TERKINI :

Monday, May 4, 2015

Catatan separuh masa kempen PRK Permatang Pauh

STEVEN SIM CHEE KEONG

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah lebih seminggu. Kepanasan mula muncul, bermula pada 29 April hari ke-5 berkempen apabila lebih seribu hadir di Tapak Ekspo Seberang Jaya bagi ceramah Pakatan Rakyat. Dua hari selepas itu, lebih kurang 2,500 orang penyokong hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Taman Ciku.

Calon Parti Keadilan Rakyat ialah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ataupun lebih dikenali di kalangan pengundi dan pekerja kempen sebagai "Kak Wan". Bila rakan saya Melvin bertemu dengannya buat kali pertama terus terpanggil "Kak Wan". Apabila menyedari mungkin kurang sopan panggil begitu, Melvin pun segera perbetulkan ayat panggil, "Datuk Seri". Jawab Kak Wan ringkas, "panggil je Kak Wan".

Kak Wan miliki kepedulian yang tulen terhadap orang lain

Berkempen dengan Kak Wan seperti mana-mana kempen memanglah meletihkan sebab kena cover kawasan yang amat besar. Jadual saya bermula seawal 8 pagi sehinggalah habis mesyuarat debriefing harian yang kadang kala boleh berlanjutan sehingga 3 pagi. Namun ada suatu perasaan senang hati bila berkempen bersama Kak Wan. Mesranya bukan sekadar mesra orang politik, dia benar-benar peduli hal ehwal penduduk di sini.

Di beberapa kawasan yang kami turun bersama Kak Wan, selalunya akan terjumpa orang yang ingat lagi Kak Wan sebagai Ahli Parlimen mereka dulu; sampai ada seorang auntie umur dah 82 tahun di Kampung Bukit Merah bila kami ke rumahnya dia berkata, "saya tau Kak Wan, dia selalui mai tengok kami". Tak kiralah Melayu, Cina, India ramai orang dari Sama Gagah hinggalah ke Guar Perahu, pada mereka Kak Wan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam kenalan lama. Ada seorang pekedai di pekan Kubang Semang bila Kak Wan ke kedainya, mereka terus macam kawan lama, "ayah saya kawan lama Kak Wan".

Hj Hadi sedang bawa kita ke lubang ular yang sama....

Sejak dulu lagi aku dan beberapa bloggers saperti  Greenboc , Tulang Besi dan lain-lain dedahkan yang Presiden PAS, Hj Hadi ni memang dah tak boleh pakai kerana hala tuju PAS yang cuba dibawanya adalah membawa masuk kedalam lubang ular yg sama untuk dipatuk sekali lagi!

Kenyataan Hj Hadi di Singapura kali ini jelas menunjukan sikapnya yang amat tergila-gilakan mahu bersama dengan Umno.

Tapi ada yang tuduh bahawa gabungan Umno-PAS itu mengarut. Memanglah mengarut kalau bergabung dengan bermaksud PAS dibubar lalu diserap masuk kedalam Umno. Bukan begitu maksudnya...

Tapi adalah dengan bekerjasama sebagaimana orang Seberang Takir ni terangkan .....

Anak almarhum Ust Fadzil Mohd Nor, mantan Presiden PAS, Faiz Fadzil menulis difesbooknya:

Belum habis bincang isu UG yg didakwa diilhamkn oleh tg pres..dilaporkan pula bahawa ketua penerangan dewan ulama pas (us khairudin at-takiri) pula menyarankn agar pas sabah berdamai dgn umno kerana byk manfaat blh diperolehi..

Oh us: lupakh yg us berijtihad yg gst tu haram sdgkn gst tu ciptaan umno..lets walk the talk..jgn lps ni ada pula org kata boleh makan hasil duit no ekor asalkan jgn main no ekor..

Nak tanya us la: apa faedah damai & kerjasama dgn umno..sy tak tahu sbb arwah us fadzil noor tak pesan pula perkara ni..yg dia sebut umno ni tak boleh percaya adala..

Oh us: sy pilih utk kerjasama dgn pkr & dap kerna mereka berkongsi prinsip yg disarankn islam: keadilan, bersih rasuah & penyelewengan, good governance & berkebajikan..rasanya tak ada semua tu kat umno..

Takkan kerna isu hudud, gelap terus mata kita melihat kemungkaran & kezaliman di hadapan mata..jadi sy pegang pd konsep ikhtiyar akhaff addhararain..

