TERKINI :

Thursday, April 23, 2015

Najib Makin Dibenci Kerana GST, Minum Teh Tarik Pun Kena Cukai 6 Peratus...

Shahbudin Husin, 


Tidak sampai sebulan selepas cukai GST dilaksanakan pada 1 April lalu, rungutan rakyat mengenainya boleh didengari di mana-mana saja ketika ini.

Tidak saja rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti, ahli UMNO dan penyokongnya pun tidak segan-segan mengeluh mengenai cukai baru ini. Yang memihak parti lawan tentulah boleh dijangka reaksi mereka.

Rata-rata mengadu perbelanjaan mereka sekarang ini mulai bertambah berbanding sebelum GST dilaksanakan. Ini kerana apa saja pembelian dilakukan, tambahan 6 peratus sudah sedia menunggu.

Jika di restoran tertentu pula, ia termasuk lagi caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Akhirnya tambahan yang terpaksa dikeluarkan ialah sebanyak 16 peratus.

Dalam pada itu, ada pula peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan sejak cukai GST ini dikuatkuasakan. Mereka mengeluh ada pelanggan yang membatalkan hasrat membeli barangan apabila diberitahu ianya dikenakan cukai tersebut.

Seorang pengusaha bakeri di sebuah pusat membeli belah berkata, pelanggannya jelas berkurangan sejak GST dilaksanakan kerana ramai yang enggan membayar tambahan harga 6 peratus itu.

Dewan Ulamak PAS turun ke Rompin & Permatang Pauh dengan kempen Tolak GST Sokong HUDUD

Dewan Ulamak PAS Pusat akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh dengan fokus dua isu iaitu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan hudud dan pindaan Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dapat dilaksanakan di Kelantan.

"PAS dan PKR perlu menang di Rompin dan Permatang Pauh sebagai isyarat bahawa rakyat menolak GST dan menyokong pindaan Akta 355 tersebut," tegas Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan.

Katanya, pandangan akar umbi Permatang Pauh agar PKR mengharmonikan sokongan mereka terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dihormati bagi memaksimumkan lagi kemenangan di Permatang Pauh.

Menurut beliau, ingatan daripada Presiden PAS perlu diambil perhatian bahawa menjadi kewajipan kepada umat Islam daripada parti mana sekalipun untuk menyokong pelaksanaan hudud.

Azmin tolak kenyataan Abdul Hadi mengenai Hudud

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/AZMIN_ALI_DINNER_031114_TMIAFIFRAIEZAL_01.jpg
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan penuh terhadap isu lebih besar yang dihadapi rakyat negara ini sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Mohamed Azmin berkata, dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan penuh terhadap isu lebih besar yang dihadapi rakyat negara ini sekarang.

"Pemerkasaan ekonomi, kebajikan dan sistem pendidikan adalah isu keselamatan sebenar rakyat Malaysia sekarang dan dasar bersama PR berhubung perkara ini adalah jelas," kata Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Benarkah ada percaturan untuk menghancurkan PAS dari dalam..?

DATO' DR MUJAHID YUSOF RAWA SIFATKAN KONFLIK PAS PERCATURAN UNTUK MENGHANCURKAN PARTI


SUASANA sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan. Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini.

Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Akibat pertembungan dalaman, PAS hilang tokoh bawa Selangor ke puncak


Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman (kiri) bergambar bersama sahabatnya yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2015.
Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman (kiri) bergambar bersama sahabatnya yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar The Malaysian Insider, 23 April, 2015.

Walaupun berjaya membawa PAS ke tangga paling tinggi dalam sejarah politik negeri, namun kerana beliau bukan tergolong dalam kumpulan ulama, Dr Rani Osman diketepikan daripada jawatan yang dipertua PAS kawasan Kapar, Selangor dalam pemilihan hujung minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu dikalahkan bekas timbalannya, Najhan Mohd Salleh sebagai yang dipertua PAS kawasan Kapar apabila hanya mendapat 114 undi berbanding 282 diperolehi Najhan.

Dr Rani menyertai bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang dijatuhkan di Kampar, Perak dan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari yang dijatuhkan di Alor Gajah oleh pencabar masing-masing yang terdiri daripada golongan ulama.

Sehari sebelum Mesyuarat Agung PAS kawasan Kapar, penulis berkesempatan makan malam dengannya bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 18 April.

