TERKINI :

Wednesday, May 13, 2015

Penyelewengan dalam negara berada ditahap terendah, begitu juga POLIS & SPRM

MOHAMAD SABU ANGGAP PENYELEWENGAN BERLELUASA, POLIS DAN SPRM BERADA PADA TAHAP PALING RENDAH


Dato' Seri Najib mesti bertanggungjawab ke atas kecelaruan ekonomi yang berlaku kepada negara Malaysia sekarang. Kerajaan Najib telah berbelanja mewah, boros dan bocor yang maha dahsyat menyebabkan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang terlalu parah skrg ini. Hutang negara telah melebih RM750 Billion.

Skandal menyelamatkan 1MDB melalui penyelewengan Tabung Haji dan banyak lagi skandal kewangan yang berlaku dalam negara perlu di pertanggungjawabkan ke atas Najib sepenuhnya. DS Najib perlu segera membubarkan Parlimen dan dihakimi oleh rakyat.

Kewibawaan institusi penyiasatan, SPRM mahupun polis berada pada tahap yang paling rendah. Kes-kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan ke atas Taib Mahmud, mantan ketua menteri Serawak, kes Sharbini dan banyak lagi, menjadi bukti kegagalan institusi ini mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

Shabery Cheek pun 2x5 dengan Ahmad Maslan, belit sana belit sini hakikatnya prepaid telco ada GST

 
Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ketika menambah nilai prabayar telefon, cukai itu akan tetap dikenakan berdasar penggunaan.

“Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based.

“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Bagaimanapun, katanya, walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

“Kaedah ini saya anggap menang-menang kepada semua pihak,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.

Kit Siang bertanya namun Ustaz PAS terus menghukum 'menolak hukum Allah'..!!

Ada segelintir USTAZ PAS yang menyerang Lim Kit Siang kononnya berceramah menolak hukum Allah di Kelantan.. Apa yang di dengar sebaliknya dimana Kit Siang tinggalkan 2 persoalan yang tak di jawab oleh USTAZ-USTAZ PAS yang lagi suka menghukum dari menjelaskan apa yang tak fahamnya...

Apa yang beliau timbulkan persoalan adalah hasil dari dia merantau ke negara arab bagi mengkaji hudud.. dan beliau timbulkan beberapa persoalan yang tak di jawab dengan jawapan tapi yang keluar hanya menghukum orang yang bertanya.... mereka pula tidak mampu berhujah balas..

Antara Persoalan beliau dalam ucapan tersebut :

1) Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti di Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji. Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai dasar bersama. Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah.

Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh pegang apa yang kita sudah janji, bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai. Dan dalam pertukaran kita sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud.

Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92% penduduk-penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk-penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.

Kisah 1MDB Vs Mat Said : "Nasib Baik Keropok Lekor Tidak Dicagar Sama"

Shahbudin Husin,


Hanya beberapa jam selepas ahli-ahli MT memberi sokongan kepada Najib Razak sambil mahukan beliau menyelesaikan apa juga masalah berkaitan 1MDB, kini timbul satu lagi pendedahan "menggerunkan" daripada bekas MB Terengganu, Ahmad Said.

Beliau yang dipaksa meletakkan jawatan tahun lalu mendedahkan syarikat pelaburan itu pernah berhasrat hendak mencagarkan minyak dan gas di Laut Terengganu tetapi tidak menjadi kenyataan kerana kerajaan negeri tidak menyetujuinya.

Katanya, urusniaga itu dilakukan ketika 1MDB menpunyai hubung kait dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) dan beliau kemudian turut dimarahi oleh Najib atas beberapa masalah yang timbul serta menjadi antara punca beliau "diturunkan" daripada jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri itu.

Ahmad Said juga berkata, beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai "hanky panky" melibatkan 1MDB yang diketahuinya.

Ahmad Maslan mengaku bahawa beliau kini merupakan “individu yang paling dibenci di Malaysia”

 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak kisah dengan penghinaan dan kejian ke atasnya ekoran pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan selamba, Ahmad hari ini mengaku bahawa beliau kini merupakan “individu yang paling dibenci di Malaysia” ekoran cukai tersebut.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, Ahmad berkata beliau sudah lali dengan cemuhan dan pelbagai gelaran yang dihamburkan di media sosial ke atasnya.

