TERKINI :

Wednesday, April 29, 2015

Ahmad Maslan suruh Asri, Agus dan Tun M pie belajaq dulu bab GST sebelum kata dia bodoh

'Belajar dulu sebelum kata saya bodoh'

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

Beliau menafikan laporan berita AstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.

Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.

"Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.

"Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.

"(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya," kata Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut mengenai GST sebelum memanggilnya "bodoh".

Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.

"Saya berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.

“Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.

"Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

“Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu," kata Ahmad lagi.

Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.

Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.

Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu.

Umno Pagoh sokong PM tapi tuntut penjelasan

 
Di sebalik sokongan padu Umno Pagoh kepada ketua bahagian itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk "membantu" Datuk Seri Najib Razak, mereka berpendapat tanggungjawab perdana menteri menjelaskan isu semasa tetap tidak terlepas.

Timbalan Ketua Umno Pagoh, Ismail Mohamed berkata, tiada sebarang masalah untuk mereka member dukungan kepada Muhyiddin dan Najib membangunkan modal insan dan negara.

“Saya sentiasa menyokong TPM (Muhyiddin) membantu PM,” katanya menerusi Whatsapp kepada Malaysiakini.

Namun kata Ismail, Najib tetap perlu harus menjelaskan beberapa isu dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum tanda tanya yang timbul tidak berpanjangan.

Malam tadi, Najib berkata, beliau akan terus istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama Muhyiddin dan jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Sebelum ini sesetengah pihak menganggap Muhyiddin tidak sehaluan dengan Najib ekoran kritikan dibuat Dr Mahathir.

Adakah PAS dibadai krisis AKHLAK sehingga boleh mempertahan Ulamak dengan CACI NISTA dan LABEL-MELABEL?

Birgivi: Rendah Akhlaq Kerana Rendah Fikiran

birgivikabir

Abad ke-16 adalah abad cemerlang untuk Dawlah Uthmaniyyah. Banyak aspek ketamadunan yang mencapai ketinggian, mencapainya pada abad itu. Sultannya Suleyman al-Qanuni (Suleyman the Magnificent). Sheikh al-Islam pula Ebussuud Efendi. Senibina pula, pakarnya ialah Mimar Sinan. Ilmu pengetahuannya adalah Taşküprülüzâde. Demikian jugalah perihalnya dengan Barbaros Hayrettin Paşa (Khairuddin Barbarossa) dan tokoh-tokoh yang lain.

Tetapi Imam Birgivi khuatir dengan kemerosotan akhlaq.

Akhlaq bukan sekadar hal peribadi.

Akhlaq, seperibadi mana pun ia, mempunyai hubungan unik dengan kondisi ummah. Benda kecil yang membentuk benda besar. Kalau tidak, masakan Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam mengaitkan bersahur lewat dan berbuka awal, dengan baiknya keadaan ummah. Maka, dari kacamata Islam, akhlaq bukan eksklusif hak peribadi.

Imam Birgivi memperuntukkan bab yang sangat besar pada membicarakan tentang taqwa. Dan meletakkan di bahagian-bahagian awal mengenai taqwa, perbahasan tentang akhlaq.

Permatang Pauh : GST hanya untuk menjahanamkan peniagaan ORANG CINA sahaja..!!

GST UNTUK JAHANAMKAN PERNIAGAAN ORANG CINA.


Peraih undi BN di Permatang Pauh beraka kepada orang orang melayu bahawa GST di wujudkan untuk menjahanamkan perniagaan orang orang cina kerana GST hanya di kenakan kepada peniaga yang jualan mereka melebihi RM500 ribu setahun.

Kata peraih undi ini dengan adanya GST peniaga melayu yang tidak sampai RM500ribu tidak akan mengenakan GST kepada pembeli dan orang ramai akan beralih membeli barang keperluan dari kedai cina kepada kedai kedai melayu.

Hakikatnya peniaga peniaga melayu yang tidak mengenakan GST ini lebih menanggung sengsara apabila mereka tidak boleh mengenakan GST kepada pengguna sedangkan barang barang yang mereka beli dari pemborong di kenakan GST.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Selamat berkhidmat di PRK Permatang Pauh

Harapan PAS Pusat


Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno-BN terus tewas di Permatang Pauh.

Semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip, dan pada masa yang sama bersikap anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti yang telah dibentuk sekian lama dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah (taat pada perkara yang tidak dipersetujui).

Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamal dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya – dan tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat ini di saat yang sukar.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada Umno-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian.

Dr M: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?

 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fkir ada yang fakta. Itu jadi masalah.

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.

Umno halang Ahmad Maslan cakap isu GST, lapor portal

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini banyak dibincangkan di berita dan media sosial kerana kenyataan beliau tentang GST. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 April, 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini banyak dibincangkan di berita dan media sosial kerana kenyataan beliau tentang GST. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 April, 2015.

Umno memberi amaran kepada Datuk Ahmad Maslan supaya berhenti membuat kenyataan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), terutamanya di Rompin dan Permatang Pauh yang sedang menghadapi pilihan raya kecil (PRK), sepanjang tempoh berkempen ini, kerana khuatir akan akibat daripadanya, lapor Astro Awani hari ini.

Memetik sumber parti, portal saluran berita itu berkata, timbalan menteri kewangan itu diminta tidak mengetengahkan isu GST, terutamanya selepas beliau dikritik di media sosial kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai cukai tersebut.

"Beberapa pemimpin atasan Umno memberi amaran kepada Ahmad yang terlebih lantang bersuara mengenai isu berkaitan GST ini. Ia boleh menyebabkan kita mendapat majoriti yang lebih kecil di PRK Rompin yang akan mengakibatkan kita tewas pula di PRK Permatang Pauh .

Impian nak ada stadium baru berkubur dengan pembatalan Projek BANDAR SUKAN BUKIT MERBAU KELANTAN


1. Nak.main bola stadium tak jadi buat dah,
2. Nak bawa anak2 gi mandi kolam , Perdana Resort serah ko.orang lain dah?
3. Nak masuk hutan, habis hutan simpan licin moner dah utk buat ladang hutan bawah " skim kurniaan ladang hutan utk dana praya" seluas 500 ekar satu syarikat kpd hampir/lebih 100 syt sdn bhd dan enterprise ( pah jual.surat kelulusan ko tauke balak)
4. Nak gi jalan rumah gu2 kok hulu, puak dia pakat dok dlm khemah lagi, dok tepi khemah pun panas gokgok,
5. Nak tunggu niaga air sejuk tepi lebuhraya rakyat pun, nampak pesen dok stacking supa nak tanam sawit jah, bukan belah bukit supa kija2 nak buat lebuhraya....

Mujur la ada hudud boleh buat modal kecek la, biar la tak tahu bila boleh start pun.

Akhirnya YUSNI MAT PIAH and The Gang's buat U-Turn


PENDIRIAN TERKINI DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG MENGENAI PRK P.PAUH.

1. Setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timb Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia), maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK P.Pauh.

2. Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK P.Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf.

Sekian, terima kasih.

MOHD YUSNI MD PIAH
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
29 April 2015

[Video] Ceramah Perdana - Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan


Aliff Fadhil diikat Kedah untuk mengukuhkan barisan pertahanan


Seorang lagi pemain tempatan diikat skuad hijaukuning untuk mengukuhkan barisan pertahanan bagi menampung ketiadaan Sabree Mat Abu yang kini terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan dibahagian kakinya.

Kehadiran Mohd Aliff Fadhil Ismail di kem skuad hijaukuning di saat akhir hari perpindahan kedua Liga-Malaysia tepat pada masanya dan beliau yang sebelum ini beraksi dibahagian pertahanan dan tengah dengan kelab lamanya di Liga FAM, Sg Ara FC dan juga turut pernah berkhidmat dalam Harimau Muda B sekitar tahun 2010. Sejak semalam, beliau telah berlatih bersama skuad hijaukuning di Stadium Darul Aman.

Pendaftaran Aliff bersama skuad hijaukuning tertakluk kepada pengesahan akhir FAM dalam masa terdekat sebelum dapat beraksi dengan skuad Kedah.

Setakat ini Kedah melakukan beberapa perubahan dengan mendaftarkan 2 orang pemain import baru di bahagian tengah iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca dan yang terkini Mohd Aliff Fadhil untuk mengisi bahagian pertahanan.

Selamat berjuang bersama skuad hijaukuning Mohd Aliff Fadhil!

Bukan tsunami Melayu, tapi tsunami rakyat

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Najib 'ghaib' di Permatang Pauh?

