TERKINI :

Saturday, May 2, 2015

Bodyguard Ustaz Ahmad Awang menjawab fitnah keatas ustaz

Dulu musuh diluar
Kini musuh pun dah ada di dalam
Pas oh Pas.....

Dengan tokey topup pun dah flip flop keputusannya....

Tangguh harga topup bukti kecelaruan kerajaan
FATHIN ATHIRAH HASLI

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan yang menangguhkan penjualan harga asal kad tambah nilai prabayar membuktikan kecelaruan kerajaan dalam menangani sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengurusan kerajaan yang tidak mengecualikan cukai tersebut ke atas syarikat telco menyebabkan berlakunya kecelaruan tersebut.

“Kita dapat lihat dengan jelas percanggahan yang berlaku. Tempoh hari kata (kad tambah nilai prabayar) dikenakan GST, lepas itu mereka kata tidak kena GST pula.

“Tindakan kerajaan yang mengumumkan kad tambah nilai dijual dengan tambahan GST, kemudian mengumumkan harga kad tersebut dijual dengan harga asal dan kini menangguhkan pula langkah tersebut memperlihatkan kecelaruan dasar kerajaan dalam melaksanakan GST,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pada kelmarin bahawa ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa kajian mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Nik Nazmi berkata, penangguhan tersebut turut memaksudkan bahawa kerajaan sendiri tidak bersedia dengan kesan atau impak pelaksanaan cukai tersebut.

“Bila kerajaan buat dasar, kerajaan tidak buat dasar yang menggariskan bahawa syarikat telco tidak aka dikenakan GST.

“Kerajaan sudah tersalah pandang dan akhirnya rakyat juga yang menderita dengan pelaksanaan cukai ini,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, dengan penangguhan tersebut, beban rakyat yang terpaksa menanggung cukai tambahan setiap kali membeli kad tambah nilai akan berterusan.

“Yang banyak pakai prabayar merupakan golongan pelajar dan majoritinya adalah merupakan rakyat yang mempunyai pendapatan tidak tetap,” jelasnya lagi.

Oleh itu beliau menyarankan kerajaan supaya membatalkan penangguhan terhadap harga jualan kad tambah nilai prabayar yang diumumkan.

Polis tangkap Rafizi berkaitan protes anti-GST

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap hari ini selepas menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas dipanggil oleh pihak polis.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan haram, demikian catatan Facebook Rafizi.

Sementara itu, polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan lebih lama daripada 24 jam yang dibenarkan oleh undang-undang.

Pendengaran permohonan reman itu diadakan di pusat tahanan polis Jinjang di mana majistret mengarahkan pihak polis membebaskan segera Ambiga, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke dan setiausaha agung PSM Arutchelvan.

Loke dan Arutchelvan ditahan semalaman di pusat tahanan tersebut manakala Ambiga telah ditahan semalaman di ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

Mereka ditangkap malam tadi berkaitan perhimpunan anti-GST.

Sekumpulan peguam memasuki pusat tahanan di sekitar jam 11.10 pagi bagi pendengaran itu manakala Ambiga tiba dalam van polis pada kira-kira jam 11.50 pagi.

Beliau kelihatan bersemangat sambil tersenyum dan melambai kepada pihak media sewaktu kenderaan itu memasuki pusat tahanan tersebut.

Juga dilihat di dalam kenderaan itu adalah ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli yang menyerah diri awal hari ini, atas permintaan polis. Beliau juga dibebaskan kemudiannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang ditangkap selepas menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas dipanggil oleh pihak polis.

GST tidak akan berlaku jika kerajaan BN tidak berbelanja boros

Kenapa saya mempertikaikan keperluan untuk kerajaan menambah hasil pendapatan negara menerusi percukaian GST?

Jawapannnya ialah kerana saya meragui cara Kerajaan membelanjakan hasil pendapatan itu. Cara berbelanja Kerajaan saban tahun akan menjadikan negara sentiasa tidak berkecukupan hasil meskipun diberikan sebuah lembah emas sekalipun.

Ia sepertimana ibarat sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

{ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى إلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ كَانَ لَهُ وَادِيَانِ لَابْتَغَى لَهُمَا ثَالِثًا ، وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إلَّا التُّرَابُ

“Sekiranya anak Adam mempunyai satu lembah penuh harta tentulah dia mahukan satu lembah lagi. Kalau dia mempunyai dua lembah tentu dia mahukan yang ketiga. Dan tidak boleh memenuhi mulut anak Adam melainkan tanah (maksudnya mati).” (Hadis disepakati Bukhari dan Muslim)

Saya senaraikan satu contoh dahulu iaitu Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 berdasarkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 sebagaimana berikut:

(i) Kerajaan membentangkan bajet perbelanjaan untuk 2012 ialah sebanyak RM232.8 bilion dengan perbelanjaan mengurus ialah RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan ialah RM51.2 bilion. Sementara jangkaan kutipan hasil pula ialah RM186.9 bilion. Ertinya belanjawan telah defisit sebanyak RM46 bilion.

(ii) Hasil sebenar negara ialah RM207 bilion iaitu meningkat sebanyak RM21 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion. Ertinya dengan peningkatan hasil itu defisit belanjawan sepatutnya boleh berkurang kepada RM25 bilion sahaja. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya dalam perbelanjaan negara?

(iii) Perbelanjaan sebenar negara 2012 ialah RM254 bilion iaitu lari sebanyak RM21 bilion daripada anggaran asal iaitu RM232.8 bilion. Dengan hasil meningkat sebanyak RM20 bilion kepada RM207 bilion daripada jangkaan asal RM186.9 bilion, negara tetap mencatatkan defisit perbelanjaan yang besar iaitu RM47 bilion. Sedangkan defisit ketika pembentangan bajet ialah RM46 bilion.

