Thursday, May 7, 2015
Apa pengajaran untuk UMNO dengan kekalahan di P044..?
Adakah Dr Wan Azizah Bakal Dilantik Ketua Pembangkang?
BN 'redha' akan kekalahan di Permatang Pauh

Terbeban dengan GST, pengusaha bas rayu Putrajaya naikkan tambang

Selepas Tabung Haji, adakah Wang Zakat pula untuk selamatkan 1MDB?
Kenapa FGV jual tiga syarikat miliknya?
SALMIYAH HARUN | 07 Mei 2015.
KUALA LUMPUR: NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoalkan tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang mahu menjual ketiga-tiga syarikat milik agensi itu sedangkan syarikat terbabit mendatangkan keuntungan kepada Felda.
Penjualan itu yang termasuk Felda Travel, Felda Property dan Felda Prodata Systems, akan dijalankan menerusi proses tender terbuka.
Menurut Timbalan Presiden Anak, Nasaie Ismail tiga syarikat terbabit dimiliki oleh FGV dan ia juga milik Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui 51 peratus pegangan saham KPF dalam Felda Holding.
"FGV berjaya membeli Felda Holding yang sahamnya adalah milik KPF (51%) dan Felda (49%). Ketiga-tiga syarikat itu adalah anak syarikat Felda Holding dan sangat menguntungkan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, Felda Prodata merupakan pembekal perkakasan komputer dan IT antara terbesar di Malaysia malah perniagaannya sangat menguntungkan dan dikira selamat sebagai gergasi IT di Malaysia.
Manakala, Felda Travel merupakan syarikat pengendali umrah dan haji antara terbaik di Malaysia bahkan mempunyai aset tersendiri termasuk di Mekah, begitu juga Felda Property yang mempunyai aset dalam bentuk hartanah sekitar KLCC dan seluruh negara.
"Sedangkan selama ini FGV beria sangat memilikinya daripada KPF dan Felda. Adakah sudah wujud pembeli-pembelinya dikalangan kroni-kroni orang besar Felda atau orang politik di Putrajaya?
"Ataupun tujuannya untuk menunjukkan FGV mempunyai keuntungan untuk tahun 2015 setelah menjual aset berharga tersebut dalam keadaan harga sahamnya merudum teruk ketika ini dan dikhabarkan suku pertama 2015, FGV sudah rugi RM47 juta?," soalnya.
Bagaimanapun katanya, alasan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu sawit, getah dan gula juga satu pembohongan.
Ini kerana katanya, FGV juga melabur dalam bidang perhotelan, minyak and gas dan juga 'health line' bahkan perniagaan terasnya juga tidak memberangsangkan dengan pokok tua dan keperluan tanam semula di ladang FGV yang asalnya milik Felda Plantation.
Hari ini seperti yang dilaporkan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah akan menyelesaikan penjualan perniagaan bukan terasnya pada suku ketiga 2015.
FGV kemudiannya akan menumpukan kepada perniagaan terasnya sebagai pemain perladangan bersepadu penuh dalam sektor sawit, gula dan getah, kata Mohd Emir selepas memeterai dua memorandum kerjasama (MoC) semalam. – HARAKAHDAILY 7/5/2015
Dengan Sekelip Mata, Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai..
Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai. Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Tembelang Pengerusi Tabung Haji Terbarai
Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.
Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.
"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.
ABIM heret transaksi 'ragu' Tabung Haji ke balai polis
Angkatan Belia Islam (ABIM) membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1 MDD) oleh Lembaga Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi.
Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit.
Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara.
“Justeru, saya sebagai individu pendeposit akaun Tabung Haji sejak sekian lama serta sebagai Setiausaha Agung ABIM, salah satu NGO Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia, memohon pihak polis dan mana-mana pihak bertanggungjawab membuat siasatan segera dan mengambil tanggungjawab bagi laporan tersebut,” katanya.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.
Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX).
Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.
PRK Permatang Pauh panas, BN tak ikut peraturan
MOHD SABRI SAID | 07 Mei 2015.
BN melanggar peraturan apabila membina pondok panas dalam kawasan 50 meter dari pusat mengundi.
PERMATANG PAUH: Suasana tegang membabitkan perayu undi BN dan PKR di beberapa pusat daerah mengundi mencetuskan perang mulut dan serangan fizikal.