Malah, ada yang sanggup mengejinya dengan gelaran “tahi babi,” kata ketua penerangan Umno itu lagi.

“Antaranya, paling teruk sekali adalah tahi dan orang Islam tidak suka babi. Mereka kata muka saya seperti tahi babi,” katanya.

Katanya, beliau yakin bahawa tindakannya mempertahankan penguatkuasaan cukai tersebut adalah tindakan yang betul bagi pihak kerajaan.

80% pekerja asing dalam industri minyak di Kertih

 http://2.bp.blogspot.com/-txfjMdg8ptI/UyVOcWQc5YI/AAAAAAAAHGI/5SbqCuBFusw/s1600/loji+penapisan+minyak.jpg
PAS Terengganu terkilan dengan isu ‘kebanjiran’ pekerja asing di negeri ini hingga mencecah 80 peratus dalam industri minyak dan gas di Paka dan Kertih.

“Begitu juga dengan peluang pekerjaan. Saya cukup terkilanlah sebab saya duduk di kawasan ‘oil and gas’ tetapi masih ada lagi isu pengambilan pekerja asing yang ramai," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Beliau mendapat maklumat, kira-kira 80 peratus pekerja di kawasan itu terdiri daripada warga asing.

"Apabila kita bising barulah nak ada tindakan. Sepatutnya, kerajaan lebih pekalah dengan penggunaan tenaga pekerja orang tempatan," ujarnya yang juga Adun Paka ketika ditemui di lobi U2, Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Wisma Darul Iman selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Sidang Dun Terengganu Ke-13, di sini, semalam (Isnin).

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merasmikan istiadat pembukaan sidang Dun tersebut. Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berangkat.

Pencarian MH370 menjumpai bangkai kapal tidak direkodkan

IMEJ yang dirakam pasukan SAR MH370 menunjukkan objek bangkai kapal di dasar lautan Hindi. - Foto AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54591
SYDNEY: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 mendedahkan menjumpai sebuah bangkai kapal karam yang tiada dalam rekod sebelum ini.

Pasukan SAR yang diketuai oleh Australia itu menyatakan, bangkai kapal berkenaan tidak pernah direkodkan dalam senarai kapal karam dan penemuan itu diharap dapat memberikan harapan kepada kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, satu laporan daripada Australian Transport Safety Bureau berjaya mengesan pantulan kecil di dasar laut sebelum menjalankan penyiasatan penuh dan mendalam.

Data dari sonar pengimbas tinggi yang digunakan pasukan itu mendedahkan barangan itu yang sebesar bola kriket berada di kedalaman kira-kira 3,900 meter bawah air manakala keadaan sekeliling tidak menunjukkan bentuk dasar laut.

Lantaran, mereka menghantar turun kamera sebelum menemui bangkai kapal. Pengarah Operasi SAR MH370, Peter Foley, berkata ia satu penemuan yang menakjubkan bagi pasukannya. "Namun ia bukanlah satu penemuan yang diharapkan. Ia bukan bangkai pesawat MH370. Nyata kami kecewa ia bukan pesawat yang dicari, tetapi kami sentiasa realistik mengenai segala kemungkinan,," katanya.

PAS maki hamun ahli sendiri

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed melihat bahawa masalah dalam PAS berpunca daripada kegagalan parti itu untuk menjalin hubungan silaturrahim di antara ahli partinya.

“Nampaknya pemimpin PAS suka menyalahkan orang lain dan tidak muhasabah melihat kelemahan kepimpinan sendiri.

“Ada pemimpin mereka yang melabelkan diri mereka sebagai ulama (tetapi) mereka memaki hamun golongan moderat dalam PAS,” katanya.

Seorang lagi ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata tuduhan PAS yang menyalahkan Umno itu adalah cara paling mudah untuk parti Islam itu menutup masalah dalaman mereka.

Sedangkan, Umno tidak seteruk seperti yang disangka PAS sehingga sanggup terlibat dengan kempen kotor itu, katanya.

