TERKINI :

Wednesday, May 6, 2015

Signal untuk Kerajaan Najib, majoriti merosot tanda rakyat tak puas hati..

'Majoriti merosot tanda rakyat tak puas hati'

BN perlu menangani isu-isu berbangkit khususnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya kecil Rompin kerana dilihat bakal memberi kesan jangka panjang kepada parti, menurut penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata keputusan PRK kali ini merupakan isyarat jelas daripada rakyat kepada kerajaan supaya melihat kembali beberapa isu termasuk pelaksanaan GST.

"Penurunan majoriti undi hampir 40 peratus perlu dilihat sebagai isyarat daripada rakyat untuk kerajaan melihat kembali beberapa isu secara lebih teliti sebelum PRU ke-14 supaya dapat dicari penawar untuk tidak berulang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata: "Isu yang mendatangkan impak paling besar ialah GST yang sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada negara namun berjaya diputar belitkan oleh pembangkang kerana isu ini dekat di hati rakyat."

Sehubungan itu, katanya, perkara berkenaan perlu diteliti oleh kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya lebih teratur dan sistematik selain memastikan agensi-agensi yang berkaitan menjalankan penguatkuasaan untuk mengurangkan rasa curiga dalam hati rakyat.

Isu GST sehingga kini masih menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terutama yang berpendapatan rendah walaupun penerangan telah dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi.

Namun tenyata rakyat masih belum dapat menerima pelaksanaannya yang telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga.

Mampukah Hadi kekal presiden lepas 13 tahun?

 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mengharungi pertandingan tiga penjuru dalam saingan merebut jawatan Presiden PAS, pertandingan pertama kali sejak beliau memegang jawatan itu pada 2002.
  
Ini sekaligus menjadikan pemilihan pada muktamar PAS ke-61, Jun ini akan bertambah menarik dalam edisinya bukan sahaja kepada anggota PAS bahkan pemerhati politik tanah air memandangkan sebelum ini Abdul Hadi sering diberi laluan mudah untuk menang tanpa bertanding.
  
Meskipun ada yang meramalkan bahawa Anggota Parlimen Marang itu sekali lagi bakal mendapat laluan mudah untuk terus menerajui parti bagi penggal 2015-2017, namun sehingga kini belum pun ada sebarang kenyataan rasmi daripada dua pencabarnya untuk menarik diri daripada pertandingan.
  
Selain Abdul Hadi, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak Ahmad Awang turut tercalon untuk bertanding jawatan utama parti itu.
  
Tindakan mencalonkan Husam dan Ahmad dilihat oleh penganalisis politik sebagai 'tindak balas' anggota ke atas ketidakpuasan hati mereka kepada pucuk pimpinan yang gagal menangani beberapa isu dengan baik seperti Langkah Kajang dan isu sokongan kepada pertukaran Menteri Besar Selangor yang baharu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Shuhaimi: Ucapan 'barua' khusus untuk IGP

 
Ungkapan ‘barua’ yang dinyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam ceramahnya di Permatang Pauh hanya ditujukan khusus kepada Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bukannya kepada anggota polis secara keseluruhan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafiei berkata Mohamed Azmin sering mengingatkan supaya penyokongnya tidak bermusuhan dengan anggota polis, terutama yang menjalankan tugas dengan profesional.

“Kami sedar ramai anggota keselamatan dan polis terutama peringkat bawah telah menjalankan tugas dengan dengan baik dan hanya mengikut arahan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas desakan Persatuan Pegawai Kanan Polis yang ditandatangani pengerusinya Datuk Shah Gzali Khan Shahadad hari ini.

Akhirnya puak PAS yang dok demo sokong hudud dan sokong ulama di halau penduduk..

Penduduk halau demo penyokong PAS

https://demamalaysia.files.wordpress.com/2008/08/permatang-pauh-big-map.gif
Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Pada jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata:

"Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”

Geng saraf musuh mula taburkan fitnah, terkini ialah surat Pekeliling PAS suruh undi BN..

 gila ka apa depa nie..??
buat la bagi logic sikit surat tuu...
nie sampai keluar pekeliling WAJIB UNDI BN
he he he...

