TERKINI :

Saturday, May 9, 2015

Terima kasih kepada pembocor maklumat isu Tabung Haji

KUALA TERENGGANU –  Pemuda Umno Terengganu berterima kasih kepada individu yang membocorkan maklumat sulit tentang pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, jika bukan kerana individu tersebut, rakyat khususnya pendeposit TH tidak akan tahu tentang pembelian sebidang tanah yang kini timbulkan rasa tidak puas hati semua pihak.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak pengurusan TH memberi jawapan segera dan konkrit bagi meredakan kemarahan rakyat terutama pendeposit TH, kerana mereka berhak mengetahui bagaimana wang mereka depositkan dilabur.

“Kami faham TH perlu buat pelaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Persoalannya, adakah pembelian ini strategi selamatkan 1MDB?.

“Ini kerana tanah ini dijual kerajaan pusat kepada 1MDB dengan harga RM60 sekaki, tetapi dijual kepada TH RM2,860 sekaki,” katanya.

Dengan pelbagai isu dan persoalan sekarang, katanya, presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan beberapa perkara supaya ia tidak terus menjadi persoalan kepada rakyat.

Perkara itu melibatkan isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, perumahan generasi kedua Felda serta isu GST.

“Pendirian Pemuda Umno Terengganu, jelas. YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan perkara ini kepada rakyat, agar ia tidak lagi menjadi persoalan.

“Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang jadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan penyiasatan atau proses audit, presiden perlu bertindak sekarang,” katanya.

Mukhriz mula soal Najib bab tanah 1MDB yang dijual kepada Tabung Haji

Mukhriz kepada Najib: Mengapa murah sangat?

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyertai' bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara khusus Mukhriz bertanya kepada Kementerian Kewangan - yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - bagaimana tanah di kawasan Tun Razak Exchange di tengah ibu kota boleh dijual begitu murah kepada 1MDB.

Melalui Twitter, Mukhriz bertanya: "Kalau TH (Tabung Haji) sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?"

Sejak beberapa hari lalu tumpuan ramai terarah kepada pendedahan mengenai pembelian tanah milik 1MDB di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji.

Tanah seluas 1.56 ekar itu dilaporkan dijual kepada Tabung  Haji pada harga RM188.5 juta dan ia adalah sebahagian daripada 70 ekar jumlah keseluruhan dimilik 1MDB.

1MDB membeli seluruh tanah itu daripada kerajaan dengan harga hanya RM194.1 juta.

Isu Tabung Haji tambah 'busuk' Umno Kedah

HARAKAHDAILY | 09 Mei 2015.

Skandal kewangan terbaru melibatkan penggunaan wang tabungan deposit Tabung Haji untuk 1MDB perlu dilihat sebagai ancaman kepada ketahanan dan kemampuan kewangan negara. Ia adalah langkah terdesak menyelamatkan kegagalan kewangan, ketirisan dana dan isu penyelewengan 1MDB.

Di mana, jika wang dari institusi milik umat Islam dan bertujuan untuk ibadah itu sewenangnya digunakan untuk menutup kerakusan kroni-kroni Umno BN, tidak mustahil perkara sama digunakan terhadap segala sumber kewangan lain yang ada.

Setidak-tidaknya, ia menjadi bukti mengenai sikap dan haloba pemimpin Umno BN yang menguruskan kerajaan dan hak rakyat mengikut kepentingan untuk memenuhi tembolok nafsu mereka. Tidak mustahil berlaku sebagaimana selalu disebut bahawa orang berhutang itu seperti 'Korek Lubang, Tutup Lubang'.

Khususnya bagi negeri Kedah, rakyat negeri ini berhak merasa bimbang kerana antara dilihat terlibat dalam isu tersebut adalah pemimpin Umno BN dari Kedah iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.

Hal ini bukan perkara baru kerana rekod Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dahulu masih gagal menjelaskan sehingga ke hari ini penyelewengan dan salah urus tadbir kewangan melibatkan jumlah RM403 juta.