Antara lokasi panas adalah Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti dan Bukit Indera Muda, Tanah Liat.
Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh turun mententeramkan keadaan di Sekolah Menengah Guar Perahu (gambar kanan).
Di Sekolah Menengah Guar Perahu, petugas kempen BN didakwa tidak mengikut peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendirikan pondok panas di dalam kawasan 50 meter dari pusat pengundian.
Walaupun mendapat bantahan PKR, petugas kempen BN tetap berkeras mempertahankan lokasi pondok panas tersebut hingga diserbu penyokong Pakatan Rakyat.
Kehadiran petugas SPR dan polis berjaya meredakan keadaan.
Namun arahan pegawai SPR agar pondok panas BN itu diubah tidak dihiraukan petugas BN atas alasan 'menjaga maruah parti'.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad yang kebetulan berada di tempat kejadian kesal dengan kejadian tersebut dan mahu SPR dan polis bertindak tegas.
"Kalau Pakatan Rakyat buat kesalahan dah lama polis dan SPR berkeras. Apa yang kami boleh buat adalah buat laporan polis. Biar polis pula yang bertindak," tegasnya. - HARAKAHDAILY 7/5/2015
Penyokong cabut lari, BN tersungkur awal di Kubang Semang
(Oleh Azuan Abd Rahman & Ermizi Muhamad)
BNPERMATANG PAUH 7 MEI: Ketika sebilangan besar penyokong Pakatan Rakyat masih kekal berkumpul di bahu jalan utama Kubang Semang, rata-rata penyokong Umno Barisan Nasional tersungkur awal apabila rata-rata mereka meninggalkan kawasan ini.
Penyokong Pakatan pula memperhebatkan lagi sokongan terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan terus kekal bersorak dan melaungkan semangat Reformasi.
Mereka juga mengibarkan bendera dan poster Wan Azizah, sebaliknya penyokong BN lesu dan hanya melihat semangat penyokong Pakatan.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang hadir bagi menaikkan semangat penyokong menyifatkan situasi ini bukti kekuatan rakyat.
"Ini kemenangan moral awal bagi kita, terbukti suara rakyat bukan calang-calang dan tidak patut dipandang remah...Tahniah penyokong Kak Wan.
"Di sebelah kita adalah penyokong yang ikhlas suarakan kehendak dan suara rakyat, mereka lakukan semuanya tanpa dipaksa dan diupah.
"Di sebelah penyokong BN pula merupakan mereka yang tak faham isu masyarakat. Mereka tidak ikhlas menyokong, datang pun mungkin dibayar, sebab itu mereka pulang awal kerana sudah malu," jelasnya berkenaan perkara itu.
Sehingga 2.00 petang tadi, penyokong Umno BN didapati 'cabut lari' setelah mendengar laungan bersemangat penyokong Pakatan.
BN lagiYang tinggal, cuma segelintir penyokong dan bendera parti itu yang dibiar menyembah bumi dan berselerak.
Lembaga Tabung Haji akui beli tanah hak milik 1MDB
Tabung Haji labur RM188.5j bina menara kediaman di TRX
Oleh Abdul Halim Yusoff
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi pembangunan sebuah menara kediaman.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah, berkata pembelian itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
"Pelaburan ini adalah keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Bagaimanapun TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) seperti yang dilaporkan beberapa blog tertentu.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan itu.
"TH akan terus meneroka peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangka kerja Alokasi Aset Strategik," katanya.
Tabung Haji adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan.
Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 120 buah cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut, TH akan membeli dua lot tanah di TRX membabitkan pertimbangan keseluruhan RM772 juta.
TRX, pusat perniagaan baharu seluas 70 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur adalah satu daripada dua hartanah utama 1MDB. Satu lagi projek hartanahnya ialah Bandar Malaysia di tapak bekas lapangan terbang di Sungai Besi.
Mengikut laporan sebelum ini, TH dikatakan membeli satu lot tanah di TRX pada pertimbangan RM2,860 sekaki persegi dengan peruntukan keseluruhan RM194 juta untuk dibangunkan sebuah pangsapuri khidmat setinggi 40 tingkat.
Sementara satu lot lagi akan dibeli pada pertimbangan RM3,900 sekaki persegi membabitkan pertimbangan RM578 juta yang akan dibangunkan dengan sebuah menara 74 tingkat dikenali 'Signature Tower'.
Anak saya bukan ‘billionaires’ kata Tun M....