Ringkasannya:

(a)    Bajet 2012: RM232 bilion
(b)    Anggaran Hasil: RM186 bilion
(c)    Defisit Bajet 2012: RM46 bilion
(d)    Perbelanjaan Sebenar: RM254 bilion
(e)    Hasil Sebenar: RM207 bilion
(f)    Peningkatan Hasil: RM21 bilion
(g)    Defisit Perbelanjaan 2012: RM47 bilion.

Kesimpulannya, peningkatan hasil negara tidak menjadikan negara mempunyai lebihan kewangan. Perbelanjaan Kerajaan tetap defisit. Semuanya angkara cara berbelanja.

Bagaimana negara mendapat hasil pada tahun 2012? Sumbernya adalah seperti berikut:

(i)  Cukai Langsung sebanyak RM116 bilion (56%). Tiga yang utama daripada cukai langsung ini ialah cukai pendapatan individu, syarikat dan petroleum. Pecahannya ialah RM54.bilion daripada cukai syarikat, RM32 bilion daripada cukai petroleum dan RM22 bilion daripada individu.

(ii) Cukai Tidak Langsung RM35 bilion (17%). Ia merangkumi duti import, eksport, eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Cukai jualan dan perkhidmatan menyumbang sebanyak RM15 bilion.

(iii) Terimaan lain RM56 bilion (27%). Antaranya ialah royalti petroleum.

Hasil negara jika ditolak cukai SST telah menyumbang sebanyak RM191 bilion iaitu menerusi hasil cukai langsung RM116 bilion, cukai tidak langsung RM19 bilion dan terimaan lain RM56 bilion.

Kerajaan berhasrat meningkatkan hasil dengan cukai GST sedangkan negara sebenarnya bukan bermasalah untuk mendapatkan hasil. Tetapi masalah besar Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN ialah pada membelanjakan hasil.

Oleh itu, adakah cukai GST masih diperlukan? Tidak sama sekali!

Sekian.

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan DUPP

Mukhriz gagal uruskan pendidikan agama di Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terbukti mengkhianati institusi pendidikan Islam, bahkan seolah-olah memusuhi tempat untuk melahirkan ulama, apabila terbaru mengarahkan pula pembekuan segala aktiviti untuk Sekolah-sekolah Agama Negeri serta peruntukan.

Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, semasa awal mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah, Mukhriz telah menghentikan projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi.

"Beliau juga bertindak keterlaluan dengan cuba 'menutup' Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil apabila mengarahkan pelajar dan kakitangan kembali ke Kampus Alor Setar di Mergong.

"Malah, rangkaian Maktab Mahmud yang menjadi kebanggaan negeri Kedah telah diserahkan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan kegagalannya mengurus institusi-institusi yang sinonim dengan negeri Kedah ini.

"Pentadbiran Mukhriz turut gagal menguruskan institusi agama yang lain termasuk masjid, apabila sehingga Mac 2015 terdapat 158 kekosongan jawatan Imam, 318 Bilal dan 226 Siak daripada 568 Masjid seluruh negeri Kedah," ujarnya.

Sedangkan katanya, ketika sama Mukhriz terus berangan-angan dengan projek mega kononnya untuk dibawa ke Kedah, namun sehingga kini setelah lebih dua tahun, beliau hanya mengharap sahaja dari Kerajaan Persekutuan.

Menurut Ustaz Mohd Azam, MTSD semasa di bawah kepimpinan mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telahpun meluluskan RM3 juta pada Sidang Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri untuk pembinaan Fasa Pertama bangunan tetap MTSD.

Sekaligus katanya, Almarhum telah meletakkan pandangan futuristiknya terhadap masa depan pulau terpencil itu dan cuba meletakkan cahaya al-Quran dipulau yang tiada bekalan elektrik itu, selain menjana tarikan pelaburan dan pelancongan masa depan.

Almarhum menurutnya, melakar satu perubahan yang lengkap dicita-cita dan dilaksanakannya meliputi pembangunan serentak infrastruktur dan insan.

"Malah, MTSD yang diilhamkan oleh Ustaz Azizan di mana beliau sendiri yang meletakkan standard kriteria pengambilan pelajar, penetapan kurikulum, sistem pembelajaran dan pemilihan tenaga pendidik.

"MTSD telah membuktikan pencapaian cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 lalu apabila daripada 50 pelajar yang merupakan kumpulan pertama pengambilan MTSD, seramai 14 pelajar mendapat A untuk semua 11 mata pelajaran, manakala selebihnya memperoleh pencapaian minimum sehingga 8A.

"Begitu juga hasrat Almarhum menjadikan KUIN sebagai Pusat Pengajian Islam terkemuka di rantau ini dengan status universiti penuh, telah diusahakannya dengan bersungguh-sungguh apabila berjaya menyiapkan prasarana kampus tetap di Kuala Ketil.

"Almarhum juga berjaya menambah bidang pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta tawaran 44 kursus pengajian selain menarik masuk tenaga pengajar berkelayakan," ujarnya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Menurut beliau, sepatutnya usaha murni itu diteruskan dan menjadi sesuatu perolehan membanggakan untuk negeri Kedah, malangnya di bawah kepimpinan Mukhriz semua hasrat tersebut seakan-akan hancur.

Ketika sama katanya, Mukhriz sibuk dengan penampilan kosmetik dan 'extravaganza' antaranya menganjurkan Majlis Salawat dengan cara yang membazir di mana membelanjakan sehingga hampir RM700,000 untuk program hanya sehari. – HARAKAHDAILY 1/4/2015





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...