  Mengenai kenyataan Hj Hadi di Singapura pula, Faiz Fadzil melalui status difesbooknya menulis berikut =>

Membaca laporan akhbar singapore dlm interview dgn pres pas tuan guru abdul hadi awang..ak tidak terkejut bilamana beliau mengatakan kerajaan perpaduan (ug) perlu dibentuk segera bagi mengembalikan kestabilan politik..

oh mr pres: ketidakstabilan politik wujud bila party pemerintah mula lemah..pengundi cina/india sudah berpihak kpd dap..pengundi melayu pula kepada pkr & pas..ketiga-tiga party mendapat manfaat pakatan ini apabila rakyat semua kaum mengundi mana-mana party pakatan..

oh mr pres: jika terbentuk ug..bila pula suara rakyat yg dizalimi, ditindas & ditekan blh didengar..sedar tak yg rakyat mula bangkit skrg hasil usaha perjuangan pas..

dulu pas berjuang dgn rakyat bg menentang umno..skrg pas tidak kesorgn lg..pas bersama pkr dap n rakyat menuju putrajaya bagi menggantikan umno bn..

oh mr pres: lupakan la hajat ug..balikla kpd rakyat..pas adalah hero rakyat..bersama pakatan kita kembalikn kestabilan politik, keadilan undang undang, perpaduan kaum & social & kemajuan ekonomi..

laporan akhbar singapore: Menyelamatkn kestabilan politik negara bermaksud menyelamatkan kestabilan politik umno yg semakin lemah dek asakan pakatan & rakyat..

kestabilan politik umno bermaksud najip terus bertakhta..sdgkn 1malaysia sedar pentadbiran najib zalim dgn gst & seleweng duit rakyat dgn 1mdb..

jika najib step down ia adalah kejayaan rakyat..umno bn akn jd semakin lemah kerna party akan berpecah..

najib tiada pilihan lalu melambung isu hudud..pemimpin pas keliru lalu menyambutnya sdgkn ia tidak boleh dilaksanakn dek kekangan undang-undang & lack of facilities & funds..

takkn pas harapkn pentadbiran najib utk laksana hudud sdgkn najib diam seribu bahasa, malahan najib tak akan menggadaikn bn's political survival di borneo setelah bn umum tolak hudud..

Duhai MSU PAS: ana ada locus sbg ajk pas n utk kemuka isu ini kpd anta utk klrkn fatwa: antara isu hudud yg ditipu najib & isu ekonomi yg menzalimi rakyat; mana take priority (awlawiyat)? Fatwamu ana damba sblm rakyat memfatwakn anta..

Al husyein..

Solidariti bersama PM, ketua Umno dapat RM500,000?

KUALA LUMPUR: Satu lagi majlis solidariti dengan Perdana Menteri akan diadakan pada 11 Mei ini, ujar Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya hari ini, beliau difahamkan majlis itu oleh sumber-sumber Umno.

Menurutnya, sumber-sumber itu mendakwa di majlis itu, Najib akan memberi peruntukan khas RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat.

"Kalau betul, kita perlu pastikan sama ada peruntukan itu daripada sumber kerajaan, parti atau tajaan pihak-pihak tertentu.

"Kalau ia daripada Perbendaharaan, kita perlu pastikan sama ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan duit negara diberikan kepada atau disalurkan melalui Ketua Umno Bahagian," tulisnya lagi.

Baca lagi

'Diam bukan satu pilihan untuk kita'

 
  ULASAN Pemandangan di mana anak-anak muda digari dan dirantai, memberi kesan yang mendalam terhadap ramai di antara kita yang melihat mereka dalam keadaan begitu.

Saya masih ingat ketika cuba untuk menenangkan mereka dengan berkata bahawa saya juga pernah ditangkap. Tetapi bunyinya seolah-olah kosong.

Saya mempunyai pasukan peguam dan rakan-rakan di sisi saya. Saya tidak digari dan dirantai. Mereka sendirian, dan saya tidak akan lupa akan bayangan rasa takut di mata mereka.

Peguam kemudiannya tampil untuk membantu mereka. Tetapi bagaimana keadaannya jika kita tidak ada di sana?

Hebat sangatkah PAS sampai nak berjuang sendiri dan tak mau berpakat dah nie..???

Mat Sabu FC

http://2.bp.blogspot.com/-96QSt0WJa8U/U-wTAdDQOpI/AAAAAAAATdw/kgC23OyCLlk/s1600/pas%2Bkeluar%2Bpakatan.jpg

"Almarhum Tok Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan, sewaktu PAS berpakat dengan Parti Semangat 46 mengalahkan UMNO/BN di Kelantan. Tuan Guru Haji Hadi juga menjadi MB Terengganu sewaktu PAS berpakat dengan Parti Keadilan serta DAP.

