TERKINI :

Friday, May 1, 2015

Macam nie punya manusia RTM & Berita Harian kata tak dapat sambutan

Merah hitam serang Kuala Lumpur, bantah GST

 CUPLIKAN                                                                                                       

Walaupun demo menentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di ibu kota Kuala Lumpur hari ini tanpa dihadiri Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, namun puluhan ribu rakyat yang membantah dengan pelaksanaan cukai berkenaan keluar melepaskan perasaan.

Sebelum ini Tengku Razaleigh dilaporkan berkata "sedia" untuk hadir sama begitu dengan Dr Mahathir Mohamad. Kesediaan Tengku Razaleigh dan Mahathir itu berdasarkan penentangan mereka kepada pelaksanaan cukai berkenaan.

Tengku Razalieg minta agar GST ditangguhkan manakala Mahathir pula berpendapat BN akan kalah sekiranya cukai berkenaan dilaksanakan. Bekas PM itu juga diundang dari jauh agar datang belajar berdemon petang ini.

Rompin - BN rasuah politik 'BAJU RELA'

Rela terima uniform baru jika BN menang Rompin, kata Zahid Hamidi

 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu Rela diberikan kepada setiap anggota mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mei, 2015.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu Rela diberikan kepada setiap anggota mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mei, 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjanjikan sepasang uniform baharu kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rompin, Pahang sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin memenangi kerusi Parlimen Rompin.

Zahid ketika berucap dalam program Bakti Rela, di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Rompin di sini berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu jabatan berkenaan diberikan kepada setiap anggota mereka.

"Ini bukan janji pilihan raya, ini ikhlas...maknanya, menangkan BN, dalam masa 60 hari, uniform itu akan diserahkan pada anak buah saya ini.

"Ini bukan janji, ini betul-betul, bukan cubaan," katanya, meniru gaya filem terkinal lakonan seniman agung tanah air, Tan Sri P Ramlee, dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

Zahid berkata, beliau sudah pun menulis surat kepada semua ahli Parlimen untuk memberikan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada pertubuhan Rela di kawasan mereka.

Demo #bantahGST : 20 orang ditahan polis, kata peguam

Seramai 20 orang ditahan susulan perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara hari ini.

Peguam hak asasi manusia Michelle Yesudas berkata mereka ditahan di sekitar bangunan KLCC selepas tamat perhimpunan lewat petang ini dan dibawa ke ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur.

Empat daripada mereka anggota Pemuda PKR (AMK) daripada Kelantan dan yang lain belum dikenal pasti, katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi Malaysiakini berkata masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada tangkapan ketika perhimpunan berlangsung.

Dakwa terabai, Umno cawangan di PP dibubar

Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.

Bekas ketua Umno cawangan itu, Asri Ahmad berkata, semenjak 2006, cawangan Guar Jering Jering Jaya sering diabaikan oleh Umno kawasan Permatang Pauh.

Asri mendakwa, Umno cawangan itu sering diabaikan tanpa sebarang kebajikan dan peruntukan yang diberikan oleh Umno kawasan mahupun negeri.

"Hari ini saya bersama rakan-rakan ahli cawangan saya turun ke Pusat Khidmat PKR atas dasar kami dah hilang kepercayaan kepada Umno Permatang Pauh dan juga kepimpinan pusat sendiri.

"Dah lama kami diabaikan sejak cawangan kami ditubuhkan pada 2006. Ini mungkin satu rahmat pada kami. Ini janji kosong BN.

Gelombang merah anti-GST banjiri KL

 
GALERI FOTO

Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:

Gambar Demo #batalGST segar dari lapangan...

Gambar sumbangan sahabat yg diambil di fb...terima kasih semua kerana berkongsi bersama rakyat jelata...

“Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,”

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

“Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

Katanya, Najib tidak boleh berbohong kepada Mahathir berhubung penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu mentadbir.

Dikatakan kartunis Charlie Hebdo sudah insaf...!

Kartunis Charlie Hebdo insaf

PARIS - PERANCIS. Kartunis majalah satira Perancis, Charlie Hebdo memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan menghasilkan karikatur yang mempersendakan Rasulullah.

"Saya tidak akan menghabiskan seumur hidup saya untuk melukis karikatur Nabi Muhammad SAW," katanya menerusi wawancara bersama majalah Les Inrockuptibles yang diterbitkan.

Kenyataan itu dikeluarkan Luz kira-kira tiga bulan selepas insiden serangan berdarah ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo yang turut meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa.  - AFP





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...