Malah, Umno sendiri tidak pernah menuduh PAS mendalangi masalah dalam partinya, kata bekas MP Lembah Pantai itu.

“Bila (PAS) ada perpecahan dalaman, cara paling senang untuk tutup (isu perpecahan dalaman adalah dengan menuding jari pada) Umno.

“Kita ni bukan malaikat tapi kita tidak seteruk itu. Orang PAS bukan semua alim pun,” katanya yang meminta PAS agar tidak membuat tuduhan tanpa asas.

“Kami dalam Umno ada pemilihan tapi tidak pernah tuduh pihak lain masuk campur,” katanya.

ADUN Umno Lenggeng diisytihar muflis

ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi, yang berkemungkinan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, difahamkan pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan itu merayu terhadap status tersebut.

Difahamkan Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan status Ishak itu hari ini.

Perintah mengisytiharkan Ishak muflis telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac dan Ishak dikatakan menerima perintah itu bulan lepas.

Seseorang wakil rakyat hilang kerusinya selepas diisytiharkan muflis.

Ahmad Awang putuskan esok sama ada cabar Hadi

Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.

"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.

"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.

"Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya.

Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.

"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.

UMNO KINI KETANDUSAN PEJUANG TULIN


Jikalau mahu ditafsirkan bahawa keadaan UMNO kini berada pada kedudukan paling genting disebabkan masalah yang dihadapi oleh Presidennya DS Mohd Najib Tun Razak, maka aku merasakan bahawa UMNO sudah beberapa kali mengahadapi kegentingan yang sedemikian.

Perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO pertama pada tahun 1950 sudah merupakan peristiwa yang cukup malang bagi UMNO pada ketika itu. Namun peristiwa itu juga menampakkan ketegasan kedua-dua pihak bagi menegakkan prinsip perjuangan masing-masing. Dato Onn bertegas untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu sedangkan ahli UMNO masih terus berpaut kepada prinsip bahawa UMNO adalah untuk orang Melayu dan tidak membenarkan kaum lain menganggotai UMNO. Lantas Dato Onn meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO. Hebat perjuangannya.

UMNO menghadapi satu lagi ujian paling getir pada awal tahun 1980an apabila pertubuhan UMNO itu sendiri diharamkan disebabkan kesalahan teknikal yang menyebabkan mahkamah memutuskan tentang pengharamannya. Maka lahirlah UMNO Baru sehingga kini.

Tak mustahil Putrajaya cetak ringgit pula selamatkan 1MDB, kata PKR


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan tersebut akan menyusutkan nilai ringgit lagi dan memberi tekanan kepada pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.

PKR hari ini melahirkan kebimbangan Putrajaya akan bertindak mencetak lebih banyak ringgit bagi menyelamatkan syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sambil mengingatkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menghalang sebarang usaha ke arah itu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jika ini berlaku, nilai ringgit akan susut ke tahap yang lebih rendah dan memberi tekanan terhadap pengguna, memandangkan banyak bahan keperluan asas di Malaysia diimport.

"Saya berharap pihak BNM akan dapat mengekalkan tahap profesionalisme mereka dengan menentang sebarang tindakan yang bakal menyusutkan nilai ringgit dilakukan demi mempertahankan nilai mata wang ringgit negara," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam kenyataan hari ini.

Antara BALING, TABUNG HAJI & 1MDB

Mohd Monier


Dua tiga hari ini tak pasal2 Baling, daerah kelahiran aku jadi famos - for wrong reason!!

Skandal Tabung Haji dan 1MDB yg menjengkelkan.

Kemaluan itu bukan pada Azeez saja tapi tempiasnya terkena pada org Baling.

Leceh dan rasa tak puas hati sungguh bila tengok ada kwn2 post dlm FB video Azeez tgh berucap dlm bahasa Tamil tapi ditulis kata lebih kurangnya:

"Hanya orang yg faham loghat Baling saja boleh faham video Azeez ini"

Walaupun nak melawak, tapi yg ini is considered a direct insult to orang Baling.

Bahasa mcm Bangsa juga, dia ada kena dgn susur galur keturunan masing2 yg tak patut dibuat bahan lawak.