Kesian Yusni Mat Piah kena fitnah lagi...
itulah.. tak ada pasal cari pasal last buat U-Turn..
sekarang orang U-Turn engkau laa pulak...

Sejauh mana Ahmad sanggup pertahan PM?

 
  Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menarik perhatian sekali lagi atas kenyataannya dalam isu harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Kenyataannya minggu lalu bercanggah dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa masuk campur dan meminta isu itu hanya diputuskan oleh Ahmad Shabery sahaja.

Najib membuat arahan itu minggu lalu secara terbuka di Twitter.
Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai teguran terbuka yang mencalar imej Ahmad.

Dari situ, timbul persoalan jika perdana menteri sudah tidak percaya lagi kepada timbalan menterinya yang mungkin paling gigih mempromosi agenda cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Keadaan ini tidak membantu Ahmad kerana beliau sememangnya menjadi sasaran kemarahan pengguna – semenjak sebelum penguatkuasaan GST lagi.

Pendedahan SB UMNO yang pernah menyelinap dalam PAS, sekarang masih ada atau tidak strategi nie?

Terima kasih atas penjelasan ini.. ini menandakan ada SB penah masuk joint PAS dan curi data2 PAS pie bagi kat UMNO....

Sekarang ini masih ada atau tidak team SB macam nie..?? Entahlah... sendiri mai fikirlah...

Tahniah BN kerana menang dalam kalah, dan PAS pula kerana kalah dalam menang.

Mohammad Agus Yusoff


KEPUTUSAN PRK ROMPIN: LOCENG UNTUK BN

Keputusan PRK Rompin menarik. Data di bawah menjelaskan hal ini.

Jumlah Pengundi (PRU 2013 53,294; PRK 2015 53,596)
Perolehan Undi Calon BN (PRU 2013 30,040; PRK 2015 23,796) – kurang 6,244 undi
Perolehan Undi Calon PAS (PRU 2013 14,926; PRK 2015 14,901) – kurang 25 undi
Majoriti Undi BN PRU (2013 15,114; PRK 2015 8,895) – kurang 6,219 undi
Peratusan keluar mengundi (PRU 2013 85.89%; PRK 2015 74%)

Dalam hampir semua menteri dan pemimpin negeri turun berkempen menjanjikan pelbagai peruntukan dan projek pembangunan, kemerosotan 41% majoriti BN ini wajar direnung.

Ini kerana pengundi Rompin yang selama ini merupakan kubu BN telah menunjukkan sikap protes mereka. Walaupun belum memberikan kemenangan kepada PAS, tetapi mereka telah membunyikan loceng awal untuk menyedarkan pemimpin BN tentang dasar pemerintahannya yang perlu diperbetulkan.

Tahniah BN kerana menang dalam kalah, dan PAS pula kerana kalah dalam menang.

PAS memang 'menang' di Rompin

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/Tuan-Ibrahim_pas_spr_600.jpg
Walaupun BN terbukti berjaya mengekalkan kerusi parlimen Rompin dengan majoriti hampir 9,000 undi semalam, PAS yang menjadi pencabar tunggal dalam pilihan raya kecil itu tetap 'menang'.

Rompin adalah kubu kuat untuk BN. Hakikat itu diakui semua pihak, termasuk Pakatan Rakyat sendiri. Keberanian dan kesungguhan PAS meletakkan ketua pemuda negerinya memang amat terpuji.

PAS sedar mereka sebenarnya mendaki gunung yang tinggi di Rompin. Justeru parti itu meletakkan anak muda, Nazri Ahmad untuk mencabar Datuk Hasan Arifin yang berpengalaman sebagai timbalan menteri besar.

Pada masa sama PAS gigih menjaja isu hudud di mana-mana, termasuk di kawasan sensitif seperti Permatang Pauh yang bakal menyaksikan satu lagi perjalanan pilihan raya kecil esok.

Memang apalah sangat yang perlu dikhuatirkan. PAS berjuang demi agama dan parti itu rela kehilangan apa saja untuk itu, waima rakan sendiri.

Selain hudud PAS berbekalkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk berjihad mendapatkan sokongan pengundi di Rompin. Permatang Pauh boleh tunggu dulu.

