TERKINI :

Friday, April 24, 2015

Wan Azizah dipilih calon PKR untuk PRK Permatang Pauh

SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

Umno ‘bungkus’, BN ‘jalan’ jika Najib bubar Parlimen

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan menerima padah jika bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk membubarkan Parlimen lebih awal, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal, sudah pasti Umno dan BN akan mengalami kekalahan dengan pelbagai masalah yang sedang melanda rakyat.

“Tidak salah untuk Najib bubar Dewan Rakyat. Pada saya, kalau bubar sekarang, Umno ‘bungkus’, BN ‘jalan’.

“Sebab, dengan isu yang sedang berlegar sekarang, membabitkan apa yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu siapa arah bunuh Altantuya Shaariibuu yang belum terjawab. Paling parah sekali, cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kalau pilihan raya sekarang, lebih baik Umno dan BN serah kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR). Banyak keadaan kena pulih dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jazlan pada Rabu berkata Najib boleh membersihkan tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentadbirannya dengan mengadakan PRU lebih awal bagi mendapatkan mandat baru melalui pembubaran Parlimen.

Ibrahim berkata kenyataan Jazlan itu menimbulkan persoalan kerana adakah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu sememangnya mahu melihat Umno terkubur dalam PRU akan datang.


Jakim sokong K'tan bawa Akta 355 ke Parlimen

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata ia juga merupakan perjuangan Jakim dan kerajaan sejak sekian lama dalam usaha memastikan undang-undang syariah dilaksanakan di negara ini.

"Dalam perkembangan mengenai hudud, kita tak mahu orang ramai keliru, rang undang-undang persendirian yang sedang dibawa oleh Presiden PAS Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ke Parlimen sekarang ini adalah Akta 355 dan bukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang telah diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan.

"Ia bagi menaikkan kadar hukuman pesalah jenayah negara ini ke kadar lebih tinggi atau maksimum yang dibenarkan oleh syarak. Jika kita tidak setuju apa yang menjadi perjuangan kita (Jakim) sejak bertahun-tahun dulu, maka ia tidak akan terjadi," kata Othman dalam ucapan beliau selepas merasmikan penangguhan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2015 di ibunegara hari ini.

Namun Othman berkata perkara itu terpulang kepada Parlimen yang mempunyai peraturan tersendiri bagi meluluskan usul berkenaan dibentangkan.

Sementara itu, dalam sidang media, Othman mengulas mengenai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mencadangkan agar umat Islam negara ini dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kerana telah membayar zakat.

Othman berkata perkara itu akan diteliti namun perlu memberi laluan kepada cukai itu dilaksanakan dalam tempoh tertentu seperti yang dikatakan oleh kerajaan.

Persidangan PTAD diadakan dua hari bermula 22 April bersempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58. Persidangan kali ini melibatkan 100 peserta dengan objektif meningkatkan tahap profesionalisme peserta selaras dengan tugas mereka sebagai PTAD.

- Bernama

Iklan program malam esok di Komplek Hijau Kuning..

Ustaz Mutalib Maarof & Ustaz Subri Md Arshad di program Sembang Santai Permatang Pauh

ADA PERSOALAN BERKENAAN BOIKOT PRK P044 PERMATANG PAUH
dengarlah apa yang di jawab oleh Ust Mutalib & Ust Sobri




Hudud: PKR sedia jadi orang tengah

 tian chua hudud
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik pendekatan yang diguna pakai Pas dan DAP berhubung isu hudud.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata bahawa kedua-dua pendekatan yang digunapakai selama ini salah.

“Kedua-dua pihak hanya memapar sentimen populis di mana satu pihak berkepentingan keagamaan dan yang satu lagi berdasarkan rasa takut,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Jelasnya, pendekatan berkenaan menyebabkan Pas dan DAP jatuh ke dalam perangkap UMNO dan MCA.

Menurut Tian Chua, sudah tiba masanya untuk PKR memainkan peranan untuk mendamaikan anggota parti berkenaan.

Dia memberi jaminan kepada mereka yang beragama Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) bahawa parti itu tidak menentang hudud dan menghormati hak mereka yang ingin melaksanakannya.

KWSP dan sandiwara politik

Oleh Nila Kanna

EPF
Keputusan kerajaan untuk mengekalkan had umur pengeluaran caruman KWSP pada usia 55 tahun berbanding cadangan 60 tahun mendapat reaksi positif.

Selepas ia diumumkan, ramai yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mereka tidak lagi risau.

Kini semua orang berbesar hati kerana hanya dengan kata putus daripada Perdana Menteri itu jugalah, akhirnya mereka dapat menghembus nafas kelegaan untuk meneruskan perancangan selepas usia 55 tahun iaitu selepas mengeluarkan duit pencaruman masing-masing.

