Friday, May 15, 2015
Haji HADI sudah diangkat sebagai "Ustaz Mursyid" sebab itu beliau tidak layak di cabar
ADUN Lenggeng dedah sebab beliau diisytihar muflis
Wakil Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu berkata, ada musuh yang mahu menyingkirnya sebagai wakil rakyat.
"Saya tidak pernah mendapat apa-apa notis tuntutan dari pihak lain meminta saya untuk menjelaskan bayaran tertunggak.
"Jika mereka ikhlas, mereka boleh memanggil saya untuk membincangkan hal-hal berkaitan, " katanya kepada The Star pada Rabu.
Ishak tersingkir sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban pada tahun 2013 selepas 25 tahun menerajui jawatan itu kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada 18 Mac lalu gara-gara gagal menjelaskan pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.
Bagaimanapun Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu.
Takaful beli sukuk 1MDB, pendeposit TH bimbang lagi

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan berkata, ia merupakan satu pembelian yang penuh tanda tanya kerana masalah yang membelenggui 1MDB.
"Mampukah 1MDB mengotakan janjinya memberikan pulangan berserta keuntungan kepada pembeli sukuk tersebut sedangkan riuh di pelbagai media?" tanya beliau dalam sat kenyataan.
Ini katanya kerana 1MDB sedang bergelut mencari penyelesaian terhadap aliran tunai bagi menjelaskan 'hutang mega' miliknya.
Selain itu, ujarnya pengakuan itu juga menimbulkan tanda tanya terhadap penglibatan 4 orang peneraju pengurusan TH dan peranan mereka di kedua-dua institusi itu dan apakah peranan mereka.
Tuan Ibrahim terima dicalon Timbalan Presiden PAS

"Saya amat terharu dan menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya untuk bertanding di Muktamar Pemilihan Jun ini," ujar Naib Presiden PAS itu menerusi facebook.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya amat terharu dan menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya untuk bertanding di Muktamar Pemilihan Jun ini.
Setelah meneliti jumlah pencalonan yang diterima dan demi merai PAS kawasan yang mencalonkan saya, maka saya akur, dan dengan rendah diri menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-61.
Atas dukungan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke-61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi.
Muktamar adalah medan menentukan hala tuju parti. Tapi sebelum itu, kita perlu bermuhasabah diri dan jujur terhadap masalah yang sedang dihadapi parti.
Bertanding presiden PAS bukan berebut jawatan

