TERKINI :

Monday, May 18, 2015

Ketua Pembangkang baru mahu laksanakan ‘kabinet bayangan’ Pakatan Rakyat

 Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (paling kiri), dan pemimpin DAP Lim Kit Siang (tengah) sebelum sesi Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2015.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor 
Mohamed Azmin Ali (paling kiri), dan pemimpin DAP Lim Kit Siang (tengah) sebelum sesi Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2015.

Ketua pembangkang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Presiden PKR itu berkata, jawatankuasa kabinet bayangan setiap kementerian akan diwakili ahli Parlimen PR yang bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara dalam kerajaan demi memelihara kepentingan rakyat.

Dr Wan Azizah berkata, pelaksanaan kabinet bayangan akan dilaksanakan mengikut turutan berdasarkan kepentingan yang diutamakan selepas beliau mengadakan perbincangan hati ke hati dengan kepimpinan PR atas persetujuan bersama.

Mohon Azmin dedahkan segera gaji pegawai atasan GLC Selangor

 Adun Kampung Tunku Lau Weng San (kiri) dan Adun Kinrara Ng Sze Han menuntut penjelasan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC Selangor​. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Mei, 2015.
Adun Kampung Tunku Lau Weng San (kiri) dan Adun Kinrara Ng Sze Han menuntut penjelasan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC Selangor​. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Mei, 2015.

DAP hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali segera mendedahkan gaji, elaun dan bonus pegawai atasan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) bagi memelihara aspek ketelusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San berkata, soalan sama pernah diajukan kepada Azmin dalam pertanyaan bertulis di sidang DUN Selangor pada Mac lalu.

Namun katanya, jawapan yang diterima mendakwa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menjadi halangan butiran lanjut didedahkan.

"Saya minta kerajaan negeri percepatkan proses menjawab kerana sehingga sekarang kami belum mendapatkan apa-apa lagi makluman.

"Pandikar malukan saya, beri gambaran saya pembohong" - Tun M


KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Kes Altantuya tak habis dengan FAQ

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai kes Altantuya Shaariibuu hanya membangkitkan persoalan baru mengenai kes pembunuhan tersebut.

Katanya, Najib tidak sepatutnya harus bahawa “jawapan kepada soalan lazim (FAQ)” di blog PM itu akan menamatkan semua persoalan mengenai kes tersebut.

Sebaliknya, ia akan “meledakkan” semula soalan yang masih belum terjawab sebelum ini, kata MP Gelang Patah itu dalam kenyataannya.

“Ia akan meledakkan semula persoalan – mengapa terdapat konspirasi untuk mendiamkan isu ini sejak sembilan tahun lalu oleh pihak berkuasa berkaitan dan individu terlibat...?” soalnya.

Lim mendakwa, tindakan mendiamkan diri itu bagi mengelakkan motif pembunuhan Altantuya dipersoalkan.

Najib semalam memuatkan satu set jawapan kepada beberapa soalan di blognya bagi menjawab isu yang dibangkitkan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak terus menyerang Dr Mahathir Mohamad dengan menimbulkan keraguan mengapa bekas perdana menteri itu membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang berlaku lapan tahun lalu.

Kes Altantuya adalah yang pertama tersenarai dalam soalan lazim (FAQ) dalam blog perdana menteri itu

Dalam jawapannya, Najib mempersoalkan mengapa "individu berpengaruh (dengan) pelbagai sumber" membangkitkan dan mengaitkan beliau dalam kes tersebut.

"Jika mereka percaya (berhubung dakwaan penglibatan Najib) adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu meletus lapan tahun lalu? Kenapa sekarang?" soal Najib.

Beliau berkata adalah "tidak adil" meminta kerajaan menyiasat semula kes itu untuk mencari siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut, sedangkan proses undang-undang telahpun habis.

"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah menentukan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Hal itu harus menjadi pengakhiran cerita.

"Walaupun perbicaraan mahkamah dan penghakiman yang panjang, masa yang mencukupi diberikan kepada perayu untuk kes mereka didengar dan diadili, sumpah laknat saya,  penafian berulang saya telah dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya."