Pakatan Pembangkang yang dikenali dengan BA pada pilihanraya 1999, juga berjaya menjadikan almarhum Us Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Pada PRU 2008, Pakatan Parti Pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP telah berjaya menawan 4 Negeri, dengan dua MB daripada PAS, satu DAP dan PKR.

Pada tahun 1974, apabila PAS bergabung dengan UMNO dalam BN, MB Kelantan juga dari PAS, iaitu Dato' Asri Hj Muda. Dan ramai lagi pimpinan PAS pada masa tu dapat merasai nikmat berada dalam Kerajaan.

1959 menyaksikan pilihanraya pertama selepas Merdeka, menyaksikan kekuatan PAS kerana bersama dengan Parti Negara pimpinan Dato' Onn."

Kesimpulannya Pas tak boleh bersendirian.....

- dalam perjalanan ke Ipd Dang Wangi. Isu demo Gst 1 mei-

Bekas Tim Menteri: Pakatan Rakyat harapan cerah ambil alih Putrajaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

pakatan rakyat putrajaya naeem
PERMATANG PAUH, 4 MEI: Dengan perubahan senario politik negara masa kini, Pakatan Rakyat (PR) mampu mengambil alih Putrajaya dan menjadi kerajaan pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional (BN).

Bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata PR berkemampuan untuk itu berikutan ketika ini memainkan peranan utama selaku pembangkang kuat serta menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen.

pakatan rakyat putrajaya naeemKatanya, senario perubahan juga berlaku kepada tamadun dunia seperti mana berpandukan perubahan kuasa dunia pada masa dahulu sehingga kini.

“Tamadun akan datang persekitarannya di Lautan Pasifik terletaknya China, Jepun, Korea, Australia termasuk negara kita, Malaysia.

“Serupa juga dengan parti politik, dulu kita ada Perikatan sebagai kerajaan masa lalu, sekarang di bawah BN (kerajaan ketika ini) yang mana mulai 2004 merosot hingga hilang majoriti hingga 2013.

PRK Rompin & Permatang Pauh : Bilakah strategi kempen hendak berubah?

Mohammad Agus Yusoff

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/manifesto%20bn3.jpg

Setiap kali pilihan raya kecil diadakan, kita akan lihat beberapa gelagat ahli politik. Antaranya ialah menoreh getah, mesin rumput, naik motosikal, duduk bersila, membeli ikan di pasar dan lainnya.

Tidak tahulah gelagat ini semula jadi atau lakonan? Tetapi bagi saya, gelagat ini dibuat-buat.

Selain itu, pemimpin juga turun berkempen dengan pelbagai janji projek. Ada yang mengugut untuk tidak meluluskan projek jika menyokong parti lawan. Tidak cukup dengan itu, kempen kutuk mengutuk dan mengeji peribadi lawan menjadi tabiat.

Begitu juga dengan media, galak melaporkan penyokong parti lawan keluar parti. Jika dihitung dari laporan yang disiarkan, sudah 10 ribu penyokong yang keluar parti. Aduh!

Bagi saya, strategi kempen sebegini adalah taktik lama. Sepatutnya setiap parti meletakkan calon di hadapan--supaya calon boleh mengketengahkan ideanya dan menonjolkan kebolehannya.

Ini penting untuk mengelakkan wakil rakyat di parlimen dari sekadar menepuk meja dan diam di sidang.

Facebooker golongan dikatakan sokong ulamak sedang memfitnah Ketua Pemuda PAS

 

DHPP Kedah masih tak sokong hudud buat masa ini..!

Isu hudud: DHPP Kedah ambil sikap berkecuali

ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mengambil sikap berkecuali dalam isu hudud buat masa ini di samping mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum menyatakan pendiriannya, berikutan isu ini masih menyebabkan Pas-PKR-DAP berperang mulut sehingga kini.

Pengerusinya, Tan Weng Fatt berkata, biarpun menjadi sebahagian daripada PR, namun pihaknya enggan terburu-buru membuat pendirian kerana tidak memperoleh maklumat terperinci berkaitan enakmen terbabit.

“Kita akan tunggu selepas Muktamar Tahunan Pas yang berlangsung Jun depan, untuk lihat perkembangan terbaharu dalam parti itu termasuk isu berkenaan. Kemungkinan selepas itu, pemimpin parti itu akan membuat satu rumusan baharu,” katanya.