Komen tentang PM? Itu nantilah, kata Dr M
"Itu nantilah," kata Tun Dr Mahathir Mohamad setibanya dari Mekah selepas menunaikan umrah, ketika ditanya tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Subang petang ini.
Lebih 100 penyokong berhimpun di Subang Skypark untuk menyambut ketibaan pasangan itu.
Antara yang hadir ialah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Khairuddin Abu Hassan dari Umno dan pemimpin PERKASA.
Penyokong membawa sepanduk yang antara lain berbunyi, "Selamat Pulang ke Tanah Air Pahlawan Negara".
Sementara itu, Khairuddin membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang meminta Dr Mahathir untuk bertanding menentang Najib di Pekan.
"Nazri patut minta Dr Mahathir mencabar Najib di tempat yang neutral seperti Wangsa Maju atau Bandar Tun Razak," katanya.
Khairuddin, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tahun lalu, kini merancang untuk menulis kepada kesemua 222 ahli Parlimen mengenai isu itu.
Bercakap kepada pemberita, Khairuddin mendakwa Najib telah berbohong kepada Parlimen mengenai 1MDB.
"Jadi saya akan tulis surat kepada semua ahli Parlimen," katanya.
Azizah terima jadi ketua pembangkang
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima cadangan rakan Pakatan Rakyat supaya beliau dilantik sebagai ketua pembangkang.
Katanya dengan rendah diri beliau sedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suaminya.
“Secara konvensyen ia sepatutnya seseorang daripada DAP kerama mereka mempunyai kerusi terbanyak antara wakil Pakatan.
“Tetapi oleh kerana mereka membenarkan saya, saya akan terima,” katanya.
Azizah berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau hadir susulan saman fitnahnya terhadap senator Datuk Seri S Nallakaruppan
Azizah dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada Isnin apabila sesi baru Parlimen bersambung.
Azizah pada 7 Mei mempertahankan kerusi tradisi Anwar itu dengan mengalahkan calon BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.
Kerusi itu kosong apabila Anwar hilang kelayakan selepas disabit bersalah meliwat bekas pembantunya.
Usaha anggota keluarga untuk mendapatkan pengampunan diraja juga gagal.
Azizah sudah pernah menjadi ketua pembangkang antara 2004 hingga 2008 sebelum memberi laluan kepada Anwar.
GST: Semakin ramai tidak puas hati termasuk BN
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu jelas satu dasar yang silap oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Justeru, katanya ‘kajian teliti’ yang dibuat kerajaan hanyalah sekadar pembohongan.
Menurutnya, ini kerana semakin ramai dari kalangan pimpinan Umno BN dan jabatan-jabatan kerajaan sendiri menuntut agar GST dibatalkan atau dikecualikan.
Tambah Steven, fenomena itu menunjukkan perjuangan Pakatan Rakyat membantah GST sejak diumumkan untuk dilaksanakan pada 2009 adalah bertepatan dengan kehendak rakyat.
“Walaupun baru sebulan lebih GST dilaksanakan, kita sekarang sudah dengar suara-suara yang kuat membantah dan bukan sahaja dari Pakatan, bahkan dari pihak lain," ujarnya dipetik Roketkini.
Katanya, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dari Umno juga mengadu mengenai GST yang menjadi beban kepada rakyat apabila dia turut dikenakan caj tinggi RM1,200 untuk rawatan anaknya.
“Saya percaya bahawa lebih ramai pihak akan muncul untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan GST, termasuk dari Barisan Nasional,” katanya.
Kad prabayar: Benarkah beli RM10 dapat RM10?
SALMIYAH HARUN | 14 Mei 2015.
KUALA LUMPUR: Kaedah terbaru berhubung kad prabayar kononnya "beli RM10 dapat RM10" yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak ada bezanya sebelum ini.
"Dulu Ahmad Maslan yang uruskan GST untuk kad prabayar dikata tidak berapa cerdik, tapi Shabery Cheek ternyata lagi kuat belitnya. Dia kata kaedah baru ialah beli RM10 dapat RM10 dan GST berdasarkan penggunaan.
"Tak ada beza pun dengan dahulu...," tulis Penganalisis Politik Shahbudin Husin di Facebooknya sebaik sahaja pengumuman itu dibuat Putrajaya.
Katanya, ramai terkeliru dengan pengumuman Shabery Cheek terutama ayat 'beli RM10 dapat RM10' dan GST dikenakan berdasarkan penggunaan.
Jelasnya, ia sebenarnya bermaksud kad prabayar telefon tetap ada GST iaitu dikenakan setelah penggunaan, maknanya kalau penggunaan RM100, wajib kena tambah GST RM6.
Tambah beliau, begitu juga kad prabayar berharga RM10 apabila digunakan serta merta akan berkurangan menjadi RM9.43.
Jelasnya, kaedah itu tidak ada bezanya dengan harga setelah GST yang diperkenalkan sejak awal April lalu iaitu pembeli akan dikenakan bayaran GST 60 sen untuk kad prabayar berharga RM RM10.00.
"RM10 dapat RM10 hanya kekal apabila kad itu tidak digunakan atau disimpan sebagai kenang-kenangan. Semuanya wal hasil balik asal," bidasnya.
Malah beliau turut melahirkan rasa simpati kepada anak-anak muda, penuntut universiti, pekerja rendah dan suri rumah yang banyak menggunakan kad prabayar ini.
"Pandai-pandailah ya bila masa mengundi nanti...," sambung beliau.
Semalam, Kabinet bersetuju kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan prabayar telefon akan dikenakan berdasarkan penggunaan.
Shabery Cheek mengumumkan kerajaan juga setuju kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.
Shabery berkata pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuatkuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.
Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.
Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.
Ekoran kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 14/5/2015
Kad prabayar: Sandiwara Shabery khianati rakyat
Hangpa dok kalut tanya PASMA, akhirnya yang lahir ialah IKATAN
Bekas menteri lancar parti politik baharu berlambangkan Tunku
Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.
Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".
"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.
Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin.
"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.
"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu. – 15 Mei, 2015.
MENYUSUL LAGI
Rafizi kesal mikrofon dirampas di UIAM

Bolehkah Orang Bukan ISLAM menjadi Peguam Syarie..????

Umno Penang bising isu tanah, sedangkan mereka yang luluskan tahun 2007 yang lalu

Remaja 13 tahun korban terbaharu denggi di Kedah

Beliau berkata remaja itu, yang meninggal dunia kira-kira 7 malam, mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan, Hospital Sultan Abdul Halim pada 27 April lepas sebelum dimasukkan ke wad.
"Namun, pada 1 Mei mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia pada 2 Mei," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Norhizan berkata ini menjadikan jumlah korban demam denggi di negeri ini sehingga 9 Mei lepas ialah dua orang, dengan kematian pertama pada 1 April lepas.
Dalam pada itu, Kedah mencatatkan peningkatan 28.6 peratus kes demam denggi iaitu sebanyak 328 kes bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding 255 kes pada tempoh sama tahun lepas. Daerah Kubang Pasu mencatatkan 27 kes, Kota Setar (63), Padang Terap (10), Baling (27), Kulim (79), Bandar Baharu (6), Pendang (5), Yan (17), Langkawi (1), Kuala Muda (87) dan Sik sebanyak 6 kes.
Dalam ada perintah berkurung di Sabah pun masih ada orang kena culik lagi..????
