TERKINI :

Wednesday, May 20, 2015

Masih ramai kurang puas hati 13 jawapan Najib


Najib Tun Razak  
Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM –Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib‎ Tun Razak yang menyenaraikan jawapan bagi isu dan tuduhan terhadap beliau serta kerajaan kelmarin mungkin masih tidak menyenangkan hati semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, meskipun ia tidak memuaskan hati semua orang namun setidaknya tindakan Najib itu dipuji.

“Apabila banyak persoalan yang ditanya oleh Tun Mahathir dan pembangkang Datuk Seri Najib memang tak boleh senyap. Sebab lagi beliau senyap, lagi banyak spekulasi yang timbul.

“Jadi, saya rasa kena dah cara dia menjawab walaupun melalui blog. Cuma, mungkin jawapannya itu ramai yang tak puas hati...Tun Mahathir tak puas hati. Ini dilema politik yang dihadapi oleh beliau. Apa saja kenyataan yang dikeluarkannya mungkin tak semua orang puas hati,” katanya kepada Sinar Online.

Awas..!! Ada penyangak antara jalanraya BEDONG - GURUN...

KEDAH


Salam buat semua sahabat dan crew MTR.

Hati-hati kalau lalu jalan Bedong ke Gurun.

Depa letak besi tajam atas jalan, depa Standby dalam hutan sawit. India punya kerja.

- Miey

SUMBER - KLIK SINI

Kjaan Penang jawab pasal duit RM3juta yang BN tanya semalam..!!

Masuk akaun Majlis Kebudayaan

Masuk akaun Majlis Kebudayaan  
Laporan Sinar Harian, semalam.
 
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menempelak BN negeri apabila menafikan wang sumbangan bernilai RM3 juta yang dimasukkan ke dalam Tabung Warisan Negeri diberi oleh Klassik Tropika Development Sdn Bhd.

Ketua Bahagian Belanjawan Jabatan Kewangan negeri, Hashimah Mohamed Hashim berkata, dakwaan BN negeri berhubung wang sumbangan RM3 juta nyata tidak benar kerana dia bukan diberikan Klassik Tropika Development Sdn Bhd sebaliknya oleh Mah Sing Group Bhd.

“Wang sumbangan itu bukannya dimasukkan ke Tabung Warisan Negeri sebaliknya dimasukkan ke dalam  akaun Majlis Kebudayaan Negeri.

“Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow sekali lagi membuat tuduhan liar apabila mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dengan baik,” katanya menerusi kenyataan medianya semalam.

Menurutnya, jawapan yang diberikan dalam sidang Dun tempoh hari adalah benar dengan mengikut fakta.

Rumah Mangsa Banjir - Kjaan Pusat Salahkan Kjaan Kelantan sebab lewat lulus tapak tanah

Kelewatan lulus tapak punca rumah mangsa banjir lambat dibina



Kelewatan meluluskan tapak tanah adalah antara punca rumah kekal untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan lambat dibina.

Menyatakan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (gambar, kanan) berkata, kerajaan negeri baru meluluskan 12 tapak tanah di jajahan Kuala Krai pada 8 April lepas bagi pembinaan rumah tersebut.

"Sekarang kita sedang membuat kerja-kerja meratakan tanah sebab kawasan yang diperolehi tidak rata, manakala di Chenulang, kawasan tanah ini diceroboh dengan penanaman kelapa sawit dan sebagainya.

"Bila siap kerja meratakan tanah, kita ada cara pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang boleh disiapkan dalam tempoh 45 hari untuk sebuah rumah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mahu tahu sama ada pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir di Kelantan dapat disegerakan.

M'sia, Indonesia sedia penempatan sementara

 
Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut.

Pengumuman itu terkandung dalam kenyataan bersama yang dibacakan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah selepas bermesyuarat dengan rakan sejawatannya dari Indonesia Retno Marsudi dan Jeneral Tanasak Patimapragor dari Thailand di Putrajaya hari ini bagi menangani masalah kebanjiran pendatang.

Anifah berkata kedua-dua negara bersetuju untuk menyediakan tempat perlindungan sementara dengan syarat proses penempatan semula dan penghantaran pulang dijalankan dalam tempoh setahun oleh masyarakat antarabangsa.

"Pada masa yang sama, Malaysia dan Indonesia mempelawa negara-negara lain di rantau itu untuk mengambil bahagian dalam usaha ini," katanya dalam sidang media bersama-sama Retno selepas mesyuarat itu.

Selepas senarai nama pemilihan dikeluarkan, PAS masih beretorik sebenarnya

ذوالحزم شاريف السبعة

PAS MASIH RETORIK.


Apabila diumumkan dan dikeluarkan senarai calon-calon yang bertanding bagi pemilihan kepimpinan PAS samada di peringkat PAS Pusat dan Dewan-Dewan, apa yang pasti PAS masih berada di tahap lama. PAS masih dengan retorik. PAS masih berteori tanpa tindakan. PAS tak apa tapi orang lain tak boleh.

