TERKINI :

Sunday, April 26, 2015

Ingatlah 6%, pesan Pak Samad kepada pengundi

PERMATANG PAUH: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berpesan kepada para pengundi agar mengingati enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka ketika memangkah undi.

Menurutnya, masalah terbesar yang sedang melanda negara ini adalah pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Kata beliau, tidak menentang GST dan menyokong BN adalah sebenarnya menolong menaikkan harga barang seterusnya membantu membebankan rakyat.

"Setiap kali anda memangkah, ingatlah 6 peratus. Hendakkah anda memangkah untuk menaikkan harga, atau menurunkan harga?" katanya dekat sini, semalam.

Oleh yang demikian, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menegaskan setiap undi adalah sangat perlu bagi sama-sama menzahirkan bantahan dan penolakan terhadap cukai tersebut.

Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan enggan menerima jemputan sebagai ahli panel forum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 April, 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan enggan menerima jemputan sebagai ahli panel forum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 April, 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

Rompin, udang galah sepit biru yang tak terlalu biru

DR AZMAN IBRAHIM | 26 April 2015.

Mengetuai Kontinjen PAS Setiu bertugas membantu kempen PRK Rompin merupakan tugasan rasmi pertama yang saya laksanakan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu kali ke-37 pada 18 April lepas.

Jentera PAS Setiu ini hadir ke Rompin dengan kekuatan 20 anggota terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Muslimat, Ameerah, petugas IT, petugas bilik gerakan serta termasuk juga petugas keselamatan.

Lokasinya di UPU Kuala Rompin, UPU Bandar Rompin dan UPU Sungai Puteri dalam Dun Tioman. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendekatan. Pekan Rompin yang terkenal dengan udang galah sepit biru ternyata sebenarnya ‘tak terlalu biru’ masyarakatnya. Antara buktinya, Walaupun calon PAS tewas dengan majoriti melebihi 15 ribu undi di Parlimen Rompin dalam PRU 13 yang lepas tetapi PAS masih mampu memenangi undi majoriti di UPU Bandar Rompin.

PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama.

"Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan.

"Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi.

Arahan Ketua PAS mana lagi tinggi dan kena wala'.. yang di Pusat atau di Negeri..??

Pemuda boleh daftar terus di markas induk Pmtg Pauh

HARAKAHDAILY | 26 April 2015.

PERMATANG PAUH: Para pemuda PAS yang ingin bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh boleh mendaftar terus di markas induk di pejabat Adun Permatang Pasir, Permatang Rambai.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat PAS Pusat pada 13 April 2015 yang telah membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

Justeru, katanya Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan jentera pilihan raya khususnya di Dun Permatang Pasir.

Untuk maklumat lanjut, ujar beliau petugas pemuda boleh menghubungi Pengarah Pilihan raya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (016-4403164) dan Pengarah Operasi Pilihan raya Pemuda, Sany Hamzan (019-6111171). - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Hebat sangatkah Yusni Mat Piah merangkap Ketua Pemuda PAS P/Pinang melanggar arahan PAS Pusat

Catatan PRK P044 Pmtg Pauh


Berikut adalah hasil tinjauan di lapangan sejurus keputusan DPPNPP yg berketuakan Yusni Mat Piah merehatkan jenteranya di Permatang Pauh :

1. 15 bilik gerakan pemuda pas ditutup dan operasinya dihentikan serta merta.

2. 1000 buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai anggota ARC yg dlm perjalanan ke Pmtg Pauh dilihat berpatah balik sejurus menerima kiriman whatsapp dari ketua pemuda.

3. Guru-guru Pasti yg sedang merayu undi bergegas pulang ke rumah masing-masing setelah arahan itu diterima mereka.

4. Di simpang-simpang jalan tidak lagi kelihatan kelibat petugas unit amal mengawal lalu lintas sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas teruk.

TMJ cadang mata pasukan ditolak bila penyokong kecoh

 http://news.mylaunchpad.com.my/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResize.ashx?image=~/Portals/5/Atiqah/NewFolder/Kltn%20Johor/tunkumuda%20johor.jpg&width=670&height=373&portalID=5
JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman dengan menolak mata pasukan apabila berlaku kekecohan melibatkan penyokong.

Tunku Ismail berkata FAM tidak perlu mengenakan denda.

"Pada pandangan saya, sesiapa yang membuat kekacauan...kita hukum pasukan, jangan hukum menerusi denda kerana penyokong tidak peduli soal duit persatuan.