Kita ada ahli matematik yang muat turun 30,000 video lucah kanak-kanak - Tun M

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terpalit isu pornografi kanak-kanak menunjukkan orang Islam tidak lagi mengikuti al-Quran.

Katanya orang Islam sekarang gemar memilih-milih ayat al-Quran tanpa berfikir tentang konteks ia diturunkan, sekali gus mengubah makna dan terpesong daripada ajaran sebenar Islam.

Justeru, katanya, perkara itu menjadi sebab kenapa tiada lagi sarjana Islam terkemuka pada masa ini.

“Kita ada banyak saintis dan ahli akademik semasa era kegemilangan Islam.

“...sekarang kita ada ahli matematik yang muat turun 30,000 video lucah kanak-kanak kerana kita tidak lagi mengikuti ajaran al-Quran,” katanya dalam majlis wacana berkaitan Islam dan islamisasi di Putrajaya hari ini.

Beliau juga menyentuh soal poligami, yang menyaksikan banyak orang Islam berfikir golongan lelaki mempunyai hak beristeri ramai.

PAS akan kembali 40 tahun ke belakang ?

http://1.bp.blogspot.com/-V3IjqdG7B3E/VUR6h8G2hSI/AAAAAAAABA8/RfOSPms_2lQ/s1600/UUA%2BSAMAD.jpg
KUALA LUMPUR, 2 Mei - Puak progresif PAS mungkin akan dihapuskan dalam pemilihan parti itu yang akan datang pada bulan Jun, meninggalkan sayap ulama yang lebih dominan berbanding sebelum ini, menurut calon presiden PAS Ahmad Awang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata pemerhatiannya berdasarkan pencalonan yang diterima daripada bahagian PAS di seluruh negara, memberi amaran bahawa parti Islam akan kehilangan 40 tahun kemajuan jika sayap ulama itu mendominasi pemilihan.

"Berdasarkan pencalonan semasa daripada presiden kepada timbalannya, naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat, 90 peratus adalah mereka dari golongan ulama.

"Jika ini adalah realiti, maka PAS akan merosot, parti itu akan menetapkan kembali di mana ia adalah 40 tahun yang lalu," kata Ahmad kepada Malay Mail Online dalam satu wawancara telefon pada Isnin.

"Kiamat BN Sudah Semakin Dekat"

Shahbudin Husin,


Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Rompin sudah pun diketahui. Di luar jangkaan sama sekali, majoriti undi BN merosot dengan teruk berbanding pilihanraya umum 2013 lalu.

Jika dalam pilihanraya umum lalu, majoriti BN ialah 15,114 undi, kini angkanya makin mengecil dengan pencapaian hanya 8,895 undi saja. Keputusan ini memperlihatkan BN kehilangan hampir separuh majoritinya.

Dalam pilihanraya kecil di mana hampir semua menteri, pemimpin negeri, jentera kerajaan, peruntukan dan segala macam kelebihan lainnya dipertaruhkan untuk memikat hati rakyat, tetapi hanya kemenangan sekecil ini yang mampu dicapai, ia tidak lain adalah petanda buruk bagi UMNO dan BN.

Hakikatnya, selain Rompin memang dikenali sebagai kubu kuat BN, ia juga merupakan kawasan Parlimen di negeri yang menjadi tapak politik Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

Kalau di negeri Pahang dan dalam pilihanraya kecil pula, keputusan ini ibarat "kiamat makin dekat" bagi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ini menandakan penyokong tradisi UMNO iaitu rakyat luar bandar dan peneroka Felda sudah mulai terbuka minda mereka terhadap apa yang berlaku dalam negara. Mereka bukan lagi totok kepada UMNO dan BN.

Menang di Rompin, bukan isyarat BN boleh selesa


Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin malam tadi, tetapi dengan memperoleh kurang 6,244 pengundi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 2 tahun lalu.

Tetapi, bukan itu saja fakta yang perlu direnungi pakar strategi BN.

Pilihan raya kali ini, calon mereka Datuk Hasan Arifin berjaya memperoleh 61% undi, kira-kira 5% kurang daripada 66% yang diterima parti itu pada 2013.

