TERKINI :

Tuesday, April 21, 2015

Gerakan Singkir Thaghut...

Oleh Lanh


SEBAGAI murid Tingkatan Enam aliran sastera puluhan tahun lalu (1980-81), teks 'Sejarah Melayu' menjadi bacaan wajib. Malah kerana minatnya kepada sastera Melayu Lama, 'Hikayat Hang Tuah' yang tebal itu pun saya cuba baca, tetapi tidak pernah tamat sebab sukar difahami.

Antara kisah 'memukau perasaan' saya sebagai seorang anak muda yang penuh angan-angan ketika itu adalah mengenai rombongan peminangan Sultan Melaka, Mahmud Shah ke atas Puteri Gunung Ledang yang dikepali oleh Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat

Tun Mamat dilaporkan berjaya ke puncak Gunung Ledang dan menemui seorang nenek berbongkok tiga (ada yang mempercayai dia adalah Puteri Gunung Ledang) yang meletakkan tujuh syarat bagi dipenuhi Sultan antaranya menyediakan jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang dan persembahan kepada sang puteri semangkok darah Raja Ahmad, putera Sultan.

Ada sejumlah filem dan drama dibuat mengenai kisah klasik ini. Saya tertarik dengan sebuah filem (terlupa pula saya tajuknya) yang menggambarkan bagaimana pembesar dan hulubalang Melaka 'menjarah dan melarikan harta rakyat' dalam menjayakan pembinaan jambatan emas.

Peranan PAS mengharmonikan Ulama Dan Profesional

Oleh Izwan Abdul Halim


Peranan PAS mengharmonikan golongan profesional dan ulama telah lama diusahakan, tetapi dikotomi serta keberantakan antara dua golongan ini tetap berlaku disebabkan isu dan faktor ketidaksenjangan akibat dari pengaruh sekular, demikian diterangkan Pensyarah Univeriti Teknologi Malaysia, Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir.

Katanya, PAS sejak dahulu memberi laluan keterlibatan bersama kepada ulama dan profesional, di mana walaupun ulama telah menerajui PAS sejak awal penubuhannya, tetapi konsep “Kepimpinan Ulama” itu hanya bermula pada tahun 1980-an.

Malah ujarnya, PAS pernah diterajui oleh doktor semasa transisi peralihan kepimpinannya, sedangkan asas perjuangannya digerakkan oleh para ulama.

Beliau membentangkan perkara itu pada Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia bertemakan “Islam, Profesionalisma dan Penyelesaian” di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini 18 April lalu.

Menurutnya, proses mengharmoni dan memecahkan dikotomi yang berlaku pernah diusahakan PAS di mana Dr Burhanuddin al-Helmy mengusulkan penganjuran Kongres Sufi Se-Malaya untuk menyelesaikan masalah pemisahan antara ulama zahir dan ulama batin.

GST: Ahli Parlimen BN merungut walaupun tempohari sokong dalam parlimen

jumat-facebook-status
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.

Kenyataan itu dibuatnya di laman Facebook selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

Jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu, perkhidmatan berbeza menyebabkan cukai yang diterima berganda.

“Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula.” tulisnya dalam status yang dimuat naik.

Calon PKR sedang disabotaj kawan dan lawan di Permatang Pauh dengan isu HUDUD..!!

Penulis Tamu : Abang Azizi@P044


Nampaknya sekarang ini PKR sedang menghadapi satu masalah besar untuk mendapatkan Undi MELAYU aka ISLAM di PERMATANG PAUH untuk PRK kali ini.

Masalah ini adalah berdasarkan satu kempen hangat dan mudah sedang berlegar di PERMATANG PAUH ketika ini. Kempen ini tidak memerlukan kos yang banyak sekadar hebahan mulut ke mulut sahaja dan ia meninggalkan seribu kesan di dalam jiwa dan benak pemikiran pengundi di PERMATANG PAUH.

Tahulah semua kini bahawa PAS PERMATANG PAUH sudah menolak kerjasama antara PAS-PKR di sini atas dasar PKR MENOLAK HUDUD. Dengan alasan yang diberikan walaupun PKR sudah berkali menyatakan bahawa MEREKA TIDAK MENOLAK HUDUD... MEREKA MENOLAK DRAF PINDAAN YANG HENDAK DI BAWA KE PARLIMEN kerana mereka tidak dapat salinan dan memahi serta melihat apa yang terkandung dalam pindaan tersebut. (Penjelasan KLIK SINI)

Namun walaupun berbuih PKR menyatakan alasan mereka menolak DRAF TERSEBUT rasanya ianya sudak tidak meberikan kesan disebabkan sekarang ini apa yang tertanam dalam pemikiran semua orang dengan kempen-kempen senyap dijalankan bahawa PKR MENOLAK HUDUD.