Namun, persoalan yang wujud ialah apakah isu ini diwujudkan semata-mata untuk menaikkan nama Najib atau untuk menutup isu-isu yang bergelumang di sekeliling pentadbiran beliau? Ataupun ia sebagai satu kaedah yang diguna pakai untuk memberi suntikan kesegaran kepada pemerintahan Najib supaya beliau dipandang semula sebagai seorang ‘hero’ atau penyelamat?

Menyanggah Kenyataan Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh

MENYANGGAH KENYATAAN KETUA URUSAN ULAMA PAS PERMATANG PAUH


Kenyataan Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh iaitu mengundi calon yang menolak hudud adalah haram dan berdosa, bagi saya bersifat prejudis dan tidak realistik. Saya percaya kenyataan ini ditujukan kepada PKR kerana parti itu akan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung.

Saya katakan begitu kerana:

1. Presiden PKR sendiri telah mengeluarkan kenyataan tidak menolak hudud dari sudut syariah tetapi memohon isu ini dibuka kepada perbincangan dari sudut pendekatan dan pelaksanaannya. Perbincangan dari sudut pendekatan dan pelaksanaan tidak membawa maksud menolak asas, prinsip dan pelaksanaannya.

2. Bukan semua perkara dalam hudud bersifat qat'ei (muktamad) tetapi banyak perkara yang bersifat ijtihadi (terbuka kepada kajian). Menghukum haram dan berdosa secara borong terutama dalam perkara yang terbuka kepada perbincangan dan perbahasan adalah kegopohan melampau.

3. Ayat al-Quran yang digunakan sebagai dalil untuk menghukum haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud (an-Nisa': 85) adalah benar. Namun penggunaannya tidak menepati realiti kerana apabila tidak wujud penolakan terhadap hudud dari sudut syariat, maka tidak wujudlah perkara buruk. Apabila tidak wujud perkara buruk, bagaimana boleh wujud sokongan kepada perkara yang tidak wujud?

PAS hari ini turut menggesa perdana menteri membubarkan Parlimen

 
PAS hari ini turut menggesa perdana menteri membubarkan Parlimen agar rakyat dapat memberikan mandat baru kepada kerajaan pilihan mereka.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar mengingatkan masalah berkaitan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak bukan sekadar krisis dalaman Umno tetap melibatkan masa depan negara.

“Ia tidak boleh diselesaikan sekadar dengan membuat perhimpunan sayap dan bahagian Umno demi menyatakan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada presiden Umno.

“Hal ini kerana yang hendak diselamatkan sekarang adalah negara bukan Umno,” katanya.

Dah lah beli jet baru, mark up harga RM109 juta lebih tinggi dari harga pasaran?

KERAJAAN MEMBAYAR RM109 JUTA LEBIH MAHAL UNTUK MEMBELI JET PERIBADI ACJ320


Sebelum ini, saya telah mendedahkan kos sebanyak RM465 juta yang akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan selama 15 tahun untuk membayar pembelian jet peribadi baru ACJ320. Saya juga telah mendedahkan kos naiktaraf kabin sebanyak RM28 juta yang telah dimasukkan di dalam harga keseluruhan jet peribadi ini. Sehingga kini, tidak ada satu penafian pun dari Perdana Menteri mengenai maklumat kos ini.

Saya ingin menyatakan pada hari ini bahawa kos RM465 juta itu sebenarnya lebih tinggi dari harga sebenar yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan jika jet peribadi ACJ320 itu dibeli terus oleh Kerajaan Persekutuan tanpa melalui syarikat swasta.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan telah menggunakan khidmat sebuah syarikat swasta iaitu Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd (“JPO”) untuk membeli jet peribadi ACJ320 yang kemudiannya dijual pula kepada Kerajaan Persekutuan.

Sokong PKR - Adakah HADI akan guna VETO lagi dengan mufarakah keputusan PAS PUSAT

 Ketika PAS Pusat sokong PKR di Permatang Pauh, Hadi ambil sikap berkecuali

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyatakan dengan jelas pendiriannya berhubung sokongan terhadap calon PKR di Permatang Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 April, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyatakan dengan jelas pendiriannya berhubung sokongan terhadap calon PKR di Permatang Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 April, 2015.

Walaupun pemimpin PAS Pusat termasuk calon timbalan presiden paling popular, Naik Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkali-kali membuat kenyataan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya enggan menyatakan pendiriannya dengan jelas.