Golongan yang tiada hujah dalam PAS sudah jadi suara UMNO bantai DAP anti Islam

'Biarlah kalau nak baruakan saya'

Pemimpin lantang PAS Khalid Samad berkata beliau rela dimaki susulan pandangannya berkaitan ucapan kontroversi menyentuh isu hudud oleh ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang baru-baru ini.

“Ya, saya tahu dan faham bahawa saya akan turut ‘dibaruakan’ atas sebab tulisan saya ini. Biarkan. Golongan yang tiada hujah akan menggunakan pendekatan caci maki.

“Biasalah. Kalau sudah akhlak mereka begitu, memang tidak mampu saya katakan apa-apa. Namun bukan keredhaan mereka yang saya inginkan pun, maka ada saya kisah? ” katanya sambil menegaskan hanya Allah tempat mengadu.

Beliau hari ini mempertahankan ucapan Lim (kanan) pada 10 Mei lalu di Kota Bahru yang didakwa menghina hudud dan Islam.

Menulis dalam blognya, Khalid menyifatkan apa yang berlaku sebagai budaya “Islam tanpa akhlak” dalam parti Islam itu.

“Kononnya wujudnya golongan 'Islam tanpa syariat' turut merupakan tuduhan melulu golongan “Islam tanpa akhlak”.

“Kalau akhlak yang asas pun tiada, jangan bersyarah mengenai syariat! ” katanya.

Politik musim pemilihan

Khalid juga mengaitkan serangan terhadap Lim itu dengan politik dalaman PAS ketika musim pemilihan pucuk kepimpinan parti.

“Maklumlah tahun pemilihan. Mungkin boleh dijatuhkan orang-orang tertentu dan menangkan yang tertentu. Ingin jatuhkan Timbalan Presiden atau Ketua Dewan Muslimat?

“Atau cuba tunjuk kononnya ‘hero’ sanggup sanggah DAP,” soalnya lagi.

Pemilihan PAS akan berlangsung awal bulan lepas.

Pergi lebih jauh, Khalid membangkitkan persoalan sama ada terdapat usaha untuk mengeluarkan PAS daripada Pakatan dengan menanam kebencian terhadap parti rakan.

“Tidakkah mereka sedar bahawa melalui tuduhan 'DAP anti-Islam' mereka menjadi bagaikan suara Umno atau PERKASA dalam PAS?

“Mustahil tidak nampak implikasinya. Kecuali benar-benar buta politik! ” katanya.

Kenapa Najib tidak jawab sama isu Rosmah?

HARAKAHDAILY | 18 Mei 2015.

KUALA LUMPUR: Satu perkara yang Datuk Seri Najib Razak tidak sentuh langsung dalam jawapannya ialah mengenai karenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir Mohamad juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulis beliau dalam blognya sebagaimana di bawah.

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya akan datang, prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah, BR1M, Jambatan Bengkok dan sebagainya lagi.

Persoalan dan jawapan itu dimuatnaik dalam blog NajibRazak.com miliknya.

Mengenai Altantuya, Najib nampaknya mengulangi fakta lama dengan mengatakan proses mahkamah untuk kes itu sudah pun berakhir, manakala beliau pula sudah disahkan tidak terbabit sama-sekali, selain telah bersumpah laknat menafikan mengenali wanita Mongolia terbabit.

Perdana Menteri seakan-akan menempelak Tun Mahathir dengan bertanya, kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu?

Dalam hal ini, pertanyaan bekas Perdana Menteri kepada Najib hanyalah mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Husam putus pertahan jawatan naib presiden


Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib presiden PAS disandangnya sebelum ini, sekaligus menolak pencalonan untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan, pada pemilihan parti bulan depan.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu berkata beliau mengucapkan penghargaan kepada ahli dan kawasan yang memberi kepecayaan dan harapan kepadanya untuk bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS, yang saya sandang sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Yusni Mat Piah digugur Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang

PETALING JAYA: Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,

Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu.

Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.

Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.

Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Dia akhirnya menarik balik keputusan memboikot itu kerana menghormati keputusan pemimpin tertinggi Pas tetapi tetap dengan pendirian mahukan PKR dan DAP meminta maaf kepada Hadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Yusni juga membangkitkan kemarahan PKR apabila enggan menarik balik daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh biarpun pimpinan Pas mengarahkan dia berundur.