Antara 2 wajah IGP kesayangan kita..!!

bila terjadi sebegini yang menyebabkan rakyat mula mempertikai intergriti jabatan bawah kerajaan.. jika tegas dan benar maka laksanakanlah amanah secara sejujurnya tanpa mengira warna kulit, warna parti, warna bangsa, warna jantina.... yang salah dikatakan salah...itu baru rakyat nak hormat

Bekas IGP pertikai IGP sekarang bab akta hasutan..!!!

Musa Hassan sokong Zahid, protes salib satu hasutan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Bekas ketua polis negara ​Tan Sri Musa Hassan senada dengan menteri dalam negeri, yang menyifatkan protes di luar sebuah gereja Ahad lalu merupakan satu bentuk hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 April, 2015.
Bekas ketua polis negara ​Tan Sri Musa Hassan senada dengan menteri dalam negeri, yang menyifatkan protes di luar sebuah gereja Ahad lalu merupakan satu bentuk hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 April, 2015.

Tan Sri Musa Hassan bersependapat dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pendiriannya semalam yang bantahan penduduk terhadap salib gereja di Taman Medan, Petaling Jaya merupakan satu perbuatan hasutan.

Bekas ketua polis negara itu berkata, kenyataan Zahid itu menjelaskan lagi kelakuan hasutan mereka yang terlibat sebagaimana yang termaktub dalam pindaan baru Akta Hasutan 1948.

“Akta Hasutan kini, dalam pindaan yang baharu, ada menyentuh soal agama. Jadi, itu adalah isu hasutan.

“Oleh kerana menteri sendiri mengatakan itu satu hasutan, berkemungkinanlah ada dalam Akta Hasutan pindaan baharu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Muhyiddin bersuara lagi, kini beliau suruh bercakap benar

Muhyiddin tegaskan kepentingan cakap benar


Dalam ucapannya hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berulang kali menegaskan berhubung keperluan untuk bercakap benar.

Sebelum menyampaikan Anugerah Sastera ITBM-PENA-BN II di kediaman rasminya di Putrajaya, Muhyiddin turut memetik sebuah puisi yang ditulis Sasterawan Negara Prof Dr Muhammad Salleh yang bertajuk "berkata-katalah".

"Puisi ini sebenarnya mengingatkan saya kepada ayat al-Quran dari surah al-Isra' ayat 53.

"Ayat ini menasihatkan kita supaya mengucapkan perkataan yang lebih baik, tepat dan benar," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan sebelum ini berkata bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Mnuhyiddin juga menjelaskan bahawa ayat tersebut sebagai pegangan kepada orang Islam supaya dapat mengelak sebarang hasutan syaitan yang boleh menimbulkan salah faham dan pertelingkahan.

Pendnag : Dua lagi ditahan kes pukul junior


http://mk-cdn.mkini.net/330/ce912c6d98b2dd350075a2f8dafc6d95.gif
Dua lagi pelajar tingkatan lima  ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata dua pelajar terbabit tidak dapat ditahan sebelum ini kerana pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani selepas digantung daripada asrama sekolah.

"Kedua-dua pelajar itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang pada 5.15 petang semalam. Ia menjadikan keseluruhan pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu seramai 15 orang,"  katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan ke atas semua pelajar itu dan keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atas jaminan atau direman masih belum dapat ditentukan lagi.

Dalam kejadian Sabtu lepas, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul oleh kira-kira 30 pelajar senior di sekolah itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

- Bernama

Umno sokong Najib bukan kerana presiden

Oleh Subky Latif


SEJAK Tun Dr Mahathir Mohamad minta Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak menjelaskan beberapa isu yang boleh menjejaskan wibawanya sebagai presiden Umno dan perdana menteri, secara umum orang Umno tidak teragakagak menyebelahi Najib dan tidak kurang pula mulai membertikai wibawa Dr Mahathir yang dirasakan menyerang secara langsung kepimpinan dan pentadbiran Najib.

Belum ada antara penyokong Umno yang menyatakan perkecualiannya dalam kejadian sekarang terutama pemegang jawatan dalam parti itu. Paling sedikit lunak orang-orang seperti Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Harun mahu Najib diberi peluang sewajarnya bagi membuktikan kepimpinannya, atau seperti Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bahawa semua soalan yang dibangkitkan oleh Mahathir itu lebih baik dijawab oleh Najib sendiri.

Bukan keduanya tidak boleh menjawab bagi pihak Najib tetapi eloklah Najib sendiri menjelaskannya kerana dia lebih tahu semua tohmah yang ditujukan kepadanya itu.

Sikap dua orang itu adalah dikira terbaik, bukan saja pertanyaan memerlukan jawapan Najib tetapi tidak siapa yang benar-benar tahu apa yang Najib buat dan niat.

Dua PRK ‘panas’ medan Najib vs Dr M



Dua pilihan raya kecil akan berjalan bermula 25 April ini. Satu di Permatang Pauh dan satu di Parlimen Rompin. PAS akan bertandin di PRK Rompin sementara Parti Keadilan Rakyat akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dua pilihan raya yang sebenarnya boleh dikatakan serentak waktu kempennya kera- Dua PRK ‘panas’ medan Najib vs Dr M na tarikh penamaan calon yang sangat rapat antara keduanya satu pada 25 April (Rompin) dan satu 27 April di Permatang Pauh.


