TERKINI :

Sunday, May 10, 2015

Mengapa 1MDB sendiri tidak bangunkan dan perlu menjual kepada Tabung Haji?

Setuju dengan kenyataan Datuk Johari Abdul Ghani ini bahawa perumahan "high end" developer ini akan dijual harga unit rumah yang berjuta-juta keatas. Dengan harga RM2860 sekaki persegi bermakna Tabung Haji wajib menjual mininum RM2juta - RM5juta seunit untuk mendapat pulangan. Tabung Haji adalah milik orang Islam. Adakah majoriti orang Islam di Malaysia mampu membeli kondo RM2juta - RM5juta?

Tabung Haji tidak ada track record client list atau followers yang boleh membeli kondo kondo yang mahal mahal. Pengalaman Tabung Haji Properties hanya buat Rumah Teres, Rumah kedai dan apartment apartment SEDERHANA berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman membina dan memasarkan unit unit kondo yang berjuta juta ringgit.

Kalau tak ada client list memang susah nak jual dan ini akan menyebabkan Tabung Haji akan rugi. Apabila unit unit ini tidak boleh dipasarkan, akhirnya akan menjadi seperti Bandar Enstek yang dibina oleh Tabung Haji iaitu hidup segan mati tak mahu.

Kesimpulan jika 1MDB tahu tanah ini adalah satu pulangan yang menguntungkan. Mengapa 1MDB sendiri tidak bangunkan tanah ini sendiri dan mengapa perlu menjual kepada Tabung Haji?

-Tun Dr Mahathir Mohamed

Salahguna kuasa oleh pemimpin - Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup

KUALA LUMPUR: Di beberapa buah negara, apabila berlaku aduan salah guna kuasa terhadap presiden, perdana menteri atau mana-mana pimpinan kerajaan disiasat, dibawa ke mahkamah dan dihukum.

"Begitu juga dengan negara jiran kita, Thailand," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Di Malaysia, ujarnya banyak mana wang rakyat telah dikebas dan dana awam dilesapkan seperti Perwaja, MAS, PKFZ yang terbaru sekarang ialah 1MDB dan Tabung Haji.

"Kalau rakyat terlambat bayar bil elektrik kena potong, tidak bayar saman diburu macam penjenayah tetapi apabila pimpinan Umno dan BN seleweng duit rakyat diam membisu," katanya menerusi facebook.

Justeru, ujarnya pendedahan berkait dengan salah guna Tabung Haji untuk IMDB bukan silap Datuk Seri Najib seorang sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi ia adalah kesilapan Umno sebagai parti teras dalam Kerajaan BN.

"Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup," katanya lagi.

Menurutnya, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewangan, boros, membazir, rasuah yang melibatkan ratusan juta dana awam.

Rakyat, katanya bukan sahaja mahu Najib letak jawatan bahkan Umno juga wajib ditukar daripada menerajui tampuk pemerintahan negara. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Apabila Pengerusi Majlis Fatwa ditegur dalam isu Tabung Haji

Tabung Haji: Abim tegur Pengerusi Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin menegur Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipetik berkata bahawa langkah penjualan semula hartanah Tabug Haji (TH) adalah bagi menghentikan fitnah.

"Beliau seharusnya sedar tentang penglibatan pengurusan TH dengan 1MDB secara langsung. Ia sekaligus menimbulkan kesangsian orang ramai berkaitan ketelusan," ujar Presiden Abim, Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, manakala rakyat hanya meminta agar siasatan dijalankan bukan tuduhan atau fitnah seperti yang dinyatakan.

"Jelas beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah TH gagal memahami kerisauan masyarakat Islam," ujarnya.

Tambahnya, merujuk kepada kenyataan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim  berkaitan penjualan semula lot tanah di TR Exchange, Abim menyambut baik langkah tersebut.

Katanya, ia merupakan satu permulaan untuk membersihkan Tabung Haji daripada unsur-unsur manipulasi khususnya dari 1MDB.

Beliau berkata, langkah itu dilihat mampu untuk memulihkan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan Tabung Haji.

Namun, ujarnya bagi memastikan keyakinan itu dapat terus dipertahankan keempat-empat pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan 1MDB di pelbagai peringkat mesti mengundurkan diri.

"Begitu juga dengan Datuk Abdul Azeez Rahim, selaku Pengerusi TH yang dilihat gagal menguruskan jual beli tersebut berlangsung dengan baik sehingga menimbulkan pertikaian," katanya lagi.

Tambah beliau, tidak timbul persoalan tergadainya hartanah benilai tinggi kepada bukan bumiputera jika kerajaan sendiri jujur dan bersungguh-sungguh mahu meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera di kawasan terbabit.

Menurutnya, tanah yang pada asalnya dimiliki kerajaan itu boleh sahaja terus dibangunkan oleh TH atau mana-mana GLC yang dikuasai oleh golongan bumiputera. - HARAKAHDAILY 10/5/2015

Apabila Najib buka mulut bab isu Tabung Haji

PM akhirnya ulas kontroversi beli tanah TH-1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanjangkan.
   
Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.
   
"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Belud .
   
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.
   
Najib berkata menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya.
   
Semalam, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat.
   
-Bernama

Sudah tiba masanya Jawatan PM & Menteri Kewangan dilantik individu berbeza

TI-M saran perdana menteri dan menteri kewangan individu berbeza

Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, amalan seorang individu memegang dua jawatan dalam masa yang sama bercanggah dengan prinsip ‘semak dan imbang’ dalam Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.
Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, amalan seorang individu memegang dua jawatan dalam masa yang sama bercanggah dengan prinsip ‘semak dan imbang’ dalam Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.