Peratusan itu mungkin kelihatan kecil, kata penyelidik bebas, Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center, namun di peringkat nasional, ia menunjukkan petanda lebih besar untuk BN, khususnya Umno.

Ini kerana, Rompin kubu kuat Umno. Kawasan Parlimen yang dianggarkan seluas gabungan Negeri Sembilan dan Melaka itu, mempunyai penduduk luar bandar yang besar, majoritinya dibentuk oleh peneroka Felda.

Dan kebanyakan peneroka Felda tidak lagi dianggap pengundi Umno secara automatik, kerana pecahan di pusat pengundian di Felda menunjukkan sejumlah besar pengundi muda mengundi PAS.

Rakyat tolak BN tapi masih belum terima PR..!!

'Rakyat telah beri isyarat, BN mesti ambil berat'

 
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa pusat daerah mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Rakyat telah memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam kenyataan malam tadi, selepas pengumuman mengenai kemenangan BN dalam PRK tersebut.

Calon BN,Datuk Hasan Arifin, 62, meraih 23,796 undi, menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi. BN menang dengan majoriti 8,895 undi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaludin Jarjis. Dalam pilihan raya umum lalu, Jamaluddin mengalahkan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Ucapan Calon PAS Rompin selepas keputusan diumumkan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan semua penerus perjuangan Baginda hingga hari kiamat.

Di ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, pertamanya kepada al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, seluruh saf kepimpinan Pas Pusat serta dewan-dewan, seluruh saf kepimpinan Pas Negeri Pahang serta dewan-dewan, kepimpinan dan jentera negeri-negeri serta kawasan-kawasan pembantu, tidak lupa juga kepada petugas-petugas tempatan dan semua yang terlibat membantu Pas dalam pilihanraya kecil P091 Rompin.

Kejayaan mengurangkan majoriti BN dengan jumlah yang agak besar dalam pilihanraya kecil ini adalah kerana pertolongan Allah serta komitmen dan pengorbanan yang tinggi daripada jentera parti, samada jentera pembantu mahupun petugas tempatan.

Kedah Aman Makmur sungguh aihh sampai makan nasi berlaukkan air garam

Makan nasi berlaukkan air garam

Makan nasi berlaukkan air garam  
Farinah berusaha menghidupkan api untuk memasak.

Makan nasi berlaukkan air garam  
Sarjakhan (kiri) meninjau kediaman Shukri (gambar kecil).
 
KUALA KEDAH - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Mati, Teluk Kechai, di sini, terpaksa makan nasi berlaukkan air garam berikutan kesempitan hidup.

Shukri Che Nik, 56, berkata, dia hanya mengambil upah melakukan kerja kampung seperti mengusahakan sawah padi milik orang dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

“Bagaimanapun, pendapatan sebegini tidak cukup menampung perbelanjaan harian kami sekeluarga, memandangkan isteri, Farinah Said, 55, tidak bekerja.

"Malah, bulan ini saja sudah beberapa kali kami sekeluarga makan nasi berlaukkan garam disebabkan tiada wang untuk beli makanan. Asal kenyang itu sudah cukup," katanya.

Astaghfirullahaladzim.. Dekat Kupang, Baling pun dah ada kes 'buang bayi'....

Bayi ditinggalkan tanpa seurat benang

Bayi ditinggalkan tanpa seurat benang 
Bayi ini dijumpai di tepi longkang sebuah rumah.

BALING - Seorang ibu muda tergamak membiarkan bayi yang baharu dilahirkan kesejukan tanpa seurat benang apabila meninggalkannya di tepi longkang belakang sebuah rumah, di Kampung Parit Panjang, Kuala Pegang, Kupang, awal pagi semalam.

Bayi malang yang masih bertali pusat itu berjaya diselamatkan orang awam yang menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 2 pagi mengatakan terdapat seorang bayi baharu lahir ditinggalkan dalam keadaan tidak berpakaian dan masih bernyawa.

“Hasil siasatan awal, polis berjaya mengesan ibu kandung bayi berkenaan dan identitinya juga sudah dikenal pasti. Suspek merupakan orang tempatan berusia 20-an,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...