Mahathir: Mana lagi RM27 bilion 1MDB?

 
Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.

“Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal,” katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

“Di mana wang yang lain?” soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.

Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) - RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) - RM2.3 bilion
3) Jimah Energy - RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) - RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) - RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion

PKR lancar kempen 'Jangan Cukai Anak Kita'

 
PKR hari ini melancarkan kempen 'Jangan Cukai Anak Kita' berikutan barangan keperluan asas kanak-kanak turut dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Strateginya Sim Tze Tzin, barangan keperluan asas termasuk kos konsultasi perubatan dan vitamin kanak-kanak turut dikenakan cukai GST sehingga membebankan ibu bapa khususnya daripada golongan muda.

Antara barangan keperluan yang dikenakan cukai itu ialah susu, lampin pakai buang, vitamin, syampu kanak-kanak dan losyen.

"Empat kategori yang kami cadangkan ialah kos konsultasi, barangan perubatan dan vitamin kanak-kanak, barangan kebersihan kanak-kanak, peralatan asas kanak-kanak dan susu kanak-kanak.

"Perkara ini boleh dijalankan. Kita tidak sepatutnya mengenakan cukai pada anak-anak kita. Secara purata, sebanyak RM120 sebulan GST yang perlu dibayar untuk keperluan kanak-kanak.

"Ini memberi bebananan kepada ibu bapa dengan segala perbelanjaan lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ada pemimpin berbakti dengan mengambil jawatan, ada yang boleh berbakti dengan meletakkan jawatan

oleh Aspan Alias


Serangan terakhir Dr Mahathir terhadap Najib amat berat implikasinya. Dr Mahathir telah meminta UMNO menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan UMNO dari mengalami kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang. Najib telah membawa UMNO kepada tahap yang paling mengaibkan kerana sebagai pemimpin beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap isu yang besar yang melibatkan masa depan rakyat yang sedang hangat dipersoalkan.

Bagi saya pandangan Dr Mahathir itu sangat relevan sebab jika kita mendengar rungutan ramai di bawah ini terhadap Najib dan kumpulannya, kita akan merasakan dengan sebenarnya betapa seriusnya kesalahan Najib terhadap Negara dan rakyat.

Dr Mahathir sudah sampai kehilangan sabarnya kerana melihat betapa bahayanya keadaaan negara dan parti yang di pimpinnya sekarang ini. Dr Mahathir merupakan seorang yang liberal apabila menghadapi isu kepimpinan negara dan beliau selalu sahaja membiarkan gejala ini membesar dan tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap masalah yang timbul semasa beliau menjadi pemimpin utama negara dahulu. Masalah yang kini menjadi barah bermula beliau tetapi tidak sampai ketahap yang ada dibawah Najib sekarang ini.

Politik 1Malaysia yang mendong - Kemelar PR sukar ditudong, bilakah masa penyelesaiannya?

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 14 APRIL 2015 SELASA 24 JAMADILAKHIR 1436

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2014/08/pakatan-rakyat.jpg
Belabohnya ufuk Maghrib 2014 dan menyinsingnya fajar gerbang 2015, dan sepanjang tahun 2014 dan sampai saat ini, hampir semua parti politik dalam Negara kita, yakni parti-parti yang mendukong komponan bN di Semenanjong dan di Sabah – Sarawak. Kebanyakkan komponan bN berterusan berdepan dengan pelbagai masalah. Ianya bersabit dan berkaitan rapat dengan kepimpinan dan hala tuju yang tergelincir dari keputusan resmi parti dari hasil mesyuarat agong atau muktamar agong yang disiseh di tolak ketepi.

Sejujurnya PR juga sedang mengalami dan berdepan dengan masalah mega dalaman seperti penyakit 3 serangkai. Ianya berkait rapat dengan haluan dan halatuju komponan parti yang dikemudi dan dijulang oleh pemimpin ulong mereka dengan tidak pedulikan keputusan resmi parti. Mereka menjulang aspirasi tuntas parti masing-masing, dengan beranggapan macam kuman keputusan AJK Pusat dan keputusan muktamar. Ditendang ketepi semangat dan aspirasi PR kelongkang. PR sedang diuji diasak diatas lincahnya tari silat pendengkar. Gendang dan gong dipalu bertalu-talu. Mereka galak mencipta rentak mengikut selera dengan semangat membara. Mereka menafikan selera ahli dan penyokong PR yang membentok kerajaan beberapa negeri. Ianya mengundang kesepakatan dan kejituan PR itu sendiri dibadai longlai, terkulai dikaki pemimpin fakeh tidak koman ego dan sombongnya ada.

