TERKINI :

Saturday, April 25, 2015

Kenapa Azizah wajar jadi calon

 
Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Azizah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah dari menjadi calon N25 Kajang hingga ke kerusi menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan orang parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P044 di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil yang akan datang ini. Bagi saya, jika Dr Wan Azizah tidak dicalonkan pada Sabtu 25 hari bulan ini, maka ini kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi, satu kesilapan politik.

Dr M: Siapa ingat perkahwinan anak saya?

 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang disifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini".

Sebagai perbandingannya, beliau berkata siapa pun tidak tahu mengenai perkahwinan anak-anaknya.

"Siapa di sini ingat majlis perkahwinan anak-anak saya [...] siapa pun tak tahu.

"(Ini kerana) saya kedekut, tak panggil ramai orang, tak ada duit nak belanja," kata Mahathir kepada para hadirin di majlis anjuran gabungan NGO Prihatin.

Majlis akad nikah anak perempuan Najib - Nooryana Najwa - dengan Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan, berlangsung di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri itu, pada 19 Mac.

Sejak itu, pasangan tersebut telah mengadakan empat majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang dan di Almaty Kazakhstan.

'Berakhirnya Pakatan jika PKR kalah di Pmtg Pauh'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.

Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak boleh kalah atau mendapat majoriti lebih rendah di Rompin," kata ketua menteri Pulau Pinang berkata, ketika ditemui di Bukit Mertajam.

"Akan ada implikasi besar di peringkat nasional dan (kekalahan di Rompin) juga akan memberi implikasi ke atas Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak," katanya.

Najib, yang juga presiden BN dan Umno, kini menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno manakala partinya berdepan dengan dua pilihan raya kecil.

Pemilih di Rompin akan mengundi pada 5 Mei manakala di Permatang Pauh pada 7 Mei.

Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir

 
 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.

"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.

Mukhriz Jangan Berdolak Dalik...

Kenyataan Media


MUKHRIZ JANGAN BERDOLAK DALIK & UMNO KEDAH MESTI DAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menghentikan sikap dolak dalik berhubung pendiriannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri ditentukan oleh Perdana Menteri, Mukhriz tidak semestinya terikat untuk menyokong secara butatuli ketuanya sehingga mengabaikan kepentingan rakyat dan negara.

2. Perhubungan PAS Kedah menyifatkan Mukhriz sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat berat kerana hampir kesemua Bahagian Umno di negeri kedah memihak kepada Najib yang sedang berhadapan dengan konfrontasi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang juga merupakan bapa kepada Menteri Besar.

Ada bukti Najib nak kena guling..!!!

Blog dakwa ada bukti komplot guling Najib

 
Satu blog pro-Umno mendakwa memiliki bukti ke atas dakwaan mereka berhubung usaha di kalangan Pemuda Umno untuk menggulingkan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut blog tersebut, komplot berkenaan dinyatakan dalam satu laporan yang dihantar kepada Najib.

“MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada perdana menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut,” tulisan itu dipetik.

Komplot berkenaan berhubung satu mesyuarat didakwa untuk didakwa untuk menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan Najib.

Ia didakwa dihadiri Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro, serta barisan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, dan Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman.

Selain itu, MYKMU turut menyebut nama penolong setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan bagi membincangkan strategi bagi menghadapi kempen pilihan raya kecil parlimen Rompin.

Berita dari kem Pakatan Rakyat yang membuatkan BN Permatang Pauh tidur tak lena

Pakatan ‘bersatu’ selepas Wan Azizah kemuka nama bertanding Permatang Pauh
OLEH LOOI SUE-CHERN


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh sokongan padu pemimpin Pakatan Rakyat selepas isu hudud berjaya diselesaikan dengan baik malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2015.

Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon.

Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

Sehari Kerajaan Najib UMNO BN 'mentedarah' duit rakyat atas nama GST sebanyak RM42juta


Aduhai tak tahu nak kata ap lagi kepada penyokong UMNO BN
hanya ini sajalah ucapannya kot...

Memang buta akai lah calon BN Rompin, ada ka dia kata GST tidak membebankan orang kampung..!!

TUN PUN KATA BN BOLEH KALAH SEBAB GST, MAI CALON KOKAK NIE KATA BAGUS..!!
ROMPIN: Kenyataan calon BN Datuk Hassan Ariffin bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan orang kampung, dianggap hanyalah kenyataan politik.

Penganalisis politik negeri Pahang Syed Ali Badarudin Osman berkata , pada hakikatnya rakyat selaku pengguna tetap terbeban dengan kenaikan harga barangan akibat GST.

Katanya, memang Rompin bukan sebuah bandar besar dan mungkin benar tiada restoran besar atau pasar raya besar namun dari segi barangan tetap naik harga sama seperti tempat-tempat lain kerana daripada pengeluar yang sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hassan yang mengatakan penduduk Rompin tidak akan terkesan dengan GST kerana tinggal di sebuah daerah kecil.

Apabila VIP berlagak dengan pegawai Kastam di KLIA




AWAL bulan ini dua pucuk surat telah disiarkan di akhbar The Star yang memuji sikap seorang pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tegas tatkala berdepan dengan seorang kenamaan (VIP) yang cuba menunjuk lagak dan kuasanya.

