TERKINI :

Friday, May 8, 2015

Terima kasih Tabung Haji, akhirnya rakyat memahami isu hutang 1MDB

 – Tuan Ibrahim Tuan Man

Akhirnya rakyat, termasuk mereka yang berada di pendalaman memahami isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gara-gara tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) yang membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB.

Meskipun isu 1MDB sudah lama digendangkan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya kerana ia tidak semudah isu lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dulu sehinggalah semalam.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan TH turut menyebabkan Pemuda Umno tiba-tiba membuat “U-turn” dan berani mempersoalkan Kementerian Kewangan dan TH yang diterajui para pemimpin Umno sendiri.

Seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan juga penasihat 1MDB terus mendiamkan diri.

Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda Umno cuba menyelamatkan diri.

Pening Kepala Bila Zahid Kata Permatang Pauh Tunjuk Simptom Positif Kepada BN


Apabila Naib Presiden UMNO yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pauh, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pilihanraya itu semalam menunjukkan simptom positif kepada BN, tentu ramai yang pening kepala memikirkannya.

Apa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu?

Ini kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihanraya umum lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon BN Dr Mazlan Ismail mendapat sebanyak 25,360 undi daripada 88.3 peratus yang keluar mengundi. Ini bermakna sokongan yang diterima BN ialah 40.06 peratus.

Dalam pilihanraya kecil kali ini pula, calon BN Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi daripada 73 peratus yang keluar mengundi. Ia bermakna sokongan yang diterima BN hanyalah 40.44 peratus saja.

Apakah peningkatan 00.38 peratus itu boleh dianggap simptom positif kepada BN?

Isu Tabung Haji : Penjelasan Yang Biadap serta Kurang Ajar Dan Menghina Pendeposit oleh Persatuan Alumni UiTM

SUMBER : Klik Sini
 
Saya diberi faham kenyataan yang berikut ini telah dikeluarkan oleh sebuah agensi psy-war Kerajaan iaitu PERSATUAN ALUMNI UITM, kononnya untuk mencerahkan kekeliruan Tabung Haji membayar harga tinggi dan lumayan untuk membeli tanah kepunyaan 1MDB. 
Jawapan dan komentar saya diselitkan dalam tulisan biru.
JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH

Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.  Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.

Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

My comments : Ini adalah jawapan yang paling bodoh yang hanya boleh keluar dari otak orang yang kurang berpendidikan, tidak berpelajaran dan tidak faham apa pun berkenaan perniagaan dan corporate structure atau struktur syarikat.  Juga agensi psy-war Kerajaan yang menulis penjelasan ini cuba spin atau putar belitkan kenyataan untuk memperbodohkan orang kampong.

Anak syarikat mesti ada ibu syarikat (parent atau holding company), terutama sekali apabila ibu syarikat memegang 50% atau lebih saham anak syarikat.  Anak syarikat yang dipunyai 100% disebut 'wholly owned subsidiary'.  Dengan secara otomatik, akaun anak syarikat yang dipunyai lebih dari 20% sahamnya mesti digabungkan (consolidated) dengan akaun ibu syarikat. Jika ibu syarikat pegang saham lebih 50%, maksudnya 'anak syarikat' adalah tidak beza dari 'ibu syarikat'.

Modal untuk mulakan perniagaan 'anak syarikat' bukan jatuh dari pokok mangga belakang rumah di kampong. Modal anak syarikat datang dari ibu syarikat juga. Ibu syarikat yang kena tanggung  kewangan 'anak syarikat'.

Tabung Haji - Tabung Peluh & darah Marhaen

Ini foto semasa saya di Madinatul Hujjaj iaitu sebuah kompleks besar yang menjadi transit jemaah haji Malaysia Muassasah di Jeddah. Bangunannya sangat besar dan kemudahannya kelihatan agak uzur dan jemaahnya selalunya orang-orang berumur. Jarang-jarang nampak ada kelibat seperti orang berada di dalam kompleks ini. Orang yang berada biasa tidak ikut muassasah tetapi mengikut pakej-pakej swasta yang harganya sekurang-kurangnya sekali ganda harga biasa.

