
Saturday, May 16, 2015
Krisis Umno: Hadi, PAS tidak boleh bergantung kepada Najib lagi

MAHATHIR pun dah tak "SOKONG" NAJIB, mai hangpa pulak dok sokong lagi..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.
“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.
“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.
Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?
Mohammed Morsi dihukum mati

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin lagi turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.
Bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.
Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.
PANAS | Pandikar sudah letak jawatan speaker

Tun Razak tubuh Umno, Najib tanam Umno, kata Dr Mahathir
Perlaksanaan Hudud, Apa Pandangan Qaradawi?
Sesiapa yang membaca tulisan-tulisan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi berkenaan hukum hudud akan mendapati bahawa kupasan beliau berkenaan hudud boleh dikategorikan kepada dua peringkat berbeza.
Peringkat pertama boleh dinamakan sebagai ‘peringkat iktiqad’, iaitu kewajipan umat Islam menyakini kedudukan hukum hudud sebagai hukum yang datang dari Allah, hukum yang sempurna, adil dan wajib dilaksanakan.
Peringkat kedua perbahasan beliau tentang hudud pula boleh dinamakan sebagai ‘peringkat kaedah perlaksanaan’, iaitu bagaimana hukum hudud dilaksanakan dalam masyarakat atau negara.
Berhubung kaedah perlaksanaan hudud, Qaradawi dengan jelas menyatakan bahawa sebelum Nabi SAW melaksanakan hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam.
Kenyataan Qaradawi ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.
Perkara ini dinyatakan beliau dalam satu wawancara bersama al-Jazeera.net pada pada 10 Januari 2011.
Beliau berkata, “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.
Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat ‘perlaksanaan hudud’ sebagai ‘agenda teratas’ dalam sesebuah negara Islam.
Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.
Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu-EDITORIAL
Presiden FAM, Pemuda PAS bincang majukan bola sepak
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 16 Mei 2015.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara, Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. semalam.
Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu antara lain membincangkan serta berkongsi idea ke arah kemajuan sukan tersebut.
Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Tengku Abdullah mengharapkan PAS dapat merentasi sempadan politik demi kemajuan bola sepak negara.
"Kalau boleh buat football program daripada peringkat belia, adakan league even your own internal between the PAS.
"Kalau boleh kita kurangkan barrier itu, masukkan sapa-sapa yang nak main tapi anjuran tak kiralah sama ada PAS, syarikat mahupun persatuan," titah baginda sambil bersetuju unsur-unsur dakwah boleh diaplikasikan melalui platform sukan.
Antara lain, Pemuda PAS titahnya boleh menganjurkan latihan asas di peringkat bawahan di samping mewujudkan satu bentuk model sukan tersebut.
"Buat dulu, jangan kira nak buat besar-besar, start somewhere," titah Tengku Abdullah lagi.
Tengku Mahkota Pahang itu turut berharap agar Pemuda PAS dapat meneruskan penganjuran program-program ke arah kecemerlangan sukan itu.
Baginda menyambut baik alternatif yang diusahakan Pemuda PAS termasuklah menubuhkan Sport Sunnah Club (SSC) untuk memperkenalkan sukan-sukan sunnah kepada masyarakat.
Sementara itu, Pengarah Dacs Malaysia, Salman Saleh berkata, pihaknya bersedia membantu dari sudut penganjuran program serta idea melalui platform yang ada.
Pemuda PAS, katanya mengambil perhatian serius terhadap prestasi dan perkembangan sukan tanah air terutama bola sepak.
"Saya yakin di bawah pentadbiran Tuanku, bola sepak Malaysia akan berjaya diperkuatkan lagi prestasinya.
"Inisiatif-inisiatif FAM seperti menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Rakyat di peringkat bawahan akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu.
Pemuda PAS turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku yang dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa) baru-baru ini.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Exco Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan ahli Jawatankuasa Dacs Malaysia, Muriza Mulhi serta Safarizal Saleh. - HARAKAHDAILY 16/5/2015
PAS tidak kejar kemenangan : Langgar amanat Fadzil, Nik Aziz

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986 dan 1995…..
Hadi dijangka menang pemilihan PAS, tetapi imej terjejas

Akuilah semua Ahli & Pimpinan PAS bahawasanya ada masalah dalaman sedang berlaku
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan berlaku jika ia tidak ditangani dengan baik.
“Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.
“Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat,” katanya yang juga calon timbalan presiden PAS bagi mencabar penyandang Mohamad Sabu.
Dalam kenyataannya hari ini ketika mengumumkan kesediaannya bertanding, Tuan Ibrahim menggesa anggota PAS bersatu padu dengan kesatuan fikiran dan tindakan.
1MDB: Tabung Haji jangan jadi 'pak sanggup'
Mahkamah Tinggi batalkan persempadanan semula kawasan p'raya S'wak
Berikutan itu, Hakim Datuk Yew Jen Kie memberi pengisytiharan yang dipohon oleh PKR Sarawak bahawa persempadanan semula itu kurang butir-butir terperinci kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah juga mengeluarkan perintah mandamus bagi SPR untuk menerbitkan semula notis mengenai cadangannya untuk mengkaji semula pembahagian kawasan pilihan raya negeri Sarawak untuk tujuan pilihan raya dewan undangan negeri.
Perlu dapat kebenaran Maips sebelum ceramah di Perlis
Menurut surat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) yang difaks kepada Bernama hari ini, kebenaran itu harus dipohon selewat-lewatnya seminggu sebelum program diadakan.
Surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Maips, Abdul Malik Hussin, itu diedarkan kepada semua ketua jabatan persekutuan dan negeri, badan-badan berkanun, masjid serta badan-badan dan agensi bukan kerajaan di Perlis.
"Jabatan Mufti Perlis memutuskan kehadiran penceramah luar dari Perlis yang dijemput memberi ceramah di masjid-masjid dan agensi masing-masing hendaklah mendapat kebenaran bertulis Jabatan Mufti terlebih dahulu.
Bekas Timbalan Dekan Kuliyyah mohon KUIN segera lunas gaji tertunggak

Tajul Ariff memfailkan tuntutan itu Januari tahun lalu berikutan tidak berpuas hati terhadap pampasan yang ditawarkan Kuin, di mana keputusan mahkamah menetapkan sejumlah bayaran perlu dibuat dalam tempoh enam minggu, yang berakhir 27 April lalu.
“Nilai pampasan terlalu rendah, menyebabkan saya failkan kes ini pada 10 Januari 2014. Pada hari perbicaraan, Kuin melalui peguamnya tawarkan penyelesaian di luar mahkamah, dan dipersetujui kedua pihak, namun sehingga kini bayaran belum diterima,” katanya.
Tajul Ariff yang juga bekas Pensyarah Perubatan Kuin, diberhentikan kerja secara konstruktif oleh Kuin pada 21 Julai 2013, di mana kontrak perkhidmatannya berakhir pada Oktober 2014.
“Saya tidak diberi gaji sejak April 2013 hingga ke tarikh pemecatan. Saya mohon agar bayaran tunggakan dipercepatkan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan tetap selepas ditamatkan perkhidmatan,” katanya.