Salah satu yang hendak diketengahkan di sini ialah berkaitan konsep pengasingan kuasa. PAS sentiasa mendesak supaya pentadbiran Kerajaan Persekutuan melaksanakan pengasingan kuasa antara pentadbiran dengan komponen-komponen Kerajaan yang lain. PAS mahukan beberapa agensi Kerajaan seperti SPRM dan SPR contohnya diletakkan di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Kementerian tertentu untuk mengelakkan campurtangan politik atau eksekutif. PAS juga mendesak Badan Kehakiman tidak dicampuri.

Malangnyya perkara ini (Pengasingan Kuasa) tidak nampak berlaku di dalam PAS. PAS hanya pandai berteori tetapi tindakannya GAGAL. Bagaimana masyarakat hendak memberikan kepercayaan kepada PAS untuk mengotakan apa yang dikata jika mentadbir negara sedang di dalam PAS sendiri tidak boleh dilakukan.

Alai Hadi Awang, biar betul yang NIK AZIZ & ANWAR setuju membentuk UG..nie PKR sudah nafi..!!



 ULASAN MALAS                                                                                             

Jujur saya nyata saya sudah kurang angin untuk mengulas atau pun menjampuk kenyataan-kenyataan politik Abdul Hadi Awang khususnya dalam mempertahankan kelemahan dirinya sehinggakan wibawa beliau sebagai presiden sudah kian terhakis. Tetapi kerana saya masih lagi dirujuk oleh kawan-kawan terdekat, yang bertanya pandangan saya setiap ada kesongsangan kenyataannya, maka saya tidak dapat mendiamkan diri, terpaksa bercakap juga.

Jika ikut hati saya sudah malas untuk menyentuh soal Hadi termasuk juga menulis namanya. Kenyataan-kenyataan tidak relevan dan menunjukkan stradard politik dunia, membuang masa saja mengulas mengenainya.

Biarlah dia terjun dengan labu-labu dan penyunya. Bagi saya nama Hadi berada dibawah nama Mahathir dalam kamus politik saya. Seperti saya nyatakan itu, kerana saya masih ditanya rakan-rakan maka saya terpaksa juga menulis. Hadi bukan sebiji kepala makin tua makin berisi, tetapi dia lebih merupakan buah petolor ular sahaja.

"Mso, kenapa Hadi bercakap macam tu, benarkah Anwar dan arwah Nik Aziz setuju nak berganding dengan Umno" Begitulah tanya seorang rakan setelah membaca laporan protal semalam berhubung dakwaan Hadi yang Anwar dan Nik Aziz bersetuju dengan rancangan (beliau) nak ada Kerajaan Perpaduan (Unity Gorvernment) tetapi ia ditolak oleh BN.

Najib Tak Mungkin Percaya Pandikar Amin Lagi, Undur Pilihan Terbaik Baginya

Shahbudin Husin,


Siapa bercakap benar dan siapa berbohong dalam isu perletakan jawatan Speakar Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya boleh dinilai sendiri oleh rakyat.

Seakan tidak dapat menahan beban dalam jiwa selepas hasratnya meletakkan jawatan didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Pandikan Amin mengadakan sidang akhbar mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau mengakui memang menghantar surat perletakan jawatannya kepada Najib walaupun pada Sabtu lalu, kira-kira jam 10 malam, sudah mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan perkara itu.

Menurutnya, surat perletakan jawatan itu bukan saja ditolak, bahkan tidak dibuka oleh Najib, sebaliknya Perdana Menteri berjanji menangani rungutannya dan melakukan transformasi di Parlimen.

Sehubungan itu, kata Pandikar, beliau memutuskan untuk terus kekal sebagai Speaker.

Bercakap dalam program jelajahnya di Ipoh Sabtu lalu, Tun Mahathir berkata, Pandikar Amin memberitahunya mengenai perletakan jawatan itu dan antara perkara yang dirungutnya ialah kelengkapan perabot di pejabatnya.

Amerika pun kutuk Mesir jatuhi Hukuman Bunuh Keatas Morsi, tapi mai Malaysia pie ambil pendirian berkecuali

Dr Dzulkefly Ahmad


Salam...

Tweet pertama saya hari ni berkicau menanyakan bila PM Najib dan Parlimen Malaysia akan buat pendirian utk mengutuk Hukuman Mati ke atas Dr Morsi dan 105 pimpinan Ikhwan Muslimin....

Belum sempat untuk saya perhatikan hal lain ternampak tweet YB Lembah Pantai yg kecewa dgn jawapan kerajaan ttng soalan bertulis di Parlimen tentang hukuman mati terhadap Dr Morsi. ....jwpn verbatim kerajaan..