Saya bernasib baik kerana menjadi petugas yang boleh melihat kemewahan pakej-pakej swasta bernilai ratusan ribu RM seorang sehingga ke pakej haji asas muassasah untuk orang susah. Banyak cerita saya dengar dari mereka yang memberi saya seribu satu pelajaran. Antaranya seorang pakcik dari Parit Perpat batu Pahat yang merupakan seorang pekebun pisang membuat tabungan di Tabung Haji dari semasa umurnya muda lagi. Namun dalam membesarkan anak-anaknya 8 orang, simpanan itu sering dikorek semula untuk pengajian anak-anaknya.

Selepas 8 orang itu selesai menghabiskan pengajian, barulah simpanan beliau di TH itu dapat meningkat sedikit demi sedikit. Hasil kebun yang diusahakan dengan keuzuran beliau cuma mampu untuk beliau tabungkan RM200 sebulan. Akhirnya cukup juga simpanannya untuk mengerjakan haji pada umur 75 tahun.

Abang KPN enggan ulas surat tunjuk sebab Umno

MUZLIZA MUSTAFA

Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa berkaitan surat tunjuk sebab yang diterimanya buat masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015.
Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa berkaitan surat tunjuk sebab yang diterimanya buat masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015.

Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar menerima surat tunjuk sebab dari ibu pejabat parti itu yang menuntut penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam bantahan simbol salib di Taman Medan bulan lalu.

Beliau, bagaimanapun enggan menjelaskan apa-apa mengenai perkara itu.

Abdullah yang juga abang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa buat masa ini.

"Saya simpan komen saya dulu buat masa ini," kata Abdullah kepada The Malaysian Insider petang ini.

Portal berita Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa ibu pejabat Umno mengeluarkan surat kepada ahli yang terlibat dalam protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya 19 April lalu.

Kenapa insiden provokasi dan banyak kelakuan ganas boleh berlaku masa pilihanraya..??

PRK Permatang Pauh paling ganas, banyak insiden - SPR 

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti politik yang bertanding. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara sebab berlakunya perkara tidak diingini. "Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, hari ini. 

Beliau berkata, penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak. Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata, SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan. 

Najib akan adakan majlis menjamu "HANTU RAYA"


 
"Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk aku satu untuk kau.."

Menurut sumber dalaman UMNO, Presiden UMNO Najib Razak akan mengadakan satu majlis penyatuan perpaduan pada 11 Mei ini.

Majlis penyatuan perpaduan ini akan hanya menyatukan 60 orang Ketua-ketua UMNO Bahagian yang bukan wakil rakyat.

Sebagai usaha penyatuan mereka akan dihabuankan sebanyak RM500,000 sebagai perbelanjaan untuk satu bahagian.

Dengan dijamu peruntukan khas sebanyak setengah juta ringgit ini diharap mereka pandai berbelanja khasnya untuk menguatkan presiden parti supaya beliau tidak lagi keseorangan.

Kalau mereka 'joli katak' ini bermakna mereka bersamaan dengan "hantu raya" yang makan darah tuan mereka sendiri.

Kebiasaannya dengan wang sebanyak itu akan menyemarakkan lagi perbalahan sesama pimpinan bahagian. Mereka akan berkelahi sesama sendiri berebut-rebut projek seperti cerita P Ramlee Nujum Pak Belalang. 

SUMBER > Mummy rokiah

Apakah Tabung Haji membuat keputusan sendiri mengenai pembelian itu atau adakah ia menjalankan arahan politik?


Sekiranya hartawan "Penyangak" tidak terlibat dengan 1MDB, maka pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) sebagai strateiji pelaburan dalam syarikat itu tidak akan menimbulkan kegemparan dan keraguan di kalangan pencarumnya dan juga rakyat.

Pendedahan mengenai pembelian itu bernilai RM 188.5 juta pada mulanya seperti mahu dirahsiakan oleh Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tetapi kemudian disahkan oleh pegawai TH.

Kebocoran "rahsia "ini berlaku kepada blog mungkin kerana orang dalam TH sendiri tidak bersetuju dengan pembelian ini.