Menurutnya, ahlinya yang kini mencecah 6,000 orang sejak diwujudkan 2008, tidak berada dalam dilema gara-gara pertikaman lidah antara tiga rakan pakatan itu, kerana mereka tidak terikat pada mana-mana parti.

“Ahli DHPP terdiri daripada masyarakat Cina, India dan Siam, tidak boleh menganggotai mana-mana parti sama ada PKR atau DAP, bermakna mereka hanya ahli DHPP. Buat masa ini eloklah kami ambil sikap berkecuali,” katanya.

Weng Fatt berkata, dalam Pas sendiri, seolah-olah wujud dua kelompok, di mana satu pihak menyokong penuh pelaksanaan hudud, manakala satu pihak lagi masih berbelah bahagi.

“Jika dalam Pas sendiri, isu itu belum dianggap selesai, eloklah kami tunggu perkembangan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, secara umumnya bukan Islam menolak pelaksanaan hudud, namun kebanyakan mereka masih tidak mendapat maklumat tepat dan terperinci berhubung enakmen itu.

“Kita tidak perlu tergesa-gesa dalam perkara ini, biarlah muktamar berakhir terlebih dahulu dan pimpinan tertinggi akan berbincang semula isu ini,” katanya.

Isu hudud dilihat semakin melarat hingga menjejaskan kesepakatan PR dalam PRK Permatang Pauh sebelum ini, apabila Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak AMK Pulau Pinang meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan biadab dan memfitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua bulan lalu; selain kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang mencetuskan kontroversi, bahawa haram mengundi calon yang menolak hudud, 22 April lalu.

Ahmad Lebai Sudin terus 'asak' Mukhriz untuk nyatakan pendirian..!

Mukhriz diminta kotakan janji, nyatakan pendirian

ALOR SETAR - Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin tetap berpendirian mahu Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan menteri besar jika tidak menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Mukhriz perlu mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini, di mana beliau menyatakan kesediaan untuk memberi maklum balas berhubung perkara itu yang sebelum ini dijadualkan diadakan 24 April lalu.

“Sidang media itu sudah dibatalkan dan hingga kini Mukhriz belum buat sebarang pendirian.

"Mana boleh terus pegang jawatan jika seseorang itu tidak sokong majikan atau ketua. Situasinya mudah, jangan sukarkan,” katanya.

Ahmad yang sebelum ini menggesa Mukhriz melepaskan jawatannya itu sejurus perjumpaan bersama sebahagian pemimpin Umno Kedah, 12 April lalu.

Beliau turut kecewa dengan sikap Mukhriz yang seolah-olah bermain tarik tali dan enggan membuat kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Najib.

“Pendirian saya tak berubah, walaupun selepas Umno Kedah buat ketetapan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti. Pada masa sama, menyokong kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi Umno Kedah serta menghormati pendirian bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Menurutnya, beliau bersikap berkecuali dalam keputusan yang dibuat pada 18 April itu kerana berada di luar negara selain tidak pernah menyatakan persetujuan.

“Hanya Umno Kedah dan sayap parti buat keputusan sokong kepimpinan Najib dan menghormati Mahathir, di mana Mukhriz masih ambil sikap berdiam diri dan berkecuali. Ini tindakan play safe dalam politik,” katanya.

Menurutnya, Mukhriz wajar berpegang pada janji dan tidak perlu terpengaruh dengan pandangan yang menyarankan beliau tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai kain rentang tertera ‘Kami hilang kepercayaan kepada Adun Bukit Lada, Eloklah lepaskan jawatan Adun’, yang dipasang pihak tertentu di Pekan Pokok Sena, Ahmad sebaliknya menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang cerdik.

“Jika saya lepaskan jawatan (Adun), nanti perlu diadakan PRK. Di Kedah, BN bukan menang besar pun, tipis sahaja. Jika beberapa Adun letak jawatan, tidak mustahil BN boleh hilang kerajaan di Kedah,” katanya.

Menurutnya, tiada keperluan untuk beliau melepaskan jawatannya itu berbanding desakan terhadap Mukhriz.

“Ia dua situasi berbeza. Desakan mahu Mukhriz lepaskan jawatan tidak memberi kesan kepada negeri kerana lantikan dibuat perdana menteri, berbeza dengan jawatan Adun yang perlu diadakan PRK,” katanya.

Umno Kedah berjaya merampas negeri ini selepas sepenggal ditadbir PR, dengan memenangi 10 daripada 15 kerusi Parlimen dan 21 daripada 36 kerusi Dun pada PRU13, berbanding empat kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun pada PRU 2008.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...