Pertanian: Kedah minat guna teknologi Jepun 
 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (lima kanan) bersama delegasi Kerajaan Negeri Kedah melihat kawasan padi di Mie Prefecture Agricultural Research Institute (MARI) di Jepun ketika membuat lawatan ke MARI Mie Prefecture selama tiga hari di Jepun semalam. - Foto Bernama

MIE - JEPUN. Kerajaan Negeri Kedah berminat untuk membawa beberapa teknologi terbaharu dalam bidang pertanian di Jepun ke negeri itu bagi meningkatkan hasil pertanian, selain mempelbagaikan hasil pertanian.
  
Menteri Besar Kedah, atuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata dalam tempoh lawatan tiga hari beliau ke Jepun khususnya di Mei Prefecture sejak Ahad, beliau dapat melihat sendiri kepesatan pertanian dan industri asas tani di negara itu hasil penggunaan teknologi terkini.
  
Katanya menerusi penggunaan teknologi terkini, produk pertanian mampu diproses bagi dijadikan pelbagai produk lain.
  
"Kami melawat satu syarikat yang menggunakan teknologi tersendiri untuk mengeluarkan pelbagai bahan khususnya minyak daripada citrus iaitu buah-buahan seperti oren.