Inilah malaysia....Keselamatan kita di tangan samseng

ABDUL JALIL ALI

http://29.media.tumblr.com/tumblr_lmrqn8QYa71qlrsayo1_500.jpg
SEKIRANYA anda fikir dengan mengupah pengawal keselamatan anda telah selamat dan boleh tidur lena, fikir sekali lagi. Ada kemungkinan pengawal yang anda upah itu ialah seorang samseng.

Fikirkan apakah jaminan keselamatan anda sekeluarga sekiranya yang menjaga rumah anda sepanjang 24 jam ialah seorang penyangak? Dia mungkin sedang mengintai peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap anda.

Lebih menakutkan lagi ialah kumpulan kongsi gelap kini telah dikenal pasti memiliki beberapa syarikat kawalan keselamatan. Bahayanya hidup kita apabila pasukan yang diharap menjaga keselamatan dikuasai oleh geng kongsi gelap!

Ini bukan satu andaian, tetapi satu kenyataan. Seperti yang diakui sendiri oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat syarikat kawalan keselamatan telah dijual atau disewakan kepada kumpulan samseng.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu walaupun dimiliki atau disewa kepada kongsi gelap, syarikat keselamatan berkenaan mengabui mata pihak berkuasa dengan mengekalkan nama pemegang saham sedia ada yang sekadar mendapat elaun bulanan.

BN letak Suhaimi Sabudin di Permatang Pauh


 BN letak Suhaimi Sabudin di Permatang Pauh
 
Suhaimi Sabudin PERMATANG PAUH - BN mengumumkan Suhaimi Sabudin sebagai calonnya yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Ia diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis khas di pusat operasi  BN di Perda City Mall, Bandar Perda di sini petang ini.

Dilahirkan pada 25 Oktober 1971, Suhaimi, 44, adalah anak ketiga dari tujuh beradik dan terlibat aktif dalam bidang politi selain seorang kontraktor yang berjaya.

Kini memegang jawatan sebagai Setiausaha  Umno Bahagian Permatang Pauh.

Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

Kemiliki ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina dan ukur bahan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Nik Abduh lawan Suhaizan bagi jawatan ketua Pemuda PAS

Anak Nik Aziz lawan Suhaizan bagi jawatan ketua Pemuda PAS

Jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang disandang Suhaizan Kaiat dijangka dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Mat dalam muktamar parti Islam itu Jun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.
Jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang disandang Suhaizan Kaiat dijangka dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Mat dalam muktamar parti Islam itu Jun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.

Kumpulan pro ulama dalam PAS dipercayai akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Aziz, sebagai calon ketua Pemuda PAS Pusat apabila Pemuda PAS Marang mencalonkan beliau menentang penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat.

Turut mencalonkan Nik Abduh ialah Pemuda PAS Batu yang dipimpin Nurul Islam Mohamed Yusof, penyokong kuat kumpulan ulama yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, berlaku kekeliruan di kalangan penyokong ulama siapakah calon ketua mereka selepas Kamaruzaman Mohamad yang mereka calonkan dalam sesi lepas tewas di tangan Suhaizan.

Suruh anak, cucu Ahmad Maslan pakai lampin kain, kata PKR

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin (kanan) bercakap kepada media pada sidang media kempen bantah GST di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 April, 2015.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin (kanan) bercakap kepada media pada sidang media kempen bantah GST di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 April, 2015.

PKR hari ini menggesa anak dan cucu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggunakan lampin kain bagi turut sama merasai derita rakyat yang terpaksa berbelanja besar membeli lampin pakai buang setiap bulan.

Pengarah strateginya, Sim Tze Tzin berkata lampin pakai buang menjadi semakin mahal selepas dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan ia memberi kesan kepada generasi muda serta mereka yang memiliki anak ramai.

“Lampin pakai buang paling mahal untuk perbelanjaan keluarga muda. Seminggu lebih kurang satu pek atau tiga suku pek (besar). Setiap bulan perlu tiga pek untuk setiap anak.

