
Didapati memfitnah, akhbar NST diperintah mahkamah untuk membayar RM420,000 kepada naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mei, 2015.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan New Straits Times (NST) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan akhbar itu membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa kerana bersalah memfitnah beliau.
Selain ganti rugi itu, mahkamah juga mengarahkan akhbar itu membayar RM70,000 kos keseluruhan proses mahkamah kepada naib presiden PAS itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan itu di depan dua peguam NST dan peguam Husam.
NST diwakili Reshwant Singh dan Gandhi Mohan manakala Husam diwakili Md Yunos Shariff.