"Jadi, kita perlu tolak mata kerana ini akan menyebabkan penyokong berasa lebih menyesal kesan perbuatan mereka yang terpaksa ditanggung pasukan," tegas baginda kepada pemberita di sini.

Tunku Mahkota Johor itu berkata hukuman tegas itu demi kemajuan bola sepak negara sekali gus menyebabkan penyokong lebih menghargai pasukan mereka.

Baginda mengulas kekecohan segelintir penyokong Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, dua hari lepas.

Kalau Dr M tak faham GST, bagaimana rakyat?

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Ti Kalau Dr M tak faham GST, bagaimana rakyat? mbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?" soal Dr Mohd Asri dalam Facebooknya .

Beliau mengulas kenyataan Ahmad yang dilapor Astro Awani sebagai berkata dalam Twitter bahawa Dr Mahatir masih belum memahami sepenuhnya, belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai maksud GST sehingga beliau mahu cukai itu dibatalkan.

Semalam bekas perdana menteri itu menggesa kerajaan membatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dan masih ada pegawai yang belum faham dengan pelaksanaan cukai itu.

Prk Rompin : Jadah apa FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia?

Rompin: Bekas CEO Koperasi Felda bantu kempen PAS
HAZAYANI ZAKARIA | 26 April 2015.

http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2014/12/FELDA-Beli-Hotel-Apartment.jpg
ROMPIN: Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) Holding, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka menyelamatkan Felda daripada terus dimusnahkan oleh BN.

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal Felda untuk membantu golongan bumiputera.

Sebaliknya tegas beliau, Felda ketika ini mengalami kerugian teruk selepas Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

"Kita harus selamatkan Felda. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV.

"Jadah apa FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tak ada duit. Masa itu Felda ada RM4 billion. Mana pergi RM4 billion itu sekarang?

"Semasa saya ambil alih KPF sebahagian besar pendapatan daripada Felda Holding.

Muhyiddin Tak Harus Berlengah Lagi - Sokong Mahathir Atau Bersama Najib?

 Shahbudin Husin, 

http://malaysiagazette.com/sites/default/files/styles/inode/public/field/image/tpm1.jpg?itok=YZwpc0CP
Rasanya sudah lebih dari sekali Tun Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai calon paling layak menggantikan tempat Najib Razak sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin yang rapat dengan kedua-dua tokoh tersebut turut menulis nama Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti paling munasabah bagi kerusi Perdana Menteri selepas Najib diundurkan.

Dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam UMNO dan kerajaan, memang tidak disangsikan bahawa Muhyiddin seharusnya diberikan kerusi Perdana Menteri jika pengunduran Najib berjaya dilakukan, meskipun nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah turut sama menjadi sebutan.

Tun Mahathir dalam program Bicara Negarawan di Taman Melawati semalam, mengulangi sekali lagi, bahkan seakan-seakan mengesahkan bahawa kerusi Perdana Menteri selepas ini bakal menjadi milik Muhyiddin.

Kalau ikut adat UMNO, tentulah timbalannya jadi pengganti, kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang sebelum ini juga pernah menyingkirkan Tun Abdullah Badawi dari kerusi Perdana Menteri.

Lagi USD330 juta wang 1MDB dipindah ke syarikat Jho Low

 Salah satu dokumen yang didedahkan portal Sarawak Report mengesahkan penglibatan Low Taek Jho dalam perurusan 1MDB melalui syarikatnya Good Star Limited. – Gambar dari laman Sarawak Report, 26 April, 2015.
Salah satu dokumen yang didedahkan portal Sarawak Report mengesahkan penglibatan Low Taek Jho dalam perurusan 1MDB melalui syarikatnya Good Star Limited. – Gambar dari laman Sarawak Report, 26 April, 2015

.Laman pendedah maklumat Sarawak Report semalam mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

PRK & Pakatan Rakyat - Segudang isu, belum tentu dapat membantu

Oleh Zulkifli Yahaya

http://1.bp.blogspot.com/-LMPtaEfvxgU/VSkj6pGg2fI/AAAAAAABArU/tje5RBHGaA4/s1600/Screen%2BShot%2B2015-04-11%2Bat%2B9.37.24%2BPM.png
PILIHAN Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin sangat istimewa. Ia diadakan di kala pihak pembangkang mempunyai segudang isu, semuanya besar-besar belaka. Jika himpunan isu seperti itu berada di sebuah negara demokrasi selain Malaysia, maka hampir pasti parti kerajaan kalah dengan mudah.

