Royal Belum  
Permata Gerik ini menyimpan segala khazanah alam flora dan fauna.

GERIK, satu daerah di Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai khazanah yang mungkin sampai ke hari ini tidak pernah terusik.

Begitulah Royal Belum yang menjadi ‘permata’ Gerik , selain khazanah alam  flora dan fauna, Royal Belum juga ‘menyimpan’ masyarakat yang mungkin sehingga kini tidak pernah terdedah ke dalam dunia moden.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, 33, berkata, satu ketika dahulu Royal Belum didiami oleh orang Melayu dan masyarakat asli, namun setelah empangan dibuat, kerajaan menggesa agar penduduk di kawasan itu untuk berpindah.

“Sebahagian Temengor tenggelam, Royal Belum tidak tenggelam, jadi ‘perkampungan’ Royal Belum di tinggal sehingga ratusan tahun.

“Di perkampungan itu, ada ladang buah-buahan, mereka juga menternak haiwan, bayangkan peninggalan mereka itu telah menyebabkan ‘hasil’ menjadi luar biasa.