Begitu juga sekarang di bawah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berhadapan isu pemborosan dan kegagalan mengemukakan agenda pembangunan realiti untuk negeri Kedah.

Walhal selalu menjadi mangsa adalah hak dan kepentingan rakyat, sebaliknya untuk kroni dijamin dan diselamatkan dengan pelbagai cara.

Perkara inilah selalu dipertegaskan PAS supaya ia ditadbir urus selaras dengan peringatan Allah sebagaimana petikan ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud “...supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu...”.

Kerajaan seakan melakukan ‘bailout’ apabila Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi, walaupun ia dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi. Sedangkan hak rakyat contohnya tanah yang terlibat dalam pengambilan untuk jalan sambungan Lebuh Raya Utara Selatan ke Pulau Bunting hanya ditawarkan harga terlalu rendah dari penilaian awam yang direkodkan iaitu cuma RM3.70 hingga RM5.50 sekaki persegi.

Demikian itu terbukti Umno BN memiliki pemimpin yang tidak amanah, dan secara khususnya rakyat negeri Kedah perlu merasa khuatir terhadap masa depan negeri ini kerana antara pemimpin tersebut adalah dari negeri Kedah.

Perubahan mesti dilakukan agar negeri ini tidak ‘tergadai’ atau muflis oleh sikap rakus dan haloba pemimpin Umno BN kepada kuasa dan kebendaan.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Adun Sungai Limau

Laporan Polis oleh rakyat Malaysia berkaitan isu Tabung Haji

Mohd Shubihi

Petang tadi atas kehendak diri sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak aku hadir ke Balai Polis Bedong untuk membuat satu laporan polis berkaitan isu Tabung Haji yang menjadi tajuk perbincangan umum sehari dua ini.

Berikut adalah isi kandungan laporan polis yg aku buat tadi..

Pada 7/5/2015 jam lebih kurang 12.00 tengahari, saya dikejutkan dengan lambakan status di facebook berkaitan penggunaan wang Tabung Haji berjumlah RM188.5 juta untuk membeli sebidang tanah milik 1MDB yang terletak di Tun Razak Exchange.

Pembelian itu menurut pengguna-pengguna media sosial facebook dan twitter adalah merupakan langkah untuk menyelamatkan 1MDB yang diketahui umum mengalami kerugian yang amat sangat.Ekoran itu, saya mula mencari berita berkaitan isu tersebut di portal-portal berita dalam talian.

Saya telah membaca berita-berita berkaitan dan sedia faham bahawa memang terjadi pembelian sebidang tanah seluas 1.56 ekar dengan harga yang tidak munasabah.

Saya mensyaki berlakunya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan pihak-pihak berkepentingan dalam menguruskan dana rakyat yang menabung di Tabung Haji seperti yang didakwa pengguna-pengguna media sosial itu.

Justeru saya sebagai pendeposit di Tabung Haji tampil membuat laporan polis menuntut supaya pihak polis menyiasat kes pembelian tanah yang diyakini terdapat unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam menguruskan wang pendeposit Tabung Haji itu.

Tengahari tadi saya menerima maklum bahawa TH telah mengumumkan akan menjual balik tanah tersebut kepada pembeli yang berminat.

Walaupun keputusan jual balik itu dibuat oleh TH, saya masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut dan mahukan polis terus menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga menimbulkan suasana tidak aman kepada semua pendepositnya.

Saya bimbang perkara sebegini akan berulang lagi pada masa akan datang.

Sekian laporan saya.

Macam-macam boleh di Malaysia

MUHAMAD MAT YAKIM


MALAM kelmarin, di sebuah restoran di Dataran Otomobil, Shah Alam, saya memesan murtabak. Pelayan yang saya percaya warga India itu mengangguk. Dalam beberapa saat kemudian, saya terperasan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Mana tidaknya. Pelayan itu menuju ke arah dapur tomyam sedangkan tempat murtabak di arah sebelah kanan. Sah, dia tidak faham bahasa rupanya.

Seorang pelayan lain yang berdiri tidak jauh dari saya juga perasan apa yang berlaku kepada rakannya itu, lantas dia memanggil dan beritahu, tukang masak tomyam tidak tahu buat murtabak dan dia harus ke meja tukang murtabak di sebelah kanan.