Sekarang adalah ketika rakyat umumnya sangat marah dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baru diperkenalkan pada 1 April 2015.

Janji para pemimpin BN, bila buat GST harga barang turun. Sebaliknya yang berlaku harga barang terus naik; sama ada naik kerana GST atau naik kerana kesan kenaikan GST.

Para menteri, khususnya menteri penerangan menjadi sasaran serangan rakyat Malaysia saban hari.

Isu skandal kewangan yang berbilion-bilion sekalipun besar nilainya, sukar untuk menembusi hati nurani rakyat kerana mereka tidak faham. Isu kenaikan harga barang dan tekanan hidup serta segala akibat darinya betul-betul menimpa batang hidung rakyat.

Maka rakyat mudah untuk faham tanpa perlu pembangkang atur ceramah untuk fahamkan. Memang ada yang masih buta hati akibat menyokong kerajaan BN macam menganut sesuatu agama sehingga terus redho dengan kezaliman kerajaan terhadap mereka. Namun golongan itu semakin mengecil.

Najib tidak mudah jatuh dengan luatan Mahathir

Oleh Mohd Sayuti Omar

setiap hari Mahathir bantai Najib sekarang nie
Hari ini berlangsung apa dinamakan Bicara Negarawan yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad sebagai pembicaranya. Ia berlangsung kira-kira 1.5 km dari rumah saya di Taman Melawati. Apa yang berlaku hari ini, mengingatkan saya apa yang berlaku kira-kira sembilan tahun lepas di tempat yang sama.

Di situlah Mahathir di undang untuk memberi ucapan dan bersoal jawab dengan orang ramai mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Di situlah beliau menyindir dan membelasah Abdullah. Ia juga dianjurkan oleh individu yang sama yang berselindung disebalik nama NGO yang lain.

Hari ini maksud dan tujuan sama juga berlaku, hanya bezanya orang yang menjadi sasaran Mahathir, ialah Najib Razak bukan Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin Mahathir terbawa rasa syok dengan serangan siang malam beliau kepada Abdullah menyebabkan akhirnya Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri secara terhormat.

Mahathir puas apabila Abdullah berundur. Dan dia puas apabila orang yang beliau cadangkan diambil oleh Abdullah sebagai timbalan (Najib) menjadi perdana menteri. Sayangnya panas tidak sampai ke petang, belum sampai 10 tahun Najib jadi PM, Mahathir membina masalah dengan Najib. Dia tidak mencapai apa yang diimpikan dengan pengunduran Abdullah itu, bahkan kenaikan Najib makin memarahkan jiwanya.

Kebenaran menyakitkan hidup dengan GST

Oleh Candy Jiang

Semasa TPM kita berkias-kias tentang kebenaran menyakitkan dan dusta yang indah, rakyat Malaysia kebanyakan sedang bergelut dengan kenyataan hidup di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Dan kebenarannya adalah, seperti kata Muhyiddin, menyakitkan.

Walaupun ramai pegawai-pegawai telah mencuba sehabis baik untuk memperbaiki reputasi GST sebelum pelancarannya, kehidupan di Malaysia pada hari ini tidak indah. Tanya sahaja pada Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.

Dalam sebuah coretan Facebook bertarikh 18 April, beliau berkata beliau akhirnya memahami nasib rakyat mengenai GST. Beliau kemudian berkongsi pengalaman peribadinya mengenai kos hospital yang lebih tinggi disebabkan GST. Anaknya baru-baru ini dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan saraf yang bernilai RM20,000, tidak termasuk RM1,200 untuk GST.

Beliau mengakhiri coretan itu dengan menyatakan yang “Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula”.

Jadi kelihatannya, tanggapan rakyat tentang GST akan berubah apabila ia melibatkan mereka.

Pentadbiran Najib makin singkat

Oleh Amin Iskandar


Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulakan jelajah bertemu rakyat semalam untuk mendapatkan sokongan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Kelab K yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Century Paradise dipilih menjadi lokasi pertama dan merupakan tempat sama ketika Dr Mahathir mula melancarkan serangannya kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006.

Walaupun sudah hampir 90 tahun, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu masih bijak mengeluarkan kata-kata dan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat.

Selain isu seperti seperti skandal kewangan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan mengapa beliau kini menolak Najib, isu baharu yang diulasnya termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Walaupun tidak bercakap panjang tentang GST, kenyataan Dr Mahathir yang mendesak Putrajaya membatalkan sistem cukai baharu itu mampu memendekkan lagi usia pentadbiran Najib.

