TERKINI :

Thursday, May 14, 2015

Bantuan Banjir Kelantan - Siapa Suruh Hangpa Percaya janji UMNO...!!!???

Bantuan banjir Kelantan: BN jangan main politik

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menggesa agar Kerajaan Persekutuan agar tidak bermain politik dalam urusan mangsa banjir di Kelantan.

Kata beliau, tindakan Kerajaan Pusat yang bermain politik dengan melambat-lambatkan pembinaan dan penempatan mangsa banjir merupakan tindakan tidak bermoral.

"Setelah  lima bulan banjir di Kelantan, Kerajaan Persekutuan sangat lembab menguruskan rumah mangsa banjir di sana.

"Kerajaan Persekutuan telah berjanji akan membangunkan 1,221 buah rumah mangsa banjir, malangnya setakat ini hanya 6 buah sahaja atau 0.5% yang telah disiapkan," katanya.

Tambah beliau, seolah-olah Kerajaan Persekutuan mempunyai maksud yang tersirat untuk melambat-lambatkan penyediaan rumah bangsa banjir.

"Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan kepada rakyat  mengapa hanya 0.5% buah rumah banjir di Kelantan yang hanya dapat disiapkan.

Sokongan Kepada Najib Terus Mereput

Shahbudin Husin, 

Gambar Hiasan
Sokongan yang diterima Najib Razak dalam mesyuarat MT UMNO Isnin lalu seperti tidak memberi makna kepada kekukuhan hayat politiknya kerana kini pemimpin parti itu terus juga bersuara mengenai kontroversiri 1MDB dan Tabung Haji.

Ia memberi bayangan segala sokongan dan Najib pula meminta Ketua Audit Negara mempercepatkan pengauditan terhadap syarikat pelaburan itu supaya segala-galanya dapat diketahui umum, langsung tidak mampu membuatkan pemimpin UMNO agar berdiam diri dan akur dengan ketetapan itu.

Begitu juga tindakan Najib menasihatkan agar Tabung Haji menjual balik tanah yang dibelinya daripada 1MDB dilihat masih tidak memadai untuk memadam segala isu yang timbul sebelum ini.

Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan kepimpinan Najib tetap dicurigai dan sokongannya dalam parti mulai mereput secara perlahan-lahan.

Najib kini bukan saja diserang dan dikritik oleh pihak pembangkang, tetapi sebenarnya mula menerima kesan penolakan dari dalam UMNO sendiri.

Perhatian !! Operasi Saman budak sekolah yang naik motorsikal tak cukup syarat di seluruh negara


Perhatian kepada pelajar sekolah yang menunggang motosikal ke sekolah, pemeriksaan mengejut Polis/JPJ akan menjalankan operasi lesen, helmet, cukai jalan, visor helmet dan pengubah suaian motor. 

Saman rm300 setiap kesalahan. Seluruh malaysia akan diadakan pemeriksaan mengejut disetiap sekolah. 

Harap maklum.

Risalah 25 Dalil kenapa PAS perlu keluar PR disebarkan..!!


* Macam perhimpunan Agung UMNO lah pula.. macam-macam ada...

YB pie mana..?????

Mohd Monier

Kadang2 terlintas juga di padang pemikiran ini - walau pun sudah 10 tahun saya memutuskan untuk tidak mahu memikirkannya.

Dah lebih 10 tahun saya dan kwn2 duk buat prog jln-jln masuk kg bawa beras, kain baju terpakai dan sedikit brg2 mknan harian utk keluarga2 yg hidup dlm serba keterpayahan ini.

Bila saya kongsi cerita di mailing list, blog atau pun FB, soalan yg sama bakal orang tanya:

"YB pi MANA ?"

Kit Siang masih tunggu bukti dari Pimpinan PAS yang mengatakan beliau hina Islam di Kota Baru

 Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah anjuran PAS di Kota Bharu Ahad lalu supaya mengemukakan bukti.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti.

"Tapi tak apa, saya sedia menanti 48 jam lagi sehingga bukti dakwaan tersebut dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berkata sedia diperbetulkan kesilapannya sekiranya silap dalam ucapannya di ceramah perdana "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan" itu.

"Sekiranya saya ada membuat sebarang kesilapan dalam ucapan saya di Kota Baru pada hari Ahad, sama ada dalam rujukan saya terhadap Sheikh Yusuf Al-Qardawi ataupun Rashid Ghannoushi, saya bersedia untuk belajar dan diperbetulkan. Tetapi tidak ada pun teguran memperbetulkan saya sepanjang 3 hari lalu.

'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi

Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri.

Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamaluddin.

"Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu.

Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak.

Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu.

Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau.

Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin.

Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk.

"Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik.

Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping.

Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal.

"Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan.

"Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap?

“Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya.

Menabur Fitnah Sudah Menjadi Budaya Kumpulan Pro-Ulama...

ULASAN GB

 

 Mereka mendakwa mereka mempertahankan ulama. Apabila mereka gagal berhujjah, mereka mengambil jalan singkat mereka melakukan fitnah dan menyerang peribadi lawan. Itu kaedah haiwaniah Machievellism - matlamat menghalalkan cara.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Barua, Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya seperti yang diungkapkan oleh Pak Shukur di atas.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Lepas 13 tahun, Hadi sah di cabar apabila Ust Ahmad Awang menyerah borang pencalonan

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

""Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

PAS khususnya kumpulan proulama yang dipimpin Hadi berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana membuat keputusan kontroversi menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Microphone Rafizi dirampas ketika berucap dalam Forum GST di UIA (Video Inside)

Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara daripada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu lapor Malaysiakini

'Gajah bergaduh, PR yang untung'


Nurul Izzah Anwar  
Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - ‎ Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam nada sinis berkata,  beliau hanya ingin menikmati  'pertarungan' di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pertarungan itu sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat.

"Itu konsisten dengan pendirian dia (Mahathir) selama ini, setiap kali dia menyerang mana-mana PM, saya fikir tak perlu kita komen panjang.

"Apabila gajah-gajah bertarung, saya biarkanlah mereka teruskan, mungkin saya boleh beli popcorn (bertih jagung) dan makan.

"Kerana sedikit sebanyak ia memudahkan pakatan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana sudah ada orang yang tolong sampaikan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

'Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat' - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad

1. SAYA tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Datuk Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana.

Mat Said mula 'cuit' NAJIB..!!


Ahmad Said
KUALA TERENGGANU – Sidang Dun Terengganu dikejutkan dengan pendedahan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu, dan rentetan sehingga beliau dimarahi Perdana Menteri.

Adun Kijal itu berkata, 1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.     

"Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu.      

"Ini sebagai penjelasan  permulaan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka Yang Dipertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan wakil pembangkang.    

ORANG MELAYU MUDAH TERMAKAN DAN TERHUTANG BUDI


Pisang Emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Pantun di atas sudah cukup memberikan gambaran bahawa orang Melayu mementingkan budi. Orang Melayu memang terkenal dengan budi bahasanya. Orang Melayu terkenal dengan sifat yang selalu berbudi. Mungkin tidak ada bangsa di dunia yang boleh ‘menandingi’ bangsa Melayu tentang sikapnya yang ‘berbudi bahasa’. Dan jikalau ingin dipersoalkan apakah ‘kekuatan’ yang ada pada orang Melayu, maka jawapannya juga tentulah tentang ‘budi bahasa’nya.

“Dicemari’ pula oleh masyarakat kini yang selalu mengatakan, ‘ terhutang budi tergadai body’. Semacam tepat pula ‘peribahasa’ demikian memandangkan tentang terlalu banyak contoh yang boleh diketengahkan untuk menunjukkan ketepatan peribahasa berkenaan. Samada dari segi fakta sejarah ataupun yang berlaku kini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu mudah sangat terhutang budi yang menyebabkan ‘tergadai’ segala prinsip perjuangannya samada dari segi politik atau kenegaraan. Yang jelasnya kini ialah ‘budi’ sentiasa ditukar ganti dengan ‘wang’. Antara ‘wang’ dan ’budi’ sudah merupakan barang tukar ganti bagi masyarakat di Malaysia kini.

Pulau Langkawi dikesan tempat pendaratan Pati


Pulau Langkawi dikesan tempat pendaratan Pati  
Antara Pati yang ditahan cuba menyeludup masuk ke Pulau Langkawi.

ALOR SETAR - Pulau Langkawi dikesan menjadi tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui jalan laut.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, Pati ditahan dikesan masuk secara haram ke Pulau Langkawi melalui Kuala Teriang dan Kuala Temayong kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Menurutnya, tiga bot dikesan cuba mendaratkan seramai 1,042 Pati di pantai berkenaan namun hanya satu bot berjaya ditahan manakala dua lagi lolos.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati sejumlah 555 lelaki warga Bangladesh serta 320 lelaki, 107 wanita dan 60 kanak-kanak warga Myanmar yang semuanya tiada dokumen perjalanan sah.

“Proses dokumentasi dijalankan dengan kerjasama polis selepas penahanan Pati terbabit,” katanya.

Mohamad Yusri berkata, semua yang ditangkap akan ditahan sementara di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram).

"Pati ditahan ini akan dipindahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...