"Dalam hal ini, Malaysia mengambil pendirian tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara-negara berdaulat sejajar dengan prinsip dasar luar negara kita yang sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara. Namun demikian, Malaysia berharap Kerajaan Mesir dapat mewujudkan suasana politik yang inklusif dan aman".

Sangat mengaibkan ummat Islam dan rakyat di negara ini apabila kita gagal menyatakan pendirian kita secara tegas, sebagai negara berdaulat, yang kerap didakwa sebagai negara contoh ummat Islam....

PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan PAS

PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.

Naib Presiden yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.

"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, fokus PKR adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang didakwanya rosak di bawah BN.

"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," tambahnya.

Tun M vs Najib - Inilah yang bestnya apabila penyamun lawan penyamun, habis mereka londehnya..!!

Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam?

mahathir-abdullah-badawi-ka

Kita sering dimaklumkan bahawa kerajaan melaksanakan kerja berasaskan tanggungjawab bersama dan kabinet membuat keputusan dalam perkara yang penting membabitkan isu sensitif seperti pendidikan, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dasar luar negara dan banyak lagi.

Hakikatnya, keputusan membabitkan perkara sebegini terlalu sensitif untuk digalas atas bahu seorang individu.

Pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis antara perkara penting kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Seperti perkara lain yang berada dalam kategori itu, ia melalui proses yang sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada Jun 2002.

Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli tersebut? Persoalannya mengapakah mereka seperti menutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?

Inikah saja calon yang 'terbaik' untuk bertanding Ketua Pemuda, sudah habis pelapis dah ka?

Sebenarnya, tiada dalam Pemuda PAS yang mampu utk lawan KP Suhaizan walaupun Nik Abduh..!!

Dicuba utk calonkan Ahmad Fadhli Shaari, KP kelantan sbg KP pusat. Tetapi bila buat muktamar pemuda di tempat sendiri di Pasir mas, yg hadir tak sampai 100 orang. Dan kalau mengikut ulasan dari pengerusi pertandingan asmuni awi,mesyuarat itu tak sah.

Maka calon kedua yg dipilih ialah ustaz khalil hadi. Tetapi apabila difikirkan semula, tidak elok ayah dan anak bertanding merebut jawatan tertinggi dlm pemuda dan pas pusat. Dan kalau bertanding, ada kemungkinan kedua duanya akan ditolak oleh muktamirin sbb nampak jelas 'kroni' di sini.

Dalam waktu itu, berlaku perbalahan yg hebat antara kem nik amar dan nik abduh di kelantan, kerana masalah calon di dun cempaka bagi mengantikan TGNA. Nik abduh mahukan calonnya duk disitu utk menjadi transit sementara beliau akan bertanding disitu pada pru14. Nik amar pula mahukan sepupunya jadi calon. Kemenangan kpd nik amar.

Jika PRESIDEN PAS yang bercakap macam nie..kami bagi markah 100/100

Profesional dan ulama tidak 'berperang', hanya berbeza pendapat


KUALA LUMPUR: Perbezaan pandangan serta pendapat yang berlaku dalam PAS tidak harus dianggap kedua-dua aliran dalam parti itu iaitu ulama dan profesional sedang 'berperang', kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan ini berkata perbezaan pandangan yang timbul walaupun kadang-kadang kelihatan 'tegang' namun kedua-dua aliran itu terbuka menerima teguran dan kritikan.

"Pada pandangan saya ia bukan soal ulama dan profesional tapi lebih kepada perbezaan pandangan.

"Soal perbezaan pandangan sebab kalau nak kata profesional lawan ulama, Ahmad Awang itu bukan profesional," katanya kepada Antarapos.

Macam nie punya "power" ayat PAS tibai DAP masih ada lagi macai kata kena cucuk hidung

Kenyataan Media: Lim Guan Eng Usah Berlagak Sangat, Belajarlah Menghormati Orang
Ditulis oleh YB Dato’ Mahfuz Omar

https://lh3.ggpht.com/qgeaCr49qbVegc5dBU7QpUWt175FL7ndpcPxAwa1X2wE5IvNeDkMo4odhevSeQlJRi1ZBbrAglPd8YQzwoM
1. Saya selaku Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, menegur Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2. Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain, di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut. Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke 11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib pada Khamis ini.

Kedah Aman Makmur - Akhirnya JKM Kota Setar selamatkan 6 beradik yang terabai

Enam beradik terabai diselamatkan
WARTAWAN SINAR HARIAN

Enam beradik terabai diselamatkan
Enam beradik terabai diselamatkan Tiga daripada enam beradik yang diselamatkan.

Enam beradik terabai diselamatkan

ALOR SETAR - Enam adik beradik, termasuk seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) yang disyaki diabai, diselamatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.