 
POSTER NAJIB SEPERTI INI TAK ADA LANGSUNG DI PERMATANG PAUH..!!!
Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, PKR mendapati ada sesuatu yang 'hilang'  dari kawasan itu - poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlime Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini berkata tidak seperti kempen pilihan raya kecil lain ketiadaan poster memaparkan wajah Najib di Permatang Pauh sangat dirasai.

Kali ini, kata Sim, kebanyakan poster yang dinaikkan hanya memaparkan gambar calon BN, Suhaimi Sabudin tanpa dihiasi wajah Najib.

Sim turut mempertikaian sama ada perkembangan itu ada kaitan dengan kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ini menunjukkan Umno membawa bersama krisis politik dalamannya ke Permatang Pauh," katanya di Penanti.

Malaysia masih dibelenggu gaji rendah – Pakar ekonomi

oleh riduanon

Malaysia masih dibelenggu gaji rendah – Pakar ekonomi
Selepas minggu pertama pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada rakyat Malaysia, beberapa pakar memberi amaran kepada Putrajaya kerana meletakkan sasaran terhadap sektor perkhidmatan dan penggunaan swasta bagi memacu ekonomi negara.

Ketua Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, pelaksanaan ini tidak akan membantu meningkatkan jumlah pendapatan pekerja Malaysia apabila jumlah kutipan cukai dalam sektor perkhidmatan adalah berasaskan kepada mereka di bidang pembuatan.

Menurut pakar, rancangan untuk menjadikan perkhidmatan sebagai enjin pertumbuhan seterusnya adalah masih kecil. Ini kerana ekonomi Malaysia masih belum berkembang daripada satu fasa penting dalam proses perindustriannya.

Fasa ini yang sering diperkatakan sebagai evolusi industri Malaysia dari kos rendah, pemasang bernilai rendah kepada bernilai tinggi, pengeluar berteknologi tinggi seperti yang terdapat di Korea Selatan dan Taiwan.

Alor Setar : Lima lelaki, dua wanita ditahan kes samun, bunuh

PDRM
ALOR SETAR - Polis menahan lima lelaki dan dua wanita yang terlibat dalam kes bunuh dan samun bersenjata di sebuah rumah dihuni warga Myanmar di Kampung Mat Aris, Jeniang, Sik pada 9 April lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima rakyat tempatan, termasuk seorang wanita, serta dua warga Myanmar berketurunan Rohingya termasuk seorang wanita, yang kesemua mereka berumur antara 20-an hingga 30-an.
  
Beliau berkata kesemua suspek ditahan polis antara Selasa hingga Sabtu lepas di beberapa lokasi berbeza di sekitar negeri ini dan Pulau Pinang.
  
Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu lima suspek tidak dikenali, yang mana dua daripada mereka bersenjata pisau dan bertopeng telah melarikan wang tunai RM500, tujuh telefon bimbit, dokumen peribadi dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
  
"Salah seorang dari enam mangsa yang berada dalam rumah itu diculik oleh suspek yang melarikan diri dengan menggunakan dua buah kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.
  

Adakah PAS akan alami kekalahan seperti PRU 7 dimana sehingga tinggal 1 kerusi MP..??

Golongan sederhana PAS khuatir krisis lama berulang
A Shukur Harun


Golongan sederhana dalam PAS sekarang sangat bimbang dengan krisis berat yang melanda parti itu. Mereka sangat prihatin dengan keadaan PAS yang menyebabkan masa depannya dalam keadaan yang tidak menentu.

Dua tokoh pemikir PAS – Dulkifly Ahmad dan Datuk Mujahid Yusuf Rawa – sentiasa memberikan pandangan mengenai masa depan PAS yang sangat membimbangkan.

Krisis dalam PAS ini dilihat antara golongan konservatif dan golongan progresif, atau golongan sederhana dan ekstrem.

Dulkifly dan Mujahid serta tokoh golongan sederhana yang lain seperti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin, Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin merasakan kebimbangan yang amat sangat perkembangan di dalam PAS yang dilihat menuju ke arah parti yang tertutup, undur ke belakang 30 tahun.

Sedangkan pemimpin PAS – sejak zaman Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Noor membawa kepada Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aziz – berusaha sungguh-sungguh mengetengahkan PAS menjadi sebuah parti yang terbuka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...