Jawatan perdana menteri dan menteri kewangan seharusnya tidak dipegang oleh seorang individu pada masa yang sama, menurut badan pemerhati anti rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M), yang memandang serius isu terbaru yang hangat diperkatakan, membabitkan Tabung Haji dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata, amalan sedemikian bercanggah dengan prinsip "semak dan imbang" dalam Kabinet.

"Dengan memastikan menteri kewangan dan perdana menteri adalah individu berbeza, rakyat sedikit sebanyak akan mendapat jaminan yang pandangan berbeza dan pemikiran yang berbeza boleh mempertimbangkan keputusan kewangan secara wajar dan objektif," kata Akhbar dalam satu kenyataan hari ini.

Fahami betul-betul makna PAS sebagai Gerakan Islam - Tuan Guru Haji Ahmad Awang

AHLI PAS DIINGAT FAHAMI BETUL-BETUL MAKNA PAS SEBAGAI GERAKAN ISLAM YG MERANGKUMI ASPEK DAKWAH, TARBIAH DAN SIASAH - TUAN GURU HAJI AHMAD AWANG


Sering disebut PAS merupakan sebuah 'gerakan Islam' dan peranan gerakan Islam merangkumi aspek dakwah, tarbiah dan siasah. Itulah yang diterima sebagai takrif yang lengkap dan sempurna terhadap istilah 'gerakan Islam' bagi pimpinan dan ahli PAS. Oleh itu, PAS berbeza dengan badan NGO Islam yang lebih bersifat dakwah dan tarbiah semata-mata.

Sebagai 'gerakan Islam' PAS terlibat dalam persaingan dan pertarungan dengan pihak lain untuk mendapatkan kuasa politik. Kuasa politik diperlukan demi melaksanakan agenda Islam secara keseluruhannya.

■ PAS pentingkan kuasa pemerintahan

Pendokong Badan NGO Islam tidak mementingkan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Mereka hanya memikirkan persoalan pembinaan insan mengikut acuan Islam dan penyampaian risalah Islam tanpa mengambil kira sama da tindakan mereka akan mengukuhkan kedudukan politik mereka atau sebaliknya. Mereka berpuas hati untuk memainkan peranan sebagai 'jurubicara' ummah, berdasarkan prinsip Islam, sambil menegur pihak pemerintah, bila perlu, tanpa menyusun langkah untuk mengambil kuasa daripada pemerintah tersebut.

Barulah kita tahu kenapa Sultan Johor tak mahu salam dengan Ahmad Maslan......

Ingatkah lagi anda dengan kejadian Sultan Johor taknak salam dengan Ahmad Maslan... memang dasar CGPA 3.85 lah ko nie Mad....!!!

Langkah Tabung Haji jual semula tanah menjengkelkan, permainkan rakyat

 Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015.

Susulan keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah yang dibeli dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di projek Tun Razak Exchange (TRX), Datuk Husam Musa bertanya sama ada langkah itu diambil semata-mata atas nasihat perdana menteri (PM).

Naib presiden PAS itu berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

"Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam 1 atau 2 minggu ini dengan keuntungan RM5 juta.

"Katanya, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterimanya pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini, sambil mengingatkan yang Najib juga pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Apabila Mufti Perlis sentuh bab PAS, HARUN DIN dan HUDUD

DR MAZA TEMPELAK HARUN DIN

WEI WALAUN ...HANGPA TAK MENYIRAP KA ?cc : Syed Bakar Syed Idrus Mustafa Jalaluddin Kiff Lyy Dato' Tarmizi Mohd Jam

Posted by Awang Al Kenit on Saturday, 9 May 2015

Jadikah Najib nak umum sesuatu Isnin ini?

KHABAR SABTU                                                                                               
 
Khabarnya Isin nanti Najib Razak akan sekali lagi membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang bergentayangan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.

Najib Razak sudah selesema teruk.
Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah sebut sumber kepada saya. Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM.

Mengenai kesuspenan Isinin ini, apakah ianya mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Saya bersoal demikian, tetapi sumber itu tidak menjawab menyebabkan saya mentafsirkan apa yang Najib hendak perkatakan Isnin ini sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam Umno.

Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.

Najib Makin Dijauhi, Benarkah Perancangan Sedang Berlaku Di Milan, Italy?

Shahbudin Husin,

Muhyiddin, Mustapha dan Nazri ketika di Milan, Italy...
Minggu ini Najib Razak mempunyai dua aturcara khusus berjumpa dengan pemimpin UMNO yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka.

Pada hari Ahad beliau akan berada di Tawau Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang sebelum ini bersuara agak berbeza dengan mahukan isu 1MDB ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak akan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau sebaliknya sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu.

Kenapa Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah di ketika Najib mahu turun ke Sabah? Tidak bolehkah pemergian menunaikan umrah dilewatkan barang sehari dua selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri?

Pada hari Isnin ini pula, Najib akan bertemu sekali lagi dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya, juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Kenyataan tergempar dari Pengerusi Tabung Haji pagi ini..!

Azeez: ‘Saya tidak akan letak jawatan’
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

“Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa isu yang akan dimainkan.

“Rupa-rupanya isu politik dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendesak agar Abdul Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH kerana dikatakan memberi kenyataan bercanggah berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...