Keputusan membelakangkan arahan parti itu menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan UMNO.

Pendirian tegas Mohd Yusni itu dilihat punca hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

13 perkara soal jawab Najib Razak

Saya telah mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan telah ditulis turun fikiran saya pada mereka.

Najib Razak jawab Tun Mahathir

1. Dakwaan mengenai Isu Altantuya
a. Kes ini telah disiasat, cuba dan membuat kesimpulan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes yang berusia sembilan tahun tanpa akhir kerana ia terus "dikitar semula" oleh pembangkang.
b. Kerana ia merupakan kes mahkamah yang panjang, perayu-perayu mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi akaun penuh mereka dan memberitahu semua mahkamah. Jadi mengapa kita mendengar individu yang testimoni telah diberikan dan yang telah didapati bersalah atas jenayah itu?
c. Apa yang penting ialah bahawa penghakiman itu membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting kepada keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.
d. Saya telah menyatakan banyak kali bahawa saya mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini, dan juga bersumpah bersumpah Al-Quran di Masjid.

Nak bertanding tukar Presiden PAS ja pun, bukannya tukar agama..!!




PAS - Jangan bebani guru dengan kerja perkeranian


Jangan bebani guru dengan kerja perkeranian  
Normala (kanan) bergambar bersama sebahagian pendidik di Kedah, semalam.

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan disaran tidak membebankan tugas guru dengan kerja perkeranian.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman berkata, perkara itu perlu supaya guru dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa sebaik mungkin.

“Sempena hari guru, bukan ucapan yang pendidik mahukan tetapi suatu penghargaan dan pengiktirafan yang perlu diangkat tinggi.

“Mereka tidak mahu dibebankan dengan kerja perkeranian dan tidak mahu menjadi mangsa dendam politik kepartian,” katanya selepas menghadiri Himpunan Pendidik Islam 3.0 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.

Aduhai nak jadi AJK MASJID pun hangpa bergaduh..!!

Bantah pemilihan jawatankuasa masjid

Bantah pemilihan jawatankuasa masjid  
Sebahagian anak kariah berhimpun membantah pemilihan jawatankuasa Masjid Assalam Tambak Bunga.

KUALA KEDAH - Lebih 200 anak kariah Masjid Assalam Tambak Bunga, di sini, membantah pelantikan jawatankuasa masjid terbabit yang didakwa membelakangi keputusan mesyuarat agung tahunan pada Januari lalu.

Difahamkan, rombakan besar-besaran yang dibuat imam masjid selaku pengerusi pada April lalu dibuat tanpa mendapat persetujuan anak kariah berkenaan terlebih dahulu.

Wakil anak kariah, Abdullah Muda berkata, mereka membantah keputusan itu kerana khuatir berlaku salah guna kuasa pihak tertentu dalam urusan terbabit.

“Sebelum ini, pihak masjid mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 23 Januari lalu dan melantik jawatankuasa untuk sesi 2015-2018, tetapi pengerusi masjid membuat rombakan dan melantik tiga ahli jawatankuasa yang baharu tanpa persetujuan anak kariah.

“Tindakan ini adalah satu kesalahan menurut Enakmen Peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984 iaitu Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dipilih oleh jawatankuasa dan pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik),” katanya.

Kaji semula keselamatan perairan Langkawi


rohingya

ALOR SETAR - Kerajaan diminta mengkaji semula penempatan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di pulau Langkawi bagi membolehkan usaha mencegah aktiviti penyeludupan termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar lebih berkesan.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia berikutan ketiadaan pos-pos kawalan di kawasan perairan Langkawi yang berhadapan dengan Thailand.

Beliau yang juga Adun Ayer Hangat berkata kawasan itu di utara pulau Langkawi terletak paling hampir dengan perairan Laut Andaman dan deretan kepulauan milik Thailand.

"Ayer Hangat dan Thailand hanya mengambil masa 10 minit sahaja, sedangkan pos kawalan Polis Marin dan Maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) terletak di Kuah atau 40 minit menaiki bot daripada Ayer Hangat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...