Dalam soal ini ,seorang Mufti mahukan jawapan dari Perdana Menteri Malaysia sendiri untuk menghilangkan kerisauan rakyat.

"Ini isu masa depan saya dan negara" kata Mufti Perlis,Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

MALAYSIA sedang berhadapan dengan krisis dan rakyat kini begitu marah.

Demi Malaysia yang adil
Nik Nazmi


MALAYSIA sedang berhadapan dengan krisis dan rakyat kini begitu marah.

Kita boleh menghitung jumlah kontroversi yang ada. Daripada penahanan ahli politik, aktivis masyarakat sivil dan pengamal media, skandal 1MDB yang mengancam asas ekonomi negara, mudarat kepada rakyat umum Malaysia dengan pelaksanaan GST, dan polemik kelulusan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.

Sejujurnya, semua isu ini menunjukkan Malaysia ketandusan kepimpinan. Pada masa sama, ia turut menjelaskan kemerosotan nilai yang sepatutnya menyatukan kita semua: keadilan.

Apakah itu keadilan? Untuk saya, 'keadilan' bukanlah bentuk amalan ideologi kiri atau kanan. Ia sebenarnya merentasi ideologi politik dan ekonomi. Ia bahagian penting tentang bagaimana agama dan budaya mendefinisikan hikmah.

Masa keluarkan wang simpanan Tabung Haji anda...!

Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan
OLEH ZULKIFLI SULONG

Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Catatan 13 Jam Selepas Kemenangan Rasmi Kak Wan

1. Pertamanya selingkar tahniah utk Kak Wan atas kejayaan mengekalkan kerusi P044 Permatang Pauh walaupun berdepan dgn 1001 mcm mehnah dan tribulasi rekaan rakan dan lawan.

2. Tak dilupakan tahniah jugak kpd seluruh jentera dan petugas yang berhempas pulas menjayakan gerak kerja dan siri-siri kempen pilihanraya walaupun serba-serbi kekurangan termasuk kurangnya kepakaran dlm segala aspek.

3. Jugak tidak ketinggalan ucapan terima kasih kpd Sdr Yusni Mat Piah dan mereka yg seangkatan dgnnya kerana telah berjaya mengucarkacir kesepaduan Pakatan Rakyat dari tarikh kerusi Permatang Pauh itu kosong hinggalah hari-hari akhir pertarungan. Yusni jugak berjasa besar mengakibatkan lbh 3000 pengundi PAS di Permatang Pasir tak mengundi pd pilihanraya kali ini. Keseluruhannya jumlah undi merosot hampir 7000 dan tidak mustahil kekurangan ini dibantu oleh kerja buat Yusni dan bala tenteranya dari Bagan.

4. Umum akui peratusan undi menurun hampir 15% berbanding jumlah yg keluar mengundi pada PRU13 lalu. Oleh itu tidak harian lah undi PR dan undi BN menurun, tetapi yg hairannya kenapa undi PR lbh turun merudum berbanding undi BN?

5. Berdasarkan lanskap politik kini boleh dikatakan undi BN menurun adalah berpunca dari serangan Tun M terhadap GST, 1MDB, isu altantuya, isu keborosan kaum kerabat Najib dan sbgnya. Atas alasan itu hampir 4000 pengundi BN memprotes dgn tidak keluar mengundi calon mereka kali ini. Ianya adalah sama alasannya dgn protes di Rompin awal minggu lalu.

6. Tetapi, sebab apa pulak hampir 7000 pengundi PR tak keluar mengundi Kak Wan? Ramai yg memberi alasan tarikh dan hari pengundian menghalang mereka balik mengundi. Persoalannya brp ramai langsung pengundi Pmtg Pauh yg duduk di luar kawasan? Jumlah yg tak keluar mengundi semalam ialah seramai hampir 20000 pengundi. Apakah yg tak mengundi tu semuanya pengundi luar kawasan?

7. Rasanya hampir 7000 undi yg hilang itu ada kena mengena dgn kempen Yusni Mat Piah. Kalau tak semua pun rasanya lebih separuh dari jumlah itu terpengaruh dgn dakyah dan hasutan Yusni sbg ketua pemuda Penang yg pasti dibelakangnya ada pemimpin tinggi lain.

