Bicara Minda

SHAH ALAM - Sejak dibentang dan diluluskan pada sidang Dun Kelantan bulan lalu, isu Enakmen Jenayah Syariah atau hudud yang dibawa Pas kembali hangat diperkatakan hingga kini.

Pelaksanaan hudud yang mendapat tentangan daripada rakan komponennya, DAP dan PKR  itu nyata telah mengeruhkan hubungan dalam pakatan pembangkang tersebut.

Tampil menjernihkan keadaan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menjelaskan kemelut itu dalam Bicara Minda dan Sesi Dialog Datuk Seri Abdul Hadi Awang anjuran Sinar Harian yang bertajuk “Hudud Dari Kaca Mata Hadi”, petang nanti.

Bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Seksyen 15, Shah Alam, program tersebut akan berlangsung selama dua jam bermula 2.45 petang hingga 4.45 petang.