Hadi kelihatan 'tersepit' pada Rabu ketika diajukan soalan mengenai sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang seperti mahu memboikot kempen PKR di sana susulan tidak setuju dengan pendirian presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh. Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi ketika itu, mengulas kenyataan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

Umno jangan mimpi pecah belah Pakatan

(Oleh Nazar Hashim)

MansorPERMATANG PAUH 23 APR: Harapan Umno Barisan Nasional (BN) untuk melihat Pakatan Rakyat berpecah tidak akan berlaku, tegas Ahli Majlis

Kata Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang itu, percaturan Umno BN memainkan sentimen perbalahan antara PAS dan KEADILAN menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sama sekali tidak menggugat perpaduan antara kedua-dua parti tersebut.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan mengenai sokongan PAS terhadap calon KEADILAN dalam PRK ini tidak akan berpanjangan ekoran komitmen pimpinan PAS Negeri termasuk Pesuruhjaya PAS, Mohamad Sabu serta Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Mansor“KEADILAN yakin dengan komitmen yang diberikan pimpinan PAS Negeri, isu yang ditimbulkan akan selesai dalam tempoh terdekat.

“Musuh utama kita ialah Umno BN yang memeras ugut rakyat menerusi kutipan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan mengakibatkan seluruh rakyat tanpa mengira latar semakin terhimpit,” kata Mansor ketika melancarkan Pusat Media KEADILAN P 044 Permatang Pauh di Yayasan Aman, semalam.

20 rumah di Alor Setar rosak dipukul ribut

http://www.perkim.net.my/wp-content/uploads/2014/05/Lambang-Kedah.pngSebanyak 20 buah rumah di sekitar Kampung Gerigis, Mukim Tajar di Alor Setar rosak teruk dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian ribut yang berlaku pada pukul 4 petang itu turut mengakibatkan sebahagian dinding beberapa buah rumah tercabut akibat diterbangkan angin kencang.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Halimah Zakaria, 29, berkata semasa kejadian dia berada di dalam rumah sebelum terdengar jeritan suaminya yang berada di luar menyuruhnya berhati-hati kerana melihat bumbung kediamannya bergegar dan mula diterbangkan angin.

"Saya terus membawa anak tunggal yang berusia 8 tahun ke rumah jiran berdekataan untuk mendapatkan perlindungan. Saya sedih melihat rumah pusaka yang berusia 50 tahun yang kami jadikan tempat perlindungan selama ini musnah.

Program Jelajah Mahathir Sudah Bermula, Apakah Najib Bakal Dibalun Lagi?

Shahbudin Husin, 

Setelah melakukan pelbagai serangan dan kritikan terhadap Najib Razak melalui media dan banyak tulisan di blognya, buat pertama kalinya Tun Mahathir Mohamad akan "turun padang" menemui kelompok sasarnya.

Beliau akan hadir dalam program Bicara Negarawan untuk memperkatakan isu-isu semasa pada Sabtu, 25 April ini jam 9.30 pagi di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ini adalah program pertamanya turun ke bawah untuk bercakap secara langsung mengenai isu-isu semasa yang mana sebelum ini kebanyakan persoalan mengenai Najib hanya disentuhnya melalui tulisan atau ketika sidang akhbar saja.

Hakikat ini segera mengingatkan kepada apa yang dilakukannya ketika menekan Tun Abdullah dulu di mana beliau turut mengadakan program jelajahnya ke seluruh negara bagi tujuan itu.

Apakah dengan program Bicara Negarawan ini bermakna program jelajah Tun Mahathir versi menyingkirkan Najib sudah bermula?

Guan Eng SAMAN Utusan Malaysia sekali lagi


GEORGE TOWN, 23 APR – Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia sekali lagi berhadapan tindakan undang-undang berikutan satu laporannya yang didakwa memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, melalui peguamnya hari ini mengemukakan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia supaya menarik semula laporan yang mendakwa kononnya tanah wakaf di Pulau Pinang berada di bawah pengawasannya.

Notis tuntutan tersebut memberi tempoh 24 jam supaya Utusan menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta dalam tempoh tujuh hari atas fitnah tersebut.

Rencana bertarikh 10 April 2015 itu antara lain menyebut, “Bagi tanah wakaf pula, sekarang diletakkan di bawah pengawasan Ketua Menteri.

“Sebarang cadangan membangunkannya mesti mendapat kelulusan beliau. Sedangkan pengurusan tanah-tanah wakaf itu sepatutnya diserahkan kepada majlis agama negeri seperti mana pada era pentadbiran BN.”

Al-Fatihah - bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini

 
Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, telah meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu melalui tweet pukul 7.30 pagi ini.

Abd Halim, yang sebelum ini bekerja di Keretapi Tanah Melayu Bhd, terlibat dalam kemalangan motosikal di Penanga, Pulau Pinang dan dimasukkan dalam keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai malam tadi.

Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat, kata Adam Adli.

Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya, seorang aktivis pelajar yang terkenal yang pernah beberapa kali ditangkap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...