Semua yang berusia antara dua hingga 13 tahun itu diselamatkan di kediaman mereka berhampiran Kampung Teluk Chengai, Kuala Kedah, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Daerah Kota Setar, Mohd Basharudin Samsudin berkata, lima daripadanya kanak-kanak lelaki dan seorang lagi remaja perempuan berusia 13 tahun.

“Kes enam beradik berkenaan dirujuk daripada media sosial.

"Kita mengesyaki mereka enam beradik hidup terabai dalam kediaman usang," katanya.

Menurutnya, melalui siasatan, enam beradik terbabit tinggal dalam rumah usang yang hampir roboh tanpa bekalan air dan elektrik.

"Kebanyakan mereka tidak bersekolah itu menggunakan air dari tali air berdekatan untuk mandi dan membersihkan diri.

PAS Kedah akan bina pejabat baharu bernilai RM5.5juta

WARTAWAN SINAR HARIAN

Bina pejabat baharu
Bina pejabat baharu Abdul Hadi memotong reben dan 
melepaskan belon sebagai gimik perasmian pecah tanah.

ALOR SETAR – Pas Kedah akan membina satu bangunan baharu yang menempatkan pejabat pentadbiran parti itu.

Bangunan yang dibina di dalam kawasan Kompleks Pas Kedah itu melibatkan kos sebanyak RM5.5 juta.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, bangunan enam tingkat itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017.

“Tujuan pembinaan bangunan baharu ini adalah untuk memudahkan segala urusan masyarakat bersama Pas.

“Sekarang ini pejabat pentadbiran parti digunakan dalam Dewan Dato’ Haji Fadzil Noor, Kompleks Pas Kedah,” katanya.

Andainya pembunuh Altantuya di gantung, maka "misteri" lah siapa yang arah membunuhnya..!!

Hukum gantung pembunuh Altantuya pengkhianatan kepada keadilan, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terus "diganggu" oleh pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu apabila percubaannya menjawab kontroversi di sebalik kes tersebut tidak diterima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan terbaru di blognya petang ini Dr Mahathir menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Najib yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya.

"Najib tidak menjawab apa-apa. Selain dari menyatakan bahawa kes Altantuya lapuk, dia tidak membidas apa-apa," tulis Dr Mahathir di blognya chedet.cc hari ini.

Mangsa Banjir d'Kelantan : Jom kita bantu sebab "KERAJAAN" dah mati..!!


Makin di cari makan kita jumpai. Kes baru minggu ini yang sangat perlu kita tolong sikit sorang

Detail kes, pekerjaan mangsa (isteri) kutip ulam kampong(pucuk paku pakis)
Pendapatan bulanan tidak menentu sbb bergantung pd sumber alam semulajadi.
Suami hilang tempat pekerjaan slps banjir,dahulunya kerja sawmill kayu.

anak 5org, anak sulung mempunyai 3 masalah kesihatan kronik iaitu jantung, buah pinggang, dan darah tinggi hari2 kena pergi rawat klinik desa kdg2 bila teruk terpaksa pergi ke hospital berdekatan utk rawatan susulan.

hari2 ibu bapanya memikirkan kos rawatan Nik Norisya Amali Natasha Umur 9 tahun, sekolah kebangsaan pemberian, ada tanah pusaka pemberian ayahnya, atas tapak sedia ada.

Atas kesempitan hidup, ibubapa mangsa mengharapkan belas ihsan perubatan anak sulung ni malah sanggup jika yg nak buat anak angkat.

Ya Allah ... Ampunkanlah kami kerana sentiasa lalai dan leka dgn nikmatmu yg seringkali menjadikan kami angkuh dan sombong ... Berilah ya Allah kami peluang utk membantu saudara kami ini kerana sesungguhnya segala yg kami ada ini adalah milikmu ...

Saya dengan ini melancarkan projek bantuan terbaru The Third Force... Rumah Syurga Adik Norisha.

Usaha pulih Kuala Kedah dari dadah


dadah

ALOR SETAR - Kawasan penempatan nelayan Kuala Kedah yang merupakan antara 10 kawasan tertinggi melibatkan aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah di Kedah giat dibersihkan daripada aktiviti tersebut.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, Kuala Kedah perlu dipulihkan segera memandangkan ia juga merupakan kawasan pelancongan.

"Mungkin dalam tempoh sebulan lagi kawasan Kuala Kedah dapat kita bersihkan dan selamatkan daripada pengaruh dadah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan penagih dan pengedar yang merupakan golongan nelayan menjadikan kawasan Jambatan Tok Pasai, Kampung Tepi Laut serta Seberang Kota sebagai tempat operasi mereka.

"Dalam operasi sebelum ini, kita telah membakar sarang penagih di bawah Jambatan Tok Pasai, namun kali ini pihak kita mengenal pasti penagih beroperasi secara berselerak berdekatan tiga kawasan tersebut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...