Perihal pegawai kastam itu menyentuh perasaan penulis kerana mengenang nasib ribuan pegawai kerajaan yang sering dibuli dan disekat menjalankan tugasan mereka mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan tetap menjadi satu peraturan dan tidak sepatutnya mengenal pangkat dan darjat.

Surat kedua yang disiarkan pada 6 Mac adalah ekoran surat yang disiarkan sehari sebelum itu yang mengisahkan kejadian yang telah berlaku di antara jam 8 malam dan 10 malam pada 26 Februari.

Menurut kisah yang disiarkan, VIP berkenaan dan keluarganya cuba melepasi kawalan pemeriksaan Kastam dengan berlonggok-longgok bagasi setelah mendarat di KLIA dari sebuah kota Eropah.

Seorang wanita, yang dikatakan mendahului kumpulannya diminta oleh pegawai kastam itu supaya membenarkan bagasinya diimbas (scan) sebelum mereka bergerak keluar dari kawasan pemeriksaan.

PRK Pmtg Pauh: Ahli Umno Tanding Calon Bebas



BUKIT MERTAJAM: Ahli Umno Cawangan Alma, Bukit Mertajam, Salleh Isahak memberi kejutan awal apabila tampil ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding sebagai wakil Bebas.

Tampil dengan memakai baju melayu hijau muda dan berkopiah putih ditemani pencadang dan penyokongnya, Salleh mengakui menganggotai Umno sejak 1994.

Beliau juga adalah Presiden Pertubuhan Parti Ikhlas Malaysia (Perbaik) iaitu sebuah NGO yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan keselamatan, khidmat nasihat disamping membantu kebajikan masyarakat.

Ditanya kemungkinan berhadapan tindakan disiplin termasuk dipecat daripada Umno, Salleh berkata, beliau faham dan menyedari akibat yang bakal dihadapinya.

Salleh yang pertama kali menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya juga mendakwa pernah menjadi ahli PAS sehingga 1994.

PAS Permatang Pauh terima penjelasan PKR dan malam ini akan dilancarkan jentera mereka

PAS Permatang Pauh lancar jentera PRK malam ini
HARAKAHDAILY | 25 April 2015.


PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh akan melancarkan jentera bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah jam 9.00 malam ini.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Hassan Omar berkata semua jentera PAS kawasan terlibat dengan majlis tersebut.

Katanya, Pengarah Pilihan raya Induk PRK Permatang Pauh yang juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut sama pada majlis itu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam pagi ini.

Ini dia 4 calon yang bertanding PRK Permatang Pauh


HARAKAHDAILY | 25 April 2015.


PERMATANG PAUH: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail mengumumkan empat calon bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang.

Mereka terdiri daripada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

Penamaan calon berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Empat penjuru: BN, PKR, 2 bebas PRK Permatang Pauh

Oleh Faridzwan Abdul Ghafar 

 
BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua calon bebas. Pengesahan nama calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, sebentar tadi. 

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, manakala PKR diwakili Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Sementara dua calon bebas iaitu Ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman serta Salleh Isahak turut mengambil bahagian dalam PRK kali ini. 

Dalam pada itu, seorang calon bebas, Dr Abdullah Zawawi yang pada mulanya mengemukakan borang pencalonan kepada SPR pada jam 9.08 pagi memutuskan untuk membatalkan pencalonannya beberapa minit selepas itu selepas mengetahui terdapat dua calon bebas lain mengambil bahagian. 

Mengapa letak kembali Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PR di Permatang Pauh?

Aris Awang
27 mins · Edited ·

BismillahirRahmanirRahim


SOALAN TERUS TERANG

Saya bertanya Dr. Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR) seperti berikut;-

Saya: Mengapa letak kembali Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PR di Permatang Pauh sedangkan dulu dia kata kosongkan kerusi di situ sebab nak jaga cucu dan lebih-lebih lagi dia sudah jadi ADUN Kajang sekarang?

Dr. Azman Ismail: PRK Permatang Pauh bukanlah perlawanan antara calon-calon sahaja tetapi antara kita (PR) dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan yang mahu melenyapkan terus segala pengaruh dan legasi DSAI dalam reformasi dan politik baru sistem dua parti Malaysia. Maka simbol terbaik mempertahankan dan terus menyuburkan perubahan politik ini ialah orang yang paling dekat dengan DSAI iaitu DSWA.

Memang agak membebankan menjadi Adun Kajang dan MP di Pulau Pinang pula, namun itulah perubahan hidup yg ditakdirkan atas beliau dengan pemenjaraan DSAI.

Obor Reformasi itu kena diteruskan meskipun secara peribadi beliau memang asalnya merasa lebih selesa bersara dari politik sahaja.

Wan Azizah mohon maaf kepada PAS Permatang Pauh

Berucap pada majlis penamaan calon PKR malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata permohonan maaf Wan Azizah itu dizahirkan ketika beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama kepimpinan PAS kawasan berkenaan.

"Wan Azizah sudah mengadakan perjumpaan bersama mereka (pemimpin PAS Permatang Pauh) di sebuah hotel berdekatan, petang tadi (semalam).

"Mereka juga ada berbincang mengenai kerjasama PAS Permatang Pauh sepanjang PRK nanti," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...