Pelayan yang kedua itu kemudian bertanya, "minum abang sudah mintak?" "Belum, bagi saya dragon fruit juice ..." Dia membalas tetapi sebutannya agak kurang jelas.

Dia seperti mahu mengajuk sebutan saya tetapi yang kedengaran 'tiger fruit juice'. Katanya, "tiger fruit juice tidak ada." Saya langsung tunjuk menu sambil dalam hati berbisik, "kau pun 2x5 juga!"

Zahid Hamidi, tolong sekolahkan KBAB51

– Sir Wenger Khairy


Negara kini dalam bahaya. Para jemuan di peringkat teratas sudah tidak segan menggunakan dana yang terkumpul dari makcik pakcik Felda untuk "membail out" 1MDB.

Meskipun rakyat sedar 1MDB ini tidak lain tidak bukan pukat yang digunakan ahli perniagaan kontrovesi, Taek Jho Low, untuk mengkayakan dirinya, namun mereka tidak berdaya membawa kroni besar tersebut ke muka pengadilan.

Tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu ketua polis negara. Tetapi adakah dia berani bertindak?

Meskipun persoalan ini diaju berkali-kali, namun nampaknya tiada reaksi dari beliau.

Malah ahli Umno sendiri sudah merasa begitu kecewa dengan tindak tanduknya yang tidak mahu menyelesaikan masalah 1MDB dengan memanggil Jho Low untuk memberi keterangan.

Muhyiddin - Rakyat mahukan jawapan konkrit, tindakan segera dalam isu-isu dibangkitkan

MILAN: Pengajaran utama Barisan Nasional (BN) daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan PRK Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini adalah rakyat mahukan jawapan konkrit dan tindakan segera kerajaan terhadap isu-isu berbangkit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat mahu kerajaan tidak memandang remeh terhadap isu-isu semasa.

"Kita kena lihat pendekatan baharu dalam tangani isu-isu rakyat," katanya kepada media Malaysia di sini pada Jumaat apabila ditanya mengenai pengajaran utama yang boleh dipelajari BN daripada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh.

PRK Rompin diadakan pada 5 Mei lepas yang menyaksikan BN mengekalkan kerusi itu menerusi calonnya Datuk Hasan Arifin manakala PRK Permatang Pauh semalam dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Muhyiddin berkata pada pandangan rakyat, isu berkenaan mesti diuruskan secepat mungkin dan tidak membiarkannya berlarutan.

'Kenapa TH sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah 1MDB?' - Mukhriz


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mempertikaikan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) yang membeli hartanah milik 1MDB dengan nilai RM188.5 juta.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter beliau, Mukhriz membuat perbandingan nilai transaksi antara Tabung Haji dan 1MDB dan juga Kementeri Kewangan dan 1MDB.

“Kalau Tabung Haji sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kementerian Kewangan jualnya pada harga begitu murah kepada 1MDB dulu?” tanya Mukhriz.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-th-sanggup-bayar-harga-begitu-tinggi-untuk-tanah-1mdb-mukhriz-59570?cp

Pemuda UMNO P.Pinang akui ANAK-ANAK MUDA tolak calon BN secara total di Permatang Pauh


Keputusan PRK Permatang Pauh pada 7hb Mei 2015 telah menyaksikan pengundi muda telah menolak secara 'total' calon Barisan Nasional. Selepas pelbagai program sukan, santai dan keagamaan yang di rancang khusus mengikut acuan orang muda, undi mereka tetap tidak bersama kita. Secara umum, isu Nasional merupakan punca utama BN tumbang di Permatang Pauh. BN tewas bukan kerana mereka kebal tapi kita memberi peluru untuk mereka menyerang kita. Secara khusus nya, antara isu yang masih membelenggu mereka ialah :

1. 1MDB - walaupun berulang kali di beri penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk YAB Perdana Menteri , rakyat masih melihat ianya bukan sebagai jawapan tetapi lebih kepada memberi alasan. Auditan oleh Jabatan Audit Negara masih belum sampai ke pengetahuan rakyat. Tidak ada kah satu keperluan untuk menetapkan satu tempoh yang khusus kepada Jabatan Audit Negara agar mereka membentang hasil Auditan kepada rakyat?