8. PAS sbg salah satu komponen dlm PR perlu memandang serius perkara sebegini supaya tidak merebak ke tempat lain. Oleh itu PAS wajib mengambil tindakan kpd sesiapa saja yg terlibat dlm percaturan di Permatang Pauh. Siasatan dan tindakan tatatertib perlu dikenakan ke atas mereka yg bertanggungjawab menghasut pengundi Permatang Pauh agar tidak keluar mengundi calon PR.

Mohd Shubihi
8/5/2015

PRK Permatang Pauh : Undi Melayu kepada PKR meningkat

PKR: Majoriti undi terjejas sebab hari bekerja

PKR: Majoriti undi terjejas sebab hari bekerja  
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) diumumkan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh di sini, malam ini. - Foto Bernama

PERMATANG PAUH - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada hari bekerja didakwa sebagai satu helah untuk menjejaskan majoriti undi PKR, hari ini.

Calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kawasan itu mendakwa SPR sengaja menyulitkan pengundi Parlimen itu selepas cuti panjang minggu lalu.

"Ya memang (punca merosot) itu saya rasa ia membuatkan dengan motif itu kerana cuti panjang, jadi ada ramai yang sudah balik kampung, kalau nak balik itu satu kesulitan.

"Ini adalah satu helah sebab PRK Rompin sepatutnya dibuat selepas PRK Permatang Pauh dan kawasan itu kemudian," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Permatang Pauh di Dewan Perdana, IKBN Bukit Mertajam, Berapit, di sini, hari ini.

Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji, mai Ahmad Maslan duk kata GST bagus..!!

Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji

Sultan Johor titah pelaksanaan GST harus dikaji  
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah dan merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
  
"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dun Johor ke-13, di sini hari ini.
  
Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

PKR berjaya meningkatkan undi Melayu dan mengekalkan peratusan undinya di sekitar 57%

Sokongan Melayu meningkat 4-5 % kepada PKR, kata Wan Azizah

 Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2015.
Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2015.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan peningkatan undi Melayu di antara 4 sehingga 5 peratus terutamanya di kalangan golongan muda.

Menurutnya, peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh.

"Pengundi Permatang Pauh mahukan sebuah PR yang kuat dan mereka mengingati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kemenangan ini bukan kemenangan PKR sahaja tetapi kemenangan rakyat yang menentang kezaliman BN kepada Anwar Ibrahim yang terbukti masih relevan buat rakyat Malaysia.

TMJ bantai FAM lagi, kali nie bab "perlawanan sarkas" dengan Tottenham Hotspurs

Pilihan Malaysia temu Tottenham tak bawa manfaat - Tunku Ismail

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memperkenalkan jurulatih baru Johor DT, Mario Gomez pada sidang akhbar di Stadium Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin 

KUALA LUMPUR:Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs, di Stadium Shah Alam pada 27 Mei ini tidak membawa manfaat kepada skuad bola sepak kebangsaan. 

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berpendapat perlawanan itu tidak memberikan faedah kepada skuad Harimau Malaya dalam menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada Jun ini, selain ia dikatakan memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur perlawanan. 

Tiada larangan ambil gambar, tapi dinasihatkan tidak memanjat tembok - Datuk Bandar Alor Setar


Tiada larangan ambil gambar  
Laporan Sinar Harian, 5 Mei lalu.

ALOR SETAR - Orang ramai khususnya pengunjung UTC Kedah, di sini, dinasihatkan tidak memanjat tembok bangunan semata-mata untuk mengambil gambar kenangan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak melarang pengunjungnya untuk mengambil gambar.

“Bagaimanapun, jika ingin mengambil gambar, jangan sampai memanjat tembok. Lagipun, pemandangan sekitar Alor Setar masih boleh dilihat seperti biasa.

“Pengunjung dinasihatkan tidak melakukan langkah berbahaya sedemikian hanya sebab mahu aksi tertentu dirakamkan ketika bergambar,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...