P 044 : Duduk dalam penjara tu depa ingat main-main ke?


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan semua pengundi memberi undi kepada beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei nanti.

Beliau yang menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat itu berkata, sokongan terhadap beliau adalah sebagai tanda memperingati pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara selama lima tahun.

"Pilihan raya kecil ini satu sahaja yang saya ingin ingatkan kepada semua, ingatlah kepada Anwar. Ingatlah segala pengorbanan beliau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas selesai penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dekat sini hari ini.

Silap faham PAS Permatang Pauh selesai, operasi menggempur UMNO BN digerak

PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man yang bertindak sebagai 'orang tengah' berhubung silap faham melibatkan PAS Permatang Pauh bersyukur kerana ia sudah selesai.

Beliau mengusahakan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadzil Kemi, Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Dr Mansor Othman dan beberapa anggota Dewan Harian PAS Kawasan Permatang Pauh bertemu supaya salah anggapan itu tidak berpanjangan.

"Jadi, mulai hari ini PAS Kawasan Permatang Pauh akan melancarkan jenteranya di Dewan Haji Yusof Rawa, Kampung Sama Gagah sekaligus menghentikan konflik berkenaan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Jelasnya, pertemuan semalam diadakan di Hotel Light Seberang Jaya sebelum majlis pengumuman calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan di SP Arena, Seberang Jaya malam tadi.

PRK Rompin: Isa Samad, jawablah isu Felda

ROMPIN: PAS mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjawab segala isu berkaitan peneroka Felda yang masih gagal dijelaskan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin merupakan masa terbaik untuk Isa membuat penjelasan kerana sebahagian besar pengundi ialah peneroka.

Isu seperti kedudukan Felda Global Ventures Holding (FGVH) selepas disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan saham FGV yang jatuh katanya masih belum dijelaskan.

"Tan Sri Isa Samad kata beliau bersedia beri penjelasan mengenai isu-isu Felda yang dibangkitkan. Jadi inilah waktu yang sesuai.

"Apa yang dilakukan FGV dalam keadaan ekonomi tidak stabil?" katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Rompin, Bandar Satelit Muadzam Shah, hari ini.

Menteri pertimbang cadangan iktiraf litar Kampung Rasau Pendang


Khairy Jamaluddin  
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menunggang motosikal ketika hadir pada Majlis Perasmian Motocross Terbuka Kedah 2015 di Kampung Rasau hari ini. - Foto Bernama
PENDANG - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengiktiraf dan mewartakan litar motocross (cabaran motosikal lasak) di Kampung Rasau, Pendang, di sini, sebagai salah satu litar motocross Malaysia.
  
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan membawa perkara tersebut kepada Persatuan Motocross Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan.
  
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Motocross Terbuka Kedah 2015 di Kampung Rasau, di sini hari ini.
   

Tun dedah jenis pesawat yang dia naik sewaktu jadi PM

‘Pesawat saya naik tidaklah besar, kecil sahaja’

Tun Dr Mahathir Mohamad 
 
KUALA LUMPUR – “Walaupun saya sudah bersara, saya masih dapat naik kapal terbang kerajaan. Tetapi (pesawat itu) tidaklah besar, kecil sahaja... tetapi masih boleh terbang,” seloroh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian kelebihan dan antara faedah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.

“Masa saya kecil, bapa saya cikgu sekolah.. Gajinya cuma 90 ringgit saja.. Jadi saya tidaklah ada harta warisan yang banyak. Masa tu, saya pi (pergi) beli mee mamak yang berharga 50 sen pun mamak tak mahu jual sebab saya cuma ada 20 sen sahaja. Bila jadi Perdana Menteri, gaji saya RM8000. Cuba bayangkan berapa banyak mee mamak yang boleh saya beli dengan RM8000?

KFA antara tiga persatuan bola sepak negeri menerima padah


padah-penyokong-liar-3-persatuan-negeri-didenda

Tiga persatuan bola sepak negeri menerima padah selepas didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan tindakan liar penyokong mereka dalam saingan Liga Malaysia.

FAM menerusi laman sesawangnya;www.fam.org.my, menyatakana keputusan tersebut diputuskan hasil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diadakan, semalam.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) didenda sejumlah RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua kesalahan dalam aksi Liga Super.

Kesalahan pertama adalah tindakan penyokong mereka menyalakan suar selepas tamat perlawanan menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, 14 Feb lepas yang membawa denda RM10,000.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...