Esscom
KOTA KINABALU - Fasa 18 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, akan dilanjut mulai 2 Mei hingga 17 Mei dari jam 7 malam hingga 5 pagi.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga titik garisan yang ditetapkan dilanjutkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.
 
"(Pelanjutan perintah berkurung ini juga) ialah bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau pergerakkan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api," katanya dalam satu kenyataan.