Sementara tarikh pembuangan undi bagi Parlimen Rompin pada 5 Mei dan Permatang Pauh 7 Mei. Kedua-duanya hanya dibezakan dua hari. Namun kempen pastinya akan berjalan serentak usai kedua-dua penamaan calon.

Dalam PRK kali ini, pastinya isu-isu rakyat akan membahagi kempen khususnya rakyat baharu sahaja berdepan dengan satu lagi rejim baharu dalam sistem percukaian negara iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan tanpa mengira latar belakang pendapatan rakyat.

Pembersihan puak dalam Pas !!

oleh MSO

BUKA MATA                                                                                
Masih relevankah slogan ini?
Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang berlaku dalam Pas waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. Iya, ia jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10 tahun lalu dimana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian ke atas warga Bosniaks (Bosnia Muslim) atas perasaan benci kepada keagamaan dan perkauman. Tidak.

Tetapi kaedah atau pun emosi yang sedang berbuak-buak dalam sesetenhgah orang dalam Pas kini, sama dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan yang lain bagi menguasai Pas sepenuhnya. Tindakan ini sesungguh kejam dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam Pas.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang sedang berlaku dalam parti agama itu yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Mereka yang menolak hakikat ini sengaja membutakan mata dan hati mereka. Pastinya proses yang rancak berjalan ini sangat disukai oleh musuh Pas kerana ia membawa laba untung buat mereka.

Puak yang hendak dihapuskan ialah puak yang digelar dengan berbagai-bagai gelaran jelek yang tidak tersenarai sebagai ahli Syurga. Puak yang dinama dan dianggap bukan ahli Syurga ialah berfahaman sekular, profesional, penyokong liberalisme dan pluralisme, puak yang anti Hudud, puak yang berbaik-baik dengan kafir dan puak ini juga dinamakan sebagai puak anti ulama.

Saya Ingin Memuji Zahid Hamidi...bila beliau 'sergah' IGP

Shahbudin Husin,


Blog ini jarang memuji pemimpin. Ia lebih kerap mengambil pendekatan menegur, mengkritik dan kadangkala "membelasah" pemimpin.

Tetapi kali ini saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang memperlihatkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam insiden demo anti salib di Taman Medan, Petaling Jaya.

Zahid mengatakan peserta demo itu tetap tertakluk kepada Akta Hasutan 1948 dan tindakan akan diambil terhadap mereka. "Saya tak kira siapa, tindakan harus diambil terhadap mereka," katanya yang juga Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi dua kali berturut-turut.

Dalam masa yang sama, Zahid juga mengesahkan anggota UMNO yang terlibat dalam demo itu akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu...kerana mereka melanggar undang-undang. Dalam UMNO kita mesti hormat agama lain. Mereka harus hadapi akibatnya," katanya lagi.

PKR janji kejutan calon di PERMATANG PAUH, mungkin Saifuddin mungkin Mat Sabu..??

PKR janji 'kejutan calon' di Permatang Pauh


PETALING JAYA - PKR masih berteka-teki sehingga hari ini‎ mengenai siapa calon yang akan bertanding bagi mewakili parti itu dalam mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan calon itu wajah baharu, beliau hanya meminta media menanti pengumuman parti itu, Jumaat ini.

"Tunggu pengumuman. Bukan sayalah (yang) pasti. Kalau saya cakap sekarang, dah tak terkejutlah.

"Lagi dua tiga hari lagi Insya-ALLAH. Tunggu kejutan," katanya pada sidang media di Ibu pejabat PKR, hari ini.

Rafizi juga tetap mengunci mulut ketika ditanya jantina calon PKR yang telah diputuskan parti itu.

‎Dalam pada itu, menurut Rafizi, PKR agak lewat mengumumkan calon bagi PRK Permatang Pauh kerana mahu memberi kejutan seperti kejutan yang cuba dibuat BN.

Tun M senaraikan kegagalan Najib


Dr Mahathir 
 
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

Ustaz Nazri Ahmad jadi taruhan Pas di Rompin


ROMPIN: Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, 40, diumumkan sebagai calon PAS bagi menggalas cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Pemilihannya diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Majlis Ceramah Pengisytiharan Calon PAS PRK Rompin di Markas Induk PAS Bandar Satelit Muadzam Shah, sebentar tadi.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Anak peneroka Keratong 5 ini merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir, menjadi pilihan Majlis Syura Ulamak PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Lahir daripada keluarga usahawan, anak keenam daripada lapan beradik ini mempunyai seorang isteri dan enam orang cahaya mata dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa.

Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah...!!!

Oleh Mazlan Aliman 

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita

bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah.

Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...