'Jangan mudah keluar hukum haram calon tolak hudud'

Pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh seperti yang dinyatakan seorang pemimpin akar umbi PAS, perlu dikaji lebih mendalam, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah itu berkata sesuatu hukum agama tidak boleh dijatuhkan dengan mudah tanpa penerangan terperinci kerana akan mengelirukan masyarakat, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sememangnya akan jatuh haram menyokong calon yang menolak perlaksanaan hudud secara ingkar dalam keadaan dia menyakini hukum itu dari Allah.

"Jika seseorang itu menolak asas hudud seperti potong tangan untuk mencuri, itu bahagian asas hukum yang tidak boleh ditolak.

“Namun jika yang ditolak adalah hukum ranting seperti jumlah yang dicuri atau lain-lain kaedah sabitan bersifat jihad (proses penyelidikan), bagi saya itu belum boleh dianggap tolak hudud serta jadi haram menyokong calon terbabit," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Ketua Urusan Ulama kawasan itu Badrul Abdul Rahman dilapor berkata bahawa ‘haram mengundi calon tolak hudud’.

Hal demikian mengundang kenyataan tegas anggota Majlis Syura PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi sebaliknya merujuk Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS berkaitan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Zaharuddin berkata hukum haram tidak boleh dijatuhkan jika calon menolak hudud kerana tidak yakin dengan rang undang-undang hudud yang dibuat dalam bentuk kontemporari oleh PAS atau masalah kredibiliti parti itu untuk melaksanakan hudud.

"Maknanya sesiapa yang tidak menolak hudud tidak perlu risau," Dr Zaharuddin dilaporkan sebagai berkata.

Kerjasama Pakatan di Pmtg Pauh jadi persoalan

 
Soal kerjasama Pakatan Rakyat untuk kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh kini semakin menjadi tanda tanya ekoran pendirian tegas PAS untuk tidak menyokong calon yang menolak hudud.

Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah menyokong kenyataan pemimpin PAS tempatan yang berpendapat haram jika mengundi calon yang menolak hudud.

"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," katanya kepada Sinar Online, ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin PAS tersebut.

Pemimpin ulama PAS kawasan Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan berkata, haram dan berdosa jika mengundi calon seperti itu.

‎"Betullah tidak boleh, iya," katanya lagi kepada portal tersebut selepas satu program di bangunan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam.

Pesalah Rasuah kena Ta'zir bukannya Hudud - Hadi

Hudud bukan hukuman untuk pesalah rasuah

Hadi Awang  
Abdul Hadi berucap pada program Bicara Minda, "Hudud Dari Kaca Mata Hadi" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

SHAH ALAM – Hukuman terhadap pelaku rasuah bukan potong tangan seperti perbuatan mencuri mengikut hukum hudud sebaliknya diadili melalui hukum ta’zir.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun perbuatan menerima dan memberi rasuah itu salah namun, mencuri tetap menerima hukuman lebih berat kerana mengambil harta orang lain tanpa kerelaan pemiliknya.

“Adakah rasuah termasuk dalam mencuri? Tidak. kerana mencuri ada takrif. Ulama takrifkan mencuri adalah mengambil harta orang secara senyap tanpa pengetahuan tuannya dari tempat simpannya. Itu mencuri.

“Rasuah ini takrifnya lain. Itu kerana kita mahukan sesuatu daripada pihak yang berkenaan. Kita bayar, sogokan pada dia. Itu rasuah. Maka, hukumnya lain. Kedua-duanya salah,” katanya ketika menjawab soalan penonton pada program ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini, semalam.‎

Negara ini sudah buat silap, kata Hadi


Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia sudah melakukan kesilapan apabila memulakan pembangunan negara dengan ekonomi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ini kerana negara ini sepatutnya memulakan pembangunan  dengan pembangunan modal insan terlebih dahulu.

"Saya melihat kesilapan negara dalam dunia hari ini. Mereka jelas mengamalkan prinsip yang bertentangan dengan Islam. Mereka memulakan pembangunan negara dengan wang dan ekonomi terlebih dahulu.

“… Islam pula memulakan pembangunan menerusi pembangunan modal insan dan akhlak. Menerusi pembangunan insan itu, ilmu, akhlak serta moralnya dibentuk. Jika ada ilmu sahaja tetapi tidak ada akhlak, maka ia tidak akan berjaya,” katanya dalam Bicara Minda dan Sesi Dialog Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di sini, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...