yang lebih kuat, Najib juga mengulangi hujah di mana 160 negara di dunia telah melaksanakannya sebelum ini.

Pas cukup matang untuk bersendirian

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD


SHAH ALAM - Pas sudah cukup matang untuk bergerak bersendirian jika tidak mendapat persefahaman dengan rakan pembangkang lain.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, pertelingkahan berlaku membabitkan pemimpin PR tidak dapat disembunyikan lagi terutama antara Pas dan DAP.

Menurut beliau, jurang perselisihan faham antara dua sekutu itu semakin melebar dan jika Pas tidak membuat pendirian tegas, parti itu akan terhimpit dengan masalah yang lebih besar.

“Jurang (perselisihan) makin jauh, salah satu daripada mereka akan jatuh ke dalam jurang itu. Jika tidak dirapatkan semula, tidak mustahil PR akan terbubar.

“Pertelingkahan antara pucuk pimpinan tertinggi parti sukar untuk didamaikan apabila kedua-dua berpegang pada perjuangan parti masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Adun DAP Lau Weng San mohon maaf kepada Azmin


Lau Weng San 
Lau Weng San

SHAH ALAM – Adun Kampung Tunku, Lau Weng San meminta maaf kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berhubung kekeliruan kenyataan yang dikeluarkan bersifat membandingkan pentadbiran Selangor kini dengan sebelumnya.
 
Katanya, beliau tidak bermaksud untuk membandingkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap hanya kerana jawapan diberikan lebih lengkap.
 
Sebaliknya Setiausaha DAP Selangor itu memaklumkan pihaknya terkejut dengan laporan portal yang melaporkan kenyataannya sebagai berkata “DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap” yang disiarkan pada 19 Mei.
 
“Pertama sekali, laporan ini adalah tidak tepat kerana isu yang dibincangkan dalam sidang media saya bertarikh 18 Mei tiada kaitan dengan parti DAP.
 
“Kedua, saya mengatakan dalam sidang media berkenaan ialah saya pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang Dun pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.
 

Muhyiddin sudah tarik handbreak selepas video tersebar

1MDB: Hanya pandangan peribadi

Muhyiddin Yasin  
Muhyiddin Yasin
 
KUALA LUMPUR -  Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menyifatkan pendiriannya untuk memecat kesemua lembaga 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) bagi memulihkan imej kerajaan hanyalah sekadar satu pandangan peribadinya.
 
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam satu pertemuan tertutup dalam kursus politik yg dibuat oleh biru latihan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pendedahan video rakaman ucapannya yang dimuat naik di laman Youtube.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
 
Menurut beliau,  pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama-sama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.
 
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia bukan satu perkara baharu, bahkan beliau akui pernah menyuarakannya sebelum ini di luar.

ALOR SETAR - 15 tahun pelihara kucing jalanan


15 tahun pelihara kucing jalanan 
Sae Chew gembira dapat membantu kucing terbiar dengan memberi makanan dan rawatan di rumahnya di Jalan Langgar.

ALOR SETAR - Rutin harian sepasang suami isteri dari Jalan Langgar, dekat sini, hanya berkisar tentang kucing terbiar sejak 15 tahun lalu.

Sae Chew, 53 dan suaminya, Chew Sin Hin, 61, tidak kisah menghabiskan wang semata-mata mahu melihat kucing terbiar cukup makan dan tidak sakit.

Menurut Sae Chew, dia mula mengambil anak kucing terbiar sejak 15 tahun lalu apabila melihat seekor anjing berkelahi dan menggigit kucing berkenaan hingga tercedera.

“Kejadian itu menyebabkan timbulnya perasan sayang dan mula berminat untuk membela kucing.  

“Sejak peristiwa ini, jika saya melihat kucing yang sakit sama ada di pasar dan medan selera, saya akan bawa pulang," katanya.

Tambahnya, pada awalnya tindakan itu kurang disenangi suaminya namun lama kelamaan suami akur dengan minatnya itu.

Negara maju, tapi rakyat masih hidup susah


Tengku Razaleigh Hamzah  
Tengku Razaleigh Hamzah
 
KUALA LUMPUR - ‎Dalam keghairahan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020, asas utama mengaitkan pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kos sara hidup masih belum ditangani pemerintah.

‎Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, meskipun kadar kemiskinan tegar semakin berkurangan namun hakikatnya rakyat kita masih hidup susah.

"RMK11 itu bagus...tapi saya sendiri berpendapat soal asas perlu ditekankan juga. Walaupun dimaklumkan bahawa kemiskinan tegar telah berkurangan dengan banyak...baguslah...itu kejayaan tapi hakikatnya rakyat susah. Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos yang meningkat. Itu satu faktor yang mesti ditekankan.

"Soal perbekalan air, kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu menghadapi masalah air. Tapi kita nak pergi ke arah negara maju. Maju bagaimana?...kalau air pun tak ada. Soal pendidikan, banyak graduan kita yang susah dapat kerja. Kalau dapat kerja pun, gaji tak tinggi.

Muzium mangga Kedah terbesar di dunia


Muzium mangga Kedah terbesar di dunia  
Mohd Rawi (tengah) melihat buah mangga yang boleh dikomersialkan.

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah mengisytiharkan muzium mangga di Sala Kanan, di sini sebagai yang terbesar di dunia.

Exco Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ia berikutan Kedah mempunyai sebanyak 110 jenis klon mangga dari seluruh dunia.

“Kerajaan negeri akan mengangkat muzium ini sebagai produk pelancongan baharu kerana ia menyimpan banyak klon mangga dari seluruh negara.

“Sejak ditubuhkan pada 1977, muzium mangga ini sudah mempunyai lebih 500 pokok mangga yang terdiri daripada pelbagai jenis,” katanya pada sidang media sempena program Jom Makan Mangga di Pusat Teknologi Mempelam di Sala Kanan, di sini, semalam.

Punca Kerajaan Malaysia TIDAK HARAMKAN ROKOK..!!

Rokok penyumbang cukai kedua terbesar

rokok  
Gambar hiasan

LUMUT - Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim.

Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak.

Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta.

"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...