Menurutnya, anak-anaknya membuat pinjaman kewangan untuk membiayai perniagaan mereka.
“Anak saya bukan ‘bilionaires’ tapi mereka ada meminjam jutaan (ringgit) untuk membiayai perniagaan mereka. Mirzan menjalankan kebanyakan perniagaannya di luar Malaysia tapi dipaksa menjual perniagaan perkapalannya kepada Petronas ketika krisis kewangan.
“Petronas mendapat pulangan lumayan menjual bahagian kapal apabila ekonomi telah pulih. Polisi Petronas adalah untuk tidak menjawab soalan tapi akaun Petronas boleh diperiksa untuk mengesahkan sama ada saya bohong atau tidak. Mirza bukan jutawan,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini yang bertajuk ‘1MDB (Part 3)’.
PRK Rompin: Anak muda Felda tolak Isa Samad

Katanya, faktor kepimpinan Tan Sri Isa Samad selama empat tahun di dalam Felda menyebabkan pelbagai isu yang melanda agensi itu termasuklah kesannya kepada peneroka Felda.
"Dengan isu penyenaraian FGVH, pemecatan dua pengarah besar Felda dan beberapa dakwaan penyelewengan serta salah laku Isa Samad. Ini semua dalam tempoh 4 tahun dia di dalam Felda. Inilah kesannya," kata beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, dengan kemenangan di dua peti undi Felda Keratong 2 dan Keratong 4 juga sebagai petanda supaya kerajaan meneliti apa yang sedang berlaku di dalam Felda sama ada selepas PRU-13 lalu pun tidak berlaku anjakan dan perubahan di seluruh negara.
Apabila Pejabat PM Kata Saya Tak Tahu Adat - A Kadir Jasin
"PENYAKIT" di Rompin akan menular ke Permatang Pauh
Tabung Haji Beli Tanah 1MDB ? Kenapa Tak Tunggu Hasil Siasatan Audit dan PAC ?
KLiK blog The Benchmark SEKARANG ! Di sana ada bukti salinan kontrak penjualan tanah projek TRX oleh 1MDB kepada Tabung Haji.
Dilaporkan Tabung Haji telah beli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai. Yang pertama pada harga RM194juta @ RM2860/kaki persegi dan kedua RM578 juta @ RM3900/kaki persegi.
Tanah dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga RM60/kaki ..... BUTA punya untung 1MDB dapat dari duit Tabung Haji.
Siapa lagi yang akan beri untung BUTA kepada 1MDB selepas ini ? KWSP ? Tabung ATM ?
Duit untung buta itu pula antara lain akan digunakan untuk bayar kos faedah pinjaman 1MDB ? Hangus begitu saja ?
Bukan Saja Najib, Zahid Dan Hishammuddin Juga Berdebar Menanti Keputusan Permatang Pauh

Rompin sudah tolak GST, bagaimana Permatang Pauh???
'Keluar beramai-ramai untuk undi Kak Wan'

Beliau menyifatkan keputusan dalam PRK Rompin, Pahang boleh menjadi membakar semangat pengundi untuk menambah majoriti Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.
"Semua pengundi yang berhak melaksanakan tanggungjawab di Permatang Pauh esok mesti keluar beramai-ramai untuk undi Kak Wan. Bukan pengundi sahaja malahan ahli PAS di sini juga mesti undi Pakatan Rakyat menerusi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)," tegasnya.
Katanya, kemerosotan undi Barisan Nasional (BN) di Rompin semalam dapat memberikan inspirasi kepada pengundi menolak BN yang tidak bertanggungjawab dan menekan rakyat.
Pengundi Permatang Pauh tidak akan membiarkan Anwar Ibrahim keseorangan.. selamat mengundi
Suasana meriah di ceramah mega Pakatan

Ribuan orang menghadiri ceramah mega Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Antara penceramah malam ini ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang, Rafizi merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR.
"Saya minta keluar awal dan perhati segala pergerakan terutama pergerakan peti undi. Insya-Allah esok kita doa supaya Wan Azizah menang dengan majoriti besar daripada BN," kata Rafizi.