Hat sorang tu pula tulih

"Balik Baling lah jual pasemboq !!"

Baling juga kena.

1MDB sedut duit PNB pula..!!!

PNB pula penyelamat 1MDB, kata Rafizi

Rafizi Ramli  

PETALING JAYA - Selain Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) didakwa turut terlibat meminjamkan wang berjumlah RM579.2 juta kepada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penglibatan PNB itu mengesahkan kebimbangannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

"TH telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. TH sahkan pembelian sukuk ini berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan‎ operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu TH dan PNB. Bermakna, sejumlah RM920.8 ‎juta telah dipinjamkan TH kepada 1MDB, baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan PNB kepada 1MDB," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat : “Jauhi Tuduh Menuduh dan Kita Sayang Kepada Semua Ahli Kita”

TG Dato’ Harun Taib : “Jauhi Tuduh Menuduh dan Kita Sayang Kepada Semua Ahli Kita”
Sabtu, 17 Disember 2011 11:26 Webmaster DUPP

Kuala Lumpur, 17hb Dis 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang perkembangan terkini PAS sepertimana yang hangat diperkatakan oleh media massa sejak mutakhir ini.

"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam”  tegas beliau lagi.

Kedah Aman Makmur : "Kena Samun"

Dua beranak rugi RM4,000

Dua beranak rugi RM4,000 
 Ahmad Nasir memeriksa kenderaan milik mangsa yang dicuri sebelum ditinggalkan dua kilometer dari lokasi kejadian.

KUALA NERANG - Seorang pengusaha stesen minyak dan anaknya rugi RM4,000 dalam kejadian samun empat lelaki bertopeng di rumah mereka di Padang Sanai, di sini, kira-kira jam 9.50 malam, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, 71, lebam di beberapa bahagian badan dan anak lelakinya, 40, yang cedera di kepala terpaksa menerima empat jahitan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, empat suspek itu menaiki kereta Proton Wira warna biru meluru masuk ke rumah dan mencederakan mangsa dengan objek keras.  

“Penyamun melarikan wang RM4,000 dipercayai hasil perniagaan stesen minyak diusahakan mangsa.

"Selain wang tunai, suspek turut melarikan sebuah pacuan empat roda milik mangsa sebelum meninggalkannya di tepi jalan kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya .

Kedah Aman Makmur : "Kena Rompak"


Warga emas cedera ditetak  
Keadaan mangsa yang dikelar di tangan dan diikat menggunakan cebisan tuala dalam kejadian dekat Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri awal pagi semalam.

SUNGAI PETANI – “Kena Rompak”. Itu sahaja perkataan yang sempat keluar apabila talian dijawab bapa saudara sebelum telefon dicampak suspek rompak dan tetak dekat Kampung Padang Buluh awal pagi semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali Amira, 28, berkata, dia menyangka datuknya diserang gout kerana tiba-tiba meraung sakit tetapi apabila sampai ke depan pintu bilik ternampak mangsa dikerumuni empat suspek.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 4.15 pagi itu menyebabkan datuk yang berusia 80 tahun ditetak di bahagian tangan kiri selain diikat kaki dan tangan menggunakan cebisan tuala.

Amira yang menetap di Pahang tidak menyangka hasratnya untuk tinggal di kampung bersama bayi berusia lima bulan untuk beberapa hari bersama ibu, nenek dan datuk meninggalkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Wakil rakyat dan masa depan negara


Bendera Malaysia
WAKIL rakyat atau pemimpin negara adalah orang yang memimpin sesuatu komuniti atas dasar mereka dipilih oleh rakyat itu sendiri.

Atas nama mereka sebagai pemimpin, mereka seharusnya sedar dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang sedang dihadapi kini, serta persiapan dan tindakan yang harus dipersiapkan kepada rakyat yang dipimpin di negara ini.

Mereka sebagai wakil rakyat yang berperanan sebagai pemimpin seharusnya tahu arah dan matlamat yang ingin dituju bagi kebaikan bersama.

Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai antara wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung berketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan.

Masih dikira ‘tak apa’. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak ‘selesa’ apabila berhadapan dengan tindakan wakil rakyat yang memalukan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...