2. GST - Kenyataan dari masa ke semasa oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Ahmad Maslan juga sering di persendakan oleh rakyat. Keputusan 'Top up' yang sering 'U-Turn' amat memalukan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mempunyai 'Bargaining Power' berdepan dengan Syarikat Telekomunikasi.

Tabung Haji jual semula tanah di TRX

Oleh Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi bhonline@bh.com.my 

 
ABDUL Azeez bersama ahli lembaga pengarah pada sidang media berhubung isu TH dan 1MDB di Menara TH di sini hari ini. - Foto Aizuddin Saad 

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1MDB pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. 

Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH. 

"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katannya pada sidang media di Menara TH, pagi ini. 

Apabila Khairy berleter seperti pembangkang

 
Semalam, Pemuda Umno mula melangkah masuk gelanggang untuk menduga isu jualan tanah 1Malaysia Development Berhad kepada Tabung Haji – kumpulan wang amanah untuk orang rasmai menunaikan haji di Makkah.

Kenyataan dikeluarkan Pemuda Umno semalam adalah acahan untuk Kementerian Kewangan yang kini dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi jawapan berhubung penjualan dengan harga RM190 juta itu.

Pergerakan itu turut meminta Tabung Haji memberi penjelasan lanjut. Kenyataan itu diedarkan kepada media dan turut ditepek di laman Facebook Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Perlu diingat, kumpulan Pemuda Umno itu jugalah yang bersungguh-sungguh mengusung Najib dalam satu pertemuan pada pertengahan bulan lalu sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri.

Khairy Jamaluddin ini menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Najib pula presiden parti. Pengerusi Lembaga Tabung Haji adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, seorang ahli majlis tertinggi parti.

Apa sudah jadi dengan Umno sehingga persoalan mudah seperti inipun tidak boleh ditanya mengikut saluran dalaman atau melalui Kabinet?

Bilik Mandi Pantai Merdeka berada dalam keadaan uzur walaupun masuk kena bayar


Saja saya nak luah perasaan sikit. Minggu sudah saya bawa famili p berkelah di Pantai Merdeka. Alhamdulillah tengok laut, mandi, makan2 dsbnya hilang stress bekerja.

Cuma saya nak suarakan satu benda..lepas mandi laut biasa la nk kena bilas. Jadi saya pun p la tempat mandi. Cas satu kepala RM1 untuk mandi (dewasa) dan RM0.60 (kanak-kanak). Agak mahal disitu. Saya bersangka baik. Tapi bila masuk dalam, sangkaan saya meleset..

Dengan pintu takdak, ganti dengan kain ja tempat mandi tu. Dengan kotoq, dengan bau macam2. Duit depa mintak kemain mahai. Tapi servis tak tara mana. Kalau setakat pintu ganti dengan kain, pasiaq berlambak mcm tu, jangan la cas RM1. cas RM0.20 dah la..

Rasa dulu mandi kt tempat mandi tu RM0.60 ja. Awat depa kelapaq duit sangat ka?

Mohon sapa2 yg berkaitan dalam grup ni, suarakan la pada pihak yg berkenaan. Pada yg terasa mohon maaf. Saya takut cakap berlapik point x sampai.

Pantai Merdeka hak milik bersama.

Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB..?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kurang senang beliau dengan perkembangan mutakhir membabitkan Lembaga Tabung Haji.

Melalui catatan terbaharunya di blog chedet.cc, Dr Mahathir menyatakan kesedihannya apabila wang caruman Tabung Haji digunakan untuk pemulihan hutang 1MDB melalui pembelian tanah seluas satu setengah ekar milik 1MDB pada harga RM188.5 juta.

“Wang yang ditabung sejak penubuhan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan Tabung Haji dan subsidi kepada bakal haji.

“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” ujar beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...